Shaiful Zakirin Osman
Ilmu santai kesihatan berdasarkan sains & pengalaman sebenar. Reflux, obesiti, diabetes & darah tinggi, semuanya berpunca daripada ketidakseimbangan hormon.
IFLK bantu reset hormon secara semula jadi & mula pemulihan tubuh dari akar, bukan sekadar ubat.
28/03/2026
Lepas raya ni, ramai orang masih dalam mood open house walaupun jemputan dah habis. Rumah orang dah mula kemas balang kuih, tapi perut kita masih mencari cari baki tart nenas dan air manis. Sebenarnya masalah bukan pada raya, tapi bila cara makan waktu raya terbawa bawa sampai ke hari biasa. Badan kita ni ibarat kereta hybrid yang sepatutnya boleh guna dua sumber tenaga gula dan lemak. Tapi bila kita asyik makan benda manis dan tinggi karbohidrat tanpa henti, badan akan terperangkap dalam mode gula sepanjang masa. Akibatnya, kita jadi cepat lapar, mudah penat, dan berat pun naik tanpa sedar.
Kita tak suruh potong makan secara ekstrem, tapi kita reset balik sistem badan secara perlahan. Mulakan dengan puasa 12 jam sehari, contohnya berhenti makan pukul 7 malam dan sambung semula selepas 7 pagi. Ini bagi peluang badan berehat dan mula buat kerja pemulihan dalaman. Dalam masa yang sama, cuba tukar air manis kepada air kosong walaupun nampak simple, sebenarnya inilah langkah paling besar impaknya. Kurangkan makanan tinggi karbohidrat dan gula, dan mula utamakan protein seperti telur, ayam, dan ikan supaya badan lebih kenyang dan stabil.
Selain itu, ambil masa untuk bergerak ringan seperti berjalan santai waktu pagi. Tak perlu laju, cukup sekadar konsisten untuk bantu hormon badan kembali seimbang. Kalau nak tambah sikit aktiviti, boleh buat squat secara ringan setiap hari, buat sikit² tapi berterusan. Ini semua bukan tentang buat benda besar, tapi tentang disiplin buat perkara kecil yang memberi kesan besar dalam jangka panjang.
Yang paling penting, jangan terlalu risau dengan berat badan yang naik lepas raya. Itu cuma simptom, bukan punca sebenar. Kita fokus baiki sistem badan, kurangkan gula, beri ruang untuk berpuasa, dan latih badan guna lemak sebagai sumber tenaga semula. Bila sistem dah betul, hasil akan datang dengan sendiri. Slow², tapi konsisten. Lama² nanti, badan pun akan kembali stabil tanpa perlu paksa diri secara melampau.
-MatRushAQ
25/03/2026
Hari Raya… hari kita test iman dengan ketupat dan lemang. Setiap tahun benda ni jadi dan setiap tahun juga, cerita dia sama. Ada yang cakap, takpa bro… ketupat + rendang tu balance. Karbo + lemak. Tak naik gula. Bunyi macam betul. Macam ada sains. Macam ada harapan. Tapi realiti dia… lain cerita.
Ramai orang lepas raya berat dia naik 3kg, ada, 5kg, itu normal, ada yang 7kg siap salahkan penimbang 🤣 Padahal… dia bukan makan banyak pun. Saya makan sikit ja pn lemang. Ketupat 2 biji ja. Masalah dia bukan berapa banyak. Masalah dia apa yang digabungkan.
Bayangkan badan kau macam stor. Bila makan karbo saja insulin akan naik. Bila makan lemak saja badan akan guna sebagai tenaga. Tapi bila kau buat combo raya lemang + rendang + kuah kacang + air manis. Itu signal simpan lemak + air sekali.
Fat + carbs = hyperpalatable + energy dense. Maksud mudah, lagi sedap, lagi susah berhenti, lagi mudah overeat tanpa sedar. Dan bila insulin naik + lemak masuk sekali… badan tak bincang panjang. Dia terus simpan.
Sebab tu walaupun kau dah control karbo sikit, dah ambil carb blocker, dah try jaga², tp still naik jugak. Dan masa tu kau tertanya² mana silap aku? 😌
Jawapan dia simple. Bukan salah kau. Bukan salah raya. Tapi salah kombinasi yang kita underestimate. Orang selalu lupa satu benda. Glycaemic Load dan Glycaemic Index. Bukan sekadar jenis makanan, tapi berapa banyak dan apa yang digabungkan sekali.
Aku bukan nak kata tak boleh makan. Raya kan setahun sekali. Makanlah, nikmatilah. Tapi faham, kalau kau sihat, enjoy lah sikit tapi janganlah hanyut. Tapi Kalau kau ada insulin resistance / obes?, jawapan dia lemang ketupat tu bukan kawan baik kau sangat.
Aku bukan larang makan. Aku ajar faham sistem. Lepas raya nanti jangan drama panjang. Tak payah detox pelik². Tak payah salahkan diri. Balik je track, puasa, rendahkan karbo, bagi badan guna lemak sendiri balik.
