Cek Bunga Bidan Moden
πΊ Cover 1malaysia
πΊTeam kami berada di tempat anda ..walau di pedalaman kami ada terapist yg bertauliah
Selamat tahun baru 2026
03/12/2025
Ketika aku mengandung,
Allah uji aku dengan macam-macam rasa yang kadang
aku sendiri tak tahu macam mana nak tahan.
Nikmat tidur aku hilangβ¦
baring pun tak selesa,
malam-malam aku terjaga sebab panas,
sebab kaki cramp sampai mengalir air mata.
Pagi p**a aku muntah,
petang terasa mual sampai hilang selera.
Pinggang aku sakit macam dicucuk-cucuk,
jiwa aku jadi sensitif,
emosi aku naik turun tanpa aku minta.
Tapi demi anak kecil yang aku bawa dalam perut ni,
anak suami yang aku sayang,
aku gagahkan juga setiap hari.
Walaupun penat, walaupun sakit,
aku tetap kuat⦠sebab aku tahu
di sebalik semua kesusahan ni,
ada satu hadiah yang tak ternilai.
Aku bayangkan saat pertama kali aku peluk dia,
saat aku dengar tangisan kecil tu,
dan pada waktu tuβ¦
semua sakit, semua air mata
akan jadi kenangan yang manis.
Sebab di saat aku bergelar IBU,
itulah kemenangan paling besar dalam hidup aku.
cc to hamil dalam 3bulan
hai semua..
cek bunga bidan moden masih lagi operasi taw..
cuma bz sgt skg..
apa2 boleh pm yer ππ«°
13/07/2025
π₯π₯π₯π£π₯π’π π’π¦π πππππ πππππ π₯π₯π₯
πππ πππ¦πππ¨π‘ π¦ππππ‘πππ π₯π π±π¬π¬βΌοΈβΌοΈβΌοΈ
πΉNak berpantang Sendiri???
πΉMasih Mencari Pakej yang sesuai dengan momies2??
πΉNak harga yang berpatutan??
πΉNak cari CL yg bertauliah n berpengalaman??
πΉNak Rasa macam berpantang dulu2??
π₯π₯π₯Kami di CekBunga Pantang Care ada jawapannyaπ₯π₯π₯
Confiment Lady kami akan uruskan ibu dan bayi dari A sampai Z, Momies2 dah tak perlu risau dah.
CekBunga Pantang Care sememangnya menjadi pilihan ibu-ibu kerana harga yang berpatutan. Caj pengangkutan adalah percuma,
Tak perlu pikir panjang ..
Meh Booking dengan CBPC
Kenapa CekBunga Pantang Care menjadi pilihan:πΈπ»πΈπ»
πΊTukang urut yang terlatih dan berpengalaman
πΊ FREE charge pengangkutan
πΊ Waktu rawatan yang flexible
πΊ Deposit serendah RM 50 sahaja
πΊ Customer service yang mudah berunding dan memahami kehendak pelanggan
πΊCover 1Malaysiaβ€οΈ
Servis yang ditawarkan adalah termasuk:
β
Urutan Ibu Bersalin
β
Urutan lancarkan susu
β
Mandi herba
β
Sauna herba
β
Tangas
β
Berbengkong
β
Masakan Berpantang
β
Laundry
β
Pengurusan bayi (mandi, urut dan tuam)
β
Masakan berpantang dari rumah CL
CekBunga Pantang Care ada pakej
π₯3Jam
π₯4Jam
π₯6Jam
π₯8Jam (Stay Back)
π₯12Jam (Stay In)
Berminat boleh wasap cekbunga yer
www.wasap.my/60108169089/pakejpantangcekbunga
www.wasap.my/60108169089/pakejpantangcekbunga
www.wasap.my/60108169089/pakejpantangcekbunga
πππPakej yang ditawarkan adalah bersesuaian untuk bersalin caesar dan juga normal
JANGAN S**A TENGKING ANAK
Anak ni, ko nak dia bijak, cerdas dan cergas sebenarnya ada 1 perkara pokok ko kena amal buat.
Iaitu elakkan TENGKING anak.
Ada beza ea garang, tengking, marah, tegas.
Garang = Sejenis perasaan yg dirasai oleh org sekeliling sbg satu personaliti kepada seseorg.
