Stokis int3tree Terengganu -kakla

Stokis int3tree Terengganu -kakla

Share

INT3TREE
-merupakan makanan tambahan minda yg sungguh lazat disamping membantu perkembangan minda para pelajar.

ANAK ANDA TERTINGGAL JAUH DALAM PELAJARANNYA?INT3TREE BANTU ANDA ATASI MASALAH INI-PASTI BOLEH BANTU ANDA DAN ANAK ANDA!!

30/03/2024

Pekakkan telinga, bis**an bicara dan butakan mata. Terus melangkah walau banyak tangan yg cuba menarik mu ke bawah. Buat buat buat, dan terus buat sampai jadi.
Selamat pagi
Assalammualaikum ❤️

24/03/2024

S**a dan duka adalah proses kehidupan. Jangan lupa anda juga yang mencorakkan kehidupan anda. Bila sabar, hidup lebih tenang dan gembira. Sabar itu kan manis.

Asalammualaikum 😍

22/03/2024

"Peringatan Buat Diri"

1 - Jangan tinggal solat sunat qobliah subuh sekalipun bangun jam 6:45 pagi kerana Nabi saw ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya. Kecuali dah terlampau hampir waktu subuh habis , maka hendaklah segera kerjakan solat fardhu subuh.

2 - Zikir Subhnanallah, Alhamdhulillah, Allahu Akbar, 33 kali jgn ditinggalkan setiap kali lepas solat. Kerana ini lah zikir khas buat anak Nabi saw , Fatimah sebagai zikir istiqamah penguat semangat.

3 - Berusahalah sedaya upaya utk solat subuh berjemaah di rumah-rumah Allah, @ paling kurang berjemaah dgn anak isteri di rumah, kerana ganjaran solat subuh berjemaah adalah sama seperti berqiamullail sepanjang malam.

4 - Jangan dilepaskan peluang berdoa selepas azan sebelum iqomah setiap waktu solat kerana disana diantara waktu-waktu mustajabnya doa.

5 - Pelajari serta hayati setiap bait-bait bacaan dlm setiap solat, bawa ia setiap kali solat, seolah-olah kita berbisik mengadu hal dgn Robbul Jalil setiap kali kita solat, agar dgn yg demikian hati kita sentiasa berada dlm solat, mudah-mudahan dgn asbab itu jugalah hati kita tidak lalai setiap kali solat. (memang itu pun diantara tujuan 5 kali sehari kita bersolat) dan itu janji Allah bahawa solat yg sedemikianlah punyai roh untuk menjaga kita dari berbuat keji & mungkar.

6 - Jangan dilepaskan Al Quran setiap hari terutama selepas solat subuh, bacalah apa juga surah, selain jadikanlah amalan 3 surah ini setiap hari yaitu, 10 awal & akhir surah Al Kahfi, surah Al Waqiah, juga surah Al Mulk. Asbab kepada sabda nabi : Bacalah Al Quran.. sesungguhnya Al Quran itu akan memberi syafaat (pertolongan) pada sahabat-sahabatnya.

7 - Jangan ditinggalkan solat-solat sunat qobliyyah ba'diyyah, witir, dhuha kerana solat sunat itu menambah asbab kepada redhanya Allah pada kita.

8 - Sentiasalah istiqamah solat di awal waktu. Wanita; bersedia, ternanti-nanti masuknya waktu solat manakala lelaki berusaha istiqamah solat berjemaah di rumah-rumah Allah kerana ia adalah sunnah Nabi kita saw yg utama.

9 - Lazimi menjaga wudhu' setiap masa kerana orang yg punyai wudhu' akan didampingi para malaikat-malaikat Allah.

10 - Amalkan sentiasa bawa ke mana-mana kayu sugi untuk bersugi kerana ada 70 kelebihan orang-orang yg sentiasa bersugi; antaranya, Zikir & bacaan ayat-ayat Al Quran orang yg bersugi lebih 70 kali di s**ai Allah berbanding bacaan orang-orang yg tak bersugi. Dua rakaat solat orang yg bersugi juga lebih dis**ai Allah vs 70 rakaat solat orang yg tak bersugi, dan juga syaitan benci pada golongan-golongan mereka yg istiqamah bersugi.

12 - Sentiasalah melazimi lidah untuk berzikir seperti selawat @ kalimah-kalimah taubat @ kalimah-kalimah tauhid asbab kita bersugi dikatakan mulut kita ringan untuk tujuan itu.