Ingat yang buat kita gemuk bukan raya. Tapi apa yang kita buat selepas raya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin 😄
08/03/2026
Bila bercakap tentang karbohidrat, ramai orang jadi keliru. Ada yang kata karbo itu punca penyakit. Ada p**a yang kata manusia memang perlukan karbo untuk hidup.
Sebenarnya karbo tidak salah. Masalahnya bukan pada karbo semata mata. Karbo biasanya mula jadi masalah dalam beberapa keadaan. Contoh:
1) Bila ia datang dalam bentuk makanan yang sudah diproses. Contohnya gula, minuman manis, tepung putih, kuih muih moden dan makanan proses. Bila makanan diproses terlalu halus, fiber asalnya hilang. Akhirnya gula masuk ke dalam darah dengan sangat cepat.
2) Bila kita makan lebih daripada kemampuan badan untuk menguruskan karbo itu. Setiap orang ada had masing². Ada orang boleh makan karbo dan badan masih boleh urus dengan baik. Tapi ada juga orang yang sedikit karbo pun sudah buat gula darah naik.
3) Bila badan kita sudah berat berlebihan atau obes. Dalam keadaan ini, sistem metabolisme biasanya sudah tidak sebaik dulu.
4) Bila seseorang sudah ada Insulin Resistance. Dalam keadaan ini badan sebenarnya sudah susah mengawal gula. Tetapi cara makan masih sama seperti dulu.
5) Bila kita kurang bergerak. Gula masuk setiap hari, tetapi jarang digunakan sebagai tenaga.
6) Bila badan kita tidak mempunyai kapasiti otot yang cukup untuk menyimpan gula sebagai glycogen.
Bila semua perkara ini berlaku serentak, karbo yang masuk bukan lagi menjadi tenaga. Ia mula menjadi beban kepada badan. Di sinilah ramai orang terkejut bila tahu satu perkara. Sebenarnya badan manusia boleh menghasilkan gula sendiri apabila perlu. Proses ini dipanggil gluconeogenesis. Badan boleh menghasilkan glukosa daripada protein dan lemak.
Sebab itu dari sudut biologi, karbo sebenarnya bukan nutrien yang wajib untuk kita makan setiap hari. Tetapi ini tidak bermaksud kita perlu membenci karbo atau berhenti makan terus. Yang lebih penting ialah kita faham keadaan tubuh badan kita sendiri. Kalau badan masih sihat, aktif, dan metabolisme masih baik, sedikit karbo mungkin tidak menjadi masalah.
Tapi kalau badan sudah mula menunjukkan tanda seperti cepat lapar, berat badan naik, gula darah tinggi atau mudah penat, mungkin badan sebenarnya sedang memberi isyarat supaya kita kurangkan karbo, bukan tambah lagi.
Tujuan kita bukan untuk melawan nasi atau memusuhi makanan. Kita cuma mahu ada sedikit ilmu dan kefahaman tentang isyarat badan, supaya kita tahu bila perlu makan, bila perlu berhenti, dan bagaimana membantu badan kembali bekerja dengan lebih tenang.
Kadang² perubahan kecil pada pinggan makan kita…
boleh membawa perubahan besar kepada kesihatan kita.
Dapatkan ebook Sakit Bukan Sumpahan dan mula faham bahasa tubuh anda sekarang:
https://sakitbukansumpahan.my/
06/03/2026
Dulu saya selalu dengar orang cakap begini. “Jangan makan protein banyak sangat… nanti rosak buah pinggang.” Saya tanya balik, hang makan protein banyak mana sehari? Dia diam. Bila saya tengok pinggan dia, baru saya faham kenapa dia takut protein. Pinggan dia bukan penuh protein. Pinggan dia penuh gula/karbo/fruktosa. Protein cuma sekeping ayam nipis yang kalau kucing lalu pun mungkin dia fikir dua kali nak curi.
Hakikatnya manusia jarang makan protein berlebihan. Yang selalu berlaku sebenarnya ialah tak cukup protein. Sarapan roti dengan teh tarik. Tengah hari nasi berlambak. Petang kuih manis. Malam mee atau koey teow, sebelum tidur bantai lagi megi,beger. Protein sekadar lalu. Sedangkan badan manusia memerlukan amino acids penting setiap hari, kira² 0.8 gram per kilogram berat badan untuk fungsi asas tubuh.
Tubuh manusia sebenarnya sangat bijak. Ada satu sistem yang akan terus memberi signal lapar sehingga badan mendapat nutrien yang dia perlukan, terutamanya protein. Sebab itu ada orang makan tiga pinggan nasi, dua keping roti dan semangkuk mee, tapi empat jam kemudian lapar semula. Bukan sebab dia kuat makan, tetapi kerana protein yang badan perlukan masih belum cukup.
Saya pernah ajar seorang sahabat buat IFLK. Hari pertama saya suruh dia makan seekor ayam tanpa nasi. Dia gelak dulu. Katanya mana cukup. Tapi selepas habis makan ayam itu, dia diam. Lepas beberapa ketika dia kata, “Eh… kenyang rupanya.” Petang tak lapar. Malam pun tak lapar.
