Si Comel Mamawalid

Si Comel Mamawalid

Share

Gerbang informasi dan perkongsian berkaitan kesihatan, kesejahteraan, pemakanan dan kelengkapan si comel manja anda.

Photos from Si Comel Mamawalid's post 10/01/2020

Stok baru sampai panas panas. Available 16 pcs sahaja. Sape cepat dia dapat 😍

Fairworld Baby Car Seat / Booster (BC 203-LB)

- Sesuai untuk kanak kanak berat 9 - 36 kg
- Forward facing
- 3-posisi kelarasan headrest
- Base ergonomik
- Kegunaan booster
- Cover seat boleh di buang basuh
- Kelulusan ECE R44/44

HARGA : RM299

16/11/2019

CARSEAT HF116 HALFORD ZEUS XT

HARGA PASARAN: RM564
HARGA PROMOSI: RM389

Ukuran: 45.5X55.3X63CM
Berat item: 8.2 KG
Berat packing: 9.0 KG
Warna: Blue/Red/Black

PENERANGAN :
1) Sesuai dari lahir sehingga 36kg (12 tahun)
2) Mempunyai isofix untuk kereta yang ada isofix
3) Headrest yang boleh dilaras/diangkat mengikut tumbesaran anak
4) Mempunyai 3 larasan iaitu baring, separa baring dan menegak
5) Mempunyai span yang tebal
6) Mempunyai span untuk menyokong belakang bayi untuk lebih selesa
7) Mempunyai 5 point safety harness
8) Belt dan isofix.

KELEBIHAN :
1. cover yang boleh ditanggalkan senang untuk dicuci
2. sesuai untuk ibu bapa yang s**a travel jauh
3. Warna dan design yang menarik
4. harga yang berpatutan dan mampu milik

16/11/2019

Anda pernah menggunakan susu HA untuk anak anda?

Adakah anda tahu penggunaan susu jenis HA untuk apa?

Shopee Malaysia | Buy and Sell on Mobile or Online, Best Marketplace For You 15/11/2019

Shopee Malaysia | Buy and Sell on Mobile or Online, Best Marketplace For You UBABY - COMBINATION CARSEAT (CS901A) .. 🐣Brand UBABY 🐣Suitable for nb-4y (0-18kg) 🐣Good quality and comfortable 🐣4 level reclining seat 🐣5-point safety harness system 🐣with safety bar 🐣Berat carseat 5.5kg .. Harga pasaran RM237 .. HARGA KAMI RM225 ✔FREE POSTAGE ABX SM 🚚 ✔...

Photos from Si Comel Mamawalid's post 14/11/2019

3 Days Happy Hour..
Get ready guys!!!

14-16 November 2019

Harga termasuk postage

Apa yang best?

1. Kerusi Keselamatan kanak-kanak dan bayi
2. Stroller bayi
3. Tilam dan katil bayi
4. Mainan kanak-kanak

HARGA PROMOSI termasuk postage.

Hubungi Hakim/Aminah di talian 0133155324/ 0132776878

4 Jenis Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Di Pasaran 13/11/2019

Bagaimana menentukan pemilihan Kerusi Keselamatan kanak-kanak yang bersesuaian dengan anak anda?

https://www.facebook.com/577259345805022/posts/1172469042950713/

4 Jenis Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Di Pasaran Ketahui 4 jenis kerusi keselamatan kanak-kanak yang terdapat di pasaran.

Photos from Si Comel Mamawalid's post 13/11/2019

PENERANGAN CARSEAT HF119 ROTATE 360

ukuran :45x45x74CM
berat item :9.7kg
berat packing : 11.0kg
warna : biru, grey dan merah

PENERANGAN :

* Sesuai untuk berat bayi dari lahir sehingga 36kg.
* Kebiasaan sesuai utk bayi berumur 0 hingga 6tahun setengah mengikut pembesaran bayi.
* mempunyai Isofix dan Dikhaskan utk pemasangan isofix.
* 5 punca tali pinggang keselamatan utk menyokong bayi.
* STROLLER PAD’ boleh ditanggalkan untuk kanak-kanak berbadan besar.
* Tempat duduk boleh ditanggal dn dibasuh.
* Pad dan Span yang tebal.
* Boleh rotate 360 darjah.
* Head support boleh dilaras mengikut kesesuaian tumbesaran bayi.
* mempunyai 4 larasan, iaitu baring, separa baring, menegak dan mengiring jika rotate.
* Penggunaan isofix dan seatbelt kereta

13/11/2019

Susu Kambing? Ini kupasan yang kami sajikan untuk anda.