13 - Lazimi pagi-pagi dgn kurma dan ambillah juga ia sebelum tidur kerana khasiat makanan sunnah ini sudah cukup sempurna bg menjana hormon perangsang kesihatan & kecergasan tubuh & juga minda kita untuk menjurus kepada sentiasa berfikir yg positif setiap hari.

13 rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu :

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat ..

2 - Berdiri Betul : Fadhilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur ..

3 - Takbir-ratul Ihram : Fadhilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur ..

4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur ..

5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur ..

6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur ..

7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM ..

8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur ..

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar ..

10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur ..

11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur ..

12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur ..

13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah SWT..

Perbaiki solatmu,
maka Allah akan perbaiki hidupmu.
Cintailah Nabimu,
maka Allah akan mencintaimu.
Muliakanlah ibumu,
maka Allah akan memuliakanmu.
Bahagiakan ayahmu,
maka Allah akan bahagiakan hidupmu.

Cara menjaga solat waktu :

1 - Buat solat taubat ..
2 - Solat diawal waktu ..
3 - Qada solat jika tertinggal ..
4 - Paksa diri untuk solat walaupun rasa terpaksa ..
5 - Berdoa semoga diri diteguhkan keimanan ..
6 - lstighfar jika terniat untuk tinggalkannya ..

Masukkan 5 perkara dalam hati kita :

1 - Rasa ingin dekat dengan Allah ..
2 - Rasa ingin diampuni Allah ..
3 - Rasa ingin dibersihkan ..
4 - Rasa ingin diangkat darjat ..
5 - Rasa ingin diubah tabiat ..

KESIMPULAN :
Berusahalah menyantuni akan setiap perkara-perkara sunnah kerana itu semua akan mengundang redha Allah kepada kita.. Asbab bertambahnya redha Allah pada kita maka janji Allah

"Wahai jiwa-jiwa yg sentiasa tenang, kembalilah kepada tuhanmu dalam keadaan engkau redha dan aku redha. Dan berkumpullah kalian dalam kalangan orang-orang yg berbahagia dan masuklah kalian ke dalam syurga".

Kalau lah seluruh manusia mengetahui akan ini lah tujuan utama kenapa kita hidup di dunia ini (hanya nak dapatkan redha Allah) ketika mana saat kematian menjemput kita..

Nescaya sepanjang masa seluruh manusia akan sentiasa khusyuk lagi tawadhu dlm berusaha untuk mengejarnya.

Alhamdulillah ♥️

20/03/2024

Kelebihan Surah Al-Insyirah, Wajib Baca Hari-Hari

1. Dipermudahkan Segala Urusannya
Sekiranya anda membaca Surah Al-Insyirah selepas solat fardhu, Insyaallah dipermudahkan urusan semua urusan. Selain itu, segala keperluan dan rezeki turut akan Allah permudahkannya, Dia memberi pertolongan kepada kita melalui amalan. Salah satunya membaca surah Al-Insyirah.

2. Diberi Kekayaan
Ramai yang ingin kaya dunia dan akhirat, oleh itu, sering-seringlah membaca Surah Al-Insyirah ini selepas waktu solat. Caranya adalah mengamalkan bacaan surah ini sebanyak 40 kali selepas setiap waktu solat. Insyaallah kita akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. untuk berjaya dan kaya dunia akhirat. Ia adalah salah satu kelebihan surah al-Insyirah.

3. Terhindar Dari Segala Masalah
Kelebihan surah Al-Insyirah ramai tak tahu adalah apabila mereka mengalami situasi yang penuh dengan masalah. Masalah serta kes**aran dalam setiap urusan pasti dapat dihindari dengan pertolongan oleh Allah S.W.T. Dada juga akan menjadi lapang bagi sesiapa yang membaca Surah Al-Insyirah.

4. Menjadi Lebih Positif
Fikiran akan menjadi lebih positif bagi sesiapa yang membaca Surah Al-Insyirah. Kelebihan surah Al-Insyirah adalah dapat menutup ruang-ruang negatif di dalam minda dan diri kita dalam kehidupan seharian.

5. Rajin Dalam Mengerjakan Ibadah
Bagi anda yang kurang sifat kerajinan tu bolehlah cuba amalkan baca Surah Al-Insyirah. Insyaallah hati akan terasa lebih s**a untuk mengerjakan amal ibadah serta dihilangkan rasa sifat jemu beribadah. Sebab tu, penting untuk kita ajarkan surah ini kepada anak-anak sejak kecil lagi. Mereka akan lebih rajin dan mudah beristiqamah.