Bila badan akhirnya dapat protein dan lemak yang cukup, sistem badan mula berubah. Signal lapar jadi lebih stabil, paras glukosa dalam darah lebih tenang, tekanan darah pun semakin baik. Yang menarik, lama² dia sendiri tak makan banyak. Dulu seekor ayam pun rasa tak cukup, sekarang dua ketul ayam pun sudah kenyang. Bila badan dapat apa yang dia perlukan, sistem akan mula mengawal dirinya sendiri.
Sebab itu bila orang kata jangan makan protein banyak sangat, saya cuma senyum. Realitinya rakyat Malaysia bukan terlebih protein. Realitinya ialah terlebih nasi, terlebih gula dan terlebih karbohidrat. Protein p**a selalunya tidak cukup. Sebab itu saya selalu pesan satu perkara. Kalau nak faham kenapa manusia boleh jadi obes, kencing manis dan darah tinggi, jangan tengok ubat dulu. Tengok pinggan. Dalam pinggan itulah sebenarnya tersembunyi bahasa tubuh badan kita.
Kalau nak faham bahasa tubuh ini dengan lebih jelas, saya ceritakan satu persatu dalam ebook penulisan saya, Sakit Bukan Sumpahan. Kadang² penyakit bukan datang dengan tiba². Kadang² ia bermula daripada apa yang kita letakkan di atas pinggan setiap hari.
Dapatkan ebook Sakit Bukan Sumpahan dan mula belajar faham bahasa tubuh sekarang:
https://sakitbukansumpahan.my/
02/03/2026
Setiap kali raya, mesti ada cerita yang sama berulang. Hari pertama, kita akan timbang berat. Jarum naik 2 ke 3 kilo. Terus rasa macam seluruh lemang dan ketupat tu pindah duduk bawah kulit. Panik mula datang, rasa bersalah pun ada. Dalam kepala dah fikir, “Habis dah. Rosak dah semua usaha.” Tapi cuba berhenti sekejap dan fikir. Betul ka dalam masa dua tiga hari tu badan sempat tukar semua makanan jadi lemak tebal?. Atau sebenarnya ada benda lain yang sedang berlaku dalam badan kita?
Bila kita makan karbohidrat, badan akan simpan dalam bentuk glycogen di hati dan otot. Setiap 1 gram glycogen itu akan tarik lebih kurang 3 gram air untuk disimpan bersama. Jadi kalau sepanjang Raya kita ambil 150 hingga 300 gram karbo sehari, yang ini memang realistik dengan lemang, ketupat, kuih dan air manis, badan akan simpan air yang banyak. Air, bukan terus lemak. Sebab itu berat boleh naik dengan cepat. Dan sebab itu juga berat boleh turun semula dengan cepat bila kita turunkan semula pengambilan karbo dan insulin kembali stabil.
Masalah sebenar bukan pada kenaikan air itu. Masalahnya kita tidak faham apa yang sedang naik. Bila tak faham, kita panik. Bila panik, kita buat keputusan ikut emosi. Kadang² terus berdendam dengan makanan, atau terus putus asa. Padahal badan cuma sedang pegang air macam span yang menyerap air. Bila karbo tinggi, insulin naik, span itu penuh. Bila kita kembali kepada puasa atau kurangkan karbo, insulin turun dan span itu lepaskan air semula. Ramai sangka lemak yang cair, hakikatnya air dulu yang keluar. Lemak perlukan masa dan konsistensi, bukan dalam masa tiga hari.
Raya sebenarnya bukan masalah. Tiga hari makan lebih tu bukan punca obesiti. Yang jadi punca ialah bila tiga hari itu berlanjutan jadi tiga bulan tanpa kembali kepada sistem makan yang stabil. Sebab itu disiplin kecil sangat penting. Makan boleh, tapi dahulukan makanan sebenar dan protein. Kawal manis. Jangan minum gula macam nak simpan stok untuk setahun. Bila kita faham bagaimana badan bekerja, kita tak lagi jadi mangsa jarum penimbang. Kita jadi orang yang tenang, sebab kita tahu apa yang sedang berlaku dalam tubuh sendiri.
Ilmu ini nampak ringkas, tapi bila difahami betul², ia akan ubah cara kita melihat berat badan dan kesihatan. Bukan sekadar soal kurus, tetapi soal memahami sistem badan yang Allah bagi. Itu yang saya huraikan lebih mendalam dalam penulisan saya supaya kita tak lagi panik setiap kali musim perayaan, dan lebih bijak mengurus badan sendiri.
Ilmu bukan untuk kita nampak pandai di mata orang. Ilmu itu untuk kita faham apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam sistem tubuh badan kita sendiri. Kenapa berat naik, kenapa cepat lapar, kenapa penat walaupun cukup makan. Bila kita faham bahasa tubuh, kita tak lagi panik, tak lagi salahkan diri, dan tak lagi buat keputusan ikut emosi.
