Amirul Fauzan

Amirul Fauzan

Share

"Suara Hati, Irama Jiwa"
Singer / Songwriter / Motivational Speaker

AMIRUL FAUZAN ft HAADI RAZALI • Mengukir Kenangan (Official Lyric Video) 19/12/2025

Assalamu'alaikum semua, “Mengukir Kenangan” kini boleh didengar di Spotify & YouTube Music.
Video rasmi menyusul petang ini, jam 5.00 di YouTube Inteam Digital.

🎵Mengukir Kenangan

AMIRUL FAUZAN ft HAADI RAZALI • Mengukir Kenangan (Official Lyric Video) Dengarkan lagu ini di Spotify, Apple Music dan lain-lain platform muzik digital. Klik link berikut untuk info lanjut: https://bfan.link/mengukir-kenangan (V...

16/12/2025

“Mengukir Kenangan” akan dilancarkan Jumaat ini, 19/12/2025
bersempena ketibaan cuti sekolah yang bakal bertamu 🌤️

Sebuah lagu tentang perpisahan, kenangan dan detik yang tak sempat disimpan lama —
buat anak-anak yang melangkah pergi,
buat guru yang setia mendidik,
dan buat kita semua yang pernah menutup satu bab kehidupan dengan air mata dan senyuman.

🎧 Tonton di YouTube Inteam Digital

Semoga lagu ini menemani hati
saat kenangan kembali bertandang. 🤍

AMIRUL FAUZAN • Rintihan Kalam (Official Lyric Video) 28/11/2025

CERITA DI SEBALIK LAGU

✨ Rintihan Kalam – Amirul Fauzan ✨

Rintihan Kalam lahir daripada perjalanan jiwa yang sangat peribadi—satu perjalanan antara kehilangan, kesedaran, dan kasih Tuhan yang tak pernah putus.

Segalanya bermula ketika abah nazak di hospital. Setiap kali aku dan adik-beradik masuk ke bilik abah, Al-Qur’an menjadi suara terakhir yang menemani abah. Ia bukan lagi sekadar bacaan—tetapi rintihan sebuah cinta antara anak-anak dan ayah, diperdengarkan melalui ayat-ayat Allah.

Lembaran suci itu seolah-olah berbisik kepada aku..

"Aku masih di sini… pulanglah."

Dan di situlah tercetusnya bait lirik pertama:
“Tersimpan di sudut sunyi yang kelam,
Lembaran suci yang tak lagi digenggam..”

Selepas abah pergi, umi memainkan peranan besar untuk menghidupkan semula jiwa keluarga...
Umi buat satu grup WhatsApp — “Hadiah Untuk Abah” — untuk meneruskan amalan bacaan Al-Qur’an sebagai hadiah pahala buat abah. Setiap juz dibahagi kepada adik-beradik, bukan sekadar rutin… tetapi sebagai tanda rindu yang tidak mampu lagi dizahirkan melalui suara.

Pada masa yang sama, aku sendiri tersentak.
Lagu ini lahir kerana Allah membuka mata aku melalui ujian abah.

Lirik-lirik seperti:

“Dibuai dunia, kita terlena…”
“Hingga lupa cahaya-Nya yang mulia…”

…adalah pengakuan jujur bahawa selama ini aku terlalu lalai, terlalu leka dengan dunia, hingga Al-Qur’an yang sepatutnya menjadi teman paling dekat… dibiarkan sunyi.

Namun Rintihan Kalam bukan lagu kesedihan semata-mata..
Ia adalah panggilan untuk bangkit, panggilan untuk kembali membuka “kitab cinta” yang kita tinggalkan. Lagu ini menegur dengan lembut, mengajak dengan kasih...

“Jika kau dengar, dengarlah lirihnya…
Setiap ayat adalah penawar…”

Itulah inti sebenar lagu ini — rintihan Al-Qur’an yang menunggu hati kembali hidup.

AMIRUL FAUZAN • Rintihan Kalam (Official Lyric Video) Dengarkan lagu ini di Spotify, Apple Music dan lain-lain platform muzik digital. Klik link berikut untuk info lanjut: https://bfan.link/rintihan-kalam (Verse...

AMIRUL FAUZAN • Rintihan Kalam (Official Lyric Video) 28/11/2025

Jom semua! Rintihan Kalam dah release sekarang di YouTube Inteam Digital. Boleh tengok NOW! 🔥📀

AMIRUL FAUZAN • Rintihan Kalam (Official Lyric Video) Dengarkan lagu ini di Spotify, Apple Music dan lain-lain platform muzik digital. Klik link berikut untuk info lanjut: https://bfan.link/rintihan-kalam (Verse...

28/11/2025

Nantikan RINTIHAN KALAM single terbaru daripada Amirul Fauzan pada hari ini di Spotify, Apple Music dan lain-lain platform muzik digital.

Tekan link berikut untuk info lanjut - https://bfan.link/rintihan-kalam

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address

Johor Bahru