Org garang tidak perlu tengking atau tidak perlu marah. Tetapi org tahu personaliti dia garang. Biasanya org garang ini sebenarnya dia melindungi sesuatu drpd org lain. Cthnya dia lembut didalam. So nak melindungi kelembutan tu dia tutup dgn sifat garang.
Tengking = Sejenis sikap s**a melepaskan rasa amarah dengan menggunakan suara yg kuat disertai dengan emosi yang meluap luap. Kebiasaannya org panas baran dilabel panas baran bila mereka s**a menengking. Kanak2 akan jadi lembab jika kerap ditengking bukan kerana tengkingan itu. Tetapi vibes yg dihasilkan sewaktu menengking itu membuatkan anak2 semakin hilang keupayaan utk berfikir dan bertindak serta s**ar membuat . Dan lama kelamaan ianya jika tidak dirawat boleh mendatangkan masalah konflik identiti. Dan itu adalah fasa awal depressi pd anak2.
Marah = Orang pemarah dan org penengking berbeza. Sbb ada org s**a marah dia pendam dan diam. So dia lepaskan dgn emosi merajuk.
Panas baran sebenarnya org yg s**a menengking. Pemarah tak semestinya menengking. Sbb ada org dia s**a diam bila marah.
Tegas = Suatu kekuatan dalam hati. Org tegas bukan pemarah, bukan penengking dan tak semestinya garang. Tegas adalah pendirian dlm diri. Tiada kaitan dengan emosi.
Ada org yg pendiam tp tegas. Ada org penakut tp tegas. Namun tegas sinonim dgn berani.
Sebab ramai org keliru bila aku tulis jangan tengking anak. Org tu ingat tegas dan marah tu aku maksudkan tengking.
Stop TENGKING anak.
Agaknya, s**a tak dpt suami atau bos yg s**a menengking?
Anak manja? Jgn risau. Anak manja adalah anak yg berdikari. Ada beza manja dan mengada.
So start arini jangan tengking. Stop tengking terus.
11/06/2025
Siapa Kata S***ma Yang Pilih? Sebenarnya, Telur Lah (o**m) Queen Yang Tentukan Segalanya.
Kita dari dulu dibesarkan dengan cerita klise kononnya berjuta s***ma tengah berlumba macam atlet Olimpik. Berenang laju-laju, siapa paling gagah, paling pantas β dialah yang menang, dapat tembus telur dan jadi βpemenangβ. Tapi cerita tu dah outdated. Itu naratif lama, sangat patriarki vibes dia.
Realitinya β sains moden dah reveal benda yang mind-blowing. Kajian tahun 2020 bongkar satu fakta penting: telur bukan tunggul kayu yang tunggu saja. Dia ada kuasa veto. Telur sebenarnya yang cari, tapis, dan pilih. Dia queen, bukan trofi.
Macam mana telur pilih? Dia keluarkan signal kimia β nama dia chemoattractants. Kiranya macam bau-bauan atau GPS khas, untuk tarik s***ma yang dia βminatβ. Yang dia tak berkenan? Dia tak bagi laluan. Bukan setakat tak layan, dia siap slowing them down. Savage.
Tambah power lagi, sistem badan wanita pun support proses ni. Mukus serviks (yang jenis L-mucus tu) berfungsi sebagai gatekeeper β yang lemah, tak cukup fit, semua kena tapis awal-awal. Kiranya memang s***ma yang masuk final round tu semua dah undergo audition ketat.
Dan ini paling mindblown β kajian tunjuk cecair folikel dari seorang wanita boleh βs**aβ s***ma lelaki tertentu, tapi tolak s***ma lelaki lain. Maknanya, bukan soal siapa paling kuat, tapi siapa paling compatible. Ini bukan s**an lasak. Ini soul match.
Bila telur dah buat pilihan, yang lain semua kena reject terus. Literally. Telur lepaskan bahan kimia yang buat kepala semua s***ma lain meletup. Takde second chance. Takde retry. Hanya satu yang dipilih, yang lain⦠out. Siap dengan efek dramatik.
Dan kalau nak sembang simbolik sikit β s***ma, sel paling kecil dalam tubuh manusia. Telur? Paling besar. Dalam senyap, sistem badan wanita dah lama pegang kuasa. Dari molekul pun, dah nampak siapa sebenarnya yang buat keputusan.
