Che' Anggun

Che' Anggun

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Che' Anggun, Jalan 1/48a Sentul East, Kuala Lumpur.

30/10/2025

UMRAH Super Ekonomi JAN 2026

Bersama Mutawwif & Mutawiffah berpengalaman

Hubungi
HUD HUD TRAVEL https://wa.me/60189624954
Mutawwifah RAHA https://wa.me/60196080983

29/10/2025

https://vt.tiktok.com/ZSyRHMnq7/



Che Anggun

23/10/2025

IQRA ...bermaksud " bacalah "

Mengangkat Peristiwa Wahyu di Jabal Nur
hyperlink mobile icon
Peristiwa penurunan wahyu pertama di Jabal Nur harus diketahui oleh semua orang Islam kerana ia adalah satu peristiwa penting kepada penurunan Al-Quran, iaitu mukjizat penting Nabi Muhammad SAW. Sehingga kini, Al-Quran telah digunakan oleh umat Islam di seluruh dunia sebagai panduan hidup.

Untuk mendapat gambaran lebih jelas, jom teruskan pembacaan tentang peristiwa Nabi Muhammad SAW mendapat wahyu yang pertama di Jabal Nur.

Penurunan wahyu pertama di Gua Hira

Tahukah anda, wahyu pertama diturunkan pada 17 Ramadan di Gua Hira’, Jabal Nur melalui Malaikat Jibril AS? Surah pertama yang diturunkan kepada Baginda Nabi ialah Surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5.

Namun, apa itu wahyu? Wahyu ialah kalam Allah SWT yang disampaikan kepada nabi dan rasul. Wahyu pertama berlaku pada 17 Ramadan tahun 610 Masihi. Malaikat telah menemui Nabi Muhammad SAW ketika baginda mengasingkan diri dari kaum Quraisy di Gua Hira’. Baginda mengasingkan diri kerana kaum Quraisy masih bergelumangan dengan kegelapan jahiliyah seperti berjudi, berzina, menyembah berhala dan membunuh anak perempuan.

Kemudian, malaikat telah mendatangi nabi dan berkata, “Iqra (bacalah)”. Maka Rasulullah menjawab, “Aku tidak boleh membaca.” Lalu malaikat pun menarik dan memeluk Nabi dengan kuat sehingga nabi berasa lemas. Malaikat Jibril berkata kepada Rasulullah, “Iqra (bacalah).” Rasulullah kemudian menjawab “Aku tidak tahu membaca.” Jibril kemudian memeluk Nabi dengan sangat erat sehingga baginda terasa lemas. Dipeluknya Rasulullah SAW sebanyak tiga kali dan mengajar Baginda membaca kalam Allah tersebut sehingga fasih.

Kemudian, malaikat menyuruh Nabi SAW mengikutnya membaca potongan ayat Surah al-Alaq daripada ayat satu hingga lima, sehingga lancar. Setelah menerima wahyu, Nabi Muhammad SAW balik ke rumah dalam keadaan ketakutan dan meminta Saidatina Khadijah RA untuk menyelimutinya.

Selepas peristiwa itu, ayat-ayat Al-Quran telah diturunkan secara beransur-ansur dalam tempoh 22 tahun 22 bulan 22 hari atau 23 tahun, iaitu selama 13 tahun semasa berada di Mekah dan 10 tahun di Madinah. Jumlah keseluruhan surah yang ada di dalam Al-Quran ialah 114 buah surah.

Cara penurunan Al-Quran
Dari Luh al-Mahfuz ke Baital-Izzah (langit dunia).
Dari langit dunia kepada Nabi Muhammad SAW (secara berperingkat setelah Baginda menjadi rasul).

Tiga cara wahyu diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW
Wahyu dimasukkan oleh malaikat ke dalam hati.
Malaikat Jibril akan melihatkan/menunjukkan diri sebagai seorang lelaki yang mengucapkan kata-kata sehingga Nabi Muhammad SAW dapat mengetahui dan menghafaz kata-kata tersebut.
Wahyu yang datang seperti nyaring bunyi loceng.

