Kelab Peminat Seniman Agung P.Ramlee Negeri Perlis
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab Peminat Seniman Agung P.Ramlee Negeri Perlis, Health/Beauty, Kangar.
Banyak aktiviti sihat akan dijalankan sepanjang tahun..nilai-nilai murni yang diterapkan adalah mengeratkan silaturahim, kebajikan bersama, bakatΒ² terpendam perlu diserlahkan..
29/03/2026
βJalinan Silaturahim Abadiβ
Di pagi Syawal yang penuh cahaya,
Takbir bergema menyentuh jiwa,
Kemaafan dipohon setulus rasa,
Mengikat hati sesama kita.
Dalam langkah yang sederhana ini,
Tersirat kasih yang tak terucap,
Tangan dihulur, hati dirapati,
Silaturahim kembali erat terikat.
Bukan sekadar kenangan dan seni,
Namun jiwa yang saling memahami,
Di bawah naungan satu nama dihargai,
Kelab Peminat Seniman Agung P. Ramlee Negeri Perlis disatukan hati.
Walau berbeza jalan dan cerita,
Kita tetap satu dalam rasa,
Kerana ukhwah lebih berharga,
Daripada segala yang sementara.
Di Aidilfitri yang mulia ini,
Kita anyam kasih tanpa henti,
Agar silaturahim terus mekar mewangi,
Selamanya abadi, di hati nurani.
08/02/2026
Sekalung tahniah π diucapkan kepada JKKN & MOTAC dengan kejayaan yg cemerlang pada Pesta Angin Timur 2026 dan diucapkan ribuan terima kasih diatas ruang dan peluang yg diberikan kepada KPSAPRPs menyertai PAT ini..semoga kerjasama dan peluang ini dilanjutkan pada PAT 2027..
18/12/2025
18 Disember 2025..Alhamdulillah syukur ke Hadrat Ilahi..Selesai Sesi kunjung hormat kepada YB Tuan Abu Bakar bin Hamzah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis merangkap Exco Pelancongan , Seni dan Budaya di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis.
29/11/2025
Menghadiri Mesyuarat Agung Penaja Gabungan Kelab-Kelab Peminat P.Ramlee Malaysia (GAPERMA) UPSI Tanjung Malim Perak..seramai 5 orang perwakilan hadir..
19/11/2025
KPSAPRPs telah mengiringi JKKN Perlis dalam 2 sesi ziarah penggiat seni negeri Perlis iaitu Encik Yusof bin Hamid & Encik Ayob bersama Pengarah JKKN Perlis Tuan Shahrizal bin Abdan..
14/11/2025
5 Pegawai Tertinggi Kelab Peminat Seniman Agung P.Ramlee Negeri Perlis telah membuat Kunjungan Hormat kepada Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Perlis Tuan Sharizal Abdan dan pegawai JKKN untuk membincang dan merancang aktiviti kelab utk tahun 2026..
πΆβ¨ FIESTA UNITI @ MUZIUM KOTA KAYANG 2025 β¨πΆ
π
1 & 2 November 2025 (Sabtu & Ahad)
π Zon A, Muzium Kota Kayang, Perlis
---
π€ PENCARIAN AKHIR SUARA KLASIK MENGUSIK JIWA (TAN SRI P. RAMLEE) 2025
π
2 November 2025 (Ahad)
π 5.00 Petang
Anjuran: Kelab Peminat Seniman Agung P. Ramlee Negeri Perlis (KPSAPPS)
dengan kerjasama Muzium Kota Kayang, Perlis
β¨ Majlis turut diserikan oleh kehadiran
YBrs. Puan Siti Munirah binti Kasim,
Pengarah Muzium Kota Kayang Negeri Perlis.
---
π¬ AKTIVITI MENARIK DI TAPAK PAMERAN (1 & 2 NOVEMBER 2025):
β¨ Pameran gambar aktiviti kelab & potret seniman agung Tan Sri P. Ramlee
ποΈ Jualan produk eksklusif:
β’ Bedak sejuk asli
β’ T-shirt rasmi Kelab Peminat Seniman Agung P. Ramlee Negeri Perlis
β’ Buku βP. Ramlee Genius Seni Dunia Melayuβ
π Pelbagai cenderamata nostalgia menanti anda!
