SuzyHoney Herbs Cheras
HERBA JAMU ALAMI TRADISI UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN DARI DALAM HINGGA LUAR.
Perasan tak, kita terlalu fikirkan perkara-perkara yang tak berfaedah dan banyak membuang masa, kan.
Fokus dan ubah hidup, dari masa ke semasa.
💪Buat sesuatu dengan penuh semangat.
💪Sentiasa berfikiran positif untuk lakukan sesuatu.
💪Pada masa sama, tambah networking yang lebih hebat dari kita.
05/11/2018
Gambar ini diambil pada tahun 2015, waktu ni Suzyhoney masih baru, sekarang tak ada dah guna botol2 macam ni aih..sekarang besar2 bekasnya siap ada bilik khas tau untuk penyimpanan herba2 di Suzyhoney.
Alhamdulillah permintaan makin tinggi, kualiti serta taraf setiap item dipertingkat dari masa ke masa.
Inilah dia akar2 kayu di SuzyHoney yang telah siap di keringkan. Bukan senang nak dapatkan akar kayu rare dan asli begini di zaman serba moden ni, haisshh kena keluar masuk hutan tau. Tapi di SuzyHoney anda tak perlu risau, suzyhoney menyediakan herba2 yang asli untuk anda.
Ok dalam gambar ni adalah batang serapat, sepang kedarang, ranting mascotek, dan kacip fatimah, untuk dijadikan peket rebusan akar kayu suzyhoney.
Nak tengok gambar sekarang p**a? Ha tunggu saya tunjuk nanti 😉
18/10/2018
🌿 KHASIAT ALMOND OIL UNTUK PAYUDARA 🌿
Almond Oil berasal dari biji kacang almond manis yang dikeringkan melalui proses yang disebut cold processing. Minyak ini dipercayai oleh para pakar kesihatan kulit sebagai salah satu bahan untuk membuat kulit menjadi sihat dan lembap. Banyak produk kecantikan di pasaran mengandungi campuran dari almond oil.
Almond oil ini mengandungi vitamin seperti vitamin E, A, dan D yang berkhasiat untuk kulit.
Almond oil juga dapat merangsang penghasilan estrogen yang dapat membesarkan payudara.
Bagi menjaga puting payudara daripada kekeringan, almond oil dapat digunakan sebagai moisturizer atau pelembap. Almond oil memiliki kemampuan untuk menyimpan kelembapan kulit dalam waktu yang lama. Gunakan almond oil tersebut sebagai base oil.
Cara menggunakan almond oil:
1. Sapukan 2-3 titis almond oil di sekitar area puting.
2. Sapukan secara lembut dan tunggu sehingga meresap dalam beberapa saat.
3. Lakukan rawatan setiap malam sebelum tidur.
Semoga Bermanfaat! 🍃
Silakan &
17/10/2018
🌿 MAKANAN BERKHASIAT UNTUK PAYUDARA 🌿
Wanita perlu menitikberatkan soal penjagaan makanan untuk kesihatan payudara. Kanser payudara merupakan penyakit nombor satu bagi kaum wanita. Usah ambil mudah tentang perkara ini kerana dikhuatiri anda bakal tergolong dalam penyakit ini.
Terdapat beberapa makanan yang berkhasiat untuk membantu dalam pencegahan risiko kanser payudara. Namun begitu, anda masih boleh mencegah walaupun tidak mengambil makanan-makanan tersebut.
🍀 MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun amat baik untuk diambil secara rutin. Lemak sihat ini boleh menurunkan tahap kolesterol dalam badan.
🍀 OREN
Ia kaya dengan vitamin C, serat, beta karoten dan antioksidan yang boleh mengelakkan anda daripada radikal bebas penyebab kanser. Anda boleh mengambilnya terus atau menjadikannya sebagai jus.
🍀 TOMATO
Tomato amat disarankan untuk mengatasi ketumbuhan dan kanser. Gabungan tomato, lobak merah dan epal amat sesuai untuk diambil oleh pesakit ketumbuhan dan kanser payudara. Tomato juga kaya dengan likopen, potassium, fosfor dan zat besi. Ia membantu memenuhi keperluan badan wanita termasuklah menyihatkan payudara anda.
🍀 KACANG SOYA
Tauhu, tempe dan susu soya adalah makanan yang wajib anda ambil setiap hari. Contohnya, wanita Jepun kerap menggunakan soya untuk kecantikan dan kesihatan mereka. Walau pun ada yang mengatakan soya tidak membantu dalam melawan kanser dan ketumbuhan namun ia membantu melambatkan pertumbuhan sel kanser dengan protein yang terdapat dalam soya
🍀 SAYURAN HIJAU
Tambah dalam makanan anda sayur-sayuran seperti brokoli, kekacang hijau, kubis dan bayam. Untuk memaksimumkan manfaatnya, masaklah dengan menggunakan minyak zaitun sehingga tubuh boleh menyerap lebih banyak nutrisi. Sayuran hijau tinggi folat iaitu vitamin B baik untuk DNA. Kadar folat yang rendah dikaitkan dengan bertambahnya risiko terkena kanser. Pilihlah bayam dan kangkung, semakin gelap daunnya, akan semakin baik.
