Renjana Jiva
Maajun Ratu Jiwa
Adunan Makan Sunnah Untuk Kesihatan
Dorongan Kekal Bersemangat
25/10/2025
Di Mana Silapnya Seorang Bapa
Dia paling bangga punya anak yang lembut, tidak banyak soal.
Belajar elok, solat tak tinggal, sopan bila bercakap. Begitu menghormati orang lain.
Bila orang ada yang bertanya, “Macam mana didik anak?”
Dia cuma senyum. “Biasa saja… saya ajar jangan susahkan orang.”
Hingga satu hari, polis datang. Nama anaknya disebut telah bertindak mengambil nyawa orang tanpa belas kasihan.
Sejak itu, setiap pandang orang terasa tuduhan yang berat. Tidak mampu keluar rumah. Masjid terus ditinggalkan.
Dia ulang-ulang dalam hati, “Di mana silap aku?”
Kerana tiada doa sekuat penyesalan seorang bapa yang hidup di bawah bayang anaknya sendiri.
24/10/2025
Ketam Goreng Tepung Mak Dapat Bau Je
Dulu aku teringin sangat nak makan ketam goreng tepung.
Nampak anak jiran makan, terus aku mintak pada mak.
Mak kata tak ada duit.
Balik sekolah, aku nampak ada ketam atas meja. Seekor saja. Untuk aku seorang.
Bertahun kemudian baru aku tahu, abang dan kakak tak dapat rasa pun hari tu.
Mak cuma belikan seekor, sebab harga seekor ketam boleh dapat ikan sekilo.
Aku sekolah rendah masa tu, mana faham apa erti susah.
Mak tak ada pendidikan tinggi, setakat tahu membaca dan menulis.
Tapi jiwa dia besar. Berjimat cermat, bijak mengatur rezeki.
Rumah kami dulu penuh dengan macam-macam jenis sayur, pucuk manis, pucuk ubi, kacang kelisa. Semua hidup subur dari tangan mak yang rajin.
Ayam pun dia bela. Dia tanam rezeki, bukan sekadar makanan.
Sekarang aku dah mampu beli ketam tiap-tiap hari. Bila balik kampung, aku hidang untuk mak. Walaupun usia mak dah mencecah 85 tahun, dia tetap dahulukan cucu dan anak-anak. Katanya `Mak dah tua makan sikit je`.. walau aku tahu dia masih s**a ketam tu.
Nanti kita makan ketam banyak-banyak kat Pangkor, ya mak.
Kali ni, untuk mak dulu.
23/10/2025
Bahagia itu kadang cuma rasa lapar yang disenyapkan...
Dia suap anak-anak makan dulu, walau hakikatnya perut dia sendiri sangat lapar.
Mee dah mulai sejuk namun ibu tetap tersenyum, berpuas hati bila lihat anak-anak makan dengan kenyang.
Sudu di tangan terhenti.Bukan sebab kenyang, tiba-tiba terdengar si kecil tiba-tiba terjaga, minta didukung.
Sambil mendukung anak, dia terus menyuap perlahan. Walaupun penat gagahkan juga mendukung.
Dia ketepikan selera sendiri, demi pastikan anak-anak kenyang,
demi dengar tawa yang buat dia lupa, bahawa bahagia yang dia rasa…
cuma sementara.
21/10/2025
Bila cuti bekerja bukan cuti sebenar..
Balik cuti deepavali, rumah bersepah sangat...memang dah dijangka...sebab tu ambil cuti..dengan perjalanan hampir 9 jam..Ya Allah, penatnya...meriba Men Men yang makin lasak dan hantap...sakitnya pinggang..
Keesokannya bercuti, namun rumah bersepah, anak-anak meragam..seorang sakit gigi yang amat sangat..meraung sakitnya...kesian betul ..Balik klinik dapat ubat...Selesai..
Men men pulak meragam .entah kenapa..nak berdukung...stress pulak .nak mengemas lagi..
Malam..penat otak..namun pilih untuk healing..kita tanam pokok kangkung 3 cabang..sunyi namun tenang..
24/08/2025
Alahmdullilah, ramai dah menerima manafaat dari Maajun Ratu Jiwa..
Gabungan makanan sunnah dan bahan premium untuk kesihatan kita..
02/06/2025
On the way to deliver Maajun Ratu Jiwa. Alahmdullilah...sikit pun rezeki banyak pun rezeki..Kita tak lahir terus berlari kan...kita lalui prosesnya mampu berdikari.
Terima kasih support bisnes kami..
20/05/2025
Anak-anak korang rajin buat kerja rumah tak?!!!
Anak-anak saya ni ikut mood..Nak angkat cawan pun berkira kira ye..Macam perang dunia...Pagi-pagi bangun dapat message atas meja makan..
Wei..geram aku
20/05/2025
Hebat buah ciptaan Allah ini. Tumbuh hanya di bumi terpilih Allah namun memberikan kesan kesihatan untuk semua umat.
Ibu tunggal, tanpa nafkah suami, berjaya bangunkan business lori trailer. Buat perniagaan pengangkutan di kawasan kuari...
Kak Hasnah, memiliki lebih dari enam biji lori trailer...kuatnya dia membina hidup..
Halba adalah bahan utama Maajun Renjana Jiva selain makanan sunnah lain seperti kurma, habbatussauda dan madu hutan borneo...paling best mengandungi bee pollen...
Kita akan lihat perut kurang buncit, lebih bertenaga, period teratur dan lancar...
22/04/2025
Jika la suami faham rezeki mereka ada di tangan anak anak dan siteri
21/03/2025
Alhamdullilah.Renjana Jiva menghilangkan sakit sakit badan...Terima kasih RJ Lover
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Ampang
68000
