Nindia2
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Nindia2, Uniti Tower Kg Bharu, Kuala Lumpur.
Kesedaran awam bagi membenteras dosa FITNAH : Kisah Atomy Disebalik Tabir vs fitnah yang ditabur yang telah berakar umbi bermula dari 1 orang, disokong oleh 2 orang dan ditiup semboyan oleh 3 orang dari situ berakarlah segala fitnah dalam masyarakat Islam
Sedarlah wahai yang bergelar Influencers semua terutama yang menunggang agama.
22/01/2026
'Fitnah itu memang dosa besar'
Dalam Islam, fitnah:
1. Lebih dahsyat daripada membunuh
2. Memusnahkan maruah, keluarga, dan jiwa
3. Dosanya berantai — selagi video, tulisan, tuduhan itu hidup, dosa terus mengalir
Masalahnya, ramai orang hari ini memisahkan agama dari jari mereka.
Mereka solat, tapi jari:
1. Menulis
2. Share
3. Komen
4. Viralkan
Seolah-olah tiada hisab untuk perbuatan digital.
---------------
Satu Persoalan: Kenapa mereka berani semarakkan dosa besar?
Kerana beberapa penyakit hati:
1▪️ Rasa selamat palsu
“Ramai orang buat, aku bukan sorang.”
Padahal di akhirat:
> tiada crowd
> tiada geng
> tiada follower
semua seorang diri
2▪️ Ego & rasa benar
Bila seseorang rasa:
“Aku di pihak yang betul”
dia akan halalkan apa sahaja — termasuk fitnah — atas nama “perjuangan dakwah”.
3▪️ Cinta dunia & validasi
Like, view, sokongan, sorakan
→ jadi lebih mahal daripada takut mati
------------------
Berhati-hatilah ....
19/01/2026
Di negara yang rakyatnya terkenal pemurah, cerita sedih memang cepat jadi “modal”.
Cukup dengan naratif penderitaan, tambah sedikit sentuhan emosi, dan letakkan nombor akaun — maka mengalirlah sumbangan.
Persoalannya, adakah empati sedang dimanfaatkan atau dimanip**asi?
Islam tidak melarang kita meminta bantuan.
Tetapi Islam menolak eksploitasi simpati, apatah lagi bila kisah peribadi dijadikan alat berulang untuk meraih dana tanpa penjelasan yang telus.
Masyarakat semakin celik dan matang.
Membantu itu mulia.
Namun akal dan amanah wajib berjalan seiring dengan empati.
Jangan biarkan kebaikan orang ramai menjadi sumber pendapatan berpanjangan,
sedangkan ketelusan terus menjadi persoalan.
------------------
Mana maruah selalu letak no acc atas nama 'dakwah' - tanya jer
18/01/2026
'Sijil Patuh Shariah Atomy vs Sijil Patuh Shariah Lariba dan Dr Sufian'
Atomy ada Sijil Patuh Shariah daripada Panel Shariah yang jauh berwibawa lengkap dengan penerangan terperinci - dalam 2 mukasurat.
Persoalan mudah :
Kenapa ramai sangat pertikai Sijil Patuh Shariah Atomy?
Tapi dalam masa yang sama, tak p**a dipertikaikan Sijil Patuh Shariah daripada 2 Panel yang dikeluarkan untuk organisasi tersebut.
Nak jelaskan konteks supaya tak disalah faham:
Ini bukan untuk mempertikaikan mana-mana organisasi.
Tapi cuba tengok dengan jujur —
sijil yang dikeluarkan, metodologi yang digunakan, dan kenapa hanya Atomy sahaja yang jadi sasaran pertikaian?
Kalau betul atas dasar ilmu dan prinsip,
sepatutnya standard penilaian tu sama untuk semua.
Bukan pilih-pilih ikut sentimen.
----------------
Buat pengetahuan umum:
Lariba ni lah yang mula-mula timbulkan isu berkenaan Atomy
dan
Dr Sufian (Pensyarah UM) ni lah Penyelidik Bersama yang diamanahkan oleh JAKIM untuk buat Kajian Penyelidikan Terhadap Atomy
📌 Dan perlu dijelaskan, Dr. Sufian hadir sebagai saksi dikamar mahkamah secara peribadi, bukan mewakili JAKIM.
📌Malah, berdasarkan kesaksian beliau di hadapan Yang Arif, beliau membawa beberapa dokumen dalaman JAKIM tanpa pengetahuan dan kebenaran pihak JAKIM.
