Anggun berseri ZS
ZS cosmetic
03/11/2020
Assalamualaikum akak💐. Akak tengah fikir2 nak masak untuk tengah hari ke tue? Akak ambil masa kejap jer boleh baca tips mira bgi nie yer 🦋
Kalau akak inginkan kulit cantik, bersih tanpa cela, tak nampak kusam dan cantik tanpa jerawat mudah je sebenarnya. Ini ada 7 tips yang pasti dapat membantu akak mendapatkan kulit yang sihat dengan hanya istiqamah dengan amalan harian yang baik.
1. Minum air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Air adalah agen detox kulit terbaik!
2. Kurangkan makanan manis seperti dessert, minuman soda, minuman instant 3in1 dan dairy-rich food. Kandungan gula yang tinggi dalam darah adalah antara punca pencetus hormon penyebab jerawat. Jangan hairan kenapa dah tua pun masih naik jerawat.
3. Kerap tukar sarung bantal. Cuba fikir berapa kerap kita tukar sarung bantal kita. Sebulan sekali? Seminggu sekali? Kulit wajah kita melekap pada sarung bantal pada waktu yang lama semasa tidur dan ia adalah antara tempat yang banyak bakteria membiak.
4. Amalkan meminum air perahan lemon dan green tea kerana ia adalah minuman detox tinggi antioksida. Terbaik untuk cuci dalaman.
5. Rajin dan disiplin diri buat rutin asas skincare 1-2-3 : 1-cuci, 2-toner, 3-pelembap/sunblock
02/11/2020
SEDIKIT TIPS PENJAGAAN KULIT MUKA
Ini sering berlaku....
Saya mau share
6 KESILAPAN kita dlm penjagaan kulit muka.
Ni semua bisa jadi punca masalah jerawat dan masalah kulit muka yg lain 😣😣😣😣
❌Kesilapan 1: Cuci muka berkali kali.
Ada dua sebab kenapa kita tidak boleh cuci muka terlalu sering:
1. Boleh mnyebabkan kulit trlalu kering dan hilang kelembapan selepas dicuci.
2. Kulit akan cenderung jd lebih berminyak dan berjerawat.
❌Kesilapan 2: Gosok muka terlalu kuat.
Ramai yg ingat bagian yg ada jerawat atau bermasalah kena gosok dan sental lebih kuat utk keluarkan sebum dan kotoran dlm liang roma. Sebenarnya kita dilarang menggosok kulit terlalu kuat kerana blh menyebbkan kulit mnjadi kemerahan dan mencederakan kulit dari dalam.
❌Kesilapan 3: Scrub muka terlalu kerap atau sering. Scrub selalunya mempunyai tekstur berbiji yg agak kasar. Elakkan menggunakan scrub terlalu kerana boleh menyebabkan kulit menipis, lebih sensitif dan boleh menyebabkn gatal.
❌Kesilapan 4: Membiarkan syampo rambut terkena pd kulit muka. Syampo rambut mengandungi bahan pelembap atau minyak untuk melembutkan rambut. Kalau terkena pd muka, minyak tersebut boleh meresap ke dlm kulit muka dan boleh mnyebabkn jerawat.
❌Kesilapan 5: Biar peluh kering sendiri tanpa dilap. Jangan biarkan peluh kering sendiri di muka tanpa dilap. Sebaiknya lap muka dgn kain yg bersih utk mengelakkan peluh anda kering dan menyerap ke dalam kulit muka anda. Peluh anda mungkin mengandungi kotoran bersamanya.
❌Kesilapan 6: Berkongsi tuala / handuk badan dan handuk muka
Banyak yg buat yg ini kan???? ⛔⛔⛔⛔ Sebaiknya asingkan tuala / handuk badan dan tuala / handuk utk muka . Jika tuala badan anda mempunyai kotoran, sangat mudah ia merebak ke muka anda juga. Lagipun tuala badan kita lebih bnyk melekat kotoran atau kuman berbanding tuala muka.
selamat mencuba💃🏼
01/11/2020
Tips kecantikan dan kesihatan wanita👩
Wanita tidak kira yang sudah berkahwin atau belum, perlu mengelakkan minuman sejuk atau berais jika mahu menjaga kecantikan kulit wajah, dalaman dan luaran. walau bagaimana haus sekali pun, minuman sejuk perlu dijauhkan sebaliknya perlu mengambil air suam meskipun pada waktu tengah hari..
