Qhasieh Memuqau

Qhasieh Memuqau

Share

Menjahit baju Dan kraftangan dari pelbagai corak batik dan pelikat.

Photos from Kita Kongsi's post 26/02/2023
24/02/2023

sambal getuk berapii πŸ”₯

Bahan - bahan
- ikan bilis
- bawang putih
- bawang merah
- cili apii
- serbuk perasa
- limau kasturii

Cara - cara
- goreng bilis hingga rangup
- goreng bawang + cili padi hingga layu
- tumbukk sehingga hancur tambah serbuk perasa & gula
- perah limau kasturii
- makan dengan nasik panas panas + telur mataa + kicapp .. syahduuu 😭

Credit : Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas

24/02/2023

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak share resepi Char Kuay Teow.resepi ni dah banyak kali saya buat untuk makan sendiri,untuk open house pun boleh tapi kena masak satu-satu hidangan la ye baru sedap,makan panas-panas.

RESEPI CHAR KUAY TEOW
(Resepi untuk 4~ 5 orang makan.kalau nak banyak gandakan s**atan.

bahan kuah kicap:(boleh sediakan awal)
1 liter air
6 ulas bawang putih(ditumbuk)
1 kiub ayam
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis
3 sudu makan kicap sotong
2 sudu makan gula
garam
caranya:
satukan semua bahan kecuali garam.Didihkan 20~ 25 minit.
dah siap baru letak garam.
biar kuah rasa masin sikit.

bahan pes cili :(boleh sediakan awal)
100 gm cili kering(bersihkan)
1 genggam udang kering
1 labu bawang putih
minyak masak secukupnya
caranya:kisar semua bahan,tumis sampai garing dan pecah minyak.siap.boleh simpan.

Minyak bawang putih:(tak ada dalam gambar-kalau tak buat pun tak apa)
kisar 1 labu bawang putih dan rendam dalam minyak.(agak-agak secawan)

Bahan-bahan lain:
Udang yang dah dibersihkan
tauge,kucai
kuay teow halus
telur

cara-cara memasak char kuay teow:

1)panaskan 1 sudu minyak bawang putih.
2)goreng udang sebentar(ikut s**a berapa ekor nak).boleh juga letak isi kerang kalau ada.bila udang dah masak.
3)masukkan 1 sudu makan pes cili.
kacau.
4)masukkan 1 senduk kuah kicap char kuay teow(ikut s**a banyak mana kuah yang kita nak).Dah mendidih.
5)terus masukkan tauge,kucai & kuay teow.kacau-kacau sekejap aje jangan lama sangat nanti kuah kering.
6)Pecahkan telur,tutup api dan terus kacau laju-laju.siap.

Nota:-
1)setiap kali buat set char kuay teow ni masakan yang pertama mesti kena cuba dulu dan adjust masin,manis,pedas semua.sebab setiap bahan yang kita gunakan tak sama,lain jenama lain rasanya.adjust rasa dalam kuah kicap tu.tambah apa yang kurang.bila dah ok yang pertama tu barulah senang nak masak yang seterusnya.

2)Udang ikut s**a nak kopek atau tak.kalau kopek,kulitnya jangan buang tapi direbus dan masukkan airnya dalam rebusan kicap tadi.

Selamat mencuba..

Kredit: EnazKitchen

08/02/2023

Alhamdulillah...
9 helai seluar tukar getah...
Terima kasih cust akak...
πŸ₯°

30/01/2023

Assalamualaikum
Allahumma solliala sayyidina Muhammad Waalaalihi sayyidina Muhammad πŸ₯°
selamat pagi... πŸ₯°

19/01/2023

Apron rm15 jer ..... Minat pm akak ya...
www.wasap.my/601139988390

Photos from Qhasieh Memuqau's post 10/01/2023

Assalamualaikum
Hai...
Ini bag boleh tulis nama tau .. sesuai lah kalau nak bawa di masjid Masa menunaikan terawih nnt . Minat pm akak tau

www.wasap.my/601139988390

06/01/2023

Betul ke kat Lenora Creative boleh custom nama dekat bag FREE jer?
YES! FREE je korang. Siapa nak bagi kannn 😍

Biar gambar berbicara gittuw 😜 Cantik kan! Comel je nama kita kat situ 😍

Jom masuk pilih banyak lagi catalog lain utk korang cuci mata.

Klik link untuk order πŸ˜˜πŸ‘‡πŸ»
www.wasap.my/601139988390

Photos from Qhasieh Memuqau's post 12/12/2022

Alhamdulillah selesai sudah majlis Khatan anak Ibu semalam...
Terima kasih Kepada Yb Along Fairul Nizam yg menganjurkan program. Terima kasih juga Kepada semua yang terlibat... Terima kasih atas doa2 Kalian yg mendoakan Eusof .. semoga urusan kami dipermudahkan oleh Allah... Amiin2 ya Allah ya Mujib...

29/11/2022

Hai mak ngah nak share resepi waffle yg rangup dkt luar Lembut di dalam..Anak2 memang s**a sgt mkn waffle ni..

πŸ“Bahan2 :

3 cawan tepung gandum
5 sudu gula
1sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecill mauripan
1 sudu kecil vanila esen
2 biji telur
2 1/2 cwn air suam + 1/2 cwn susu full cream
Secubit garam
Suku cwn minyak masak

πŸ“Cara2 :

Campurkan semua bahan.. Minyak masak last ye.. Gaulkan sebati, biarkan dlm 10 minit

Sapukan sedikit minyak pada waffle maker.. Sekali je masa mula2, sementera rehat kan bancuhan tu. panaskan wafer maker.. Letak suhu max, masak dlm 10 minit atau hingga garing

bila dah masak tu sapulah dgn sapuan yg dis**ai...πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

πŸ“Tip utk waffle

Kena cukup air.. Jgn terlebih atau kurang (pakai cawan s**atan yg sama dgn tepung tadi)

Kalau s**a garing masak dlm 12 ke 15 minit tapi kalau terlebih gareng nanti jd biskutπŸ˜†πŸ˜†.. Mak ngh pakai waffle maker russell tylor yg hitam tu, pastikan masak suhu max.. (kalau jenis WM yg lain mak ngah tak tau)

πŸ“Έ Foto & Air tangan : Noor Baini Bakar
Sumber : Nurul Aini Mohd Hamidi

Selamat mencuba!

29/11/2022
Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Melaka?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address

Melaka
Melaka