Taukeh skincare

Taukeh skincare

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Taukeh skincare, pulau wan man, Kuala.

Photos from Taukeh skincare's post 30/07/2021

Menu Makan Nasi Bertambah-Tambah

Sambal ikan bilis lada api kisar.
Makan ngan nasi panas2 😋😍

Bahan
kisar lada api,bawang putih,bawang merah n ikan bilis.Tumis sampai kering n perasakan.Siap.😍
Sape s**a kita geng!

Resepi: Fiza Md Razib

Photos from Taukeh skincare's post 29/07/2021

10 ANEKA RESEPI KUIH MUIH & KEK UNTUK SANTAPAN PETANG NANTI DI RUMAH BERSAMA KELUARGA TERSAYANG...

Semua bahan dan cara ada di setiap gambar...

😋😋😋

28/07/2021

Tq admin...

Anak² s**a sangat makan bread butter Puding..
Sampai sekarang bread butter Puding ni dah jadi sumber pendapatan Kak Sha sekelurga..

1 buku roti panjang
1tin susu cair
4 biji telur gred A
Sedikit esen vanila
1/2 tin air
Gula 5-6 sudu
3-4 sudu majerin cair

Cara² nya
Gaul telur, gula, Dan esen vanila, tuang Kan susu cair, Dan air.. gunting Kan roti ikut s**a mcm Mana saiz pon.. tekan²... Akhir sekali tuang majerin cair.. Gaul sebati boleh la Bakar dalm loyang 10x10.
Saiz loyang ni ngam dgn kuantiti roti.
Bakar 35-40 minit dgn suhu 165-170c

Sos nya

1 tin susu cair, 3-4 sudu tepung kastard, gula 4-5 sudu, sedikit esen vanila,secubit garam Dan air 1 tin..
Kacau sebati baru masak atas api.. jika s**a sos pekat boleh tambah tepung kastard yg di bancuh dgn air dahulu.

Tabur Kan kismis, aldmon ke, segala buah yg Kita s**a..
Anak² mmg s**a makan buah...

Yang Mana nk berniaga Dan buat makan sekeluarga sila Kan..
Kak Sha halal Kan resepi ni..

Doakan Kak Sha Dan suami di murahkan rezeki, Amin...
Kredit: Kak sha

27/07/2021

Resepi Ayam Masak Butter☺️😊

Bahan bahan:
2 keping ayam thighs (boneless) - potong kecil
2 sb butter
1 sb cili merah - cincang
2 chili padi - cincang
1 pelepah daun kari
Beberapa keping cheese
230 ml susu cair - ikut kepekatan dis**ai
Secubit serbuk perasa ayam Knorr - opsyenal
Garam
Serbuk lada hitam

Bahan perap:
1 sk garam
1/2 sb sugar
2 sk serbuk kari
1 sb tepung gandum
1 telur

Cara cara:
Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam. Masak ayam sehingga kekuningan di dalam non stick pan. Angkat dan ketepikan.

Panaskan kuali dengan butter. Tumis chili dan daun kari sehingga wangi. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan p**a cheese.

Masukkan Knorr chicken powder, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.

Masukkan ayam tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur pada ayam akan memekatkan kuahnya, Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula.

Sumber : Azie Kitchen

26/07/2021

Menu simple hari ni❤❤❤Agaknya Ada ke peminat daging goreng kunyit kt group ni ye?? 😍

Maaf lambat edit resepi..

Daging goreng kunyit cara saya😍

Daging
Bawang merah
Bawang Putih*
Halia*
Cili padi*
Serbuk kunyit
Sos tiram
Kacang panjang
Minyak
Garam
Perisa(klu s**a letak)

Cara masak❤

-Gaulkan Daging dgn kunyit, garam Dan bawang Putih seulas(tumbuk) .. Ikut kuantiti Daging ye, mcm yan masak sikit je.. So seulas jela😂
-goreng Daging
-tumbuk bahan yang bertanda*
-hiris bawang merah
-kurangkan minyak goreng Daging td(yan Guna minyak yg sama, sbb lgi berperisa)
-tumiskan bawang merah n bahan yg bertanda *
-Masukkan sos tiram
-masukkan garam n perisa
-bubuh air sikit(sebab yan s**a versi yg basah2)
-masukkan Daging n sayur kacang panjang
-kacau sebati.. Sekejab je tau nanti kacang over cook, xrangup 😂
-tutup api
-dah siap
-boleh dihidang bersama nasi panas2 😍

❤selamat mencuba korang❤

Kredit: Yan Azie

24/07/2021

Resepi Kek Coklat(Blender)

Bahan2:
1 cwn serbuk koko
1/2 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn gula
1 cwn minyak
3 biji telur
- semua bahan kat atas masukkan semua dalam blender dan kisar selama kurang 5 minit. Panaskan air dalam periuk kukusan.

Bahan2 ayak:
1 1/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
- adunan yang telah dikisar dimasukkan dalam bekas dan masukkan tepung. Kaup balikkan. Tapis dan letak dalam loyang. Kukus 45 minit dgn api sederhana. Nak tau masak cucuk ngan garfu kalau x melekat dh masak..Klu guna acuan lompang kukus 15minit..

