Annamay_Hq

Annamay_Hq

Share

Kepakakaran kami adalah membantu Wanita Bekerjaya untuk TAMPIL CONFIDENT & GORGEOUS dgn mencapai KUL

30/03/2021

29/03/2021

Finally a Q&A video!! Ramai yang tanya Annamay soalan-soalan yang berkenaan dengan skincare ni. Wina saja jelah kumpul soalan-soalan korang tu, barulah nampak banyak 🀣 Ni antara soalan yang ramai tanya. Nak tahu apa dia? Enjoy live video ni okey? Semoga bermanfaat πŸ˜‰

29/03/2021

Apa benda yang mengarut ni? Nak tahu?? Korang kena tengok video ni dulu. Kalau korang one of them, please stop and selamatkan kulit muka korang sebelum terlambat!!

26/03/2021

Lelaki ada skincare product sendiri ke eh?? Dorang pakai apa kalau dorang ada masalah kulit muka?? Kenapa rasa macam dorang tak pakai apa-apa eh? Sebab tu ke dorang jarang ada masalah kulit muka?? Bestnya kalau macam tu!!

Kalau macam tu, Wina dah lama tak pakai product apa-apa untuk cantikkan kulit muka WIna ni. Lagi jimat duit Wina kan kan?? 🀣 Eh eh korang ni. S**a hati je assume benda yang korang kurang pasti.

Bukanlah korang. Sebenarnya, ada je lelaki yang rajin jaga kulit muka. Korang je yang tak tahu. Yelah, buat apa nak tahu kan?? πŸ˜… Kulit lelaki ni berbeza dengan perempuan. Sebab itulah dorang jarang ada masalah kulit muka. Tapi the real question is... dorang boleh ke tak pakai skincare product perempuan?? 🧐

Haa, kalau nak tahu kenalah tengok video live ni untuk dapatkan jawapan. Semoga bermanfaat you alls ✨

26/03/2021

25/03/2021

Bila ada jerawat ni, macam-macamlah korang pakai. Apa yang korang fikir, nak kecutkan, hilangkan jerawat cepat. Tak kisahlah salah ke betul ke yang korang tahu, nak jerawat hilang dalam masa 3 hari.

Eh eh korang ni.. Dah lah pakai skincare sesuka hati, amount skincare korang apply pun salah, cara apply pun salah. Lepas tu ada hati nak hilang jerawat dalam masa 3 hari JE πŸ€¦πŸ»β€β™€οΈ

Jerawat ni senang ditrigger guys. Yang macam-macam tulah sebenarnya bahaya untuk kulit muka korang. Jangan panic. Guna tips yang Wina share ni. Insyaallah kulit muka korang akan β€œFLAWLESS” soon ✨ Semoga bermanfaat πŸ˜‰

24/03/2021

Tengok muka orang lain elok je, smooth je. Muka kita ni penuh dengan pori-pori besar. Malu tahu tak?? Macam mana pori-pori orang lain boleh kecik?? Dah lah tak obvious..

Cuba tanya diri sendiri. "Kenapa biar benda macam ni terjadi pada kulit kita?" Kita ni setakat nak cantik macam orang lain ke nak kulit sihat sampai tua?? Mesti best kan kalau kita tua pun kulit nampak muda.

Bila ada pori-pori besar, automatik kita akan insecure sebab benda tu obvious sangat. Orang perhati je bila kita bercakap dengan dia. Bukan dengar pun kita bercerita. Buat malu je kan?? Habis tu dah tahu malu insecure semua, korang nak buat tak tahu je ke?? Nak duduk diam je??

Baik korang take this seriously. Biar orang lain tertanya-tanya macam mana korang kecilkan pori-pori korang tu. Terkejut beruk nanti. Dulu bukan main usha pori-pori kita, sekarang dorang tertanya-tanya. Haaa, best kan feeling tu?

Nak tahu lebih dalam pasal pori-pori?? Meh tengok live session Wina ni. Semoga bermanfaat ✨

24/03/2021

23/03/2021

Wina faham perasaan sedih dengan muka sendiri. Pakai apa-apa pun, still tak ada perubahan. Dah try macam-macam dah.

Punyalah beli product itu ini, tak jalan juga. Keluar rumah mesti ada je orang tegur kulit muka. Iyelah, mana taknya. Dulu kulit muka flawless gila kot. Sekarang...

Hanya diri sendiri je yang tahu perasaan malu & sedih. Nak tak nak, kena redha. Tapi bila fikir balik, sampai bila nak jadi macam ni kan? Takkanlah tak ada perasaan nak cantik balik..

Apa-apa pun kita kena kuatkan diri. Yang penting, kena percaya dengan process dia. Kalau asyik nak putus asa je, memang sampai kesudah tak nampak positive result.

Remember guys, DON’T GIVE UP & TRUST THE PROCESS!! ✨

22/03/2021

Bahan AHA ni memang bagus sangat untuk kulit sihat & glowing. Kalau orang yang ada masalah kulit, mesti akan elok sebab amalkan bahan AHA dalam skincare dorang. Memang result dia kaw kaw gituu πŸ’―

Tak percaya?? Cuba try amalkan bahan AHA dalam skincare korang TAPI make surelah cara korang guna tu betul. Jangan main hentam je. Nak ke kulit makin teruk?? Dah elok tak ada masalah, terus ada masalah πŸ€¦πŸ»β€β™€οΈ

Nak pakai bahan AHA ni, ada cara dia. Kita ni tak boleh nak acah-acah tahu. Acah-acah tu lah punca korang breakout!! Dia bukan setakat pakai lepas tu settle. Tak semudah itu ye guys. Nak tahu macam mana? Jom, singgah tengok live Wina pasal bahan AHA ni. Semoga bermanfaat ✨

22/03/2021

Bab makanan ni memang susah nak elak. Lagi-lagi kita yang melayu ni πŸ˜… Tapi korang perasan tak, kenapa muka korang still tak nampak perubahan?

Korang confident skincare yang menyebab korang ada jerawat tapi ego tinggi tak nak mengaku yang korang ni asyik makan makanan tak sihat je.

Dah tahu itu punca, tapi still buat-buat tak tahu semata-mata nak sedapkan hati. Kenapa korang tak nak jaga pemakanan korang? Malas? Susah? Tak biasa? Tak perlu?

Semua tu alasan. Kalau orang lain boleh jaga pemakanan, kenapa korang tak boleh? Bila dorang dapat positive result, korang bukan main dengki. Tak nak ke jadi macam dorang? Tak terlambat lagi tauu.. before it’s too late πŸ‘€

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address

Kuala Lumpur