Madu Kelulut Tulin MyIqra
Stingless Bee Honey
23/02/2024
Jawapan kepada isu madu
MADU TUALANG LEBIH BERKHASIAT BERBANDING KELULUT ?
Madu kelulut tinggi bahan antioksidan ringkas berbanding madu tualang dan bahan ini mudah serap (0.5 jam hingga 1 jam). Antioksidan ringkas dalam madu kelulut dikenali sebagai asid fenolik.
Sesetengah bahan antioksidan juga tinggi dalam madu tualang. Antara bahan antioksidan dalam madu tualang adalah flavonoid. Tetapi, struktur kimianya agak besar berbanding asid fenolik dalam madu kelulut.
Asid fenolik lebih mudah diserap berbanding flavonoid. Tetapi, penyerapannya bergantung kepada teknik pengambilan madu tersebut. Contohnya elakkan memakan protein dan lemak bersama-sama madu kelulut.
Walaupun madu tualang mengandungi bahan flavonoid dan agak lambat serap (biasanya 5 - 24 jam), bahan ini juga akan dapat dipecahkan dan diserap dalam badan, jika mengikut teknik pengambilan madu yang betul.
Kualiti sesuatu jenis madu lebah atau kelulut sebenarnya sangat bergantung kepada makanan lebah tualang dan kelulut itu sendiri.
Madu kelulut atau tualang yang tinggi khasiat hanya akan diketahui selepas ia dianalisa di makmal.
Jadi, semua madu tulen ada kebaikan tersendiri.
Moga pencerahan ini bermanfaat.
Principal Scientist
Pengerusi WG Standard Madu Kelulut Malaysia
Kalau berminat nak dapatkan madu tulin, sila rujuk link di bawah..
IQRA LEGACY SOLUTIONS sayajual.io | IQRA LEGACY SOLUTIONS | Ahmad Zabarudin Mohd Nor
06/12/2023
Minum Madu Bersama Air Suam Pada Perut Yang Kosong Dan Inilah Yang Berlaku.
Madu adalah bahan semulajadi terbaik yang boleh dimakan setiap hari. Minum madu bersama air suam membantu badan. Ia adalah salah satu ubat semula jadi yang tertua dan berkesan. Mulakan hari dengan secawan air suam dan madu adalah lebih bermanfaat daripada secawan kopi/teh. Ini digabungkan dengan sarapan pagi yang seimbang dan berkhasiat menjadikan badan bertenaga sepanjang hari.
Kebaikan Madu dengan Air Suam dengan Perut Kosong:
1. Memperbaiki Penghadaman: Air suam merangsang sistem penghadaman membantu mencerna dan membuang toksin.
2. Mencegah Sembelit: Air suam merangsang pergerakan usus dan mengelakkan sembelit.
3. Melegakan Sakit perut: Air suam mempunyai kesan santai pada badan membantu mengendurkan otot perut untuk melegakan kekejangan Dan sakit perut.
4. Penurunan Berat Badan
5. Memperbaiki Peredaran :
Air suam merangsang penyingkiran timbunan lemak dari badan, membantu dalam penyingkiran toksin yang beredar dalam badan, melancarkan peredaran dan membersihkan darah.
6. Mencegah Penuaan Pramatang: Air suam merangsang detoksifikasi dan mencegah banyak penyakit.
7. Mengurangkan Keradangan: Madu mengandungi flavonoid dan polifenol yang bertindak sebagai antioksidan dan membantu dalam melawan keradangan dan membantu dalam mengurangkan keradangan kronik.
8. Peningkatan Tenaga:
Madu penuh dengan gula semulajadi yang memberikan lebih tenaga, penghidratan dan meningkatkan aliran darah ke otak.
9. Bertindak Seperti Antibiotik: Madu mempunyai kesan antibakteria dan melawan mikroorganisma patogen dan bukan patogen.
10. Meningkatkan Imuniti:
Madu membantu dalam membersihkan jangkitan dan merangsang sistem imun badan.
11. Mencegah Alahan Kronik: Campuran madu Dan air suam membantu badan untuk membangunkan antibodi secara semula jadi dan membangunkan imuniti terhadap alahan atmosfera.
12.Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung:
Ia meremajakan urat serta arteri dalam badan dan membantu dalam mengurangkan kandungan kolesterol dalam darah sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung.
