Collection AnNuq
Fb Norhafizafieza
05/09/2023
10/02/2023
10/02/2023
TURKIYE & SYRIA NEED US ✨
Raisya
4 HELAI RM100 FREE POS SM
MEMBELI SAMBIL MENDERMA SUMBANGAN RM5 ❤️
19/01/2023
Allah tidak hanya mencatat amal perbuatan yang kita lakukan, namun Allah juga mencatat semua pengaruh serta kesan daripada perilaku dan perbuatan kita.
Jika perkara yang kita lakukan itu merupakan amalan yang baik dan diikuti oleh orang lain, maka ia akan memperolehi saham sehingga hari kiamat selagi mana pekara baik itu dibuat secara berterusan oleh orang lain.
Tetapi jika sebaliknya, ia juga akan mendapat saham dosa sehingga hari
kiamat.
Moga bermanfaat ❤️
♥️MamaZa♥️
03/12/2022
Kisah Nabi Musa yang diselamatkan dari dibunuh oleh Firaun telah dipersembahkan di dalam al-Quran dengan ungkapan yang menarik. Allah menjelaskan bahawa Dia-lah yang mencampakkan rasa kasih ke dalam hati manusia. Firman Allah:
"dan Aku telah tanamkan perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu." (Surah Taha: 39)
Oleh yang demikian, kita hendaklah menjadi hamba Allah yang taat dan patuh kepada segala perintah dan larangannya disamping memperbanyakkan amalan sunnat. Kasih Allah kepada kita menjadikan kita dikasihi oleh makhluk yang lain.
Ayat ini turut mengingatkan kita tentang bagaimana Allah-lah yang mencampakkan rasa kasih ke dalam hati manusia. Oleh yang demikian, janganlah kita merasa hairan melihat orang-orang yang soleh dikasihi oleh manusia.
(Dr. Ahmad Sanusi Azmi)
Moga bermanfaat ❤️
♥️Fiza@Mama Za♥️
02/12/2022
Adakah di antara kita yang tidak melakukan kesalahan? Adakah di antara kita yang tidak mempunyai dosa? Sungguh tidak ada, kita semua adalah makhluk yang pasti punya salah dan dosa.
Lalu, adakah di antara kita yang tidak ingin dicintai Allah? Adakah di antara kita yang tidak ingin dimuliakan Allah? Tentu saja tidak ada, kita semua pasti ingin dicintai dan dimuliakan oleh Sang Pencipta..
Maka salah satu caranya dalam syariat untuk mewujudkannya selain dengan istighfar adalah dengan memperbanyakan sujud dan solat.
Semoga Allah beri petunjuk pada kita semua. Wallahu A’lam.
Moga bermanfaat ❤️
♥️Hafiza@Mama Za♥️
01/12/2022
Tingkat kesabaran setiap orang itu berbeza, ada yang memiliki kesabaran tinggi dan juga orang yang tidak sabar.
Orang yang sabar bukan bermakna mereka tidak boleh melawan saat diperlakukan dengan buruk atau menerima semua yang terjadi dalam hidupnya begitu saja.
Kesabaran berkaitan dengan bagaimana kemampuan seseorang mengendalikan dirinya dengan baik.
Moga bermanfaat ❤️
♥️Hafiza80@Mama Za♥️
15/11/2022
Allah tak jemput siapa yang mampu.Tapi..
Allah jemput siapa yang ingin kesana,
Allah jemput siapa yang rindu,
Allah jemput siapa yang berusaha kesana.
Semoga suatu hari nanti kami semua dapat menjadi TETAMU-Mu ya Allah.. Permudahkanlah urusan kami ya Allah..
Amin ya Rabbal A'alamin..
Moga bermanfaat ❤️
♥️Mama Za♥️
14/11/2022
1.Thartharun
Golongan ini jenis yang s**a sembang kencang. Cakap punya panjang lebar, namun tiada isi.
Mereka ini jenis s**a potong cakap orang dan lebih dominan dalam perbualan. Kalau sesiapa
yang sedang lepak dengan mereka ini, biasanya takda “chance”nak bercakap.
2. Mutasyaddiqun
Mereka ini s**a memburukkan dan meremehkan orang lain. “Alahai, kecilnya rumah kau. Dah macam reban ayam. Belilah kondo ataupun sewalah tempat senonoh sikit!”
3. Mutafayhiqun
Golongan ini s**a naikkan diri sendiri. Jenis cakap dia sahaja yang lebih. Orang lain takda kelebihan macam yang dia ada.
Kawan-kawan,
Pasti dalam hidup kita pun pernah jumpa dengan golongan seperti ini, ataupun kita sendiri pernah tergolong dalam golongan ini.
Jika pernah, cepat-cepat kita mohon taubat dan berdoa.
Moga bermanfaat ❤️
♥️Mama Za♥️
13/11/2022
Berdoalah dalam senyap tanpa ada sesiapa pun yang tahu kerana disitu terletaknya keikhlasan.
Walaupun hati kita akan diuji dengan pelbagai perkara seperti "bagaimana orang nak tahu saya ini sangat mengambil berat pada dia kalau tak beritahu." atau "nanti dia ingat saya tidak sayang pada dia".
Ikhlas itu datang dari hati bukan dari lafaz bibir.
Kerana lisan sering berbohong. Hati sering meragui. Ikhlas tidak dapat dibeli.
Maka berdoalah dalam senyap. Latih hati kita untuk sentiasa ikhlas tanpa balasan kerana disitulah kita akan lihat Allah SWT juga Ikhlas melihat dan menerima kita sebagai hambaNya.
Wallahu'alam
Www.watsap.my/60123575237/promozalea
Katalog telekung👇
https://hiqmah.biz/shop/003048
Join dropship klik je👏
://www.telekunghiqmah.com/Ip/dropship/?id=003048
10/11/2022
Membaca al-Quran bermakna seseorang itu sentiasa mengingati Allah SWT.
Satu perkara yang perlu sentiasa terpahat pada hati dan fikiran setiap Muslim adalah membaca al-Quran itu bukan hanya mampu memperoleh pahala bacaannya sahaja, malah ia bakal menjadi penyelamat, pelindung serta syafaat kepada pembacanya pada hari akhirat kelak.
Semoga Allah memudahkan kita untuk mengamalkan doa ini agar Al-Quran menjadi penyejuk hati dalam kehidupan kita. Hanya orang yang berfikiran mendalam yang mencintai Al-Quran melebihi segalanya.
Moga bermanfaat ❤️
♥️Norhafizafieza♥️
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Kelantan
