KELAB SUKAN Kecergasan FFK
Community Healthy Lifestyle
13/03/2026
Majlis Penyerahan Infaq Sumbangan Duit Raya 2026
Kelab Sukan Kecergasan FFK
12 Mac 2026
Dewan SMK Tanjung Lumpur
Alhamdulillah, berkat usaha ajk2 & ahli2 kelab, dana terkumpul terkini berjumlah rm8445 iaitu melebihi sasaran asal rm5000.
Susulan drp itu kami memberi sumbangan duit raya kpd 50 pelajar asnaf pendidikan khas & selebihnya kepada 34 pelajar2 asnaf aliran perdana khusus utk yg akn menduduki spm memandangkn mereka memerlukn bantuan kewangan dlm persediaan menduduki peperiksaan spm nnti.
Jumlah pelajar2 yg menerima duit raya adalah seramai 84 org.
Alhamdulillah dptlh berkongsi rezeki dgn lebih ramai pelajar.
Menurut Pengetua Cemerlang SMK Tanjung Lumpur, Puan Norosda binti Wali Mohamad, mmg sek mengharapkn bantuan kewangan utk pelajar2 tersebut dn menerima pelbagai jenis sumbangan dan derma utk membantu pelajar2 ini sepnjg thn.
Alhamdulillah sasaran n fokus kelab utk pergi ke sekolah2 adalah keputusan yg mmg tepat dlm memilih SMK Tanjung Lumpur utk infaq ramadhan kita thn ini.
Semoga sumbangan ini dpt sedikit seb*k menceriakn dn menggembirakn pelajar2 tersebut.
Terimakasih juga kepada Puan Rozita Binti Barudin, Penolong Pegawai, Pejabat Belia & Sukan Daerah Kuantan yg sudi meluangkan masa mewakili kelab dlm penyerahan duit raya pd pelajar2.
Kelab Sukan Kecergasan FFK ingin merakamkn jutaan terimakasih yg tak terhingga kpd semua yang telah menghulurkan sumbangan.
Sumbangan anda amat bermakna dan memberi kegembiraan kepada mereka yang memerlukan.
Semoga segala kebaikan dan keikhlasan tuan/puan menjadi asbab keberkatan dan ganjaran pahala yang berlipat ganda, lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini.
Insyaallah, infaq ramadhan akan diteruskan tiap2 thn.
Insyaallah amin...
09/03/2026
INFAQ DUIT RAYA RAMADHAN 2026
KELAB SUKAN KECERGASAN FFK
Alhamdulillah, berkat usaha ajk2 & ahli2 kelab, dana terkumpul terkini berjumlah rm8225 iaitu melebihi sasaran asal rm5000.
Susulan drp itu kami akn memberi sumbangan duit raya kpd 50 pelajar asnaf pendidikan khas & selebihnya kepada 30 pelajar2 asnaf aliran perdana khusus utk yg akn menduduki spm memandangkn mereka memerlukn bantuan kewangan dlm persediaan menduduki peperiksaan spm nnti.
Alhamdulillah dptlh berkongsi rezeki dgn lg ramai pelajar.
Kelab Sukan Kecergasan FFK ingin merakamkn jutaan terimakasih yg tak terhingga kpd semua yang telah menghulurkan sumbangan.
Sumbangan anda amat bermakna dan memberi kegembiraan kepada mereka yang memerlukan.
Semoga segala kebaikan dan keikhlasan tuan/puan menjadi asbab keberkatan dan ganjaran pahala yang berlipat ganda, lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini.
Semoga Allah je yg dpt membalas jasa2 semua.
Insyaallah amin...
Roza Rahim
Presiden
08/02/2026
Alhamdulillah,
7hb Feb 2026
Mesyuarat Agong Kelab Sukan Kecergasan FFK yg ke 6
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Kecergasan FFK dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya.
Kamiingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Kelab serta para ahli yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur atas komitmen, sokongan dan penglibatan aktif dalam menjayakan program-program kecergasan sepanjang tahun.
Kepelbagaian latar belakang dan usia ahli telah menjadi kekuatan utama kelab ini dalam mewujudkan suasana kecergasan yang inklusif, mesra dan saling menyokong.