Kepentingan penurunan wahyu
Memberitahu perintah dan larangan Allah SWT kepada manusia.
Mematahkan hujah orang kafir.
Permasalahan manusia dapat diberikan kerana terkandungan semua perkara.
Menjelaskan tentang perkara sam'iyat iaitu perkara-perkara ghaib.
Terkandung kisah-kisah terdahulu yang penuh iktibar.

Hikmah Diturunkan Al-Quran Secara Beransur-ansur
1. Menguatkan hati Rasulullah SAW dalam menerima dan menyampaikan kalam Allah SWT

Ayat yang diturunkan dapat mengubat kesedihan dan kesulitan ketika menghadapi tentangan orang kafir yang merancang untuk membunuh Baginda, memulau dan mengenakan sekatan ekonomi, merampas harta umat Islam dan sebagainya.

2. Tanda kemukjizatan Nabi

Al-Quran adalah mukjizat Nabi yang diturunkan oleh Allah SWT melalui malaikat. Dengan mukjizat ini, Nabi dapat menjawab persoalan yang diberikan oleh orang kafir yang bertujuan untuk melemahkan semangat Baginda.

3. Supaya ayat yang diturunkan dapat dihafal dan difahami

Turunnya Al-Quran secara beransur dapat membantu Nabi untuk menghafal dan memahami ayat yang diturunkan. Hal ini kerana, Nabi amat takut jika Al-Quran tidak menyerap masuk de dalam hatinya. Para sahabat dan umat Islam juga dapat menghafal, memahami makna dan menerapkan ia dalam kehidupan seharian.

4. Menjawab masalah atau isu masyarakat

Kandungan dalam Al-Quran lengkap untuk menjawab isu mengenai keimanan kepada Allah SWT, malaikat, kitab, para rasulnya, hari kiamat, kebangkitan dari kubur serta syurga dan neraka.

5. Membimbing masyarakat secara bertahap

Ayat Al-Quran yang diturunkan secara beransur dapat membantu umat ketika itu untuk meninggalkan sikap atau tradisi jahiliyyah yang diamalkan sejak berzaman lamanya. Sebagai contoh, Islam melarang untuk membunuh bayi perempuan yang baru dilahirkan. Kehadiran Islam telah mengangkat martabat wanita dan menunjukkan bahwa kedudukan wanita dan lelaki adalah sama di sisi Islam.

Diharapkan perkongsian bermakna mengenai penurunan wahyu (iaitu Al-Quran) yang berlaku kepada Nabi Muhammad SAW dapat menambahkan kecintaan dan mendekatkan diri dengan al-Quran. Kerana hidup tanpa Al-Quran sangatlah rugi kerana jauh dari Kalam Allah SWT.



Che Anggun Che Anggun

21/10/2025

CARILAH PEMBIMBING ROHANIMU

Pesan Syeikh Abdul Qadir Al Jailani

" Jika ingin mencari guru yang mursyid yang dapat membimbing perjalanan kerohanian dan memasuki maqam tauhid :

Bangunlah pada sepertiga malam, lakukan solat dua rakaat dan berdoalah seperti berikut :

" Ya Tuhanku..! Tunjukkanlah kepadaku hamba-hambaMu yang soleh. Tunjukkanlah kepadaku orang-orang yang mampu membimbingku kepada Engkau, iaitu orang-orang yang memberi makan kepadaku dengan makanan Engkau, yang memberi minum dengan minuman Engkau, memberi celak mata kedekatanku dengan cahaya kedekatan Engkau dan memberi tahu kepadaku akan sesuatu yang sudah dilihatnya dengan nyata, bukan dengan sekadar taklid atau ikut-ikutan. "

" Ya Allah, tunjukkanlah aku kepada seorang hamba daripada hamba-hambaMu yang soleh untuk menyampaikan aku kepada keredhaanMu dan memperkenalkan aku jalan menuju keredhaan itu. "

20/10/2025

... MEKAH dan MADINAH itu BUKAN cuma tempat TAPI RUMAH buat HATI yang RINDU

Mungkin ANDA yang DIA pilih...

