Cik Mai Delicious

Cik Mai Delicious

Share

Berkongsi Resepi Masakan

03/11/2025

Semoga Bulan November Adalah Bulan Yang Banyak Membawa Rezki Bust Kita Semua.

26/06/2025

Sotong goreng lada🐙
Stgh kilo sotong
lada hitam 1 sudu kecil
halia 1 inci
Bwg kecik 3ulas
Bwg putih 1 ulas
Tumbuk ya bhn² di atas
dan gaulkan dgn sotong..yg di letakkan sedikit serbuk kunyit ..dan masukkan
sedikit garam..dgn gula(gaul kesemuanya)
Sebiji bwg besaq
Cili padi 6 biji
Cili merah sebiji
Sedikit daun bwg

Cara² :
Tumiskan sotong, masak sampai air sotong kering... kemudian
masukkan air asam jawa , pati ayam
masak sampai kuah pekat kemudian
Masukkan Bwg besar sebiji ,
cili padi..dgn cili merah dgn daun bwg...ttp api dh
siap blh di hidangkan☺

26/06/2025

DAGING GORENG REMPAH

Daging batang pinang ( untuk dapatkan daging yang lembut )

Bahan hirisan;
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Kunyit hidup ( optional )
Rempah kari daging
Rempah kari ikan
Rempah kurma
Gula nau sebesar ibu jari ( optional )
Garam

Daging yang dah di potong tu gaulkan dengan bahan hirisan tadi. Campur rempah kari daging, rempah kari ikan dan rempah kurma. Biarkan sekejap dalam 10 minit bagi diorang berbincang dulu dapat ke tak rentas negeri raya nanti.
Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang putih, bawang merah , halia dan kunyit hidup ( ambik sikit daripada yang kita nak buat perap tadi ).
Lepastu korang masukkan lah daging tadi. Gaul punya gaul punya gaul sampai rata dalam kuali kayangan korang tu.

Masukkan lah air sikit nak bagi rempah dan daging tadi berkuah sikit. Masak balik-balikkan sampai daging masak dan empuk.
Masak sampai pecah minyak tau. Selagi tak pecah minyak jangan berangan nak tutup api. Rotan tangan tu kang.
Last sekali bila dah nak masak perasakan dengan garam dan gula nau tadi. Rasa sedap ke tidak. Tak sedap pandai-pandailah adjust sampai sedap menjilat siku.
Dah tutup api, taburkan bawang hiris dan daun sup.

Dah siap !.

Kredit: Sarimah Salleh

Photos from Maisarah Yusuf's post 26/06/2025

Jangan lupa sahabat sahabat.

26/06/2025

RESEPI AIR ASAM KETAGIH

1. Sediakan bahan-bahan berikut.

- 2 biji bawang merah
- 1 biji bawang besar Holland
- 1 biji tomato
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci belacan
Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.

2. Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan;

- 1 biji lemon dan sebiji limau nipis.
Perah jusnya. Asingkan biji. Ambil sekali sari buah.
- 3 tangkai cili padi hijau
- 3 tangkai cili padi merah

3. Masukkan semua bahan tadi dalam pengisar.

Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa.
(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)

* Ikut kepekatan yang diingini*

4. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.

5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.

6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.

- Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Sedia dihidangkan.

* Untuk kelainan rasa air asam versi Thai, boleh juga masukkan hirisan daun ketumbar dan bunga kantan.

Jika ingin tambahkan sekali hirisan lemon, kawan perlu terus menikmati air asam. Tak boleh biar lama. Sebab pahit kulit lemon akan merosakkan rasa air asam.

cikgu afy

26/06/2025

Resepi ikan Bakar sambal

Bahan- bahan :
Ikan pari Tuka saiz sederhana
Daun pisang
4 biji Bwg besar*
3 ulas Bwg putih*
10 tangkai cili kering* (nak pedas boleh tambah cili padi merah)
1 inci lengkuas*
1 1/2 inci halia*
2 btg serai*
3 biji buah keras*
20gm belacan*
Air asam jawa
Garam
Gula melaka
Msg

