Bekam As Sunnah Utara

Bekam As Sunnah Utara

Share

perkhidmatan bekam rumah ke rumah

30/08/2019

Selamat menyambut hari kemerdekaan

17/08/2019

PERINGATAN UNTUK LEBIH BERSEDIA

Pemeriksaan tekanan darah sebelum rawatan bekam telah dipraktiskan ramai jurubekam. Alhamdulillah jurubekam semakin prihatin mengenai keselamatan dalam berbekam. Tahniah.

Saya kongsikan satu situasi dalam bekam yang berkaitan dengan kepentingan pemeriksaan tekanan darah sebelum rawatan bekam.

Pesakit : Saya ada darah tinggi. Saya dengar bekam bagus untuk turunkan tekanan darah ?

Jurubekam : Bekam boleh bantu kawal dan turunkan tekanan darah tapi kita periksa tekanan darah dahulu.

Pesakit : Kena periksa dahulu ya ? Baik encik.

Jurubekam : Tinggi tekanan darah encik 220/130.

Pesakit : Saya dengar tekanan tinggi bagus kalau bekam dekat kepala dan badan cepat turun tekanan darah.

Jurubekam : Minta maaf encik keadaan ini boleh jadi 2 perkara sama ada hypertension emergency atau urgency. Masalahnya kami tiada kemudahan seperti ECG, ujian darah untuk fungsi buah pinggang, ujian urine dan opthalmoscope untuk melihat kesan target organ damage terhadap encik. Kami nasihatkan encik ke hospital terlebih dahulu.

Pesakit : Baik encik. Terima kasih.

Apa perbincangan dalam kes ini ?

Kriteria hypertension emergency atau urgency adalah apabila tekanan darah > 180/120. Sekiranya ada target organ damage atau kerosakan organ kesan tekanan darah yang tinggi itu dikategori sebagai hypertension emergency.

Penurunan tekanan darah yang tinggi ini juga ada perhitungan yang boleh dilakukan dan dipantau di hospital kerana kemudahan dan training yang telah diberikan kepada tim medic.

Penurunan tekanan darah yang mendadak dan tidak teratur boleh menyebabkan risiko keadaan seperti "ischemic" contoh serangan jantung atau stroke.

Penurunan tekanan darah dengan rawatan bekam secara teratur dengan pengaruh kehilangan jumlah darah atau depletion volume darah melalui rawatan bekam belum mampu diukur.

Jadi dengan risiko yang ada dan kemudahan teknologi dan kemahiran yang ada pada jurubekam membuatkan jurubekam tadi telah mengambil keputusan yang bijak dengan merujuk dahulu pesakit ini ke hospital.

Setelah pesakit mulai stabil dengan ada folow up dan nasihat yang diberikan dari pihak hospital waktu itu rawatan bekam akan jadi lebih baik dan lebih selamat berbanding ketika pesakit sedang dalam keadaan hypertension emergency yang ada kesan target organ damage.

Kita jurubekam yang selamat bukan berani.

Semoga bermanfaat.

14/08/2019

Assaalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan p**a Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur'an adalah Lukman Al Hakim. Kenapa, tak lain, karena hidupnya penuh hikmah. Suatu hari ia pernah menasehati anaknya tentang hakikat hidup.

"Anakku, jika makanan telah memenuhi perutmu, maka akan matilah pikiran dan kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan malas untuk melakukan ibadah, dan hilang p**alah ketulusan dan kebersihan hati. Padahal hanya dengan hati bersih manusia bisa menikmati lezatnya berdzikir."

"Anakku, kalau sejak kecil engkau rajin belajar dan menuntut ilmu. Dewasa kelak engkau akan memetik buahnya dan menikmatinya."

"Anakku, ikutlah engkau pada orang-orang yang sedang menggotong jenazah, jangan kau ikut orang-orang yang hendak pergi ke pesta pernikahan. Karena jenazah akan mengingatkan engkau pada kehidupan yang akan datang. Sedangkan pesta pernikahan akan membangkitkan nafsu duniamu."

"Anakku, aku sudah pernah memikul batu-batu besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tapi tidak pernah kurasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."

"Anakku, aku sudah merasakan semua benda yang pahit. Tapi tidak pernah kurasakan yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan."

"Anakku, aku sudah mengalami penderitaan dan bermacam kesusahan. Tetapi aku belum pernah merasakan penderitaan yang lebih susah daripada menanggung hutang."

"Anakku, sepanjang hidupku aku berpegang pada delapan wasiat para nabi. Kalimat itu adalah:
1. Jika kau beribadah pada Allah, jagalah pikiranmu baik-baik.
2. Jika kau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandanganmu.
3. Jika kau berada di tengah-tengah majelis, jagalah lidahmu.
4. Jika kau hadir dalam jamuan makan, jagalah perangaimu.
5. Ingatlah Allah selalu.
6. Ingatlah maut yang akan menjemputmu
7. Lupakan budi baik yang kau kerjakan pada orang lain.
8. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.

02/08/2019

Dalam tinjauan survey yang dilakukan PHM, majoriti (79%) berpendapat makanan pedas memudaratkan kesihatan. Hanya 658 netizen (21%) memilih ia baik untuk kesihatan.