---
π KEPUTUSAN PERTANDINGAN AKHIR SUARA KLASIK 2025:
ποΈ Juara & Vokal Terbaik: Norsaini
π΅ Jangan Tinggal Daku (Versi Wann) & Patah Hati (Versi Siti Nurhaliza)
π₯ Naib Juara: Masful Anuar
π΅ Jangan Tinggal Daku & Patah Hati
π₯ Tempat Ketiga & Persembahan Terbaik: Zabedah
π΅ Getaran Jiwa (Versi Wann) & Patah Hati (Versi Datoβ Siti Nurhaliza)
πΆ Peserta Lain:
π€ Syukur β Dimana Kan Ku Cari Ganti, Sri Kedah
π€ Paklong β Kata Dari Kalbu, Makan Sirih
π€ Rosh*tah β Bunga Melor, Laksamana Mati Dibunuh
---
π° HADIAH PERTANDINGAN:
π Juara: RM500 + Sijil + Hamper
π₯ Naib Juara: RM300 + Sijil + Hamper
π₯ Tempat Ketiga: RM200 + Sijil + Hamper
ποΈ Tempat Ke-4 hingga Ke-6: RM50 + Sijil + Hamper
---
π΅ LIRIK LAGU RASMI KELAB PEMINAT SENIMAN AGUNG P. RAMLEE NEGERI PERLIS πΆ
Verse 1
Tunggu sekejap wahai sahabat,
Kami datang dengan semangat,
Warisan agung terus diangkat,
Nama P. Ramlee tetap hebat...
Chorus 1
Oh seniman agung pujaan bangsa,
Cintamu kekal sepanjang masa,
Dari Perlis datang suara cinta,
Kelab Peminat Seniman Agung P. Ramlee Negeri Perlis tercinta.
Verse 2
Filem dan lagu jadi sejarah,
Setiap bait berjiwa indah,
Gelak dan tangis penuh makna,
Jadi pedoman untuk semua...
Bridge (perlahan & syahdu)
Walau zaman silih berganti,
Namamu tetap di sanubari,
Pramlee oh Pramlee,
Kau sinar seni sejati...
Chorus 2
Oh seniman agung, wira budaya,
Kau ukir senyum di jiwa merdeka,
Kami berjanji terus setia,
Menjaga warisan cinta.
Outro
Namamu harum sepanjang zaman,
Kelab Peminat Seniman Agung P. Ramlee Negeri Perlis! πΆ
---
πΆ BARISAN JAWATANKUASA KELAB PEMINAT SENIMAN AGUNG P. RAMLEE NEGERI PERLIS (KPSAPPS) πΆ
π Presiden: YBhg. Tuan Haji Abdul Rahman bin Bahari
π€ Timbalan Presiden: YBhg. Encik Roshidi bin Rahman
π¬ Naib Presiden: YBhg. Encik Chik Mat bin Long
ποΈ Setiausaha: YBhg. Puan Jayrosmi binti Jasni
π Pen. Setiausaha: YBhg. Puan Rochita binti Taharin
π° Bendahari: YBhg. Puan Jasmawati binti Saad
π₯ AJK:
YBhg. Encik Muhammad Umar bin Ponusamy
YBhg. Puan Bibi binti Baharum
YBhg. Puan Anita Azura binti Ahmad
YBhg. Encik Mohd Ramdhan bin Shaharuddin
YBhg. Encik Fairul Anuar bin Rosli
---
π¬ PENDAFTARAN AHLI BAHARU DIBUKA!
Terbuka kepada semua warganegara Malaysia,
terutama yang bermastautin di negeri Perlis.
π± Sertai kami di pautan berikut:
π wasap.my/60175798374/JOINKELAB
---
β€οΈ Ayuh bersama kami menghidupkan semula nostalgia & keindahan seni Tan Sri P. Ramlee!
β¨ Cintai warisan, junjung budaya, sebar kasih seni nusantara! β¨
---
π
---
04/11/2025
Kelab Peminat Seniman Agung P.Ramlee Negeri Perlis dengan kerjasama Muzium Kota Kayang telah berjaya mengadakan Program Pencarian Suara Klasik Mengusik Jiwa Tan Sri P.Ramlee 2025 di Fiesta Uniti @ Muzium Kota Kayang. Majlis yang gemilang ini telah diadakan pada 1 & 2 November 2025 di Muzium Kota Kayang..Terima kasih daun keladi Puan Munirah Pengarah Muzium Kota Kayang Perlis..jasamu dikenang..semoga ditahun hadapan ada lagi kerjasama dengan kelab..
28/10/2025
Jemput datang beramai2 menyaksikan Pertandingan (Akhir) Pencarian Suara Klasik Mengusik Jiwa Tan Sri P.Ramlee 2025 anjuran Kelab Peminat Seniman Agung P.Ramlee Negeri Perlis dgn kerjasama Muzium Kota Kayang pada 2 November 2025
05/10/2025
Kelab Peminat Seniman Agung P.Ramlee Negeri Perlis dengan jayanya telah berkolabrasi 2 acara sukan rakyat (Cari benda dlam tepung & Lambung kasih) di dalam Sukan Bendang 2025 Parlimen Arau anjuran utama RISDA, MAPIM, UnimaPs dan rakan-rakan stategik di Kg Alor Setar, Pauh Perlis..
Click here to claim your Sponsored Listing.