Untuk hiasan:
Limau kasturi/ limau nipis
Cencaluk ( lupa nk beli cencaluk, buh limau je ler 😀

Cara² :
Blend semua bahan bertanda*
Tumis sampai pecah minyak atau naik minyak 🤔🤔hahaha, apa² lah😅.. , masuk air asam jawa, garam, gula dan msg, siap.
Tuang sambal atas ikan pari yg dibakar atas griil/pan..
Selamat mencuba

Anna Aziz

26/06/2025

RESEPI SOTONG GORENG TEPUNG

Bahan:
4 ekor sotong (saiz sederhana besar)
1 cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
3 sudu besar tepung beras
1 biji telur, dipukul
Garam
Serbuk lada putih
Serbuk lada hitam
Serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:
Bersihkan sotong dan tos. Hiris kasar dan gaul dengan sedikit garam.
Di dalam mangkuk, campurkan tepung, garam secukup rasa, kunyit dan serbuk lada hitam dan putih.
Asingkan adunan tepung itu dan masukkan ke dalam dua mangkuk berbeza. Masukkan telur yang telah dipukul ke dalam salah satu daripadanya dan kacau hingga sebati.
Panaskan minyak.
Gaulkan hirisan sotong dengan campuran tepung dan telur tadi.
Kemudian ambil hirisan sotong dan salutkannya satu persatu dengan tepung yang tidak dicampur dengan telur.
Goreng dengan minyak yang sudah panas dengan api sederhana.

Photos from Maisarah Yusuf's post 26/06/2025

Ingatkan harga mahal, rupanya mur mur aja. Puas hati betul dengan keadaan musim panas ni asyik dahaga saja. Dah la tahan sejuk 8 jam.

Siap ada lubang tuk straw lagi wei. Korang tengok design kat bawah.https://s.shopee.com.my/AA5hefEviO

26/06/2025

SAMBAL BELACAN SIAM 🌶 resepi keluarga tiap kali kenduri. Alhamdullilah ada kawan yg buat jualan. Kalau nak tengok gambar yang sebelum ni boleh klik link kat bawah 👇🏼

RESEPI SAMBAL BELACAN SIAM 🌶🌶

Bahan²
1 mangkuk cili padi merah
1/2 mangkuk cili padi hijau
1 labu bawang putih ***
1 labu bawang besar holland ***
1 inci belacan ***
1/2 cawan air asam jawa
5- 6 sdb besar cuka makan
Garam, gula & ajinomoto secukup rasa

Kalau nak lagi sedap tambah 1 labu bawang putih jeruk dan airnya sekali.

Cara²
1) Bakar bahan² yang bertanda ***.
2) Kemudian blend kesemua bahan² yang dibakar bersama² dengan cuka dan air asam jawa. Tuangkan kedalam mangkuk besar.
3) Masukkan gula, garam dan ajinomoto. Kacau rata² dan nampak berkilat.
4) Dahhh siap boleh hidang dgn ikan rebus yg digoreng beserta ulam² . Makan jgn menambah sgt, ingat diet sama😅 Sedap jgk cicah dgn terung bakar dan ulam2 yang dicelur.

26/06/2025

Sotong goreng lada🐙

Stgh kilo sotong
lada hitam 1 sudu kecil
halia 1 inci
Bwg kecik 3ulas
Bwg putih 1 ulas
Tumbuk ya bhn² di atas
dan gaulkan dgn sotong..yg di letakkan sedikit serbuk kunyit ..dan masukkan
sedikit garam..dgn gula(gaul kesemuanya)
Sebiji bwg besaq
Cili padi 6 biji
Cili merah sebiji
Sedikit daun bwg

Cara² :
Tumiskan sotong, masak sampai air sotong kering... kemudian
masukkan air asam jawa , pati ayam
masak sampai kuah pekat kemudian
Masukkan Bwg besar sebiji ,
cili padi..dgn cili merah dgn daun bwg...ttp api dh
siap blh di hidangkan☺

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Seri Kembangan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address

Seri Kembangan
43300