6. Menghilangkan Rasa Dukacita
Bacaan surah ini selepas solat fardhu, Allah S.W.T. akan menghilangkan segala dukacita dalam hatinya. Allah SWT juga akan kurniakan kegembiraan buat mereka.

Anda juga boleh menulis surah ini kepada bekas dan menghilangkannya dengan air mawar. Kemudiannya air tersebut diminum, insyaallah akan hilang rasa dukacita dan terpelihara daripada terkejut.

7. Menghindari Sifat Malas
Kelebihan Surah Al-Insyirah ini juga dapat memudahkan seseorang melakukan kerja seperti yang diimpikannya. Mereka dapat menghindari sifat malas malah akan lebih mudah untuk mendapat rezeki. Fikiran dan minda juga akan lebih lapang dan luas.

8. Terhindar Dari Kesempitan Hidup
Kesempitan hidup dari segi rezeki yang berkurangan, kesihatan yang lemah serta kes**aran yang sering terjadi dalam hidup memerlukan anda segera bertindak. Bacalah Surah Al-Insyirah selalu agar terhindar dari kesempitan hidup.

9. Dapat Melihat Perkara-perkara Yang Ajaib
Jika anda membaca (mengamalkan) Surah Al-Insyirah ini ketika waktu dhuha sebanyak 200 kali tiap-tiap hari, Insyaallah Allah S.W.T. akan memperlihatkan perkara-perkara yang ajaib kepada pengamalnya. Itulah kelebihan membaca surah Al-Insyirah yang ramai tak tahu.

10. Dapat Mengatasi Sakit Pinggang
Bagi anda yang sering melakukan kerja-kerja rumah seharian misalnya, bacalah Surah Al-Insyirah ayat ke 3 tersebut sebanyak 3 kali. Kemudiannya ditiupkan di tapak tangan dan ditepukkan pada bahagian pinggang dan punggung. Insyaallah Allah akan lindungi atau sembuhkan rasa sakit tersebut dengan izinNya.

11. Menyerikan Wajah
Surah Al-Insyirah bukan sahaja memberi kebaikan dalaman, tetapi juga dapat menyerikan wajah. Bagi para isteri yang nak kelihatan cantik di mata suami tu, amalkanlah membaca Surah Al-Insyirah ini. B

acakan Surah Al-Insyirah ayat ke 4 ini sebanyak 7 kali, kemudiannya ditiupkan ke tapak tangan dan disapukan ke muka. Mohon kepada Allah S.W.T. supaya suami pandang kita nampak cantik. Siapa tak nak cantik kan, betul tak?

12. Terhindar Dari Penyakit
Untuk mengelakkan daripada terkena wabak dan penyakit berjangkit, amalkan membaca Surah Al-Insyirah ini setiap waktu. Pelbagai penyakit yang ditakuti dalam dunia ini, atasinya dengan kelebihan Surah Al-Insyirah ini.

13. Mengubati Sengatan Serangga
Bagi mengubati pesakit terkena sengatan serangga, bacakan surah Al-Insyirah, kemudiannya tiupkan kepada pesakit. Insyaallah akan sembuh dengan izin Allah S.W.T. Kelebihan Surah Insyirah ini sering digunakan oleh pakar perubatan Islam juga.

14. Hajat Mudah Dikabulkan
Apabila anda mempunyai sesuatu hajat yang penting, anda bolehlah kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajjud di tengah malam. Jangan lupa untuk baca Surah Al-Insyirah sebanyak 103 kali atau lebih banyak mengikut kemampuan. Insyaallah segala hajat anda akan tercapai dan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

Kredit to hamba allah

15/03/2024

KOPI KURMA AJWA LATTE
X manis dan…rasa kenyang sampai petang..badan pun x letih…
Bukan kakla yg kata tapi ⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️
Testimoni berbicara…

10/03/2024

Dari peminat nescafe tegar bertukar ke peminat kopi kurma latte tegar
Ni baru tanda sokongan kuat pada produk Malaysia
korang semua dalam ni da stanby ke stock kopi kurma ajwa untuk puasa??
Gastrik takkan dtg jika minum ni time sahur, rasa kenyang sampai ke petang dan bertenaga.
Kena try baru tahu

05/03/2024

Bahagia sebenar itu apabila kita mencintai Allah. Bahagia itu bila kita kembali pada Allah. Kita kembali pada Allah, rahmat Allah memenuhi kehidupan kita. Apabila Allah sayang kita, mudahlah segala-galanya. Apabila Allah kasih kita, hidup kita akan bahagia. Kita taat perintah Allah, hidup kita akan bahagia. Kita memperbaiki amalan hidup kita, kita akan bahagia.
Selamat pagi..