Sepanjang sesi lalu, kelab telah menganjurkan pelbagai aktiviti kecergasan yang sesuai untuk semua peringkat umur, merangkumi senaman asas, kecergasan berperingkat, aktiviti regangan, serta program yang menekankan kesihatan fizikal dan kesejahteraan mental. Usaha ini selaras dengan matlamat kelab untuk membudayakan gaya hidup aktif dan sihat secara berterusan dalam kalangan ahli.
Mesyuarat Agung Tahunan ini diadakan sebagai platform untuk membentangkan laporan aktiviti dan kewangan, menilai pencapaian kelab, serta merancang hala tuju dan penambahbaikan program bagi sesi yang akan datang.
Segala pandangan dan cadangan yang dikemukakan amat dialu-alukan demi memastikan kelab ini terus relevan, progresif dan memberi manfaat kepada semua lapisan ahli.
Kami berharap agar Kelab Sukan Kecergasan FFK ini terus berkembang sebagai wadah yang menyatukan komuniti pelbagai generasi, memupuk kesedaran kesihatan serta memperkukuhkan semangat kebersamaan melalui aktiviti kecergasan.
21/12/2025
21 DEC 2025
PRIHATIN BANJIR 2025
KELAB SUKAN KECERGASAN FFK
Kami merakamkan rasa simpati dan keprihatinan yang mendalam terhadap semua ahli2 kelab yang terjejas akibat bencana banjir.
Semoga semua urusan dipermudahkan, keselamatan sentiasa terpelihara, dan para mangsa diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
Pihak kelab juga mendoakan agar bantuan kewangan yg dihulurkn sedikit seb*k dpt membantu meringankn beban dan mengembalikn suasana seperti sedia kala.
Ya Allah, lindungilah saudara-saudara kami yang diuji dengan banjir. Kurniakan mereka keselamatan, kesabaran dan gantikan kehilangan dengan kebaikan yang lebih besar.
22/11/2025
21 Nov 2025
Kolej KPTM Kuantan
RUMUSAN PROGRAM AKTIF EXPRESS
Program Aktif Express telah berlangsung dengan jayanya melalui penganjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang dengan keejasama KELAB SUKAN Kecergasan FFK . Program ini berjaya menarik penyertaan ramai peserta yang terdiri daripada 100 lbh peserta wanita, khususnya golongan belia.
Dimulakan dgn sesi ice breaking, senamrobik & seterusnya ceramah kesihatan oleh pensyarah Sains Sukan drp Jabatan Pengajian Umum, Kolej Kptm Kuantan seperti berikut
Sesi 1:
Cergas Tanpa Alasan
speaker:
Cik Farihah binti Mohammad Fazilah
Sesi 2:
How personality Shapes your Mental Health: Understanding Yourself Better
Speaker: Cik Halimatulsaadiah binti ahmad tiis
Melalui aktiviti-aktiviti kecergasan yang padat, interaktif dan menyeronokkan, program ini telah mencapai objektif utamanya iaitu:
Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan gaya hidup sihat,
Menggalakkan penyertaan aktif dalam aktiviti sukan dan kecergasan,
Mewujudkan suasana komuniti yang positif, ceria dan berdaya saing.
Secara keseluruhannya, Program Aktif Express telah memberi impak positif dan menjadi platform terbaik dalam memupuk budaya sihat serta mengukuhkan hubungan antara peserta & komuniti.
29/10/2025
Sesi Libat Urus Pindaan Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576)
Kami hadir π
10/10/2025
Sempena sambutan Hari Sukan Negara 2025 peringkat daerah Kuantan, kami berbesar hati menerima tugasan yg telah diamanahkan kpd kelab ππ
β‘οΈ Chairobics Warga Emas
Dijemput semua hadir bg mememeriahkan aktiviti2 yg dijlnkn pada 11hb esok di Menara Tinjau, Pantai Kempadang
Semoga dipermudahkan urusan semua yg terlibat...