[Jika dah teringin sangat tu sebab dah lama sampai bertahun-tahun tak merasa tu mungkin boleh, tapi rasa sedikit sahaja setakat merasa seteguk sahaja, jangan banyak tau.]
Wanita selepas bersalin disarankan berpantang ais selama setahun.
Keburukan jika kita mengamalkan minuman berais:
● Badan mudah menjadi kembang
● Tulang juga mudah berasa sakit dan bisa
● Menyejukkan peranakan menyebabkan rahim kembang f***j menjadi berair serta becak
● perut menjadi buncit
P/s:
Jika minum air, pastikan anda duduk dan jangan sesekali minum berdiri kerana air itu akan terus mengalir ke bahagian peranakan dan menyejukkannya.
Memang wanita banyak pantang larang terutama dalam aspek pemakanan dan ia tidak boleh dipandang remeh kerana kesannya boleh dirasai selepas melepasi usia 40 tahun.
[Kalau taknak ada pantang larang boleh je, makan minum lah sesuka hati anda, kalau badan sakit lemah dan nampak lebih tua dari usia jangan nak menyesal 😜🙈]
Justeru, paling elok untuk diamalkan ialah air suam atau air kosong saja selain banyakkan makan sayuran.
Sebab itu apabila memakan jamu disarankan PANTANG makanan dan minuman sejuk-sejuk ini.
Jamu membantu memanaskan urat-urat serta mengecutkan mana yang kembang. Apabila peranakan mengecut barulah seri muka lebih terserlah jika kembang muka kita kelihatan kurang seri pucat tidak bermaya
Moga bermanfaat. 😊
31/10/2020
*Tip Memilih Pencuci Muka Yang Bersesuaian Dengan Kulit*
Nak beli pencuci muka ni bukannya mudah tau. Ingat boleh pergi main ambil je ke. Salah okay. Selalunya orang lelaki jarang nak ambil peduli tentang hal-hal penjagaan muka ni. Cuci muka dengan sabun mandi pun dorang tak kisah.
Tahu kan, muka yang tak dijaga dengan baik senang sangat jerawat nak tumpang berteduh, lepas jerawat jadilah whitehead, blackhead, jeragat dan sebagainya tu bermaharajalela atas muka korang.
Masa tu baru la sibuk nak pakai macam-macam produk. Kalau sekali cuba terus baik bagus la, tapi kalau bertambah hodoh macam mana?
Selain daripada tengok jenama yang berlambak tersusun tu, korang kena tahu jugak muka korang tu jenis yang macam mana. Betul ke produk yang korang pakai sekarang ni sesuai dengan kulit?
Banyak betul persoalannya kan. Takpe jangan bimbang, disini kami akan kongsikan dengan korang semua tips macam mana nak pilih pencuci muka dengan betul.
1. Tahu Jenis Kulit Muka Terlebih Dahulu
Dalam dunia ni ada 5 jenis kulit muka iaitu kulit normal, berminyak, kering, sensitif dan juga kombinasi.
*KULIT NORMAL*
Untuk kulit jenis normal ni bermaksud semuanya seimbang. Kadar kelembapan, minyak dan ketahanan semua sama. Kulit jenis ini sangat senang untuk mencari pencuci muka yang sesuai.
*KULIT BERMINYAK*
Ini p**a sejenis berminyak seluruh muka walaupun baru lepas beberapa jam je cuci muka. Jika kulit korang jenis ini, cari pencuci muka yang mempunyai nilai pH rendah atau tinggi kandungan asid. Ini akan membantu mengurangkan minyak dimuka.
*KULIT KERING*
Kebiasaanya sesiapa yang mempunyai kulit muka kering ni agak susah untuk kelihatan liang romanya selepas mencuci muka. Jika kulit muka kering, jangan guna produk yang mengandungi alkohol. Kulit akan bertambah kering.