02/03/2024

RESEPI SOTONG GORENG TEPONG TAK LARI

Bahan-bahan:
* 1 cawan tepung ubi
* 1 cawan tepung jagung
* 2 sudu tepung bestari
* Sebiji Telur
* 1 sudu KFC garam dan black pepper

Cara-cara:
1. Campurkan semua tepung bersama garam dan black pepper- tak perlu bancuh
2. Pecahkan telur gaul2 sotong, angkat terus golek2 dalam tepung
3. Letak minyak dalam kuali dgn kuanti yang banyak, bagi betoi2 panas dan api jangan kuat sangat
3. Goreng sampai keperangan. Alhamdulillah elok kejadiannya, tak meletup dan tak makan minyak

Terima kasih Niza Nora for sharing

Resepi asal: Nurul Faidha

02/03/2024

Air Soda Herbs

Bahan-bahan:
🌸1 botol air aiscream soda ~ botol besar
🌸1 tin laici ~ ambil buahnya sahaja kalau nak guna longan pun boleh
🌸2 batang serai ~ di titik
🌸daun pudina ~ terpulang nak letak banyak mana
🌸1 biji lemon ~ di hiris nipis
🌸5 biji asam boi putih
🌸ketulan ais secukupnya

Cara-cara:
1. Mula-mula kita cuci semua bahan.
2. Hiriskan lemon nipis-nipis.
3. Sediakan bekas yang bersesuaian.
4. Letakkan daun pudina secukupnya.
5. Kemudian masukkan lemon yang telah di hiris.
6. Dan di ikuti asam boi putih.
7. Kemudian masukkan buah laici atau longan.
8. Tuangkan air icecream soda secukupnya.
9. Letakkan ketulan ais jika s**a
10. Dan akhir sekali masukkan serai yang telah di titik perdunya. Kacau2 pakai serai tu.
Sedia di nikmati.

Kredit empunya resepi

Photos from Stokis int3tree Terengganu -kakla's post 02/03/2024

Popia Coklat 3 Bahan 😍😋

Bahan-bahan:
1. Kulit Popia
2. Beryl’s Milk Coin
3. Badam Hancur
4. Satu sudu tepung gandum (untuk lekatkan kulit popia)

Cara-cara:
1. Gulungkan kulit popia (Gunakan penyedut minuman untuk mendapatkan saiz yang sekata)
2. Sapukan sedikit bancuhan pekat tepung gandum dihujung kulit popia
3. Potong secara menyerong
4. Goreng hingga perang keemasan
4. Sejat dan masukkan kedalam bekas
5. Masukkan Beryl’s Milk Coin semasa popia masih panas
6. Gaul hingga sekata
7. Masukkan kedalam bekas dan tabur badam hancur yang telah dibakar
8. Masukkan kedalam peti sejuk untuk seketika setelah popia sejuk

Sedia untuk dinikmati😋 Snek mudah untuk kudapan 😉
Selamat mencuba,

Kredit resepi: Foodies

01/03/2024

Paprik Daging

Bahan2:
1/2 kilo daging potong dn rebus spai empuk simpan air rebusan
2 senduk besar cili blend kurang kan klu tak s**a pedas
1 senduk besar cili sos
1 senduk besar sos tiram
3 ulas bawang putih di ketuk shj
Sebiji bawang besar di potong dadu
Sebiji bawang besar utk hiasan
Sayur ikut citarasa sendiri
Daun limau purut
Tomato dibelah 6
Cili api dan cili merah untuk hiasan
Garam gula dn perasa secukupnya

Caranya
Tumis bawang hingga naik baunya
Bubuh cili blend di tumis seketika
Masukkan cili sos dan sos tiram
Masukkan daging dan air rebusan
Bubuh sayur dan bahan2 yg lain
Perasakan secukup rasa
Kalau pekat tambah sedikit air

Kredit: Owner Resepi

01/03/2024

Apakah kebaikkan Kopi Kurma Latte?
Mengandungi Bahan Sebenar seperti Kurma Ajwa, Madu dan arabic gum.

Kebaikkan yang diperolehi:
- Mengatasi isu sembelit
-Mengandungi antioksidan yang tinggi
- Meningkatkan imuniti badan.

So korang dah dapatkan belum kopi kurma latte? kalau belum mari dapatkan segera.::

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala Terengganu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Kuala Terengganu
21300