Kaklong Mar Shoppe

Kaklong Mar Shoppe

Share

Sharing info about beauty and health supplement

07/10/2024
02/10/2024

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

Kepada para pelanggan yang dikasihi,

🎉🎉Warisan Wap Herba akan mengadakan Mandi Wap Ramuan Limau Nipis pada 6 & 7 Oktober 2024 (Ahad & Isnin)🎉🎉
Antara khasiat Mandi Wap Ramuan Limau Nipis:
✅ Baik Untuk Pencernaan
✅ Mencegah Diabetes & Penyakit Jantung
✅ Arthritis Berkurang
✅ Baik Untuk Kesihatan Kulit
✅ Turunkan Demam

Dapatkan manfaat dari khasiat Mandi Wap Ramuan Limau Nipis dengan bersama kami

Ajak rakan-rakan dan ahli keluarga anda untuk bermandi wap yang menyihatkan badan di Warisan Mandi Wap Herba☺️

Lokasi kami:
📍 Taman Melati, KL
📍 Bukit Tinggi, Klang

Hubungi kami:
📞 +60 18-281 6076

30/09/2024

Hari ini 106 tahun yang lalu, Lawrence of Arabia menakluk Damsyik.

Thomas Edward Lawrence, seorang pakar dunia Arab didikan Oxford kelahiran Tremadoc, Wales, mula bekerja dengan Tentera British sebagai pegawai perisik di Mesir pada 1914. Lebih setahun beliau di Kaherah memproses maklumat risikan.

Pada 1916, beliau mengiringi seorang diplomat British ke tanah Arab di mana Sharif Mekah, Hussein bin Ali mengisytihar pemberontakan terhadap pemerintahan Turki Uthmaniyah. Lawrence meyakinkan pihak atasannya untuk membantu pemberontakan itu.

Lalu beliau dihantar untuk bersama tentera Arab pimpinan Putera Faisal, anakanda Hussein, sebagai pegawai perhubungan. Di bawah bimbingan Lawrence, angkatan Arab melancarkan perang gerila yang berjaya membadai barisan Uthmaniyah.

Pada Julai 1917, angkatan Arab menakluk Aqaba & menyertai angkatan British berarak ke Baitulmaqdis. Namun pada November, Lawrence ditangkap ketika membuat tinjauan di kawasan musuh lalu diseksa sebelum berjaya melarikan diri dari tahanan.

Lawrence menyertai semula angkatannya untuk misi menawan Damsyik, sehinggalah akhirnya gabungan tentera Arab-British pimpinannya berjaya menakluk & ‘membebaskan’ ibu kota Syria itu daripada kuasa Uthmaniyah pada 1 Oktober 1918.

Beliau mengharap susulan itu seluruh semenanjung Arab akan bersatu sebagai sebuah negara, namun dihampakan apabila tanah Arab dipecahkan kepada 2 wilayah mandat di bawah perjanjian rahsia Sykes-Picot antara pihak British dengan Perancis.

Kecewa dengan British yang dilihatnya sebagai dalang perseteruan antara puak-puak Arab, beliau menghadap Raja George V & menolak sopan pingat yang tawarkan kepadanya. Selepas perang, beliau melobi keras untuk pembebasan Arab.

Beliau kemudian menulis sebuah memoir perang yang cukup monumental, “The Seven Pillars of Wisdom” & menyertai Tentera Udara Diraja British (RAF) menggunakan nama lain untuk lari dari kemasyhurannya & mengumpul bahan untuk buku baharu.

Diberhentikan daripada RAF pada 1935, Lawrence terlibat dalam kemalangan ngeri & meninggal dunia pada 19 Mei itu di usia 46 tahun.

Sumber: History

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Kuala Lumpur
52100