🍀 IKAN KAYA LEMAK OMEGA-3
Wanita yang memakan ikan yang mengandungi asid lemak omega-3 mempunyai risiko 32% lebih rendah terkena kanser payudara berbanding yang tidak. Lemak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3 boleh mengurangkan keradangan dalam tubuh. Para penyelidik percaya bahawa keradangan kronik boleh mendorong perkembangan kanser payudara.
Selain makan makanan yang sihat, ingat juga untuk menjaga berat badan dan bers**an secara teratur. Jangan lupa untuk melakukan pemeriksaan doktor secara berkala untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.
MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI.
Semoga Bermanfaat! 🍃
Silakan &
17/10/2018
🌿 TIPS PENJAGAAN KEBERSIHAN PAYUDARA UNTUK IBU MENYUSU 🌿
Menjaga kebersihan payudara ketika menyusu penting bagi setiap ibu bagi mengelakkan terkena jangkitan. Kuman senang masuk ke dalam badan melalui luka pada puting.
Disini admin kongsikan cara yang betul untuk menjaga kebersihan payudara⤵️
1. Jangan Guna Sabun atau Losyen yang Wangi dan Beralkohol
✅ Selepas menyus**an bayi para ibu hendaklah membersihkan payudara dengan menggunakan air suam dan lap dengan tuala lembut. Buang segala sisa-sisa susu kering yang menyekat saluran susu. Sabun dan losyen yang wangi dan beralkohol boleh menyebabkan kekeringan pada puting payudara dan senang luka.
2. Elak Pakaian Ketat
✅ Pakaian ketat membuatkan kulit s**ar untuk bernafas. Bra yang terlalu ketat boleh menyekat kelenjar dan menyebabkan ibu menyusu tidak berasa selesa. Lebih baik memakai bra yang diperbuat daripada kapas lembut supaya dapat pengaliran udara yang lebih baik.
3. Kerap Menukar Nursing Pad dan Nursing Bra
✅ Nursing pad perlu ditukar kerap supaya nursing bra tidak terkena susu badan. Nursing pad atau bra yang kotor terkena susu badan perlu ditukar kerana kekotoran itu boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria dan yis. Jika susu ibu selalu je bocor. Ibu-ibu kena menukar bra dengan kerap.
4. Basuh Payudara Selepas Bersenam
✅ Bayi tidak s**a rasa puting yang masin dan penuh dengan peluh. Sebaiknya sebelum menyus**an bayi ibu-ibu perlu mandi atau mencuci dengan kain basah yang bersih terlebih dahulu bagi mengelakkan jangkitan.
5. Cuci Pam Payudara Selepas Digunakan
✅ Apabila mencuci pam payudara jangan guna span atau berus yang digunakan untuk mencuci pinggan mangkuk biasa. Jangan lupa untuk mensterilkan pam itu sebelum menggunakannya.
Pam payudara akan menjadi kotor jika ada baki susu di dalamnya dan bakteria yang ada pada pam itu boleh berpindah ke payudara ibu, tanpa disedari.
Semoga perkongsian tips ini bermanfaat untuk ibu menyusu di luar sana! 🍃
Silakan &
17/04/2015
KELEBIHAN SUSU KAMBING.
Susu kambing banyak kelebihannya... antaranya
1. Untuk ibu mengandung:
- Dapat menambah tenaga,
- mencegah daripada anak yang dilahirkan drp demam kuning,
- memudahkan bersalin
2. Untuk ibu berpantang:
- mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin
- menambah tenaga
3. Untuk ibu menyusu:
- menambah susu badan bagi si ibu
- memberikan khasiat pd bayi menyusu badan
4. Untuk anak 1 tahun ke atas:
- meningkatkan imunisasi badan
- menambah daya tumpuan
- menguatkan tulang dan gigi serta menambah kalsium
5. Untuk ibu yang ingin hamil
- membantu menambah kesuburan
6. Untuk orang dewasa:
- merawat penyakit kencing manis
- merawat penyakit jantung
- merawat athma
- merawat migrain
- merawat darah tinggi
- merawat insomnia
- merawat gastrik (susu kambing bersifat alkali)...dan lain-lain.
Bg yg asli.. tiada kandungan gula. Ianya 100% susu kambing asli.
16/04/2015
Berminat untuk menjadi agen WSK..
Whatsapp admin 019-3215107/ 019-6225588
01/04/2015
Khasiat Wildan Susu Kambing
Agen diperlukan di kawasan Cheras.