📌Kesaksian ini dibuat untuk membela individu yang sehingga hari ini konsisten meniup naratif terhadap Atomy.
Faham netizen semua?
18/01/2026
Belajar sesuatu?
18/01/2026
Penfitnah Alert‼️
Hati-hati dengan account ni : Kaki Fitnah dan jatuhkan bisnes orang atas nama perjuangkan 'halal'
18/01/2026
'Lihatlah Dunia – Kisah 8 Tahun Yang Lalu'
Orang yang sama.
Permainan yang sama.
Naratif yang sama.
Bezanya cuma ada beberapa watak tambahan, tetapi cara dan naratif tidak berubah.
-----------------
8 tahun lalu, i-Synergy / Affiliate Junction Islamic diserang.
Hari ini, Atomy p**a menjadi sasaran.
Ketika itu, mereka tidak segan mempamerkan wajah seorang ulama besar, arwah Tok Mod (Prof. Emeritus Dato’ Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid) — seorang ulama besar yang disegani oleh semua lapisan masyarakat sehingga peringkat Raja-raja Melayu — sebagai alat untuk membina persepsi dan menggiring netizen.
Hakikat yang ramai lupa atau sengaja dilupakan:
1. Arwah Tok Mod bukan promoter
2. Arwah Tok Mod bukan pengurusan
3. Arwah Tok Mod bukan pemilik program
4. Arwah Tok Mod penasihat syariah, menjalankan amanah ilmu, dan tanggungjawab kepada ummah. Demi menguatkan ekonomi ummah yang jauh ketinggalan berbanding bangsa lain. Perjuangan untuk memartabatkan ummah sehingga keakhir hayat beliau.
Namun wajah dan nama beliau “dijual” kepada awam,
sehingga netizen terjerumus dalam sangkaan, cercaan dan fitnah.
Ironinya, mereka yang paling kuat melaungkan “kononnya menjaga agama” inilah juga yang tidak berhenti meniup persepsi,
sehingga program itu akhirnya mati secara perlahan-lahan.
------------------
Hari ini, skrip yang sama diulang malahan serangan kali ini lebih dahsyat!:
1. Guna pihak autoriti mengeluarkan pandangan hukum dan fatwa dengan kajian penyelidikan "PALSU" - (boleh lihat di page ini ulasan keatas Laporan Kajian Penyelidikan Hukum Berurus Niaga Bersama Syarikat Atomy Menurut Muamalat dan Akidah : 7 Siri semuanya)
2. Main sentimen agama : Atomy BAM menjalankan gerakan halus Kristianisasi
3. Atomy merosakkan akidah
4. Atomy HARAM
5. Serang individu-individu ilmuan tersohor Malaysia dan fitnah mereka gila duit.
6. Menekan institusi tempat mereka berkhidmat untuk SEGERA pecat mereka. Allahu Akhbar sedara semua jangan ingat Allah "tidur" ya.
7. Main emosi netizen, ajak netizen rancak dalam memfitnah panel-panel shariah Atomy
8. Kecohkan semua sehingga pihak autoriti menganggap semuanya benar. Dan knowing institusi di Malaysia ni amat takut dengan hal tular dan masing-masing jaga "periuk nasi" masing-masing.
9. Menang di mahkamah - laung sehabis boleh! Netizen yang percaya dengan pembawakan 'amar makruf nahi mungkar' percaya bulat-bulat bahawa kemenangan di mahkamah itu adalah kemenangan mutlak seperti yang dilaungkan. Kesian...amat kesian. Diheret netizen dengan dosa fitnah yang kelak berakar umbi hingga ke dalam kubur.
10. Puaskan nafsu “menjatuhkan”, bukan mencari kebenaran
11. Mereka tidak akan puas selagi pihak yang diserang tidak “bungkus”.
----------------------
Wahai netizen,
Fikirlah dengan akal, bukan mata hati mencari kebenaran.
Nilailah dengan ilmu, bukan dengan klip dan petikan terpilih.
Fitnah itu dosa,
dan dosa itu tidak gugur hanya kerana kita berselindung di sebalik label agama.