Kalau nak mula faham dari asas, baca ebook Sakit Bukan Sumpahan. Ebook ni bukan sekadar cerita pasal sakit, tapi tentang bagaimana badan memberi isyarat dan bagaimana kita belajar mentafsirkannya dengan betul. Bila faham bahasa tubuh, barulah kita boleh ubah sistem, bukan sekadar paksa diri.
penjelasan lengkap di sini:
https://sakitbukansumpahan.my/
28/02/2026
KANSER ni sebenarnya spesis Sugar Burner tegar. Bukan sekadar minat gula… dia penagih gula tahap kronik. Sel biasa dalam badan kita macam kereta hybrid. Dia boleh guna glukos, dan dia juga boleh guna lemak bila perlu. Fleksibel. Bijak. Jimat tenaga.
Tapi sel kanser ni lain sikit perangai dia. Dia ni ibarat kereta rosak alternator. Tak boleh guna sistem bateri asal (mitochondria) dengan baik. Jadi dia terpaksa guna sistem kecemasan yang dipanggil glycolysis, sistem jana tenaga yang cepat, tapi sangat boros gula. Fenomena ini dikenali sebagai Warburg Effect, di mana sel kanser lebih s**a guna gula walaupun oksigen mencukupi.
Sebab tu kajian menunjukkan sel kanser meningkatkan pengambilan glukos dengan sangat tinggi untuk terus hidup dan membiak. Bagi dia, gula bukan sekadar makanan. Gula ialah minyak roket. Masalah besar sel kanser ialah dia tak fleksibel. Sel sihat boleh tukar kepada plan B bila gula kurang. Dia boleh guna lemak badan, ketone, Beta Hydroxybutyrate (BHB). Ini sistem tenaga bersih, stabil, dan efisien. Tapi sel kanser bergantung kuat pada gula. Bila gula berkurang, dia mula stress. Bila gula tiada, dia mula lemah. Sebab dia tak efisien menggunakan sistem tenaga alternatif seperti sel sihat.
Sekarang kita masuk bab yang ramai orang tak sedar. Puasa sebenarnya mengubah medan perang. Dalam keadaan sentiasa makan, terutama tinggi karbohidrat, paras insulin sentiasa tinggi, paras gula sentiasa ada, sel kanser sentiasa cukup bekalan tenaga.
Tapi bila berpuasa, paras gula turun, insulin turun, badan mula guna lemak, badan hasilkan ketone, sel sihat boleh adapt dan survive. Sel yang lemah dari sudut metabolik akan struggle. Puasa juga merangsang proses yang dipanggil autophagy, iaitu proses badan membersihkan sel rosak dan memperbaiki sistem dalaman.
Ini bukan cerita teori semata mata. Ia telah lama dikaji dalam dunia sains. Kajian boleh rujuk di sini:
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3267662/
Kajian ini menerangkan bagaimana sel kanser mempunyai kebergantungan tinggi terhadap glukos dan bagaimana perubahan metabolik seperti puasa boleh memberi kesan kepada persekitaran sel. Tapi perlu jelas. Puasa bukan ubat ajaib. Puasa bukan rawatan tunggal untuk kanser. Ia ialah satu strategi untuk menstabilkan insulin, mengurangkan pendedahan gula berlebihan, menguatkan sistem metabolik badan. Ibarat kita berhenti supply minyak kepada api. Api mungkin tak terus padam Tapi kita berhenti bagi dia peluang untuk terus marak.
Masalah dunia moden hari ini bukan kita makan gula sekali sekala. Masalahnya ialah kita hidup dalam keadaan pagi gula, tengah hari gula, petang gula, malam gula, badan tak pernah masuk mode guna lemak, akhirnya badan lupa sistem asalnya. Kita jadi Sugar Burner Sepenuh Masa. Puasa melatih badan kembali kepada sistem asal, bukan magic, ini fisiologi.
Saya tidak mengatakan bahawa puasa ialah ubat untuk kanser. Saya cuma mencadangkan bahawa dengan mengawal pengambilan gula dan mengamalkan puasa/Intermittent Fasting, kita membantu mewujudkan persekitaran metabolik yang lebih sihat untuk badan. Sebarang rawatan atau keputusan berkaitan kanser mestilah dirujuk kepada Pegawai Perubatan yang merawat.
Jika anda ingin memahami dengan lebih mendalam bagaimana gula, insulin, dan metabolisme mempengaruhi kesihatan dari akar umbi, saya ada menghimpunkan penjelasan lengkap dalam penulisan saya di sini:
https://sakitbukansumpahan.my/
Semoga ia menjadi titik permulaan untuk kita melihat semula hubungan antara makanan, hormon, dan masa depan kesihatan kita sendiri.
26/02/2026
Doktor bagi insulin, tapi masalah asal ialah insulin dah tinggi?. Ini soalan yang nampak macam bercanggah. Tapi sebenarnya inilah realiti yang ramai tak faham.
