Exama Bijak

Exama Bijak

Share

vietemin untuk kecerdasan otak anda dan otak anak anda

18/03/2023

Saya kongsikan satu resepi mudah dari saudari Siti Nurul Aini guna bunga kunyit.
Lepas ni kalau ada tanam pokok kunyit. Kalau ternampak bunga kunyit jangan ditenung saja.
Kutip dan buat ulam kerabu.
Ulam kampung tinggi antioksida. Bukan akar kunyit saja yang ada curcumin.
Bunga kunyit juga kaya curcumin.
Bahan utama iaitu bunga kunyit dengan daun kunyit muda.
Jangan ambil daun kunyit tua. Lenguh mulut nak kunyah nanti.
Sediakan lesung batu. Tumbuk ikan bilis (digoreng) dengan cili. Ikut nak guna cili jenis apa ikut tahap kepedasan yang dis**ai.
Tambah belacan (sekali dengan serai dihiris nipis) dan tumbuk sampai halus.
Bila dah siap tumbuk, gaulkan dengan bunga kunyit dan daun kunyit yang sudah dibasuh, dileraikan dan dihiris nipis nipis.
Untuk perasa, masukkan garam bukit. Saya guna gula kelapa. Lepas itu tambah lada hitam. Diakhiri dengan jus perahan limau kasturi.
Kenapa lada hitam?
Sebab ia ada piperine yang bantu serap curcumin masuk ke dalam tubuh dengan lebih banyak.
Siap untuk dimakan. Memang confirm terangkat selera.
Boleh cuba buat.
P/S:
Dapatkan banyak lagi resepi di https://bit.ly/DAPATKAN-RESIPI-SIHAT

22/02/2023

AYAM MERAUNG
Bahan perapan daging/ayam (perap 3 jam) :
- Daging (biar ada lemak sikit)/ayam
- Akar ketumbar
- Bawang putih
- Gula perang
- Sos ikan
- Kicap pekat
- Lada sulah/hitam
- Minyak
Blend semua, lumur pada daging/ayam.
Perap sekurang-kurangnya 3 jam.
Zue perap dan simpan di chiller.
Keluarkan 30 minit sebelum dimasak.
Untuk masak, panaskan non stick pan, letak minyak sikit, bakar dengan api kecil.
Bahan sos:
- Sos ikan
- Air asam jawa
- Perahan limau nipis
- Gula kabung/nisan Thai
- Serbuk cili kasar
- Beras goreng
- Daun ketumbar (cincang)
- Akar ketumbar (cincang)
- Cili padi (cincang)
- Bawang merah (cincang)
- Bawang putih (cincang)
Bancuh semua bahan, perasakan.
Cubalah.
Kredit : Sarina Seman

26/12/2022

kuih lagend dr zaman nenek & mak² kita dlu, kuih siput 🐚🐌🐚.. buat kuih ni pasang lagu raya semangat nk siapkn pejam² doh dh habis 😂😂..
Resepi 🐚🐚...
1. 1kg tpg gandum xkisah cap apa² (sy guna bakers choice)
2. 1 peket serbuk kari babas daging spicy (25g)
3. 1 cawan majerin (sy guna cap pelangi)
4. 1 biji telor
5. ½ cawan gula
6. 1 sudu teh garam halus
7. Jintan manis & jintan putih (tiada s**atan agak² je blend)
8. Daun kari (gunting halus²)
9. 1 ½cawan santan..
Satukan semua bahan² gaul hingga sebati, masukkn sedikit air dan uli..doh jgn trlalu lembik jgn trlalu keras,sedang² je .. dh siap bleh terus terap kt papan acuan golek² je siput korg atas dulang 😊 , masa grg nt tabur je daun kari dlm myk tu bg wangi...selamat mencuba 🤌❤❤
kredit: suisan

22/12/2022

Uihh! Bihun Sup Utara (Sup Tulang) 🤤
SIMPAN! Boleh masak bila2 nak nanti 👏🏻
Bahan bahan
1 peket bihun
1 sudu kunyit
Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah kunyit..kemudian basuh dan tapis..
Bahan2 Sup Tulang
1kilo tulang dicampur sedikit daging
2 batang serai ketuk
Halia lebih kurang 2 inci diketuk
4 ulas bawang putih ditumbuk
4 ulas bawang merah kecil ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
Setengah sudu kecil bunga cengkih ditumbuk kasar
Setengah sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
3 bunga lawang
4 biji buah pelaga
Sedikit batang daun sup
Air secukupnya
Masukkan semua bahan bahan didalam periuk..
Rebus sehingga empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika s**a..
***lepas sup dah masak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup...kalau taknak buat pon tak apa..
Bahan2 cabai merah
Cili kering yang telah di blend atau ciliboh atau cili yang siap dikisar
Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk
Asam keping atau air asam jawa atau cuka
Garam
Gula
Tumis bawang kemudian masukkan cili ..masak sampai pecah minyak..masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka..garam dan gula..boleh juga masukkan sesikit sos cili jika taknak masukkan gula.
Bahan2 sampingan untuk dimakan bersama bihun
Daun bawang
Daun sup
Lobak masin
Bawang goreng
Selamat mencuba😊😊
Bihun sup utara..cabainya merah..bihunnya kuning😁

Kredit : Zaini Talib

15/12/2022

Ayam ala Pizza hut 🍗
Bahan-bahan:
• Sayap 10 ketul potong 2
• Serbuk cili 3 sudu
• Madu 3 sudu
• Sos tiram 3 sudu
• Kicap manis 3 sudu
• Gula 2 sudu
• Limau kasturi kecil 1 biji
• Garam & aji (secukup rasa)
• Serbuk cili (kalau s**a pedas)
• Gula sedikit (kalau s**a manis)
Cara-cara:
1. Satukan semua bahan dan perap beberapa jam.
2. Boleh bakar terus kalau taknak tunggu lama.
3. Bakar dalam air fryer lada suhu 170-180 selama 10-15 minit. Kemudian balikkan, bakar pada suhu dan masa yang sama.

Kredit: Mihah Rosle

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kampung Besut?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address

Kampong Limbungan
Kampung Besut
22020