Tasbih Neesa
Tasbih Berhias Manik
Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah jua.
Rasulullah saw. bersabda, “Lahaula wala quwwata illa billah adalah salah satu khazanah syurga.” (HR Bukhari dan Muslim)
Rasulullah saw. bersabda, “Sesiapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billah, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit, yang paling ringan adalah kebimbangan”. (HR Tabrani)
Paghii😊
Salam menjemput Rezeki.
15/06/2022
Sentiasa ada 💚
12/06/2022
Siapa yang bangun hari ni dengan sisa air mata kesedihan semalam. Masalah dan Ujian bukan bertambah ringan tapi makin berat. Rezeki sempit. Anak sakit, suami/isteri sakit atau cari penyakit. Keluarga dan Kawan semua lari tak ada yang nak tolong. Rasa dah tak boleh hidup lebih baik mati. Dll. Apa yang boleh dibuat ?
ISTIGHFAR - استغفر الله.
Anak kunci kepada pertolonganNya. Berapa kali nak istighfar ? Ulang.. ulang.. sehingga hatimu tenang dan lapang, sehingga nampak jalan, sehingga boleh rasa kalimah istighfar itu dan boleh berhenti fikir tentang masalah sekejap, dan ketika itu kamu mula rasa Allah bersama. Saat itu tiba-tiba rasa sunyi. Hanya kamu dengan Allah. Rasa dah tak perlu apa-apa, hanya menikmati saat bermanja dan bersunyian dengan Allah. Itulah nikmat paling mahal didunia. Yang ramai tak pernah rasa dan usaha untuk rasa.
Istighfar lah kerana Allah, bukan kerana Ujian Allah. Istighfar lah kerana kita perlu hidup dan mati dengan pengampunan Allah. Kerana kita kurang mohon ampun denganNya, Allah berikan jalan lain sebagai penyucian jiwa. Pilihlah jalan Istighfar bukan jalan Musibah.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا وَمِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِب
Dari Abdullah bin ‘Abbas dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang melazimi istighfar, Allah akan menjadikan dari setiap kesedihan kegembiraan, dan dari setiap kesempitan baginya jalan keluar dan memberi rezeki kepadanya dari arah yang tidak disangka-sangka.” (HR Ibnu Majah No: 3809)
Ustzh Asma' Harun
10/06/2022
Kelebihan Surah Al-Insyirah, Bagus Baca Hari-Hari.
1. Dipermudahkan Segala Urusannya
Sekiranya anda membaca Surah Al-Insyirah selepas solat fardhu, Insyaallah dipermudahkan urusan semua urusan. Selain itu, segala keperluan dan rezeki turut akan Allah permudahkannya, Dia memberi pertolongan kepada kita melalui amalan. Salah satunya membaca surah Al-Insyirah.
2. Diberi Kekayaan
Ramai yang ingin kaya dunia dan akhirat, oleh itu, sering-seringlah membaca Surah Al-Insyirah ini selepas waktu solat. Caranya adalah mengamalkan bacaan surah ini sebanyak 40 kali selepas setiap waktu solat. Insyaallah kita akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. untuk berjaya dan kaya dunia akhirat. Ia adalah salah satu kelebihan surah al-Insyirah.
3. Terhindar Dari Segala Masalah
Kelebihan surah Al-Insyirah ramai tak tahu adalah apabila mereka mengalami situasi yang penuh dengan masalah. Masalah serta kes**aran dalam setiap urusan pasti dapat dihindari dengan pertolongan oleh Allah S.W.T. Dada juga akan menjadi lapang bagi sesiapa yang membaca Surah Al-Insyirah.
4. Menjadi Lebih Positif
Fikiran akan menjadi lebih positif bagi sesiapa yang membaca Surah Al-Insyirah. Kelebihan surah Al-Insyirah adalah dapat menutup ruang-ruang negatif di dalam minda dan diri kita dalam kehidupan seharian.
5. Rajin Dalam Mengerjakan Ibadah
Bagi anda yang kurang sifat kerajinan tu bolehlah cuba amalkan baca Surah Al-Insyirah. Insyaallah hati akan terasa lebih s**a untuk mengerjakan amal ibadah serta dihilangkan rasa sifat jemu beribadah. Sebab tu, penting untuk kita ajarkan surah ini kepada anak-anak sejak kecil lagi. Mereka akan lebih rajin dan mudah beristiqamah.
6. Menghilangkan Rasa Dukacita
Bacaan surah ini selepas solat fardhu, Allah S.W.T. akan menghilangkan segala dukacita dalam hatinya. Allah SWT juga akan kurniakan kegembiraan buat mereka.
Allah sebaik-baik tempat Minta pertolongan. Segalanya dengan izinNya
Kredit to: Tanyalah Ustaz
07/04/2022
Alhamdulilah thumma Alhamdulilah
Terima kasih wanie, Kajang Selangor ⚘
06/04/2022
Terima kasih Ya Allah atas kurniaan rezekiMu selama ini.
Pelbagai nikmat yang kita sendiri tak terhitung banyaknya.
Jika kita selalu bersyukur Allah akan menambahkan nikmatNya.
Jika kita mengingkari dan asyik mengeluh, itu tandanya kita ini sombong dan tak tahu bersyukur.
Ketahuilah akan azabNya jika tak mahu bersyukur.
وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَٮِٕن شَڪَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ ۖ وَلَٮِٕن ڪَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
- Surah Ibrahim ayat 7 -
06/04/2022
BERISTIGHFARLAH dan rasakan bagaimana Allah SWT menyusun hati yang gundah itu untuk melihat jalan penuh ketenangan ❤
05/04/2022
Alhamdulilah thùmma Alhamdulilah❤
Alhamdulilah⚘
Alhamdulilah thumma alhamdulilah💚❤
BERISTIGHFARLAH dan rasakan bagaimana Allah SWT menyusun hati yang gundah itu untuk melihat jalan penuh ketenangan ❤
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
4-01, Jalan Padi Emas 1/2, Uda Business Centre
Johor Bahru
81200