Ramai yang tertanya-tanya soalan berikut;

1. Bolehkah susu kambing diberikan kepada anak saya?
2. Susu kambing apa yang sesuai?
3. Bagaimana p**a susu kambing yang dicampurkan dengan kismis dan madu?
4. Kenapa ada perbezaan harga untuk susu kambing di pasaran?

Sebelum pergi lebih terperinci, elok saya tanya soalan ni.
Kenapa nak berikan susu kambing untuk anak anda?

Maka pelbagai jawapan akan di dapati. Sejujurnya saya tidak dapat mendapatkan hasil pemerhatian terperinci terhadap semua jenama susu kambing di pasaran. Maka kupasan saya ini berdasarkan jenama-jenama yang biasa kedengaran.

Bila ada yang bertanya bolehkah memberikan susu kambing kepada kanak-kanak pada umur setahun ke atas sebagai ganti sumber protein kepada susu lembu?

Maka di sini saya cenderung untuk melihat kepada rujukan daripada Panel European Food Safety Authority (EFSA) pada tahun 2012 yang menyatakan bahawa susu kambing boleh dijadikan sebagai gantian sumber protein kepada susu lembu. Cuma dalam kertas yang dibentangkan, kajian panel tersebut merujuk kepada rumusan bayi dan dan rumusan susulan. Namun, jika difahami secara mudahnya bermakna tiada masalah untuk ibu bapa memberikan susu kambing yang betul-betul dipastikan sesuai dengan anak mereka.

Ada yang mengatakan bahawa mereka guna susu kambing kerana anak mereka alergik dengan susu lembu. Baiklah, di sini saya tertarik untuk melampirkan hasil penemuan EFSA yang dikeluarkan oleh Food Standard Agency di United Kingdom;

"Regarding allergenicity, they concluded that there are insufficient data on the allergenicity of goats’ milk protein and there were no convincing data to support the conclusion that the incidence of allergic reactions is lower when feeding goats’ milkbased infant formula when compared with cows’ milk-based infant formula. They also concluded that substituting goats’ milk protein for cows’ milk protein in infant formula intended for cows’ milk allergic infants cannot be considered safe, unless proven to be so in clinical and in vitro studies.

Taking all of these points into consideration, it can be concluded that the risk of cross-reactivity between cows’ and goats’ milk proteins in cows’ milk allergic infants is high and can lead to lifethreatening reactions. Therefore infants allergic to cows’ milk protein should avoid goat's milk infant formula and follow-on formula."

Mudah nak faham, penggantian susu kambing kepada kes alergik susu lembu bukanlah solusi yang sesuai dicadangkan kepada semua bayi dan kanak-kanak kerana kecenderungan untuk bayi atau kanak-kanak untuk alergik p**a kepada susu kambing tetap ada.

Kenapa susu kambing mahal?
Sudah tentu kerana susu kambing adalah susu yang diimport dan permintaan masih lagi melebihi penawaran bekalan di dalam pasaran. Limited edition barangkali.

Ada ke susu kambing yang betul-betul asli?
Susu kambing di pasaran memang asli. Apa yang membezakannya ialah penambahan krimer bukan tenusu yang menjadikan komposisi susu kambing asli berbeza antara satu sama lain. Ada beberapa jenama yang menggunakan susu kambing secara mutlak, ada juga yang mencampur dengan bahan-bahan lain juga.

Bolehkah mengambil susu kambing yang dicampurkan madu, kismis dan sebagainya?

Boleh sahaja. Tiada masalah jika tidak mengalami masalah-masalah kesihatan. Jika anak ada masalah kesihatan, rujuk doktor anda dahulu.

Kenapa tiada susu kambing tiada yang macam susu lembu yang pop**ar. Yelah macam ada DHA, GOS, Prebiotik dan Probiotik?

Sejujurnya saya tiada jawapan yang tepat untuk soalan ini, Kena tanya pihak yang mengimport dan mengeluarkan susu tu. Namun, kita kena akui pasaran susu kambing masih lagi baru di Malaysia dan pemain-pemain industri belum ramai yang memunculkan diri.

Susu yang saya ambil untuk anak saya ni sesuai ke tak?

Wallahua'lam. Saya akui belum sempat mengkaji kesemua jenama-jenama susu kambing di Malaysia namun ada sebahagian yang sememangnya sesuai untuk diambil oleh kanak-kanak setahun ke atas.

