Malaysia Association Of Wellness Trainer
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Malaysia Association Of Wellness Trainer, No 972, Tingkat Atas, Jalan Lembah Impiana 7, Lembah Impiana III, Kulim.
Malaysia Association of Wellness Trainer (MAWT) ditubuhkan pada Januari 2019 sebagai badan yang menghimpunkan jurulatih spa, kecantikan dan kesejahteraan di Malaysia, dengan fokus kepada penyelarasan kelayakan dan tahap kompetensi jurulatih.
15/06/2026
PROFESSIONAL WELLNESS KNOWLEDGE SERIES 2026
π TAKLIMAT PENGURUSAN PELATIH SECARA PROFESIONAL & SISTEMATIK
Pengurusan pelatih yang berkesan bukan sekadar mengurus jadual dan tugasan, tetapi membentuk bakat yang berkualiti, berdisiplin dan bersedia untuk industri.
Jom sertai sesi perkongsian khas ini bagi memahami pendekatan dan amalan terbaik dalam pengurusan pelatih secara profesional dan sistematik.
π
19 Jun 2026 (Jumaat)
β° 8.30 malam β 9.30 malam
π» Zoom Meeting
π€ Dikendalikan oleh: Cik Kay
ποΈ Penyertaan adalah PERCUMA
π² Pendaftaran:
Puan Nanie
012-963 0696
Anjuran:
Malaysia Association of Wellness Trainers (MAWT)
π www.maowt.com
π± Malaysia Association of Wellness Trainer
04/06/2026
EXCLUSIVE PROGRAM PENTAULIAHAN URUTAN MALAYSIA
Apa itu Urutan Malaysia?
Urutan Malaysia adalah teknik urutan yang dibangunkan secara rasmi oleh Pakar Industri bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Ia merupakan gabungan elemen terbaik urutan dari kaum Melayu, Cina, India dan etnik Pribumi Borneo menjadikannya satu terapi unik yang mewakili identiti Malaysia.
Program ini di bawah seliaan Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC) dan nama peserta terpilih akan di hantar kepada MOTAC untuk sesi pendaftaran.
Manafaat Program
1. Mendapat pentauliahan dari MOTAC.
2. Menambah tawaran perkhidmatan yang premium dan dapat menarik lebih ramai pelanggan.
3. Menambah pendapatan dengan perkhidmatan yang premium ini.
Kelayakan:
Terbuka kepada pengamal yang mempunyai minima 3 tahun pengalaman dalam bidang Urutan badan.
Info Program:
π 6 β 10 Julai 2026
πGIATMARA Prima Tasek Gelugor, Penang
π°οΈ 9:00 pagi β 5:00 petang
Untuk maklumat lanjut:
π 018-4720393 / 010-2486202
Join group:
https://chat.whatsapp.com/LwL4Z2Z8x067Mws3m7pZN0
04/06/2026
EXCLUSIVE PROGRAM PENTAULIAHAN URUTAN MALAYSIA
Apa itu Urutan Malaysia ?
Urutan Malaysia adalah teknik urutan yang dibangunkan secara rasmi oleh Pakar Industri bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Ia merupakan gabungan elemen terbaik urutan dari kaum Melayu, Cina, India dan etnik Pribumi Borneo menjadikannya satu terapi unik yang mewakili identiti Malaysia.
Program ini di bawah seliaan Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC) dan nama peserta terpilih akan di hantar kepada MOTAC untuk sesi pendaftaran.
Manafaat Program
1. Mendapat pentauliahan dari MOTAC.
2. Menambah tawaran perkhidmatan yang premium dan dapat menarik lebih ramai pelanggan.
3. Menambah pendapatan dengan perkhidmatan yang premium ini.
Kelayakan:
Terbuka kepada pengamal yang mempunyai minima 3 tahun pengalaman dalam bidang Urutan badan.
Info Program:
TARIKH: 22-26 JUNE 2026
LOKASI: TERATAK SPA BAYAN BARU PULAU PINANG
MASA: 9:00 pagi β 5:00 petang
Untuk maklumat lanjut:
πHubungi:0134113121
Join group:
https://chat.whatsapp.com/IZGxn7Ww2yT4nNNJKSE3JN?mode=gi_t
03/06/2026
Malaysia Association of Wellness Trainers (MAWT) telah menyertai Songkhla Medical & Wellness Tourism 2026 yang telah berlangsung pada 28β31 Mei 2026 di Hatyai, Thailand.