DUYUFURRAHMAN (ضيوف الرحمن) istilah dalam bahasa Arab yang membawa maksud

“ TETAMU Ar-Rahman ”

iaitu tetamu kepada Allah Yang Maha Pemurah.

UMRAH bersama saya Mutawiffah RAHA & HUD HUD TRAVEL selama tempoh 2 bulan saya berada di bumi Mekah Mukarramah

1) Umrah RIADAH 9H 7M
27 Feb - 3 Feb

2) Umrah AMBANG Ramadan 9H 7M
15 Feb - 22 Feb

3) Umrah AWAL Ramadan 12H 10M
18 Feb - 28 Feb

4) Umrah AKHIR Ramadan 12H 10M
11 Mac - 21 Mac

5) Umrah RAMADAN 22H 20M
17 Feb - 10 Mac

6) Umrah RAMADAN 35H 33M
17 Feb - 22 Mac

20/10/2025

NIAT SEORANG MUKMIN LEBIH BAIK DARIPADA AMALANNYA

Pernahkah anda terbayang bahawa perbuatan seharian kita, walau sekecil mana pun, boleh diberi ganjaran yang berlipat ganda?

Perbuatan yang telah menjadi rutin harian seperti pergi ke kerja, memasak, meluangkan masa bersama keluarga, sehinggakan makan dan minum, semuanya boleh dianggap sebagai ibadah jika hanya disertakan dengan niat yang tulus.

Sabda Baginda saw: “Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung pada niat dan setiap orang akan mendapatkan seperti apa yang dia niatkan.”

Hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim ini sering kali disebut dan ditekankan agama.

Malah, ia merupakan hadis pertama yang dibincangkan dalam kitab Hadis 40 oleh Imam An-Nawawi.

Begitu pentingnya niat, walau hanya merupakan amaliyah qolbiyah atau amalan hati, ia boleh menjadikan amalan seharian kita sebagai suatu ibadah.

MAKSUD NIAT & IBADAH
Niat dari segi bahasa menurut Al-Mu’jam Al-Wasith adalah mengarah diri kepada sesuatu perbuatan. Manakala menurut dewan bahasa dan pustaka p**a, niat adalah maksud atau tujuan sesuatu perbuatan.

Menurut Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Majmu’, niat dari segi istilah adalah keazaman (tekad) di dalam hati di atas setiap perkara yang fardu dan selain daripadanya (wajib).

Para ulama p**a mentafsirkan ibadah sebagai segala bentuk perbuatan yang mendapatkan keredaan, kasih sayang dan rahmat Allah swt – sama ada ada dalam bentuk amalan atau ucapan yang zahir mahupun batin.

Justeru, kita dapat perhatikan bahawa niat dan ibadah berkait rapat sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw pernah bersabda:

“Sesungguhnya Allah swt tidak melihat kepada rupa dan harta kamu. Akan tetapi Allah swt melihat kepada hati dan amalan kamu.” (HR Muslim).

JENIS IBADAH
Terdapat dua jenis ibadah dalam perspektif Islam iaitu ibadah khas dan ibadah am.

Ibadah khas merupakan amalan diperintahkan oleh syarak yang wajib dilakukan seperti yang terkandung dalam rukun Islam dan iman (solat, puasa, zakat, haji dan selainnya).

Ibadah am p**a merupakan segala amalan dalam kehidupan seharian kita yang diniatkan untuk meraih keredaan Allah swt.

Seperti contoh, ketika seseorang niatkan kerjanya sebagai suatu ibadah, beliau bukan sahaja meraih pahala atas niatnya itu.

Malah, beliau secara tidak langsung akan lebih bersungguh-sungguh menghasilkan kerja berkualiti dan akhirnya mencapai kecemerlangan dengan izin Allah.

Maka sungguh rugi jika seseorang mengorbankan waktu dan tenaga untuk melaksanakan sesuatu amalan tanpa bersertakan niat beribadah.