*KULIT SENSITIF*
Kalau korang mempunyai alahan, kulit selalu rasa tegang dan gatal-gatal p**a elakkan produk yang mengandungi pewangi, minyak atau bahan kimia lain. Ini akan membuatkan kulit korang bertambah parah.
*KULIT KOMBINASI*
Ini adalah gabungan antara kering dan berminyak. Selalunya kawasan yang akan berminyak hanyalah pada bahagian ‘Zon T’ sahaja manakala di bahagian lain p**a kering ataupun sensitif. Untuk kulit jenis ini sebaiknya elakkan guna sabun mandi buku. Cari pencuci muka yang lembut kemudian cuci dengan air suam.
2. Guna Pencuci Muka Yang Berbuih, Lembut & Halus
Dalam bahasa mudahnya jangan guna pencuci muka yang ada biji-biji kecil tu. Ia akan melukakan kulit muka korang je. Cari pencuci muka yang banyak buih sebab ia lagi mudah untuk mencuci sehingga ke dalam liang roma.
3. Gunakan Air Suam
Jangan gunakan air yang terlampau panas nanti kulit muka akan jadi terlalu kering p**a. Sekadar suam-suam kuku sahaja.
4. Guna Pencuci Muka Yang Sama pH Dengan Muka
Jangan sesekali guna pencuci muka yang beralkali kerana nilai pH kulit muka manusia adalah 5.5 iaitu berasid. Pencuci muka yang beralkali hanya akan merosakkan kulit.
5. Elakkan Pencuci Muka Yang Mempunyai Pewangi & Pengawet
Sebaiknya semak dahulu label dibelakang produk sebelum membelinya. Bahan-bahan ini hanya akan membuatkan kulit anda bertambah parah.
Elakkan membeli pencuci muka yang mengandungi bahan-bahan seperti ini;
Paraben
Imidazolidinyl urea
Queternium-15
DMDM Hydantoin
Phenoxyethanol Methylchloroisonthiazolinone
Formaldehyde
Jadi dah tau kan kenapa masalah jerawat di muka tu tak baik-baik. Manusia mana yang tak buat silap kan. Semoga bermanfaat untuk korang semua.
27/10/2020
Selamat pagi sis semua, dah cuba ke zs foundation dan serum ni? kalau belum, komen kt bwh nie
26/10/2020
Hilangkan Jerawat Dengan Bawang Putih. Tak Sangka Menjadi!
1. Masker bawang putih
Selain kaedah pertama, anda boleh cuba membuat topeng bawang putih. Topeng ini digunakan sebaik sebelum tidur untuk mengoptimumkan penyerapan nutrien oleh kulit wajah. Berikut adalah langkah-langkahnya:
• Ambil 2-4 biji bawang putih
• Campurkan bawang putih dan campurkan sedikit air
• Sapukan pada muka
• Berhati-hati! Jangan terlalu dekat dengan mata. Hanya sapukan nipis, tidak terlalu tebal.
• Tunggu 10-30 minit, kemudian bilas menggunakan air bersih untuk membersihkannya.
2. Campurkan bawang putih, limau nipis dan minyak zaitun
Minyak zaitun dan limau nipis diketahui mempunyai kemampuan luar biasa untuk menghilangkan jerawat, dan nutrien untuk kulit wajah anda. Kulit muka akan tetap lembap dan tidak kering. Sudah tentu wajah anda akan bebas dari jerawat. Berikut adalah langkah-langkahnya:
• Campurkan 2-3 ulas bawang putih
• Perah limau nipis dan letakkan ke dalam bawang putih yang sudah dihaluskan, kira-kira satu sudu teh
• Tambah setengah sudu teh minyak zaitun
• Campurkan dan kacau sehingga rata
• Sapukan pada bahagian wajah yang mempunyai jerawat, tunggu selama 30 minit, dan bilas dengan air suam untuk membersihkan
24/10/2020
Tips Kebaikkan Hampas Teh Untuk Kulit Wajah Berseri
1. Awet muda
Setiap wanita pasti berasa takut wajah kelihatan tua sebelum usia. Bertenang! Hampas teh mampu membuat kulit anda lebih tegang.