01/06/2026
Malaysia Association of Wellness Trainers (MAWT) telah menyertai Songkhla Medical & Wellness Tourism 2026 yang telah berlangsung pada 28β31 Mei 2026 di Hatyai, Thailand.
Penyertaan delegasi MAWT seramai 11 orang membuktikan komitmen berterusan persatuan dalam memperkasakan pembangunan modal insan, standard profesionalisme serta jaringan kerjasama industri wellness di peringkat antarabangsa.
Program berprestij ini menghimpunkan pemimpin industri, pengamal wellness, pengusaha spa, pemain pelancongan kesihatan dan sektor perubatan dari Malaysia, Thailand dan Indonesia dalam usaha membangunkan ekosistem wellness yang lebih progresif, mampan dan berdaya saing.
Sepanjang program berlangsung, MAWT telah mengambil peluang untuk mempromosikan keunikan dan kekuatan industri wellness Malaysia melalui demonstrasi Urutan Malaysia, perkongsian mengenai amalan terbaik industri serta pengenalan Garis Panduan Muslim Friendly Spa yang semakin mendapat perhatian di peringkat global.
Di samping itu, MAWT turut menyokong usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026, selaras dengan aspirasi negara untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan wellness di rantau ASEAN.
Salah satu pencapaian penting program ini adalah pemeteraian kerjasama strategik IMT-WE (Indonesia-Malaysia-Thailand Wellness Economics) yang membuka ruang kepada pertukaran kepakaran, pembangunan bakat, inovasi industri serta peluang ekonomi baharu merentasi sempadan negara.
MAWT percaya bahawa kerjasama serantau seperti ini merupakan platform penting untuk meningkatkan standard latihan, profesionalisme jurulatih wellness dan daya saing industri secara menyeluruh, selaras dengan perkembangan pesat ekonomi wellness global.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Southern Wellness Business Club atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan. Penghargaan turut dirakamkan kepada Tourism Malaysia dan Islamic Tourism Centre atas sokongan dalam memperkenalkan identiti serta kelebihan industri wellness Malaysia kepada delegasi antarabangsa.
26/05/2026
Selamat Menyambut Aidiladha daripada Malaysia Association of Wellness Trainer (MAWT)
Semoga Aidiladha yang penuh keberkatan ini mengingatkan kita tentang nilai keikhlasan, pengorbanan dan kasih sayang dalam membina komuniti yang lebih harmoni serta industri wellness dan pelancongan yang terus berkembang maju.
Salam Aidiladha buat seluruh ahli, rakan strategik dan komuniti industri.
25/05/2026
KENALI MASTER TRAINER URUTAN MALAYSIA MAWT
Memperkenalkan Jamilah Shamsudin, Master Trainer MAWT yang komited dalam memperkasa pembangunan industri spa & wellness, khususnya dalam membantu lebih ramai usahawan dan pelapis industri membina perniagaan yang lebih berdaya saing dan mampan.
Dengan aspirasi memperluaskan pembangunan bakat serta meningkatkan standard profesional industri, beliau aktif berkongsi ilmu, membimbing pertumbuhan usahawan dan menyokong pembangunan komuniti wellness yang lebih progresif.
25/05/2026
KENALI MASTER TRAINER URUTAN MALAYSIA MAWT
Memperkenalkan Jun Aiza, Master Trainer MAWT yang komited dalam memperkasa pembangunan industri spa & wellness di Selangor, khususnya dalam membantu usahawan meningkatkan standard perkhidmatan, kemahiran dan daya saing perniagaan.
Dengan aspirasi membangunkan lebih ramai usahawan dan pelapis industri yang kompeten, beliau aktif dalam perkongsian ilmu, pembangunan bakat dan pemerkasaan komuniti wellness ke arah pertumbuhan yang lebih mampan.
25/05/2026
KENALI MASTER TRAINER URUTAN MALAYSIA MAWT
Memperkenalkan Nied Akbariah, Master Trainer MAWT yang komited dalam memperkasa pembangunan industri spa, wellness dan keusahawanan, khususnya dalam memperluaskan peluang pembangunan bakat dan perniagaan di Melaka.
Dengan pengalaman dalam bidang latihan dan pembangunan usahawan, beliau membawa aspirasi untuk membantu lebih ramai individu dan usahawan meningkatkan kemahiran, daya saing serta membina pertumbuhan perniagaan yang mampan dalam industri wellness.
Melalui perkongsian ilmu dan bimbingan berterusan, beliau komited melahirkan lebih ramai pelapis industri yang bersedia untuk berkembang dan berjaya.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Website
Address
Kulim
09000