Firman Allah swt dalam Surah An-Nur ayat 37:

“(Ibadah itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”

SYARAT IBADAH
Sesuatu amalan dijadikan ibadah apabila mencukupi dua syarat:

1) Niat kerana Allah

Seperti yang diterangkan sebelum ini, niat merupakan dasar utama atas perbuatan seseorang Muslim. Sesuatu perkara boleh dianggap bernilai atau tidak, menghasilkan pahala atau sia-sia, bergantung hanya pada niat.

2) Cara yang dilaksanakan haruslah sesuai dengan syariat Islam

Sesuatu perkara menjadi ibadah hanya jika ia sesuai dengan syariat serta ajaran Islam. Sebagai contoh, amalan seperti makan dan minum haruslah merupakan sesuatu yang halal dan bukan dilarang agama.

Menghiasi diri dengan pakaian juga menjadi ibadah hanya jika ia menutupi aurat sepertimana yang digariskan dalam ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi saw.

Namun, jika amalan-amalan ini dilaksanakan tanpa niat untuk mendapatkan keredaan Allah, maka ia tidak dianggap sebagai suatu ibadah. Malah, ia hanya dianggap sebagai suatu adat atau kebiasaan yang tidak diberi ganjaran atau pahala.

IKHLAS DALAM BERIBADAH
Sebagaimana niat begitu penting dalam melaksanakan sesuatu perkara, ia juga penting untuk menyertakan keikhlasan dalam beramal.

Ikhlas bermaksud mengerjakan sesuatu semata-mata kerana Allah, tanpa paksaan dan tanpa mengharapkan balasan daripada orang lain, kecuali balasan daripada-Nya.

Niat dan keikhlasan merupakan dua perbuatan hati yang tidak diketahui sesiapa kecuali diri sendiri. Hanya diri sendiri yang boleh menentukan sama ada niat kita baik atau tidak dan kita sendiri mampu menilai sama ada kita benar-benar ikhlas dalam melaksanakan sesuatu ibadah atau sebaliknya.

Justeru, niat, ibadah dan keikhlasan sangat berhubung rapat.

Jika niat merupakan dasar utama suatu amalan, keikhlasan p**a merupakan faktor terpenting dalam pelaksanaannya.

Firman Allah swt dalam Surah Al-A’raf ayat 29:

“Dan sembahlah Dia dengan mengikhlaskan ibadah semata-mata hanya kepada-Nya. Kamu akan dikembalikan kepada-Nya sebagaimana kamu diciptakan.”

KEPENTINGAN IKHLAS
Ikhlas dari segi bahasa adalah menyucikan sesuatu. Manakala dari segi istilah, ikhlas adalah menyucikan amalan dengan niat yang betul, iaitu kerana Allah swt, serta menghalang atau menjauhkan amalan tersebut daripada sifat menyekutukan Allah swt iaitu syirik.

Ini selaras dengan firman-Nya dalam Surah Al-Bayyinah ayat 5:

“Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah swt dengan mengikhlaskan ibadah kepada-Nya”.

Dalam mengerjakan amal bersertakan niat dan keikhlasan, ini sekali gus dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan seorang mukmin.

Ketakwaan – menuruti segala perintah Tuhan dan menjauhi larangan-Nya – bukan sekadar diucapkan pada lidah, namun dipraktikkan oleh perbuatan.

Ketakwaan inilah yang menjadikan seseorang itu mulia di sisi Allah swt. Sepertimana yang disebut dalam Surah Al-Hujurat ayat 13:

“Sesungguhnya yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.”

Firman Allah swt:

“Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia menyekutukan sesiapa pun dalam ibadah kepada Tuhannya”. (Surah Al-Kahfi: 110).

PENUTUP
Kesimp**annya, niat boleh dianggap sebagai kayu ukur sama ada sesuatu amalan itu diterima atau tidak.

Niat memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju setiap amal.

Kadangkala, riak, ujub dan takabur boleh berlaku ketika melaksanakan sesuatu amalan. Maka, penting untuk kita sentiasa meperbaharui niat dan berjaga-jaga dengan lintasan hati supaya terhindar daripada sifat-sifat dicela ini.

