Pusat Penjagaan Perut Anda - Soffriz
Kesihatan merupakan anugerah paling indah.
Marilah kita ikhtiar bersama untuk menjadi lebih sihat
Kewujudan laman ini bertujuan untuk membimbing anda kearah gaya hidup sihat
13/03/2022
Cara Relax Sebelum Tidur dan Memperbaiki Tidur
Regangan
Pertimbangkan senaman berimpak rendah seperti regangan atau yoga sebelum tidur.ο»Ώ Ia tidak sepatutnya terlalu aerobik. Jika anda berpeluh,
anda mungkin melakukan terlalu banyak. Pergerakan lembut boleh meredakan kesakitan dan membantu tidur.
13/03/2022
Kelebihan Saffron
Boleh mengurangkan simptom PMS
Sindrom prahaid (PMS) ialah istilah yang menggambarkan simptom fizikal, emosi dan psikologi yang berlaku sebelum bermulanya haid. Kajian menunjukkan bahawa Saffron
boleh membantu merawat gejala PMS. Satu lagi kajian mendapati bahawa hanya menghidu kunyit selama 20 minit membantu mengurangkan gejala PMS seperti kebimbangan dan
menurunkan tahap hormon stres kortisol.
13/03/2022
Kebaikkan skiping kalau anda nak tahu haaaaa π
π Membakar Kalori Dengan Berkesan
π Baik Untuk Kesihatan Jantung
π Mampu Mengurangkan Lemak Pada Bahagian Perut
π Menguatkan Tulang
π Menajamkan Minda
π Mengurangkan Risiko Kecederaan Kaki
13/03/2022
Alhamdulillah terima kasih atas feedback cik Badrul
Terima kasih memilih Soffriz π
13/03/2022
Haaa harini kan cuti apa lagi santai2 bersama Soffriz π
13/03/2022
CARA MENGAWAL KELEGAAN GASTRIK
Semasa serangan gastrik berlaku, anda mungkin mengalami rasa tidak selesa atau rasa sakit yang mendadak dan membuatkan anda panik. Sekiranya hal ini terjadi, terdapat beberapa cara mengawal gastrik yang boleh dibuat sendiri di rumah yang dapat mengurangkan gejala yang anda alami dan membantu anda untuk rasa lebih selesa.
Antara:
SERBUK PENAIK SODA
Sifat kealkalian yang terdapat dalam serbuk penaik soda dapat membantu meneutralkan keasidan yang tinggi dalam perut serta mengembalikan keseimbangan pH dalam perut seterusnya meredakan keradangan yang berlaku pada lapisan perut. Ia bertindak sebagai antasid yang memberi kelegaan yang cepat semasa serangan gastrik berlaku.
AIR SUAM
Minum air suam dapat melegakan saluran pencernaan dan memudahkan proses pencernaan yang berlaku dalam perut anda.
MADU
Ambil madu yang dicampur ke dalam air kosong dan diminum ketika serangan gastrik berlaku. Madu mempunyai sifat anti-bakteria dan anti radang yang boleh membunuh jangkitan bakteria H.pylori yang menyebabkan keradangan pada lapisan perut serta memberi kelegaan kepada lapisan perut yang terengsa dek asid perut.
TEH HIJAU
Teh hijau kaya dengan kandungan anti-oksidan yang berfungsi untuk melindungi lapisan dinding perut daripada mengalami keradangan.
GETAH MASTIK
Kunyah sekeping getah mastik setiap kali anda merasakan gejala gastrik. Ubat ini berfungsi dengan baik dalam kes gastrik yang bukan disebabkan oleh jangkitan bakteria H.pylori. Getah mastik sering digunakan untuk merawat ulser gastrik kerana dapat membantu menstabilkan asid perut dan juga melindungi lapisan perut.
YOGURT
Yogurt kaya dengan probiotik yang terkenal sebagai bakteria baik. Dalam kes gastrik yang disebabkan oleh jangkitan bakteria H.pylori, anda disarankan untuk mengambil yogurt kerana kandungan probiotiknya mampu melawan dan membunuh bakteria H.pylori yang bersarang dalam perut anda seterusnya memberi kelegaan kepada gejala gastrik anda.
ROSEMARY
Masukkan sesudu teh rosemary ke dalam air panas selama beberapa minit, kemudian tapiskan serdaknya dan minum teh herba ini ketika serangan gastrik berlaku. Rosemary mempunyai sifat anti-oksidan dan anti-radang, yang berfungsi untuk mencegah serta merawat ulser perut yang boleh menyebabkan perkembangan gastrik jika tidak dirawat.
CUKA EPAL
Cuka epal bertindak mengurangkan penghasilan asid tambahan dalam perut dan mengembalikan kestabilan pH dalam perut. Ia juga mampu membunuh bakteria H.pylori yang bertanggungjawab menyebabkan lapisan perlindungan pada dinding perut menjadi lemah yang menjadi punca asid perut menghakis dinding perut seterusnya mengelakkan keradangan daripada menjadi lebih teruk.
13/03/2022
Haaaa banyak manfaat kalau mandi pagi tauu π―
12/03/2022
Selamat pagi jangan lupa subuh hehee cuti kan maklum lahh π
05/03/2022
Salam Subuh semuaa dan Haii π
Sebelum keluar rumah jangan lupa amal kan doa pembuka pintu rezeki βΊοΈ
05/03/2022
ππππ πππππ ππππππ ππππππ πππππ πππππ πππππ
π Relakskan bahagian muka. Loggarkan semua otot muka termasuklah bahagian dalam mulut.
π Jatuhkan bahu, lepaskan segala ketegangan otot bahu dan jatuhkan tangan ke sisi.
π Bernafas dalam keadaan santai dan perlahan. Penuhkan udara di dalam dada.
π Relakskan otot bawah badan p**a. Pastikan paha, betis dan kaki berasa selesa.
π Kosongkan minda dalam 10 saat, bayangkan sesuatu yang santai.
π Jika anda tidak dapat konsentrasi, cuba katakan pada diri βjangan berfikirβ dan ulang selama 10 saat.
π Dalam 10 saat, anda pasti akan dapat tidur. Selamat mencuba.
05/03/2022
Kelebihan Saffron untuk Pasangan Suami Isteri
Dapat bertindak sebagai afrodisiak
Afrodisiak adalah makanan atau suplemen yang membantu meningkatkan libido. Kajian menunjukkan, manfaat saffron memiliki khasiat afrodisiak, terutama pada orang yang memakai antidepresan.
Analisis dari enam kajian menunjukkan, mengonsumsi saffron secara ketara meningkatkan fungsi ereksi, libido, dan kepuasan secara keseluruhan tetapi tidak untuk karakteristik air mani.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
16100