Jommm hadir dgn senyuman dan bawa aura positif n energy yg mantap βΌοΈβΌοΈ
Hajjommmmm
04/08/2025
π TAHNIAH PARA PEMENANG FITNESS JAMMING BATTLE 4.0 2025! πͺπ₯
Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang Fitness Jamming 2025! π₯ Anda telah menunjukkan semangat luar biasa, tenaga tanpa henti dan kesungguhan yang mengagumkan sepanjang acara berlangsung.
CHAMPION NO 1 - THE GOLDEN GIRLS
NO 2 - TRIO MAMA ZZ QUEEN
NO 3 - LEGEND NEVER SURRENDER
NO 4 - Z HUSTLE BLAZE
NO 5 - LYZARA
PESERTA PALING ENERGETIK - Nor Sarah Aliza
TEAM HAVOC - THE PECTORAS
BESTDRESS - SLAY
Tahniah juga yg memenangi b*k cabutan bertuah berupa pelbagai amaun wang tunai terutama yg memenangi
GRAND LUCKY DRAW RM300, RM200, RM100 π₯π₯π₯
π Tahniah juga kepada semua 33 teamβ anda semua adalah juara sebenar kerana berani mencabar diri, kekal aktif dan menyebarkan aura positif!
Teruskan usaha ke arah gaya hidup sihat & aktif.
Jumpa lagi di edisi seterusnya! πππ½πΊ
Fitness Jamming Battle 4.0
3 Aug 2025
Terbaik!!!
04/08/2025
FITNESS JAMMING BATTLE 4.0 π₯
Kelab Sukan Kecergasan FFK
3hb August 2025
Ledakan Energi & Gaya Hidup Sihat! π₯
Suasana memuncak dengan semangat luar biasa apabila 33 peserta berkumpulan hadir dalam event fitness paling energetik tahun ini!!!!
Aktiviti penuh variasi seperti Aerodance, Zumba, Kickboxing, Tabata, Salsation, Dangdut Fitness & Bellydance Fitness memukau para peserta dengan rentak muzik yang membara dan gerakan yang mencabar stamina. Tenaga instruktur yang mantap dan energetik serta suasana meriah menjadikan setiap peserta bersemangat berfitness sepnjg 2 jam battle
π Tidak ketinggalan, hadiah pemenang pertandingan dan cabutan bertuah berupa wang tunai yg lumayan menambahkan lg keterujaan.
Sorakan penonton dan irama muzik yang menggegarkan dewan mencipta aura luar biasa β satu pengalaman yang bukan sekadar bersenam, tetapi juga membakar semangat dan memperkukuh komuniti sihat.
Alhamdulillah, kali ke 4 Fitness Jamming Battle berlangsung, dan kali ini juga semakin meriah & mantap!!!!!
Shout out to our presenter2 yg hebat2, padu, mantap serta energetic dari awal hingga akhir!!
Aerodance KBSI Kila & Sasa
Zumba Zin Wany
Tabata KBSI Sunita Hanim
Salsation Sei Nadine
Dangdut fitness Ratu Along
Bellydance fitness BDI Roza
Terimasih juga pd juri2 Nurul Huda & Ayu yg sporting, fun tetapi tetap tulus dan detail dlm pengadilan peserta. Pemenang bestdress, team havoc, peserta energetik, dn team No 5 hingga ke team Champion mmg selayak2 nyer dipilih!
Syabas pd juri2 π
Tahniah pada semua pemenang2
Fitness Jamming Battle!!!!!
06/07/2025
Calling all active n super ladies
π₯π₯ π’π’π’π’
Jom Sertai
Fitnesss Jamming Battle βΌοΈ
Pertandingan fitness pelbagai genre selama 2 jam non stopπ₯π₯
Fitness Jamming
Tarikh : 3 Aug
Venue : Pm Najib
Masa : 8 pagi
Setiap team : 3 org
Yuran penyertaan : rm45 seorang shj
Hadiah utk pemenang team & individu, energetik n pakaian paling menarik.
30 lucky draw - wang tunai utk dimenangi βΌοΈ
Daftar sekarang! Jom kita jamming sambil bersaing secara sihat
Ladies only πΊ
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the business
Telephone
Website
Address
Kuantan
26100