Masalah utama Diabetes Type 2 bukan kekurangan insulin. Masalah utama ialah terlalu banyak insulin, terlalu lama. Badan manusia ni bijak. Kalau kau jerit sekali, orang dengar.Kalau kau jerit setiap 5 minit, lama² orang buat tak dengar. Itulah yang jadi pada sel badan.
Insulin ni ibarat posmen gula. Kerja dia ketuk pintu sel, hantar gula masuk. Tapi bila insulin sentiasa tinggi setiap hari, pagi roti, tengah hari nasi, petang kuih, malam nasi lagi, posmen ni ketuk pintu tanpa henti. Lama² sel dalam badan kata, “Penat la, aku tak buka dah pintu ni.”
Inilah yang dipanggil Insulin Resistance. Bila sel dah tak buka pintu, gula mula berkumpul dalam darah. Doktor nampak gula tinggi. Jadi doktor tambah insulin. Kenapa?. Sebab nak paksa pintu tu buka juga. Ibarat rumah yang orang dah tak dengar loceng, jadi kau tekan loceng kuat sikit. Kalau tak cukup, tekan lagi kuat. Kalau tak cukup juga tekan tanpa henti. Memang pintu mungkin buka sikit.
Tapi masalah sebenar bukan loceng rosak. Masalah sebenar ialah orang dalam rumah dah penat dengar loceng. Inilah realiti rawatan insulin untuk Type 2 Diabetes.Ia membantu turunkan gula darah buat sementara.Ia bantu elakkan komplikasi kecemasan.
Tapi ia bukan menyelesaikan punca. Sebab punca sebenar ialah baseline insulin dah terlalu tinggi bertahun tahun. Tambah insulin tanpa turunkan baseline insulin ibarat tambah minyak pada enjin yang dah banjir minyak. Enjin tak rosak sebab kurang minyak. Enjin rosak sebab terlalu banyak minyak..
Sebab itu pesakit diabetes biasanya melalui fasa ini. Mula² makan ubat, beberapa tahun kemudian tambah dos. Kemudian tambah jenis ubat, akhir sekali insulin injection.Bukan sebab badan makin kuat. Tapi sebab badan makin kebal terhadap insulin. Macam penagih kopi. Dulu secawan dah segar. Sekarang secawan tak rasa apa. Terpaksa tambah… tambah… dan tambah… Sampai satu jag pun tak cukup. Masalah bukan kopi kurang kuat.
Masalah ialah badan dah kebal.
Berita baiknya Insulin Resistance boleh diperbaiki. Caranya bukan tambah insulin. Caranya ialah turunkan insulin.Macam nak reset balik sensitiviti badan. Bagaimana?. Kurangkan gula, kurangkan karbohidrat ringkas. Beri badan ruang tanpa insulin melalui puasa (IF). Bagi peluang badan guna lemak sendiri sebagai tenaga. Bila insulin turun, sel badan mula dengar balik. Sensitiviti kembali. Gula darah stabil secara semula jadi.
Diabetes Type 2 bukan penyakit kekurangan ubat.
Ia adalah penyakit terlebih insulin dan badan manusia bukan rosak. Ia cuma penat. Bila kau berhenti ganggu dia setiap 2 jam dengan gula dan karbohidrat, badan akan mula baiki dirinya semula. Itulah asas fisiologi badan sebenar. Bukan paksa badan guna tenaga luar setiap masa. Tapi ajar badan kembali guna tenaga simpanan sendiri. Badan kau bukan lemah. Ia cuma menunggu kau berhenti menyeksanya.
Semua penerangan ini dihuraikan dengan lebih mendalam, menggunakan analogi mudah faham dalam ebook Sakit Bukan Sumpahan. Panduan praktikal untuk membantu anda memahami bagaimana badan rosak, dan lebih penting, bagaimana untuk memulihkannya semula secara semula jadi. Jika anda benar² mahu faham apa yang sedang berlaku dalam badan anda, dan bagaimana untuk keluar daripada kitaran penyakit metabolik, ebook Sakit Bukan Sumpahan ini mungkin menjadi titik permulaan yang mengubah cara anda melihat kesihatan selama lamanya.
klik link untuk dapatkan sekarang:
https://sakitbukansumpahan.my/
24/02/2026
Dah capai berat idaman… tapi tiba-tiba naik balik?.
Ini bukan cerita luar biasa.Ini cerita paling biasa. Dan hampir semua orang melaluinya, cuma mereka jarang faham kenapa. Mereka ingat perjuangan adalah untuk kurus. Hakikatnya perjuangan sebenar adalah untuk tidak kembali gemuk. Sebab badan manusia tidak lupa, dia ingat setiap kali awak bagi gula. Dia ingat setiap kali awak makan tanpa henti. Dia ingat setiap kali insulin dipaksa naik… hari demi hari… tahun demi tahun.
Dan bila awak akhirnya kurus… badan tidak terus percaya, dia tunggu, dia tunggu awak cuai. Satu hari awak tambah sedikit nasi, awak tambah minum air manis dan awak mula makan lebih kerap dari biasa dan pada saat itulah… badan akan mula bekerja semula. Bukan untuk bantu awak kekal kurus, tapi untuk kembali kepada apa yang dia kenal paling lama… iaitu mode simpan, dia senyap, tanpa rasa bersalah, tanpa amaran.