Jawapan bagi persoalan ini adalah, makanan pedas yang mengandungi Capsaicin sebenarnya mempunyai manfaat dan baik untuk kesihatan 😍
🌶 & Ulser Perut

Cili bukan sahaja TIDAK menyebabkan ulser (luka) diperut, malah ia berfungsi sebagai pelindung.

Capsaicin boleh menyekat rembesan asid, merangsang alkali dan rembesan mukus serta melancarkan peredaran darah di dalam perut. Ini mampu melindungi lapisan dalam perut dari terluka.

🌶 & Buasir

Kajian menunjukkan cili TIDAK mempunyai kesan kepada masalah buasir. Tetapi sesiapa yang mempunyai luka di dubur perlu berhati hati kerana makanan pedas menyebabkan luka menjadi pedih.😣

KESAN MAKAN BERLEBIHAN

Semua benda jika diambil secara berlebihan menyebabkan masalah...

🌶 Masalah Penghadaman

Walaupun ia tidak menyebabkan ulser perut, cili boleh menyebabkan sakit perut pada sesetengah individu.

Ia boleh mengakibatkan
- Irritable Bowel Syndrome
- Makanan tidak hadam
- Sakit perut.

Pada sesiapa yang sering mengalami sakit perut apabila makan makanan pedas, sila berhati hati.

🌶Mencederakan rongga mulut dan saluran pemakanan

Terdapat beberapa kes melibatkan peserta makan cili & selebriti YouTube yang makan cili dalam kuantiti berlebihan. Peserta pertandingan itu muntah dengan dasyat sehingga esofagusnya terkoyak 😱. Selebriti youtube itu p**a pengsan dan meracau sehingga perlu diberi bantuan kecemasan. 🤦🏻‍♂️

Kesimp**an

Walaupun pengambilan cili mempunyai manfaat kesihatan,jangan ambil dalam kuantiti yang terlalu banyak.

Khasiat cili ini TIDAK termasuk produk makanan yang telah di proses seperti Sos Cili, serbuk perasa cili dan bahan proses lain yang tinggi garam.

Sumber Public Health Malaysia

Photos from Bekam As Sunnah Utara's post 02/08/2019

KESAN² PADA KULIT SELEPAS BEKAM MENURUT PANDANGAN SAINS

Ketika tekanan negatif (penyedutan) dikenakan kpd permukaan kulit selama 3-5 minit, tindakbalas biokimia yg berlaku menyebabkan peningkatan kadar tapisan dan dan kebolehtembusan dinding² kapilari (pori² dinding kapilari melebar), membolehkan sejumlah cecair mengandungi bahan² punca penyakit (CPS) diasingkan dan dikumpul bersama cecair interstitial di ruang antara sel (interstitial). Ini boleh kita lihat melalui permukaan kulit yg membenjol. Namun harus diingat pada ketika ini juga sejumlah kapilari pecah dan membebaskan sejumlah darah ke dalam ruang interstitial. Darah ini termasuklah sel² darah merah akan kehabisan oksigen & nutrien lalu mati menjadi bangkai. Ini boleh kita lihat pada permukaan kulit yg merah kehitaman. Anda tidak perlu risau akan kesan penyedutan itu sbb ada manfaat kesihatan di sebalik tanda "jelek" berkenaan (pd peringkat bekam kering sekalipun masih ada sejumlah nilai terapeutik). Sel² darah merah yg mati akan ditelan dan dihadam oleh macrophage(sejenis sel darah putih). Proses ini menyebabkan RBS menghasilkan sejenis enzim HO-1(Heme Oxygenase 1) di mana ia akan digunakan utk menguraikan "heme"(molekul yg mengandungi zat besi yg membolehkan sel darah merah mengangkut oksigen) yg terdapat di dalamnya. Hasilnya terbentuklah biliverdin, bilirubin, carbon monoksida dll yg mempunyai kesan² antiradang, antioksida dan antiproliferatif yg boleh menyumbang kpd pencegahan penyakit kanser atau penyakit berkaitan radang selain faedah² terapeutik yg pelbagai.

Ref:

Complementary Therapies in Clinical Practice: Volume 29, November 2017, Pages 162-168

Products of heme oxygenase and their potential therapeutic applications.
Review article
Kirkby KA, et al. Am J Physiol Renal Physiol. 2006.

Heme Oxygenase-1 and Carbon Monoxide Promote Burkholderia pseudomallei Infection.
Stolt C, et al. J Immunol. 2016.

Targeting heme oxygenase-1 and carbon monoxide for therapeutic modulation of inflammation.
Review article

Ryter SW, et al. Transl Res. 2016.
Percutaneous excretion of iron and ferritin (through Al-hijamah) as a novel treatment for iron overload in beta-thalassemia major, hemochromatosis and sideroblastic anemia.

El Sayed SM, et al. Med Hypotheses. 2014.
Heme oxygenase-1 and carbon monoxide: emerging therapeutic targets in inflammation and allergy.
Review article

Pae HO, et al. Recent Pat Inflamm Allergy Drug Discov. 2008.

Medic Sabri

Sekadar berkongsi, harap bermanfaat!

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Pendang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address

Pendang
Pendang
06720