Kaussar Jihad Sihat

Kaussar Jihad Sihat

Share

Kaussar Minuman Probiotik & Prebiotik
Jihad Sihat tanpa ubat

Photos from Kaussar Jihad Sihat 's post 17/07/2023

Anda mungkin baru pertama kali mendengar perkataan probiotik, prebiotik dan patogen..

Tahukah anda mereka yang ada isu dengan tiga perkara ini meningkatkan risiko diri terdedah kepada pelbagai penyakit kronik?

Penyakit kembung perut berterusan, GERD, anxiety, depression, kencing manis, darah tinggi, irritable bowel syndrome, eczema, gout, kitaran haid tidak teratur dan kanser antara contohnya.

Tahukah anda 70% daripada sistem pertahanan imun tubuh anda terletak di dalam usus? Mereka yang ada masalah dengan kesihatan usus lebih mudah mendapat jangkitan penyakit. Sistem imuniti badan mereka menjadi lemah kesan dariapada kesihatan usus yang merosot dari tahun ke tahun.

Statistik menunjukkan golongan wanita mengalami lebih banyak masalah pencernaan berbanding lelaki - sehingga 73% wanita melaporkan gejala berkaitan pencernaan seperti sakit perut, cirit-birit, mual, dan muntah yang berkaitan dengan kitaran haid mereka.

Pakar kesihatan seringkali menyarankan orang ramai memberi lebih perhatian kepada kesihatan usus sebagai usaha meningkatkan imuniti tubuh. Anda perlu tahu dengan jelas tentang probiotik, prebiotik dan patogen.

✅ Apakah itu Probiotik?
Probiotik merujuk kepada mikroorganisma hidup, terutamanya bakteria baik yang akan memberi manfaat kesihatan apabila jumlahnya mencukupi di dalam usus.

Jumlah probiotik yang tinggi membantu menjaga keseimbangan dan kesihatan usus daripada patogen yang berlebihan.

✅ Apakah itu Patogen?

Patogen adalah mikroorganisma seperti bakteria jahat, virus atau parasit yang boleh mencetuskan jangkitan dan penyakit pada manusia.

Apabila jumlah patogen di dalam usus terlalu tinggi, ia menyebabkan pelbagai masalah jangkitan usus, gangguan pencernaan dan lain-lain.

Disinilah probiotik menjalankan tanggungjawabnya dengan mengimbangi jumlah patogen dalam usus. Probiotik berperanan sebagai pasukan pertahanan yang menghalang bilangan patogen yang berlebihan.

Selain itu probiotik juga mempunyai fungsi meningkatkan lapisan lendir pada usus dan memperkuat sistem imuniti tubuh.

✅ Apakah p**a prebiotik?

Prebiotik adalah serat makanan tidak boleh dicerna tubuh manusia. Ia berfungsi menjadi makanan kepada probiotik dalam usus. Dengan adanya prebiotik yang mencukupi, probiotik dapat hidup subur dan terus membiak di dalam usus kita.

Secara semulajadi manusia mempunyai trillion bakteria di dalam usus. Tetapi disebabkan gaya hidup moden dan corak pemakanan yang serba segera zaman ini, ada waktunya jumlah probiotik di dalam usus terjejas.

Ia membuka peluang kepada patogen untuk membiak dan mendatangkan masalah kepada tubuh badan dalam jangka masa panjang.

Dimulakan dengan gangguan kepada pencernaan makanan, ia seterusnya mula menganggu imuniti tubuh, menyebabkan keradangan pada badan seterusnya meningkatkan risiko penyakit seperti obesiti, kencing manis dan keradangan usus.

Itu sebabnya produk seperti Minuman Botani Kaussar diformulasikan. Ia membekalkan lebih 40 billion CFU bakteria baik ke dalam usus bagi memastikan jumlah probiotik sentiasa mencukupi dan mengatasi jumlah patogen yang menyebabkan penyakit.

Bagi menyokong pembiakan probiotik di dalam usus, Emulsion Booster Kaussar juga diformulasikan sebagai prebiotik (makanan) kepada probiotik yang ada.

Al Kauthar Agrolab (AKAL) telah mengambil inisiatif mengkomersilkan tumbuhan tebu hitam bagi membantu rakyat Malaysia memulihkan kesihatan usus secara menyeluruh.

Pengambilan produk probiotik dan prebiotik secara berterusan mengikut saranan pakar, mampu menjauhkan anda daripada penyakit berjangkit, juga merendahkan risiko penyakit kronik.

Kesihatan tubuh menyeluruh bermula dari usus yang sihat.

Hubungi kami bagi mendapatkan penerangan lanjut tentang manfaat probiotik dan prebiotik kepada kesihatan anda.

17/07/2023

Makanan probiotik & prebiotik yg baik untuk usus.. Kedua duanya ada dalam Kaussar.. Ambil 1 cup Kaussar mampu lengkapkan keperluan & membaiki kesihatan anda💪

13/07/2023
13/07/2023

Alhamdulilah kaussar dah bantu pesakit Kanser.. Kita baiki dalaman dulu insyallah sel sel yg baik akan mula baiki ekosistem badan...

13/07/2023

Bakteria baik, bekerja utk betulkan ekosistem badan😀.. Bila perut dijaga insyallah dlm badan kita bertambah sihat💪

05/07/2023

Dengarkan apa kata isteri kpd Andy The Diver Master. Bgmana beliau begitu sihat dan bertenaga pd usia hampir 70 tahun berulang alik ke hospital selama 8 bulan menjaga Andy yg kritikal.

02/07/2023

Minuman kaussar berjaya merawat enzema dgn cara konsisten pengambilan kaussar dan juga sapu kaussar botani di tempat yg gatal2..insyallah jika konsisten sakit enzema boleh semakin kurang dan sembuh..

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Pasir Gudang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address

Taman Tg Puteri Resort
Pasir Gudang
81700