Moral of the story? Persenyawaan tu bukan perlumbaan perenang Olimpik. Ia adalah perbualan kimia, satu proses pemilihan yang penuh strategi. Dan macam biasa β wanita, atau lebih tepat lagi β telurnya, yang tentukan siapa layak teruskan generasi.
Seeβ¦ perempuan memang selalu betulβ¦ π€£π€£π€£
π Since ada yang tak pasal-pasal terasa, tulisan ni dari sumber kajian saintifik ya. Saya cuma olah penceritaannya sahaja.
Rujukan:
1. Fitzpatrick, J.L., et al. (2020).
Chemical signals from eggs selectively attract s***m in humans. Proceedings of the Royal Society B, 287(1922), 20201886.
- Telur menghasilkan isyarat kimia (chemoattractants) yang menarik s***ma secara selektif.
2. Spehr, M., et al. (2003).
Particulate adenylate cyclase as a target of the s***m chemoattractant bourgeonal. Nature, 421(6920), 279β282.
- Chemoattractants seperti bourgeonal pandu s***ma ke arah telur.
3. Cervical mucus and s***m selection:
Jenis lendir serviks (terutama L-mucus semasa ovulasi) membantu menapis s***ma lemah atau abnormal.
- Rujukan dari literatur fisiologi reproduktif perubatan dan kajian kesuburan.
4. Human Reproduction Journal (2015β2021):
Kajian tentang folikel wanita yang menunjukkan keutamaan terhadap s***ma lelaki tertentu.
- Wujud pemilihan s***ma berdasarkan keserasian imunogenetik.
5. Yanagimachi, R. (1994).
Fertilization in mammals. In: Knobil and Neillβs Physiology of Reproduction.
- Telur menghasilkan reaksi kortikal selepas s***ma pertama masuk, menyekat s***ma lain.
6. Mortimer, D. (1997).
S***m transport in the human female reproductive tract. Human Reproduction Update.
- Menerangkan sistem badan wanita (serviks, uterus, tiub fallopio) sebagai penapis semula jadi.
7. JΓ©gou, B., et al. (2011).
Polys***my prevention mechanisms in mammals. Biology of Reproduction.
- Menjelaskan mekanisme pencegahan persenyawaan berganda (polys***my).
8. Alvergne, A., & Lummaa, V. (2014).
Ecological variation in human s***mβegg compatibility: a review of female-mediated s***m selection. Trends in Ecology & Evolution.
- Sorotan terhadap peranan telur dalam memilih s***ma berdasarkan keserasian mikrobiologi dan genetik.
11/06/2025
Siapa yang bersalin CZER ?
Ingat tak saat nie ,
" Puan peluk bantal kuat2 ye , dia suruh kan baca doa b*k2 ..tapi sebelum suntik doctor ad bgtau ada risiko kemungkinan bius tu akan tolak naik ke otak atau muntah sbb puasa xcukup 6 jam sbb saya emergency..
risiko dia boleh mnyebabkan koma Allahu TUHAN je tau perasaan nya mcm mne , bergetar lutut mcm mna skali pun tak boleh nak lari πππ tak sanggup nk pandang jarum besar mana
. mcm2 fikir dalam kepala nie ... tapi demi zuriat buat suami diharungi jua ...
Wahai suami kita tak minta b*k tau kt awk , tlg ada ngn kita waktu susah dan senang .
Waktu sakit dan sihat πππ pada anak mama , mama sayang anak mamaaa πππ
Buat korang yg berhadapan dgn saat nie ,
macam mana perasaan korang ???
Jom la share kt komen ππ
10/06/2025
Pantang Larang Semasa Dalam Pantang
Ada beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin:
1. Dilarang Tidur Tidak Berbantal
Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor s**ar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.
2. Memakai Sarung Kaki (Stokin)
Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.
3. Jangan Duduk Mencangkung
Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.
4. Mandi Duduk Di Bangku
Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.
5. Rapatkan Kaki Bila Tidur
Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula. Jangan Terlalu Aktif Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.
6. Jangan Makan Ubi-Ubian
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyus**an anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.
7. Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.
8.Jangan Tidur Waktu Senja
Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.
9. Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.
10. Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.
11. Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk
Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.