Lemak tidak datang dengan bunyi. Dia datang dengan konsisten. Masalahnya bukan pada jumlah makanan. Masalahnya pada isyarat hormon yang awak hantar setiap hari.
Setiap kali insulin naik badan akan faham satu arahan, tenaga tidak perlu digunakan, tenaga perlu disimpan, dan badan menurut arahan itu dengan setia. Sebab tu ada orang makan sikit tapi tetap naik berat. Dan ada orang makan cukup tapi badan kekal stabil.
Bezanya bukan disiplin, bezanya adalah keadaan hormon dan metabolisme. Bila badan hidup sebagai sugar burner, ia sentiasa rapuh, tenaga datang dan pergi, lapar datang tanpa belas kasihan dan berat badan sentiasa berada di tepi jurang untuk naik semula.
Tapi bila badan sudah belajar guna lemak sendiri sebagai tenaga, sesuatu berubah. Badan menjadi tenang. Ia tidak lagi panik bila tiada makanan. Ia tidak lagi mendesak setiap beberapa jam. Ia tidak lagi menyimpan tanpa sebab. Ia akhirnya percaya ia selamat.
Saya tidak maintain berat badan dengan melawan diri. Saya sendiri maintain berat badan dengan berhenti melawan sistem badan.Dari 101kg turun dan kekal, alhamdulillah.. Bukan kerana motivasi. Bukan kerana paksa diri. Tapi kerana saya berhenti memberi isyarat simpan dan mula membenarkan badan gunakan apa yang sudah ada.
Ramai orang sangka mereka gagal. Sebenarnya tidak. Mereka cuma tidak pernah diajar bagaimana badan benar² berfungsi. Saya dah tulis semuanya dalam ebook Sakit Bukan Sumpahan. Bukan untuk buat awak kagum. Tapi untuk buat awak faham.
https://sakitbukansumpahan.my/
Sebab bila awak faham satu perkara ini. Awak akan sedar yang badan awak tidak pernah mengkhianati awak. Ia cuma patuh kepada apa yang awak ulang setiap hari.
21/02/2026
Sekarang ni garam dah jadi macam penjenayah kelas A. Masuk dapur nampak garam, terus pandang serong. Tambah sikit pun rasa macam buat dosa besar. Tapi dalam masa yang sama, pengambilan karbohidrat tinggi, air manis masih hirup, biskut dan kuih masuk tanpa waran tangkap. Garam kena soal siasat, gula p**a duduk atas kerusi empuk.
Memang betul, garam tarik air. Itu kerja dia. Air ikut garam, tekanan boleh naik. Itu fisiologi asas. Tapi badan manusia ni bukan baldi bocor. Allah bagi buah pinggang, penapis automatik 24 jam tanpa cuti umum. Setiap hari buah pinggang tapis darah, lebihan garam dia buang, lebihan air dia buang. Dia tak komplen, tak mintak cuti, tak mintak bonus pun.
Masalah sebenar bukan garam. Masalah sebenar ialah bila penapis itu sendiri dah rosak. Dan penjenayah senyap yang rosakkan penapis ini bukan garam, tapi gula. Gula ni jenis kerja dalam gelap. Dia tak bunyi bising, tak bagi amaran, tak bagi sakit. Dia masuk diam², rosakkan salur darah halus satu persatu, termasuk salur darah dalam buah pinggang. Bila salur darah rosak, penapis jadi lemah. Bila penapis lemah, garam tak boleh dibuang dengan efisien. Bila garam terkumpul, tekanan pun naik. Akhirnya garam kena tuduh, gula tepuk tangan dari belakang.
Ini macam rumah kena rompak. Perompak sebenar dah lama pecahkan pintu dan rosakkan sistem keselamatan. Tapi bila polis datang, yang kena tangkap… tukang pos. Itulah nasib garam hari ini. Kita buang garam, tapi gula kita bela macam anak emas. Sebab itu ramai orang tekanan darah masih tinggi walaupun dah makan makanan tawar sampai hilang semangat hidup.
Masalahnya bukan pada kristal putih yang kita nampak. Masalahnya pada kristal putih yang kita minum setiap hari tanpa rasa bersalah. Kalau sistem badan sihat, garam bukan musuh. Tapi kalau sistem dah rosak, apa sahaja lebihan akan mula memberi kesan. Jadi penyelesaian sebenar bukan sekadar takut pada garam, tetapi berhenti rosakkan penapis. Kurangkan gula, pulihkan metabolik, dan biarkan badan buat kerja dia semula. Sebab badan manusia ni bukan lemah. Yang melemahkan dia… ialah rutin kita sendiri.
Cerita penuh tentang bagaimana kerosakan ini bermula dan bagaimana untuk membaikinya, saya terang lebih detail dalam ebook Sakit Bukan Sumpahan. Dapatkan dan mula faham cara tubuh berfungsi
https://sakitbukansumpahan.my/
19/02/2026
STRATEGI PEMAKANAN RAMADAN.