Whatsapp 019-3215107
25/02/2015
Formula Redha
Janganlah kau bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman. Surah Ali Imran ayat 139
Bicara tentang formula redha, bak sendiri seakan tergagap untuk berbicara tentang, sedang diri sendiri masih bersoal jawab dengan hati sendiri.
Apakah diri ini sendiri sudah benar-benar redha atas ketentuan ilahi?
Hanya hati sendiri ada jawapannya, Redha?
Apa yang kita faham tentang redha. Redha apa bila kita tidak lagi bertanya kenapa.
Jujur bak katakan memang bibir mudah melafaz redha. aku redha.
Tapi hakikat hati sendiri yang tahu. Redha itu payah nak dapat.
Mungkin kita mula belajar untuk redha, tapi dalam tempoh belajar untuk redha itu pasti ada ujian untuk melihat keteguhan iman kita pada Allah.
Kita manusia biasa, bukan kita tak pernah berusaha untuk redha namun hakikat untuk mendidik hati sendiri itu jauh lebih payah dari mendidik hati orang lain, kadang ego kononnya aku redha.
Tapi bila datang lagi ujian mengeluh lagi, Ya Allah kenapa aku.
Bagaimana Untuk Redha?
Nak redha, satu kita kena percaya bahawa setiap yang terjadi ada hikmahnya, sudah tertulis dalam rencanaNya sejak dulu lagi.
Cuba tanam sifat “berbaik sangka” pada Allah. Terus terang bak cakap bersangka baik bak ujian datang bertimpa-timpa itu s**ar, kerana saya pernah melalui fasa itu.
Fasa dimana bibir ini bertanya pada Allah mengapa semua ini terjadi, saat air mata mengalir, menerima hakikat kehidupan yang tak selalu indah.
Hikmah, teringat pada kata-kata seorang disampaikan oleh sahabat bak. “akak, setiap kali Allah, menguji, adik tercari-cari hikmah apa yang Allah nak bagi”.
Allahu bak tersentak dengan kata-kata itu, lemahnya bak. Mulai hari tu, bak cuba ambik ibrah dari kata-kata itu.
Untuk redha, tidak semudah yang disangka..
Tapi tak semudah tu. Setiap kali ujian melanda, cuba positive, ada hikmah ini, jangan biarkan kesedihan tu menutupi segalanya. Sampai tak nampak hikmah dan nikmat yang lain.
Menangis itu tak salah sedih itu tak salah. Tapi satu aje, percaya pada Allah.
Percaya dengan kasih sayang Allah. Senyum.
Alhamdulillah, kata orang alah bisa tegal biasa, bila terbiasa dengan ujian Allah lama-lama terbiasa ditarbiah. Lama-lama kita akan semakin positive.
Ses**ar mana pun ujian itu, kita akan nampak hikmahnya. Indah bila hati benar-benar redha. benar -benar ikhlas.
Bila sapa ujian biar masih mengukir senyum walau dimata terlihat sayu, walau bibirnya pucat tak berdarah, namun senyuman ikhlas itu mengindah segalanya.
Senyuman bak ini untuk mu anak2. Senyum.
Ya Allah, sesungguhnya setiap rencanaMu, pasti ada hikmahNya. Dunia sementara. Ujian sementara. Derita sementara.
Syurga kekal. Nikmat kekal. Bahagia kekal. Hanya disyurga.
Kuatkan langkahan mujahadah, moga hati istiqamah sentiasa.
Redha itu mudah, saat hati kau tak lagi mempersoalkan ketentuanNYa. Menerima dengan berlapang dada. InsyaAllah kamu boleh sahabat. Doakan bak juga.
Andai selama ini Allah uji kamu mampu laluinya, sekarang DIA uji lagi takkan nak mengalah, kalau awak tak mampu sungguh takde awak yang sekarang ni.
Sungguh DIA takkan menguji dengan ujian itu.
23/02/2015
Bermula semula perjuangan bersama dengan penuh azam dan semangat, kerana Allah.. InsyaAllah..
Wildan Susu Kambing Stokis Cheras KL
Klinik Jamu Susuk Dara
Khasiat yg perlu anda tahu....
Dapatkn produk susu kambing wildan sekarang!
18/01/2015
Atas permintaan ramai, pek sample untuk Wildan Susu Kambing Asli kini telah kami siapkan. Bagi mereka yang berminat nak dapatkan pek sample ni boleh PM kami segera!
Harga satu pek RM10.00 sahaja untuk 5 sachet.
Kos pos bagi 1-4 pek sample: RM7.00
Stok sample adalah terhad!
P/s: Sila PM kami terus ye dan minta jgn komen untuk minta kami PM anda sebab kami memang TIDAK BOLEH mulakan PM kepada anda. Kami hanya boleh reply mereka yang dah PM kami dahulu sahaja.
Fast Respond >>> Sms/whatsapp admin @ 019-3215107/ 019-6225588
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kuala Lumpur