12.Pantang 100 Hari
Ibu-ibu digalakkan berpantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu dan kesihatan ibu-ibu. Namun ada juga ibu-ibu yang berpantang selama 44 hari. Apa pun, berbincanglah dengan suami anda agar tidak berlaku salah faham di kemudian hari. Isteri haruslah menjaga kesihatan dalaman selepas bersalin agar badan tidak mudah bisa-bisa atau sengal-sengal .
13. Cara Mandi
Daun nangka, daun pandan, daun inai, bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak. Ibu-ibu selepas melahirkan hendaklah duduk pada bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung kerana cara ini tidak baik untuk ibu-ibu dalam pantang. Sebelum mandi hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih. Daun sirih berguna untuk menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan. Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan air rebusan daun-daun. Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi pada setiap pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.
14. Cara Berbaring / Tidur
Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi adalahdigalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.
Lain-Lain Amalan Semasa Berpantang
=>Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman selama 6 atau 7 minggu adalah digalakkan untuk menjaga kesihatan ibu-ibu semasa dalam pantang.
=>Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik.
=>Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar ibu-ibu yang dalam pantang tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi badannya terasa sihat dan segar.
=>Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut.
=>Bertungku hendaklah dilakukan setiap hari , pagi dan petang selama sebulan.
=>Minum air pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut.
=>Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ibu-Ibu dalam pantang dilarang memakannya. Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan.
=>Lobak merah baik untuk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandungi banyak vitamin.
=>Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan bersama nasi bagi ibu-ibu dalam pantang, sayur ini berkhasiat untuk merawat va**na dan penyakit di bahagian va**na. Makanlah 2 kali sehari.
=>Buah anggur, berkhasiat panas, buah ini boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang.
=>Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili, tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.
=>Selain daripada sayur-sayuran sejuk, buah-buahan seperti nenas, limau dan buah lai tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Jika ibu-ibu memakannya boleh menyebabkan bentan dan turun darah.
Semasa berpantang, kita harus berpada-pada dengan aktiviti seharian. Jangan p**a buat-buat tunjuk kuat. Kita tak tahu luka dalaman yang masih belum pulih. Kalau luka luaran, bolehlah cepat sembuh sebab terdedah dengan udara dan cepat kering. Kalau luka di dalam?
Mintalah bantuan suami ataupun orang yang menjaga kita semasa dalam pantang. Ambil lah supplemen untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman..
10/06/2025
Waktu subur suami di anggarkan pada jam 4.00 pagi hingga 7.00 pagi & ini adalah waktu yang sesuai untuk anda bersama dengan suami atau dalam erti kata lain βmudah lekatβ.. π
Selamat beramal.. βΊοΈ
kredit to ;hamil dalam masa 3 bulan
09/06/2025
Ketika isteri mengandung...
ISTERI : (mukanya masam dengan suaminya)
SUAMI : (perasan perubahan isterinya, jika dulu kalau balik kerja je mesti isteri sambut dengan senyuman dan sedikit manja)
Malam sebelum tidur..
ISTERI : Abang.. Saya minta maafff.. (peluk suaminya yang baring di katil)
SUAMI : Sayang minta maaf kenapa..? (buat2 x tahu)
ISTERI : Saya bermasam muka je dengan abang sejak mengandung, rasa berdosa kt abang saya pun tak tahu kenapa bang.. Rasa x sedap badan, macam2 rasa...
SUAMI : (senyum dan usap rambut isteri, kemudian cium dahinya) Sayang, abang faham. Pembawakan baby ni..(usap perut isteri) Minggu lepas abang pergi kuliah agama kt masjid, kebetulan isi ceramahnya ada sebut tentang ni. Isteri tak berdosa kalau hormon dan emosi berubah ketika mengandung hingga bermasam muka dengan suami. Sebelum ni sayang tak pernah bermasam muka, tak pernah kurang melayan abang. Untuk pengetahuan sayang, abang setiap hari dah pun maafkan sayang supaya sayang sentiasa selamat, bahagia dan Allah lindungi.
ISTERI : (peluk erat2 suaminya)
*******
PENGAJARAN : Jadilah suami yang penyabar, bukan terus melenting jika isteri berubah emosi. Sudah jadi suami jangan berhenti belajar ilmu agama, penuhi majlis2 ilmu di masjid atau di mana sahaja kerana ilmu yang sampai pada kita boleh jadi panduan kehidupan. Sentiasalah memaafkan isteri, kerana Syurga isteri pada redha suami.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
25150