Dulu, setiap kali Ramadan, saya ingat sahur tu macam isi minyak kereta. Lagi penuh tangki, lagi jauh boleh jalan. Jadi saya pun sumbat nasi sepinggan, bihun sebungkus, roti dua keping. Kononnya nak tahan lapar sampai maghrib. Tapi pelik pukul 11 pagi dah mula fikir pasal makanan. Pukul 1 tengah hari perut dah bunyi macam motor kapcai tak servis. Masa tu saya ingat itu normal. Rupanya bukan lapar sebenar. Itu hormon yang dah rosak jadual, sebab setiap hari kita ajar badan bergantung pada gula sebagai sumber tenaga. Gula naik cepat, turun pun cepat. Badan panik. Perut pun memberontak.
Tahun berikutnya, saya ubah strategi. Sahur makan telur 2 atau 3 biji dan lebihkan makanan protein sebenar. Air kosong saja. Tanpa nasi, tanpa roti. Tanpa gula. Aneh tapi benar badan jadi senyap. Tak meronta. Tak mintak makan. Tenaga stabil sampai maghrib. Masa tu baru saya faham satu perkara. Masalah kita bukan tak cukup makan. Masalah kita badan dah lupa cara guna tenaga sendiri.
Selama ini kita ajar badan jadi penagih gula. Setiap beberapa jam kena bagi makan. Bila gula tak masuk, badan panik. Padahal badan kita simpan puluhan ribu kalori dalam bentuk lemak. Ramadan adalah bulan untuk kita melatih badan kembali kepada sistem asal.
Sebab tu bila berbuka cukup sekadar kenyang. Bukan penuh sampai sendawa terlentang. Ini bukan pertandingan siapa paling banyak makan. Ini proses pemulihan metabolisme. Ironinya, ramai orang keluar ramadan dengan berat badan naik. Bukan turun. Kenapa?. Sebab mereka berpuasa 14 jam tapi balas dendam makan selama 10 jam. Puasa jadi sia². Badan tak sempat pulih.
Sebenarnya bulan ramadan adalah peluang untuk ubah sistem tenaga badan. Dan inilah perkara yang saya bongkarkan secara lengkap dalam ebook kesihatan saya. Bagaimana gula mengawal lapar. Bagaimana insulin menentukan sama ada badan simpan lemak atau bakar lemak. Kenapa ada orang puasa tapi tetap letih. Ramai ingat mereka lapar sebab tak makan. Sebenarnya mereka lapar sebab badan tak tahu guna lemak sendiri. Bila faham ilmu ini, Ramadan bukan lagi bulan menahan seksa. Ramadan jadi bulan badan pulih, tenaga stabil, dan fikiran jadi lebih jernih. Badan kita bukan rosak. Kita cuma tak pernah diajar cara guna dia dengan betul.
Dan yang paling penting, ramadan bukan sekadar tentang makanan dan metabolisme. Ia adalah ibadah. Ia adalah proses mendidik nafsu, membersihkan diri, dan mendekatkan hati kita kepada Allah s.w.t
Dapatkan ebook Sakit Bukan Sumpahan sekarang dan mula faham cara tubuh bertindak:
https://sakitbukansumpahan.my/
18/02/2026
Ramai orang ingat tenaga datang daripada apa yang kita makan waktu sahur. Hakikatnya, tenaga sebenar datang daripada apa yang badan boleh akses selepas kita berhenti makan. Apabila sahur dipenuhi dengan karbohidrat dan makanan proses, gula dalam darah meningkat dengan cepat.Sebagai tindak balas, insulin dirembeskan untuk menurunkan gula tersebut dan menyimpannya.
Masalahnya insulin bukan sekadar menurunkan gula.Insulin juga menghalang badan daripada menggunakan lemak sebagai sumber tenaga. Akibatnya beberapa jam kemudian apabila gula mula menurun, badan tidak dapat beralih kepada lemak dengan efisien.Inilah punca kenapa ramai orang mula merasa lemah, lapar, dan tidak stabil walaupun baru separuh hari berpuasa.
Keadaan ini berbeza apabila sahur berasaskan protein dan makanan sebenar.Protein merangsang kestabilan hormon dan meningkatkan glucagon, hormon yang membantu membuka akses kepada simpanan lemak sebagai tenaga.
Apabila insulin rendah dan glucagon berfungsi dengan baik, badan mampu menggunakan lemak sebagai sumber tenaga utama.
Tenaga menjadi lebih stabil, konsisten, dan tidak bergantung kepada bekalan gula yang kerap.Inilah asas sebenar bagaimana badan manusia direka untuk berfungsi.Bukan bergantung kepada bekalan tenaga luar sepanjang masa, tetapi mampu menggunakan simpanan tenaga sendiri apabila diperlukan. Malangnya, ramai tidak pernah diajar memahami sistem ini.Mereka hanya diajar apa perlu makan, tetapi tidak diajar apa yang berlaku di dalam badan selepas makan.