Photos from Nora Syikin

23/07/2021

Nasi Daging Utara
===============
Daging (untuk buat stok air rebusan daging)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bahan-bahan :
1kg daging (potong kecil) atau 1kg tulang (yang ada daging)
5 ulas bawang putih (diketuk/dihiris)
1 inci halia (dihiris/disagat/diketuk)
1.5 liter air
2 sudu teh garam

Cara-cara :
1. Masukkan daging/tulang dengan bawang putih dan halia ke dalam periuk.
2. Masukkan air dan garam, rebus sampai empuk atau guna pressure cooker 30-45 minit bergantung kepada daging.
3. Dah siap nanti, asingkan daging dengan air rebusan.
Nasi Daging
~~~~~
Bahan-bahan :
4 pot beras Basmathi – cuci, rendam 30 minit dan tos
3 pot air rebusan daging tadi, 1 pot susu cair
1 biji tomato (potong kiub kecil2)
1 batang carrot (disagat)
Bahan tumis
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
4 sekawan - bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga
2 helai daun pandan
2 batang serai (diketuk)
1 biji bawang besar (dihiris)
4 sudu besar rempah kurma Adabi (tambah air buat pes)
Hiasan
Daun ketumbar
Bawang goreng
Kismis hitam/kismis kuning
Cara-cara buat nasi, kalian rujuk gambar ya.
Air Asam Kerisik
~~~~~~~~
Bahan-bahan :
1.5 cm belacan dibakar
2 cili merah
2 cili padi hijau
1 sudu teh pes asam jawa / 1/2 sudu besar asam jawa biji.
3 sudu besar air rebusan daging
1 sudu teh gula
2 sudu besar kerisik
1 biji tomato
1 biji bawang besar
Cara-cara buat air asam kalian boleh rujuk pada gambar.
Untuk hidangkan, hiaskan nasi dengan daun ketumbar (kalini KakNN tak letak sebab takde stok), kismis dan bawang goreng.
Selamat mencuba!

Kredit: Nina Natasha Azizan https://buff.ly/33jghrs

22/07/2021

Resepi kuih seri muka
Bahagian bawah..
1. 3 cawan pulut
2. 2 cawan santan
3. Secubit garam
(Cuci pulut toskan masukkn santan & garam kukus dlm talam selama 25minit) then angkat penyek2 bg padat
Bahagian atas..
1. 1 cawan tepung gandum
2. 2 cawan santan
3. 1 1/2 cawan gula pasir
4. Setgh cawan air pandan (kisar daun pandan)
5. 1 sudu besar tepung jagung
6. 1 biji telur
7. Secubit garam
Masukkn semua bahan2 blend bg adunan halus..kemudian masukkn kedlm pulut yg tlh dpadatkan..kukus 30 minit..siap, sis bleh guba cawan pape asalkn s**atan guna cawan yg sama..biasa sy buat agak2 je

Kredit: Norzana Anoi https://buff.ly/2NO3zfA

Photos from Taukeh skincare's post 21/07/2021

JOM CUBA RESEPI2 YANG DISEDIAKAN NI UNTUK MAKAN MALAM NANTI.

Semua bahan dan cara ada di setiap gambar..
😋😋😋

Photos from Taukeh skincare's post 20/07/2021

5 MANISAN UNTUK FAMILY ANDA DI PETANG HARI...

Jom semua cuba resepi2 yang menarik ni hari...

Semua bahan dan cara ada di setiap gambar..

Silakan share & like

Photos from Taukeh skincare's post 19/07/2021

JOM CUBA RESEPI2 YANG MENARIK UNTUK ESOK RAYA...

Semua bahan dan cara ada di setiap gambar...

Silakan share & like 😋😋😋

Photos from Taukeh skincare's post 18/07/2021

Resepi Cucur Udang Rangup

Senang aja, caranya guna tepung gandum yang dicampur dengan tepung beras. Jom try resepinya kt bawah ni👇

BAHAN👇
1. Tepung gandum - 2 cawan
2. Tepung beras - hampir2 1 cawan
3. Udang saiz sederhana (udang harimau pon boleh)
4. Udang kecil
5. Ikan bilis - segenggam
6. Bawang merah dimayang nipis - 3 ulas
7. Daun kucai
8. Serbuk kunyit
9. Garam
10. Air (tiada dlm gambar)
11. Minyak masak (tiada dlm gambar)

CARA👇
1. Udang saiz sederhana di buang kulit dan dipotong2
2. Udang kecil dibuang kepala
3. Kemudian ambil satu magkuk besar
4. Masukkan kesemua tepung gandum + tepung beras
5. Masukkan garam / serbuk pati ayam
6. Gaul2 kan (kering tanpa air)
7. Kemudian masukkan kedua2 jenis udang & ikan bilis
8. Masukkan juga serbuk kunyit
9. Masukkan p**a bawang & daun kucai
10. Masukkan air (agak2, jgn terlalu lembik)
11. Gaul2 biar sekata (warna & bahan2 nya)
12. Panaskan minyak yg banyak dlm kuali
13. Goreng dengan cara jatuhkan bancuhan tu dari tepi kuali, supaya dia jatuh meleper & jadi nipis

Bila dah masak, angkat dan toskan cucur atau cekodok udang

Kredit resepi : Farah Farhana

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address

Pulau Wan Man
Kuala
21000KUALATERENGGANU