Tulisan ini adalah sebagai peringatan agar sejarah tidak berulang dan dosa tidak diwarisi.
https://afyan.com/affiliate-junction-umumkan-status-patuh-syariah.html/?fbclid=IwY2xjawPZczdleHRuA2FlbQIxMABicmlkETE0dWxzTlAxdDg0QXdBbE4wc3J0YwZhcHBfaWQQMjIyMDM5MTc4ODIwMDg5MgABHpQUpORVWZE29rJP5h-7zi8MjQq4yAMmbQncV3nLScO8hbeC3MTenEhGUspe_aem_QN0eFzxrIVAT-8cfoYSqgQ
18/01/2026
1. Didoakan juga agar saudara ini benar-benar bermuhasabah diri tentang segala dosa terhadap sesama Muslim, khususnya apabila mengajak orang ramai menfitnah individu-individu yang dinyatakan serta syarikat yang sah seperti Atomy.
2. Semoga slogan baharu yang dibawa — “New Me” — bukan sekadar kosmetik imej, tetapi benar-benar mencerminkan perubahan akhlak, adab dan amanah ilmu.
3. Cukuplah dengan fitnah terhadap syarikat-syarikat MLM di Malaysia ni terutamanya bila syarikat itu sangat berjaya bersama dengan Muslim leader/ahli. Atomy bukan yang pertama, dan hakikatnya bukan satu-satunya syarikat yang pernah menjadi sasaran tuduhan tanpa asas sebelum ini. Mungkin sedara ini LUPA tapi mangsa tidak pernah lupa.
4. Fitnah itu bukan perkara kecil. Ia merosakkan nama, menjatuhkan maruah, memecahkan ummah dan menzalimi ramai pihak yang tidak bersalah.
5. Jika benar ingin berubah, maka berhentilah menyebarkan tuduhan, naratif berat sebelah dan persepsi palsu yang dibungkus atas nama agama. Islam tidak pernah menghalalkan fitnah, walau terhadap siapa pun.
6. Kita semua akan dipertanggungjawabkan — bukan sahaja atas apa yang kita tulis, tetapi juga apa yang kita ajak orang lain untuk percaya dan sebarkan.
7. Daripada terus menumpukan tenaga menyerang dan memfitnah perniagaan orang lain, alangkah baiknya saudara memfokuskan usaha membangunkan perniagaan sendiri — khususnya dalam bidang takaful sedara. Muslim di Malaysia ni belum cecah pun 8% yang ada Takaful. Market sedara amat luas. Gigihlah disitu.
8. Rezeki Allah itu luas dan bersih jalannya tidak pernah memerlukan fitnah sebagai bahan bakar. Perniagaan yang dibina atas amanah, ilmu yang jujur dan adab yang betul insya-Allah lebih diberkati dan tahan lama.
9. Jadilah 'NEW ME" sedara yang bersih dari memfitnah. Jangan nanti keluar paparan akhbar: ' KARTEL KERTAS KAJIAN PENYELIDIKAN HUKUM TERSONTOT DI PINTU SPRM'
18/01/2026
'Macam-macam Cara Fitnah Dilontarkan Terhadap Atomy & Muslim Yang Bermuamalat Dengannya'
------------------
Hari ini kita lihat satu fenomena yang sangat menyedihkan.
Bukan sahaja Atomy diserang kiri kanan depan belakang atas bawah oleh yang kononnya melaungkan 'amar makruf nahi mungkar',
malah umat Islam yang bermuamalat secara sah dan terbuka juga turut dipandang serong, difitnah dan dipermainkan dengan maklumat yang tidak sahih.
🔎 Untuk perhatian semua hamba Allah (seperti pic dibawah) yang gemar menyebarkan “maklumat” tentang Atomy ini:
Individu (AAS) yang sibuk menyebarkan tuduhan tersebut bukan siapa-siapa dalam Atomy:
1️⃣ Dia bukan pekerja Atomy
2️⃣ Dia bukan pihak pengurusan Atomy
3️⃣ Dia juga bukan ahli (member) Atomy
Namun peliknya, keyakinan menyebarkan “info dalaman” itu mengalahkan orang yang benar-benar terlibat secara rasmi.
------------------
❗ Isu besar: Fitnah kononnya Atomy hanya ada 2 produk halal (Yakinnya kamu AAS).
Ini adalah fitnah yang sangat besar dan mengelirukan masyarakat.
✅ Hakikat sebenar:
Atomy mempunyai ratusan produk yang telah mendapat pengiktirafan halal
Pengiktirafan halal Atomy bukan satu saluran sahaja
Selain halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Atomy juga memperoleh pengiktirafan halal daripada badan antarabangsa yang diiktiraf oleh JAKIM seperti Korea Muslim Federation (KMF)
Ini adalah amalan biasa dalam industri global — pensijilan silang daripada badan halal yang saling diiktiraf.