Apabila sistem ini difahami, puasa menjadi lebih mudah, tenaga menjadi lebih stabil, dan badan kembali berfungsi sebagaimana asalnya direka. Bersahurlah, kerana di dalam sahur itu ada keberkatan.
Dapatkan ebook Sakit Bukan Sumpahan sekarang:
https://sakitbukansumpahan.my/
18/02/2026
KERADANGAN. MUSUH YANG TAK BERBUNYI.
Dia tak bagi amaran. Dia tak bagi sakit kuat. Dia tak bagi kita rebah terus. Dia cuma duduk diam dalam badan, dan perlahan lahan dia rosakkan kita dari dalam. Ramai orang ingat sakit datang secara tiba². Semalam sihat. Hari ni tiba² darah tinggi. Tiba² gula naik. Tiba² cepat penat. Tiba² badan rasa tak macam dulu. Hakikatnya, itu bukan tiba². Itu adalah hasil daripada satu proses senyap yang dipanggil keradangan sistemik. Keradangan ini bukan macam luka di tangan. Bukan merah, bukan bernanah, bukan nampak. Tapi ia berlaku dalam setiap salur darah, dalam setiap organ, dalam setiap sel. Dan puncanya sering bermula dari satu akar utama, Insulin Resistance.
Bila sel lemak mula membesar (hypertrophy), ia bukan sekadar simpan lemak. Ia mula bertindak macam kilang racun. Ia keluarkan bahan yang dipanggil Pro Inflammatory Cytokines (PIC). Bahasa mudahnya, sel lemak yang sakit akan jerit dalam badan. Jeritan itu dalam bentuk signal keradangan. Dan signal ini merosakkan seluruh sistem. Sebab itu orang yang ada insulin resistance, badan dia sentiasa dalam mode under attack walaupun dia tak sedar. Tapi ada satu lagi musuh yang lebih licik, Fruktosa. Fruktosa ni bila masuk dalam badan, dia tak duduk diam. Dia melekat pada protein, melekat pada sel, melekat pada struktur penting badan. Dan dengan suhu badan kita sendiri, ia termasak. Proses ini dipanggil glycation. Hasilnya terbentuk satu bahan berbahaya dipanggil AGE (Advanced Glycation End Product).
AGE ni ibarat daging yang dipanggang. Dari lembut jadi keras. Dari hidup jadi rosak. Begitulah juga sel kita. Salur darah jadi keras. Kulit jadi cepat tua. Organ jadi lemah. Semua ini berlaku perlahan lahan tanpa bunyi. Sebab itu bila seseorang mula amalkan IFLK, dia sebenarnya telah buat satu keputusan besar. Dia telah berhenti tambah minyak ke dalam api keradangan. Dia telah beri peluang kepada badan untuk mula pulih. Tapi ramai tak sedar satu perkara. Berhenti merosakkan tak sama dengan membaiki. Kalau rumah dah rosak 20 tahun, berhenti rosakkan bukan terus jadi elok. Ia perlukan masa. Ia perlukan bahan binaan. Ia perlukan sokongan.
Sebab itu ramai yang buat IFLK, tapi masih ada masalah. Tekanan darah masih tak stabil. Baseline glucose masih tinggi. Keto flu tak habis². Hormon masih tak seimbang. Lipid profile masih tak cantik. Hati masih ada lemak. Ginjal masih belum pulih sepenuhnya. Bukan sebab IFLK tak berfungsi. Tapi sebab badan sedang baiki kerosakan lama, dan ia perlukan bantuan. Zaman dulu, makanan cukup nutrisi. Zaman sekarang, makanan cukup kalori tapi miskin zat. Tanah dah kurang mineral. Makanan dah banyak diproses. Badan kita p**a dah rosak bertahun tahun. Sebab itu suplementasi bukan lagi pilihan mewah. Ia sudah jadi keperluan asas.
Hakikatnya kita semua sedang berperang. Bukan dengan orang lain. Tapi dengan keradangan dalam badan sendiri. Dan perang ini tak boleh menang dengan harapan sahaja. Ia perlu ilmu. Ilmu untuk faham apa sebenarnya berlaku dalam badan. Ilmu untuk faham kenapa badan rosak. Ilmu untuk faham bagaimana untuk pulih sepenuhnya. Tanpa ilmu, kita hanya meneka. Dengan ilmu, kita mula mengawal semula tubuh kita.
Saya tulis semua ini secara lengkap dalam ebook Sakit Bukan Sumpahan supaya anda faham kenapa keradangan berlaku, kenapa insulin resistance jadi punca, kenapa badan rosak walaupun makan nampak sihat, dan bagaimana untuk pulihkan semula badan dari akar.
Kalau anda rasa badan anda tak macam dulu, itu bukan perasaan. Itu signal. Dan mungkin ini masa untuk anda faham apa sebenarnya yang sedang berlaku.
penjelasan lengkap di sini:
https://sakitbukansumpahan.my/
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Alor Gajah
