Leeza Abdul Latif

Leeza Abdul Latif

Share

My activities �

08/02/2022

Empal berasal daripada Bahasa Indonesia iaitu daging goreng. Empal Daging merupakan salah satu masakan khas atau terkenal di Indonesia dan terutamanya di daerah Bogor. Kota Bogor adalah sebuah kota di Provinsi Jawa Barat, Indonesia. Kota ini terletak 54 km sebelah selatan Jakarta dan wilayahnya berada di tengah-tengah wilayah Kabupaten Bogor.

Resepi hidangan asli Empal Daging Bogor yang menyelerakan ni sudah diadun bersama rempah-ratus yang bermutu tinggi bagi menghasilkan hidangan istimewa dan menggoda.

Penghasilan menu Empal Daging Bogor ini memerlukan proses yang banyak dan rumit bagi mengekalkan keaslian menu tersebut.

Resepi ini menggunakan daging lembu yang perlu direbus atau diungkep bersama rempah ratus hingga empuk. Salah satu keistimewaan masakan ini adalah kerana daging ini direbus bersama rempah ratus di dalam satu tempoh masa yang panjang untuk memberikan rempah tersebut meresap hingga ke dalam tekstur dan menjadikan dagingnya lembut.

Selepas mendapat tekstur yang lembut, daging empal ini perlu
diketuk dan digoreng sebelum disajikan. Menurut sejarahwan, menu empal ini sudah dikenali temui sejak abad ke-15 Masihi. Teknik ini
berasal daripada wilayah Priangan yang terdiri dari kawasan Jawa Indonesia. Menu ini kebiasaannya disajikan pada majlis keramaian seperti kenduri atau pada hari raya.

Sesuai disajikan bersama sambal penyet. Selain itu, menu ini amat sesuai dimakan bersama lemang, nasi impit atau nasi putih.

11/09/2021

Sis tak sombong tau..😊
Masa rabun jauh boleh la pakai contact lens
Kini rabun keduanya payah... terima ajelah yang usia makin meningkat

07/09/2021

Tiada yang lebih indah, setiap hari dapat menikmati sarapan bersama orang tersayang ❤

Photos from Leeza Abdul Latif's post 08/08/2021

Selamat berhujung minggu
Tik tok tik tok tik tok
Sekejap masa berlalu, harini 8.8.2021 esok dah 9.8.2021. Masa oh masa sungguh pantas walaupun pkp pkpd dan sebagainya
Walau janya di rumah WFH, tapi masa tetap cepat, setiap hari hanya berdoa dan terus berdoa agar Cobid LENYAP dan TERHAPUS. InshaAllah pasti ada keajaiban dari Allah SWT

03/08/2021

Yess received my JovianMask
Topup stock. S**a sangat² dengan 1st 3-ply plain dan order jugak 1 classic Mask off white
Selalu i order sendiri website, tapi kali ni i deal dengan .qyrynaaysara tq Rina

29/07/2021

Minum petang hari ni 29.7.2021 coffee + kek buah. Sedar tak sedar dah penghujung Julai. Sinar² C19 nak berlalu macam tak bersinar, tapi kita teruskan berdoa agar ada keajaiban
Doakan semoga kita akan bebas dari musuh halus ini. Allah pasti mendengar doa kita. InshaAllah
1st dose vaccine dah, sis tunggu 2nd dose pulak August ni. Tangan yang kena cucuk semalam masih terasa sengalnya, tapi Alhamdulillah sihat

23/07/2021

Photos from Leeza Abdul Latif's post 20/07/2021

Minum di kala petang Raya Haji 20.7.2021 Selasa
Bahulu dan Rempeyek dari kiriman .anne . Kiriman sebagai pengganti diri yang musim c19 ni memang tak boleh berjumpa
Santai 1 family dok kunyah rempeyek, bahulu oulak cicah kopi, kopi harus dari .hardaliz
Terimakasih Ladyzanne dan Selamat Hari Raya

18/07/2021
Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Ampang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address

Ampang
Ampang