Caranya mudah sahaja, hanya perlu sapukan hampas teh yang masih lembab ke serata wajah dan biarkan ia kering. Kemudian, bersihkan dengan air suam.
Kandungan antioksidan yang tinggi dalam teh membantu menegangkan kulit serta melawan tanda penuaan kulit seperti garis-garis halus dan kedutan.
2. Menghilangkan mata panda!
Penat seharian bekerja dan kurang tidur akan mengakibatkan mata anda lesu dan kehitaman. Selain krim mata, kandungan antioksidan dalam teh dapat megurangkan pembekakan di sekitar kawasan mata.
Celupkan kantung teh ke dalam air sejuk dan tekap pada mata, biarkan beberapa minit, lalu dibilas dengan air bersih.
23/10/2020
Tips kecantikkan menggunakan kentang.
1. Mencerahkan ketiak:
Kentang membantu untuk menyembuhkan masalah ketiak gelap atau hitam. Untuk kesan maksimum, anda boleh mencampurkan jus kentang dengan jus lemon dan madu dan letakkan di bahagian ketiak anda yang gelap. Lakukan ini sekurang-kurangnya dua kali seminggu selama setengah jam.
2. Cegah penuaan sebelum usia:
Banyak nutrisi yang terkandung dalam kentang dilihat mampu dijadikan perawatan antikedut. Rutin seharian pupur muka yang dibuat daripada ekstrak kentang membolehkan beri kesan positif untuk menegangkan garis halus.
Malah, ia turut melembutkan kulit anda. Letakkan kentang parut atau jus kentang pada muka anda untuk mengurangkan bintik hitam, Ia mampu mencegah kedutan dan mendapatkan wajah yang sihat.
22/10/2020
Status Terkini COVID-19 Di Malaysia,
22 Okt 2020
Kes sembuh=486
Jumlah kes sembuh=15,417 kes
Kes baharu positif=847
(kes import=5, kes tempatan=842)
Jumlah positif=23,804 kes
Kes kematian=5
Jumlah kes kematian=204 kes
Kes dirawat di ICU=90 kes
Bantuan Alat Pernafasan=29 kes
21/10/2020
Tips Muka Licin Berseri dengan Yogurt✨
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker.Biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu.
Anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.
20/10/2020
Rambut beruban boleh hitam semula?
Tips menjaga rambut 💁🏻♀️💁🏻
1. Minyak kelapa
Minyak daripada buah kelapa ini dapat mencegah munculnya uban sebelum waktunya kerana dapat memberi khasiat kepada rambut terutama ketika rambut rosak, sering terdedah pada sinar UV dan kerap mewarna rambut.
Sebelum tidur setiap malam, sapukan kulit kepala dan rambut dengan minyak kelapa. Keesokan paginya cuci rambut anda dengan syampu seperti biasa.
2. Bijan hitam
Pengambilan sesudu makan bijan hitam untuk tempoh dua ke tiga kali seminggu boleh membawa perubahan.
Antioksidan yang terkandung pada bijan hitam dapat meneutralkan radikal bebas sehingga dapat melewatkan pertumbuhan ubah atau membuatkan rambut hitam tumbuh semula.
18/10/2020
Tips menggunakan Vaseline
1. Menyamarkan mata panda🐼
✨Caranya cukup dengan mengambil vaseline sedikit sahaja, lalu perah setengah buah lemon. Campurkan vaseline dengan air lemon, gaul sampai rata. Setelah itu tinggal sapukan ke bawah mata yang gelap. Biarkan selama 1 jam dan bersihkan dengan kapas. Lakukan penggunaan sampai seminggu dan lihat perubahannya.
2. Krim pencegah penuaan😘
✨Caranya ambil sedikit vaseline cukup atau untuk seluruh wajah. Lalu cairkan vaseline dengan cara letakkan semangkuk diatas air mendidih sampai mencair. Lalu tambahkan satu senduk makan gel aloe vera dan sedikit air mawar. Gaul sehingga rata. Cara mengaplikasikannya cukup dengan sapukan masker ke wajah sambil urutan pelahan. Biarkan semalaman dan bilas di pagi harinya.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Segamat