Semoga Allah swt memberkati kami dengan keikhlasan dalam beramal serta menyucikan niat dan amal ibadah kita daripada sifat-sifat mazmumah, amin insya-Allah.

17/10/2025

Allah SWT tidak memanggil hamba-Nya yang mampu, tapi Allah SWT akan memampukan hamba-Nya yang terpanggil ke Baitullah 🕋🤲🏼

Bersama-sama kami Ceo, Mutawif dan Mutawwifah terpilih untuk UMRAH SUPER EKONOMI 7M 9H pada 27Jan - 3Feb 2026

Ada 3 jenis panggilan Allah SWT :

1. Panggilan Azan
2. Panggilan ke Baitullah
3. Panggilan Kematian

Sebagai seorang muslim cubalah pasangkan niat dan memohon pada Allah agar kita dijemput menjadi tetamu rumah-Nya walaupun hanya sekali.

HUD HUD TRAVEL sentiasa bersedia bagi menyantuni para Duyufurrahman menjalankan ibadah umrah sepanjang anda di Baitullah 🕋

HUD HUD menyediakan BUKAN pakej ekonomi, tapi SUPER EKONOMI! 😱

Hud Hud menawarkan pakej dari ✨SUPER EKONOMI hinggalah PREMIUM✨agar lebih ramai jemaah boleh melaksanakan Umrah mengikut bajet & kemampuan masing-masing. Jangan terlepas, kerana pakej-pakej promosi ini TERHAD UNTUK YANG TERAWAL SAHAJA! ‼️

🚌 🚶🏻Untuk yang bajet rendah dan tiada masalah untuk berjalan kaki, InsyaAllah pakej SUPER EKONOMI sesuai untuk anda.

👨🏻‍🦽👶🏻 Lebih mengutamakan keselesaan, berkerusi roda atau membawa stroller untuk kanak-kanak? Kami tawarkan PAKEJ PREMIUM - Jarak Hotel ke Masjid hanya 50m, PERCUMA Speed Train dan banyak lagi.

📱Hubungi Mutawwifah terpilih kami untuk khidmat pelanggan HUD HUD TRAVEL & TOURS SDN BHD menerusi WhatsApp untuk pertanyaan lanjut : https://wa.me/60196080983

17/10/2025

Dakwah ...tugas asasi bagi setiap umat Islam untuk menyeru, mengajak, menyampaikan dan memperkenalkan kepada manusia mengenai ajaran agama Islam.

Dakwah juga boleh didefinisikan sebagai gerakan berterusan mengajak manusia ke jalan Allah SWT supaya mereka mendapat kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan di akhirat.

Firman Allah SWT:

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُون

Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar merekalah orang-orang yang beruntung”.

(Surah Al-Imran: 104)

13/10/2025

Kisah MUAZ BINJABAL, Pemuda Yang ARIF Dalam FIGH Lagi Dipercayai

Sebelum Rasullah SAW menghantarnya ke Yaman, Rasulullah menguji terlebih dahulu kelayakannya untuk menjadi seorang guru.

"Wahai Muaz apakah pedoman engkau untuk engkau adili tentang sesuatu perkara," tanya Rasulullah SAW

" KITAB ALLAH " jawab Muaz.

"Sekiranya engkau tidak temui di dalam kitab Allah?" tanya Rasulullah SAW lagi.

" SUNNAH RASULLULLAH " jawab Muaz.

"Kalau tiada dalam sunnah Rasulullah?" Tanya Rasulullah lagi

"Aku akan BERIKTIJAD dengan akal fikiranku," jawab Muaz lagi.

Jadi, apabila Rasulullah SAW mendengar jawapan yang diberikan oleh Muaz Bin Jabal maka baginda tersenyum kerana berpuas hati untuk menghantar Muaz Bin Jabal ke Yaman.

