Cantik Tak Perlu Mahal
Because Your are Beautiful
05/02/2022
INI DIA 4 PETUA WAJAH BERSERI SETIAP HARI
💐 Guna Air Basuhan Beras
Ketika hendak masak nasi untuk keluarga, simpan air basuhan beras yang ketiga. Cuci muka dengan air basuhan beras sambil selawat tiga kali.Lakukan secara konsisten.
💐 Basuh Muka Dengan Air Kelapa
Seminggu sekali, cuci muka dengan air kelapa,biarkan kering lalu bilas. Amalan ini bagus untuk naikkan seri muka dan tegangkan wajah tanpa botoks.
💐 Bancuhan Serbuk Kunyit & Madu
Campurkan satu sudu kecil kunyit dan satu sudu besar madu asli. Bancuhan kunyit dan madu ini untuk dijadikan masker muka. Amalkan seminggu sekali. Kesannya, parut jerawat hilang dan muka bersih berseri
💐 Sapu Yogurt Asli
Sapu yougurt pada wajah, kemudian biarkan selama 15 minit lalu bilas. Wajah akan tampak gebu, halus mulus.
04/02/2022
Hai akak2 semua, harini diana nak share sikit mengenai Propylene Glycol. Propylene Glycol ni selalunya menjadi bahan utama dlm penghasilan toner yg kita gunakan seharian.
Ni antara sifat utk PROPYLENE GLYCOL
🌸Propylene glycol adalah cecair jernih, sedikit bersirap pada suhu bilik.
- boleh wujud dalam udara berbentuk wap apabila dipanaskan atau digoncang.
🌸Propylene glycol adalah hampir tidah berbau dan tiada rasa
🌸Propylene glycol adalah bahan kimia yg dibuat oleh reaksi oksida Propylene dengan air
KELEBIHAN PROPYLENE GLYCOL UTK KULIT WAJAH
🌸 Pelembap terbaik
🌸 Menghalang penuaan
🌸 Memberi nafas baru utk kulit
🌸 Mengurangkan jerawat
03/02/2022
RAHSIA TOMATO UNTUK MAK-MAK
Tomato ni bukan je setakat sedap dimakan, tapi tomato ada khasiat yg tersendiri tau😍 banyak sgt fungsi tomato ni sebenarnya, bukan setakat dlm masakan, utk kecantikan pun ada tau😍
1.MASKER JERAWAT
Bagi mak-mak yang ada masalah jerawat, boleh try petua ni. Lenyek tomato dan sapukan keseluruhan wajah terutamanya pada bahagian berjerawat.
Biarkan ia kering pada wajah atau dalam anggaran 30-40minit. Kemudian, bilas dengan air suam, lakukan 2 kali seminggu.
Ia dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah, hasilnya jerwat mengecut dan kulit menjadi licin.
2.TOMATO PUDARKAN BINTIK HITAM
Potong kepada 2 bahagian. Ambil separuh dan sapukan pada wajah yang bermasalah. Jika dilakukan secara konsisten, bintik gelap semakin pudar dan kulit bertambah cerah.
Kalau taknak berleceh-leceh, boleh la terus pakai sabun tomato yang dipertingkatkan khasiat dengan formula yang dirumus khas oleh pakar.
02/02/2022
TIPS UNTUK CANTIK SELALU🌸
1) Tidak mencampur adukkan produk kecantikan
2) Elakkan wajah terdedah kepada bakteria
3) Korang mesti asingkan tuala badan dan tuala muka
4) Yang ni penting tau, kurangkan menyentuh kulit wajah
Harini Diana share 4 tips je dulu ye, selamat mencuba😍
Haii
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Petaling Jaya
