Messy Me, Mommy
Motherhood, Easy Cooking. Story of Mommy with 3 kids
Messy Me everyday
23/11/2025
Good morning
08/11/2025
Hello 👋🏻
13/10/2025
"I can take care of her, mommy... don't worry."
Janji itu terpahat, dan hari ini menjadi saksi. Walaupun keletihan selepas seharian di sekolah, bahu si abang kekal menjadi tempat bersandar yang paling selamat untuk adiknya.
Melihat momen begini, hati ibu mana yang tak bergenang air mata?
Momen kecil yang membuatkan kita sedar, anak kita sudah membesar menjadi pelindung yang setia.
13/10/2025
Kita dah tahu pantangnya. Tapi masih ramai tak ikut.
Setiap kali influenza merebak, benda sama berulang, demam, batuk, satu rumah jatuh sakit.
Bukan sebab rawatan lambat, tapi sebab kita terlalu yakin virus ni kecil.
Ingat tak masa Covid dulu?
Mask sentiasa ada dalam beg, sanitizer tak pernah tinggal, jarak dijaga walau dalam lif.
Semua tu bukan sejarah, itu formula yang masih berkesan.
Sebab virus tak pilih nama penyakit.
Influenza, RSV, Covid, semuanya menular dengan cara yang sama: udara, sentuhan, jarak yang terlalu dekat.
Dan semuanya boleh dikawal dengan tabiat yang sama juga.
Kalau dah tahu pantang, teruskan dengan perlindungan.
Pakai pelitup muka bila batuk,
cuci tangan lepas sentuh permukaan awam,
dan jangan kongsi ruang rapat bila badan tak sihat.
Kita dah pernah berjaya kawal satu pandemik besar.
Takkan nak kalah dengan influenza yang cara cegahnya dah kita hafal?
Credit to : Public Health Malaysia
10/10/2025
Tiga bodyguards kecik dah selamat check-in sekolah. Fuhhh. Aku rasa macam score goal kemenangan! Hahaha
Sekarang... Mimy tenang tenang masuk dapur. Ambil berkas buah & salad yang telah diasingkan semalam dalam peti ais.
Terus potong avocado, epal, blueberry. Bawak pinggan salad ni, slow-slow duduk kat balkoni. Sambil kunyah, sambil rasa sinar matahari pagi. Ermmm fresh! 😍
Rasa macam jiwa aku tengah detox. Tak ada suara minta air, tak ada tangan tarik baju. Hanya bunyi kunyahan crunchy salad ni.
Syukur, dengan momen nikmat dan sunyi ni. Ini yang bagi aku energy nak jadi Mimy yang waras sikit untuk petang nanti.
Korang yang tengah rileks tu, enjoy tau! Kita dah buat yang terbaik hari ni. 😘
Thank you for support ❤️❤️🌻🌻
Click here to claim your Sponsored Listing.
Website
Address
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 19:00 |
| Tuesday | 08:00 - 19:00 |
| Wednesday | 08:00 - 19:00 |
| Thursday | 08:00 - 19:00 |
| Friday | 08:00 - 19:00 |
| Saturday | 08:00 - 19:00 |
| Sunday | 08:00 - 19:00 |