Semasa hendak menghantar Muaz Bin Jabal ke YAMAN, Rasulullah SAW sempat memegang tali unta Muaz dan berkata kepadanya bahawa "nanti kita tidak berjumapa sudah."

Maka, pada ketika itu Muaz Bin Jabal menangis dan berasa sangat sedih kerana hendak berpisah dengan Rasulullah SAW. Ternyata memang benar apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAW terhadapnya. Rasulullah SAW wafat ketika Muaz Bin Jabal berada di Yaman.

Sebelum bertolak pergi, Rasulullah SAW sempat berdoa kepada Muaz Bin Jabal

"Semoga Allah memelihara engkau wahai Muaz di hadapan engkau, di belakang engkau, di kanan engkau, di kiri engkau, di atas engkau, di bawah engkau dan Allah menjauhkan kau dari segala kejahatan manusia dan jin."

Untuk pengetahuan, Muaz bin Jabal adalah sahabat nabi yang dapat naik unta bersama Rasulullah SAW yang duduk di belakang.

Rasulullah SAW semasa menaiki unta bersama dengan Muaz berkata" Muaz, aku sayang pada kau,"

Muaz sangat gembira apabila mendengar kata-kata Rasulullah SAW dan berkata "Aku juga sayang kepadaMu seperti mana engkau sayang kepadaku. Aku sayang engkau kerana Allah,"

Kerana itu, Rasulullah SAW berpesan kepada Muaz Bin Jabal untuk tidak pernah meninggalkan doa ini

Doa Selalu Mengingati Allah SWT

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

ALLAHUMMA A'INNI ALA DZIKRIKA WASYUKRIKA WA HUSNI IBADATIK"

Maksudnya: “Ya Allah Engkau bantulah aku untuk mengingati engkau, untuk berterima kasih kepada engku, utuk berbuat baik kepada engkau dan untuk beribadat kepada engkau dengan sebaik-baiknya”

Antara sahabat yang sering meminta pandangan atau buah fikiran berkaitan hukum adalah Amirul Mukminin iaitu Saidina Umar al-Khattab.

Namun, Muaz Bin Jabal adalah antara sahabat nabi yang pendiam. Dia hanya akan bercakap dan berbicara apabila orang ramai meminta pendapatnya. Sekiranya terjadi sesuatu perselisihan faham, orang ramai akan datang merujuknya untuk Muaz Bin Jabal putuskan jawaban.

Muaz Bin Jabal menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia muda iaitu 33 tahun semasa pemerintahan khalifah Umar Bin al-Khattab akibat penyakit Taun

12/10/2025

...Hanya yang MENGAJI (Belajar) akan mencapai tingkatan IKHLAS yang sebenar²nya

Orang IKHLAS sahaja TIDAK DAPAT DIHASUT oleh IBLIS laknatullah‼️

" HAKIKAT IKHLAS "
Imam Abdullah bin Dhaifillah ar-Rahili dalam karyanya Thariquka ila al-Ikhlash wa al-Fiqh fi ad-Din (hal. 13) mengatakan:

وحقيقة الإخلاص صدقٌ في النيَّة والقول والعمل، فيما يتعلق بحقوق الله تعالى، وفيما يتعلق بحقوق المخلوقين

Artinya, “Ikhlas yang sebenarnya adalah ketika niat yang tulus sejalan dengan ucapan dan perbuatan, baik amal yang kaitannya dengan relasi horizontal (hablum minallah) maupun vertikal (hablum minannas).”

Dari apa yang dikatakan ar-Rahili ini,
semakin tegas bahwa ikhlas sangat erat hubungannya dengan hati.
Hati yang sedang dalam titik fokus menghadap kepada Allah semata, murni hanya mencari perhatian Tuhannya, tidak yang lain.

Sumber: https://islam.nu.or.id/tasawuf-akhlak/hakikat-dan-puncak-tertinggi-keikhlasan-CTiq

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

https://www.tiktok.com/@raha.mutawiffah.hudhudhq?_t=ZS-90ygmDZDVIL&_r=1

Address


Jalan 1/48a Sentul East
Kuala Lumpur
51000