Pusat Operasi Kulim

Pusat Operasi Kulim

Share

Pusat Pengembangan VetEC Zon Utara

20/05/2026

Untuk Warga Kulim Kedah..

๐Ÿ“ข Makluman Tarikh Permohonan Dokumen Korban Aidiladha 2026

Kepada seluruh rakyat Malaysia yang merancang untuk melaksanakan ibadah korban tahun ini, sila ambil perhatian terhadap tarikh-tarikh penting permohonan dokumen berkaitan. ๐Ÿ„๐Ÿ

Bagi memastikan kelancaran ibadah serta mematuhi peraturan kesihatan dan keselamatan veterinar, permohonan bagi dokumen berikut kini dibuka mengikut negeri masing-masing:

๐Ÿ“„ SKV โ€” Sijil Kesihatan Veterinar
๐Ÿ“„ AKP โ€” Akuan Kebenaran Pindah
๐Ÿ“„ PSL โ€” Permit Sembelihan Luar

๐Ÿ“Œ Sila rujuk infografik di bawah untuk tarikh tutup permohonan di negeri anda. Jangan tunggu saat akhir bagi mengelakkan sebarang kesulitan. โณ

๐Ÿค Sama-sama kita pastikan ibadah korban tahun ini dilaksanakan dengan tertib, lancar dan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

01/05/2026

Selamat menyambut Hari Pekerja kepada seluruh warga kerja yang menjadi tunjang kekuatan organisasi dan pemacu kemajuan negara.

Pengorbanan, komitmen dan integriti dalam melaksanakan amanah merupakan asas kepada kecemerlangan perkhidmatan. Semoga sambutan ini terus menyuntik semangat untuk kita meningkatkan produktiviti, memperkukuh profesionalisme serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

โ€œPekerja MADANI, KESUMA Bangsaโ€

Ikhlas:
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar dan seluruh warga Jabatan Perkhidmatan Veterinar

01/05/2026

AKAN DATANG ๐ŸŽ™๏ธ

Bersedia untuk kupasan santai namun sarat dengan informasi bersama kami dalam Podcast Sembang Veterinar!

Pelbagai topik menarik berkaitan dunia veterinar, kesihatan haiwan serta isu-isu semasa akan dibawakan khas untuk anda.

๐Ÿ“ข Nantikan kemunculannya tidak lama lagi!

Ikuti kami untuk mendapatkan info terkini dan jangan lepaskan peluang mendengar perkongsian yang bermanfaat ini.

01/05/2026

| Program Transformasi Penternak Tenusu Malaysia |

PERHATIAN KEPADA SEMUA PENTERNAK LEMBU TENUSU!!!๐Ÿฎ๐Ÿ„

Jom Sertai Program Transformasi Penternak Tenusu Malaysia, anjuran kerjasama Dutch Lady Milk Industries Berhad bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS).
Program ini dirangka khusus bagi memperkasa penternak tenusu yang lebih efisien dan mampan selaras dengan standard industri semasa.
Sehubungan itu, kami amat mengalu-alukan penyertaan Tuan/Puan untuk bersama-sama memajukan dan memperkukuh industri tenusu negara.

Bagi tujuan pendaftaran, sila klik pautan di bawah:
https://transformasitenusu.com.my/registration

22/01/2026
18/01/2026

๐Ÿ“ข Jemputan Sesi Libat Urus Bersama Usahawan Produk Hasilan Ruminan

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menjemput semua usahawan industri asas ternakan, khususnya pengusaha produk hiliran hasilan ruminan (makanan dan bukan makanan), untuk menyertai sesi libat urus yang akan membincangkan cabaran, peluang serta hala tuju industri.

Sesi ini turut menampilkan pembentangan berkaitan:
โœ… Program Geran Pemadanan Pembangunan Industri Makanan โ€“ High Impact Product (HIP) & Change Upgrade Product (CUP)
โœ… Program Geran Agropreneur NextGen

๐Ÿ—“ 20 Januari 2026 (Selasa)
โฐ 9.00 pagi โ€“ 11.30 pagi
๐Ÿ’ป Secara atas talian (Google Meet)
https://meet.google.com/saz-pdji-hbi

17/01/2026

Selamat menyambut Israk Mikraj 2026. Semoga kita istiqamah dalam ibadah dan sentiasa mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW.

Di hari yang mulia ini, marilah kita jadikan solat sebagai kekuatan dan penolong dunia akhirat.

Semoga penghayatan Israk Mikraj mengukuhkan jati diri, memperteguh nilai ihsan, dan mendorong kita berkhidmat dengan ikhlas.

Ikhlas daripada:
Ketua Pengarah dan Seluruh Warga
Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Photos from Jabatan Perkhidmatan Veterinar's post 17/01/2026
17/01/2026

๐Ÿ“ข Permohonan Penyertaan Kursus Asas Penternakan Kambing / Bebiri
๐Ÿ’ป Webinar (Dalam Talian)

๐Ÿ—“ 22 Januari 2026 (Khamis)
โฐ 9.00 pagi hingga 1.00 petang

Kursus ini terbuka kepada individu yang berminat untuk mempelajari asas penternakan kambing dan bebiri sebagai permulaan atau penambahan ilmu.

๐Ÿ“ Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut:
๐Ÿ‘‰ https://forms.gle/jaTD5RBVRHKVMu96A

๐Ÿ“Œ Tarikh Iklan: 16 Januari 2026
โณ Tarikh Tutup Permohonan: โ—19 Januari 2026โ—

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak

12/01/2026

PERMOHONAN GERAN AGROPRENEUR NEXTGEN kini telah dibuka!

Mulai tahun 2026, Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memperkenalkan Program Agropreneur NextGen dengan penjenamaan baharu sebagai satu inisiatif strategik untuk memperkasakan penglibatan belia dalam sektor agromakanan negara.

Program ini diwujudkan untuk tarik lebih ramai belia untuk mula atau kembangkan projek dalam bidang tanaman, ternakan dan perikanan secara lebih tersusun, mampan dan berdaya saing.
Apa yang menarik, melalui penjenamaan baharu ini, Agropreneur NextGen menyediakan bantuan geran dalam bentuk barangan bagi membantu keperluan projek, sama ada di peringkat permulaan atau pengembangan.

Kategori Start-Up
Bantuan sehingga RM30,000

Kategori Scale-Up
Bantuan sehingga RM50,000, berg anting kepada keperluan dan skop projek.

Pendekatan ini dibuat supaya bantuan yang diberi betul-betul memberi impak, meningkatkan produktiviti dan memastikan projek agropreneur belia kekal mampan.

Dari segi permohonan p**a, prosesnya dipermudahkan, hanya 3 langkah sahaja:
1. Daftar akaun di portal eGAN
2. Lengkapkan borang permohonan
3. Hantar untuk penilaian Jabatan pembimbing

Lebih menarik, permohonan dibuka sepanjang tahun. Belia boleh merancang, bersedia dan memohon mengikut kesesuaian masing-masing, tak perlu tunggu musim tertentu.

Tahun 2026 menandakan era baharu sokongan Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu dan KPKM dalam melahirkan agropreneur belia yang inovatif, berdaya tahan dan mampu menyumbang kepada keterjaminan makanan negara.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi, Dr. Noor Suhaila binti Samsi di talian 03-88702245 atau emel [email protected]

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kulim?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address

Pusat Operasi Perkhidmatan Industri Tenusu Kulim, Jalan Tunku Bendahara
Kulim

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 16:30
Sunday 08:00 - 17:00