Petua Cantik Berseri
KRIM 5 FUNGSI DALAM 1 😍
💙 KRIM SIANG
💙 KRIM MALAM
💙 PELEMBAB
💙 SUNBLOCK SPF 25
💙 SEBAGAI BEDAK
MUDAH, CEPAT DAN JIMAT! Harga: 1ZS RM80
04/03/2022
Jadikanlah yang lembut itu hati. Yang tebal itu iman. Yang tajam itu akal. Yang baik itu sifat dan yang manis itu senyuman ☺️
Pagi yang indah, Hari yang mulia. Jumaat yang barakah. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Jadikanlah kami orang-orang yang mengasihi dan dikasihi 💕
Assalamualaikum & Selamat Pagi semua 🌙 Salam Jumaat
01/03/2022
Apa yang ada dalam Zafesha Simply Foundation? .
1. Argan Oil
Kaya anti-oksidan dan melebabkan kulit.
2. Bunga Matahari
Membantu merawat kulit yang rosak.
3. Castor Seed Oil
Membantu kurangkan keradangan akibat jerawat.
4. Vitamin C dan E
Memudar dan menghilangkan jeragat.
5. Bunga Blueweed
Kaya omega 3, 6 & 9.
6. Brazilian Palm Tree
Mencegah sinaran UV dan membantu tahan lama.
Macam mana akak gojes? Best ke best?
01/03/2022
Peristiwa Israk Mikraj merupakan peristiwa perjalanan agung Nabi, Nabi Muhammad Saw demi umat tercinta.
Semoga dengan kisah yang bersejarah pada tanggal istimewa ini memberi kita motivasi dan kekuatan untuk bersama Sama mengharungi ujian dan cabaran terutamanya dalam penulaean COVID-19. Amin Ya Rabbal Alamin
Assalamualaikum:)
24/02/2022
Asalamualaikum, wr,wb...
Salam akak, maaf nurul ganggu, cuma nak sharekan doa untuk kita sama2 dimurahkan rezeki ye🤲
▶️ DOA MURAH REZEKI MELIMPAH RUAH ◀️
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
ٱللَّهُمَّ رَبَّنَآ أَنزِلۡ عَلَيۡنَا مَآٮِٕدَةً مِّنَ ٱلسَّمَآءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًا لِّأَوَّلِنَا وَءَاخِرِنَا وَءَايَةً مِّنكَ ۖ وَٱرۡزُقۡنَا وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلرَّٲزِقِينَ .
Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki"...
Aamiin3 Ya Rabbal Alamin 🤲
Surah Al-Maidah Ayat : 114
"Betul ke produk harga mahal lebih bagus dari produk murah?"
Tidak semestinya,berkualiti atau tak.. tidak terletak pada harga. Tapi terletak pada bahan yang terkandung dalam produk tersebut
Setuju ke setuju sangat?
Cuba komen😘👇
23/02/2022
Tetap semangat menjalani hidup yaaa🍉
22/02/2022
Tips kesihatan ini dibawa khas untuk anda yang sangat mementingkan Penjagaan kesihatan diri.
Penyakit sekarang Tak tunggu tua atau Muda, besar atau kecil, kaya atau miskin.
Jom jaga kesihatan mulai sekarang, amalkan gaya hidup sihat. Jaga makan. Badan nak pakai lama bak kata mak-mak Kita kan 🥰🥰
Moga bermanfaat 💕
22/02/2022
Tazkirah pagi
BERSYUKURLAH ATAS SEGALA REZEKI YANG ALLAH KURNIAKAN KEPADAMU
Firman Allah SWT :
لِیَأۡكُلُوا۟ مِن ثَمَرِهِۦ وَمَا عَمِلَتۡهُ أَیۡدِیهِمۡۚ أَفَلَا یَشۡكُرُونَ
[Surah Ya-Seen 35]
Terjemahan :
"Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur?"
Assalamualaikum & Selamat Pagi. Semoga dipermudahkan urusan kita semua pada hari ini 😊
21/02/2022
"Mak cik ada kencing manis,kena kurangkan pengambilan gula ya."