---------------
⚠️ Persoalan besar untuk kita renungkan:
Jika bukan pekerja,
bukan pengurusan,
bukan ahli,
➡️ atas kapasiti apa maklumat ini disebarkan dengan begitu yakin?
➡️ siapa yang sebenarnya sedang menipu siapa?
-----------------------
Satu Persoalan bermain dibenak fikiran: Apa sebenarnya mahu mu AAS?
Nak pahala? sah-sah dosa besar sebab maklumat semuanya fitnah.
Apa mahu sebenarnya?
Kalau tak tahu hakikat sebenar : DIAM ITU LEBIH BAIK
Cuba bawa bertubat. Bersihkan hati. Nanti penyakit yang ada akan cepat sembuh. InshaAllah.
-----------------------
📌 Nasihat ikhlas kepada NETIZEN
Jangan mudah:
1. Menelan bulat-bulat maklumat media sosial
2. Menyebarkan sesuatu tanpa tabayyun
3. Menghukum sesama Muslim atas dasar sentimen dan persepsi
4. Terpalit dengan DOSA BESAR FITNAH
-----------------
Fitnah lebih dahsyat daripada pembunuhan.
Dan ilmu yang digunakan tanpa amanah akan menjadi beban di akhirat, bukan kemuliaan.
------------------
Islam tidak pernah melarang perniagaan yang jelas, telus, berakad dan mematuhi syariah.
Yang mencacatkan Islam bukan muamalatnya — tetapi fitnah dan kejahilan yang disebarkan atas nama agama.
-----------------
Berhati-hatilah wahai netizen dengan info yang disebarkan oleh AAS ni (nama seperti dipic ni)
Nota:
1. Posting seterusnya netizen akan diberi panduan macam mana nak tahu satu satu produk Atomy itu halal.
2. Pesanan pada netizen: Jika nak belajar sesuatu, belajarlah pada ahlinya. Baru dapat jawapan yang tepat. Jangan salah guru.
17/01/2026
'Kos Kajian Penyelidikan Hukum Berurus Niaga Bersama Syarikat Atomy Menurut Muamalat dan Akidah'
1. Dalam disiplin usul fiqh, hukum tidak lahir daripada sangkaan atau kecenderungan, tetapi daripada metodologi yang sahih, data primer yang mencukupi, dan proses istinbāṭ yang teliti.
2. Dana awam yang diperuntukkan bagi penentuan hukum sepatutnya melahirkan kajian yang memenuhi standard ini, bukan sebaliknya.
3. Apabila kesimp**an didahulukan sebelum penelitian menyeluruh, maka berlaku fasād al-manhaj—kerosakan pada metodologi—yang akhirnya meruntuhkan autoriti hukum itu sendiri.
4. Dari sudut maqāṣid al-syariah, kecuaian ini bukan isu kecil; ia berpotensi menyalahi prinsip ḥifẓ ad-dīn, ḥifẓ an-nafs, dan ḥifẓ al-‘aql.
5. Hukum yang dibina tanpa ketelitian boleh mencetuskan fitnah besar, mengelirukan masyarakat, dan membawa kemudaratan berpanjangan, bahkan hingga ke alam sana.
6. Isu hukum muamalat tidak boleh dijadikan bahan retorik atau naratif terpilih. Ia adalah amanah ilmu yang menuntut ketakwaan akademik, kejujuran metodologi, dan tanggungjawab terhadap ummah serta dana rakyat.
7. Lebih serius lagi, kegagalan menghasilkan kajian yang berintegriti ini turut membawa implikasi pengkhianatan terhadap kepercayaan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) serta badan-badan penghakiman yang menjadikan hasil kajian penyelidikan ini sebagai rujukan dan sandaran dalam membuat keputusan.
8. Semoga Allah mengampuni mereka yang telah mengkhianati amanah tanggungjawab dan ilmu apabila diberi mandat menjalankan kajian penyelidikan ini, dan semoga Allah juga mengampuni seluruh ahli Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang telah diperdayakan dalam menentukan pandangan hukum, begitu juga ahli-ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor, serta semua pihak yang tanpa sedar terlibat menyebarkan fitnah yang ditiupkan oleh para penfitnah, dan kita semua para pembaca yang terpaksa menggunakan channel ini demi sebuah kebenaran.
20/11/2022
Cendawan ni boleh grow dgn macam-macam skala.. blh buat di rumah, di gudang, di sekolah dsbnya.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Telephone
Website
Address
Uniti Tower Kg Bharu
Kuala Lumpur