Sedikit kupasan dari saya diharap mampu memberikan sedikit pencerahan kepada semua ibu-bapa yang mengharapkan yang terbaik untuk anak mereka.

Jemput like dan kongsikan.

12/11/2019

Kenapa ada susu budak yang mahal giler? Tapi ada juga yang murah kan?

Ok, pasti ramai ibu-ibu (bapa pun termasuk sekali) yang cuba memberikan susu terbaik untuk anak mereka. Yelah, anak kan. Siapa tak sayang anak.

Pasaran susu di Malaysia ini kita boleh kategorikan kepada 2 bentuk pasaran. Satu pasaran "mainstream" dan satu lagi "premium". Senang cerita susu "mainstream" adalah lebih murah dan susu "premium" adalah susu mahal.
Susu mainstream bukanlah bermaksud susu tersebut tidak berkualiti, dan susu premium tak semestinya yang paling sesuai untuk anak kita. Kebanyakan susu masih membekalkan tenaga dan nutrisi asas yang sama tanpa mengira mahal dan murah. Cuma perbezaannya disebabkan penambahan/pengkayaan nutrien yang tidak terdapat dalam susu lain atau pun susu tersebut menjalani suatu proses yang tidak mencacatkan bekalan nutrisi asas. Contohnya begini, susu yang ditambah dengan dengan prebiotik dan probiotik adalah lebih mahal jika dibandingkan dengan susu yang tidak ditambah dgn elemen ini.

Orang akan cakap...
Anak dietitian pasti minum susu premium?

Saya cakap tak semestinya. Saya masih membekalkan susu mainstream untuk anak saya. Saya pernah membekalkan susu premium untuk anak dalam keadaan tertentu.

Sangat pasti, saya bukanlah orang yang terikat dengan sesuatu jenama sahaja.

Saya akan cuba ambil tawaran produk yang terbaik dari segi kesesuaian dan ekonomi. Hihi.

Oh ya, pasti anda tertanya-tanya susu apa yang mainstream dan premium tu kan?

Jika anda nak tahu susu mainstream yang utama hanya ada 4 jenama dari 4 syarikat sahaja.

Oh? Serius??

Photos from Si Comel Mamawalid's post 12/11/2019

Panduan penggunaan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR)

Photos from Si Comel Mamawalid's post 08/11/2019

Syoknya kan tengok baby tidur tenang. Serius comel.

Jomlah usha tengok tilam-tilam baby dan babynest comel ni.

KICO buat promosi masa terhad ni...

Nak order habaq kat kami ye..
Whassapp pun boleh..

Aminah 0133155324/ Hakim 0132776878

07/11/2019

Kenapa ada susu budak yang mahal giler? Tapi ada juga yang murah kan?

Ok, pasti ramai ibu-ibu (bapa pun termasuk sekali) yang cuba memberikan susu terbaik untuk anak mereka. Yelah, anak kan. Siapa tak sayang anak.

Pasaran susu di Malaysia ini kita boleh kategorikan kepada 2 bentuk pasaran. Satu pasaran "mainstream" dan satu lagi "premium". Senang cerita susu "mainstream" adalah lebih murah dan susu "premium" adalah susu mahal.
Susu mainstream bukanlah bermaksud susu tersebut tidak berkualiti, dan susu premium tak semestinya yang paling sesuai untuk anak kita. Kebanyakan susu masih membekalkan tenaga dan nutrisi asas yang sama tanpa mengira mahal dan murah. Cuma perbezaannya disebabkan penambahan/pengkayaan nutrien yang tidak terdapat dalam susu lain atau pun susu tersebut menjalani suatu proses yang tidak mencacatkan bekalan nutrisi asas. Contohnya begini, susu yang ditambah dengan dengan prebiotik dan probiotik adalah lebih mahal jika dibandingkan dengan susu yang tidak ditambah dgn elemen ini.

Orang akan cakap...
Anak dietitian pasti minum susu premium?

Saya cakap tak semestinya. Saya masih membekalkan susu mainstream untuk anak saya. Saya pernah membekalkan susu premium untuk anak dalam keadaan tertentu.

Sangat pasti, saya bukanlah orang yang terikat dengan sesuatu jenama sahaja.

Saya akan cuba ambil tawaran produk yang terbaik dari segi kesesuaian dan ekonomi. Hihi.

Oh ya, pasti anda tertanya-tanya susu apa yang mainstream dan premium tu kan?

Telephone

Website