"Eh mak cik tk ambil pun gula,mak cik selalu pakai gula perang je,kan kurang manis."
🙅Salah ya konsep di atas🙅
Setiap GULA mempunyai kalori yg sama.
3 sudu kecil gula putih bersamaan dgn 15g karbohidrat dan 60kalori.
Senarai di bawah adalah antara makanan yg mengandungi gula yg sama kalori dgn 3 sudu kecil gula putih:
⭐Madu - 1 sudu besar
⭐Kaya- 3 sudu besar
⭐Pelbagai jam-1 sudu besar
⭐Gula2- 1 atau 2 biji
⭐Gula perang - 3 1/2 sudu kecil
⭐Pati sirap rose- 3 1/2 sudu kecil
⭐Susu pekat manis- 2 sudu besar
#
#
21/02/2022
HIDUP ini WAJIB YAKIN terhadap KEKUASAAN dan KEBESARAN ALLAH
==========================
Mereka yang berputus asa daripada RAHMAT ALLAH adalah termasuk dalam golongan yang SESAT (Surah Ibrahim)
Pertolongan ALLAH tidak lambat, tidak cepat tapi TEPAT pada WAKTUNYA. :)
Inilah SUMBER KEYAKINAN yang saya simpan dan pegang kuat dalam hati saya.
ALHAMDULLILLAH.
SABAR ITU MENANG.
Nora Yusof.
>>> Nak order klik link wasap bayah untuk fast respon ye 🙏
www.wasap.my/+60102557407/synakrawatwajah
20/02/2022
Assalamualaikum akak2 semua dah ada menu ke nak masak apa harini.. Meh saya share kn resepi menu best harini👇🏻
Resepi : SOTO😍
Pernah tak makan soto di kedai atau di mana2 majlis.. kuah sotonya jernih macam kuah sup biasa.
Mari sini makcik nak kongsi resepi soto yg pekat & kaW kuahnya. Ala-ala Soto Madura gitu. Soto Madura pun korang tak pernah rasa agaknya.
Ini resepi Chef Wan yg makcik salin drpd suratkhabar lebih kurang 20 tahun dulu. Kalau buat meniaga In Syaa Allah ramai pelanggan datang.
Bahan:
1/2 ekor ayam
10 biji bawang merah*
5 biji bawang putih*
3 batang serai*
2 inci kunyit*
1 inci lengkuas*
2 inci halia*
1 bungkus rempah sup (yang kecik)
Rempah tumis - kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & cengkih
1/4 cawan santan pekat
CARA:
Kisar yang bertanda * dan gaul dengan rempah sup (A)
Tumis bahan A, masukkan sedikit air.
Dah garing.. masukkan santan.
Masukkan ayam & air.
Masaklah sampai didih, letak garam. Gula bolehlah letak sesudu kecik sebagai penambah rasa. Nak lagi sedap letak seketul stok ayam.
Itu je.. senang kn. Tak payahlah susah2 cari pembaris nk ukur kunyit, halia, lengkuas tu. Agak2 ajelah kn masing2 lulus matematik 😁
Cara buat pergedil daging & sambal kicap google sendiri kalau tak pandai buat.
Sekian, terima kasih 😊
20/02/2022
Kekecewaan sebenarnya mengajar kita erti kehidupan. Jadi teruskanlah perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi cabaran dan rintangan dalam hidup.
Sebab tu kena selalu dengar journey usahawan yang berjaya. Sebab apa yang mereka lalui, tak mungkin kita boleh hadapi.
Assalamualaikum & Pageyyy Jutawan Zafesha 🔥 Semoga dipermudahkan urusan harini ❤️
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Segamat
85000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 18:30 |
| Tuesday | 09:00 - 18:30 |
| Wednesday | 09:00 - 18:30 |
| Thursday | 09:00 - 18:30 |
| Friday | 09:00 - 15:00 |
| Sunday | 09:00 - 18:30 |