13. Membilas Toksin:
Campuran madu Dan air suam membantu dalam detoksifikasi badan dan menyingkirkan radikal bebas berbahaya daripada badan.
14. Ubat Sakit Tekak dan Batuk: Sifat antimikrob dan antioksidan madu membantu dalam memberikan kelegaan segera daripada sakit tekak dan batuk.
15. Meremajakan Kulit:
Campuran madu Dan air suam adalah minuman paling sihat dan membantu dalam mengekalkan penghidratan kulit. Ini disebabkan oleh sifat penggalak dan penyembuhan kolagen madu yang juga membersihkan dan memberikan cahaya kepada kulit dengan meningkatkan pembentukan sel darah.
Berminat, sila klik
IQRA LEGACY SOLUTIONS sayajual.io | IQRA LEGACY SOLUTIONS | Ahmad Zabarudin Mohd Nor
08/06/2023
08/03/2023
08/03/2023
Apakah khasiat madu kelulut kepada kesihatan badan?
Pengenalan
Anda pasti sudah terbiasa dengan istilah madu kelulut bukan? Tahukah anda ap aitu madu kelulut? Madu kelulut adalah sejenis madu yang dihasilkan oleh lebah yang tidak menyengat.
Nama saintifik lebah yang menghasilkan madu kelulut ialah Trigona spp. Lebah kelulut ini boleh didapati di kawasan-kawasan tropika seperti Asia Tenggara.
Sering kali kita mendengar bahawa madu kelulut ini mempunyai pelbagai kebaikan terhadap kesihatan. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan tentang kelebihan madu kelulut terhadap kesihatan.
Kandungan Nutrisi
Berikut merupakan kandungan nutrisi yang terdapat di dalam madu kelulut.
Kalori: 300kcal/100g
Glukosa: 8.10–31.00%
Fruktosa: 31.11–40.20%
Sukrosa: 0.31–1.26%
Kalsium: 0.017%
Kalium: 0.07%
Magnesium: 0.0012%
Komponen Berkhasiat
Oleh kerana terdapat pelbagai spesis lebah kelulut, maka kandungan komponen yang terdapat di dalam madu kelulut mungkin berbeza mengikut spesis.
Antara kandungan berkhasiat madu kelulut adalah kandungan fenoliknya yang tinggi seperti asid benzoik, asid fenilpropanoik, asid 4-hydrosibenzoik dan lain-lain lagi. Selain itu, terdapat juga enzim di dalam madu ini iaitu enzim diastase dan invertase.
10 Khasiat Madu Kelulut Kepada Kesihatan
1. Melindungi pankreas
Panckeas adalah salah satu organ yang berfungsi untuk menghasilkan insulin dan glukagon untuk mengawal paras gula di dalam darah dan kerosakkan pada pancreas sudah semestinya dapat menjejaskan pengawalan paras gula di dalam darah.
Di dalam satu kajian yang dijalankan terhadap haiwan, didapati bahawa pemberian madu kelulut berfungsi untuk melindungi pankreas dari kerosakkan.
2. Merawat luka
Madu kelulut digunakan secara tradisional pada zaman dahulu oleh untuk menyembuhkan luka. Madu kelulut yang disapu pada bahagian luka dapat mewujudkan keadaan yang bersih di kawasan luka.
Madu ini turut mewujudkan aktiviti angiogenik di mana proses ini akan membantu penghasilan sel baharu.
3. Bersifat antimikrob
Kajian telah mendapati bahawa madu kelulut mempunyai sifat antimikrob yang baik di mana ianya dapat mencegah aktivti bakteria S.aureus, Bactilus cereus, Pseudomonas aeruginosa dan lain-lain.
Kebaikkan ini menjadikan madu kelulut sebagai salah satu potensi besar yang boleh digunakan di dalam perawatan dan kesihatan.
4. Bersifat antioksida
Setiap jenis lebah yang berbeza sepsis mampu menghasilkan madu yang mempunyai sifat yang berbeza. Kajian telah mendapati bahawa madu kelulut yang dihasilkan oleh spesis lebah bernama T. angustula dan Plebetawittmannt mempunyai sifat antioksida yang tinggi.
Kandungan flavonoid dan polifenol yang tinggi di dalam madu ini yang menyumbang kepada sifat antioksida ini.
5. Merawat penyakit mata
Satu kajian telah dijalankan ke atas haiwan untuk mengkaji kesan penggunaan madu kelulut ke atas haiwan yang mempunyai katarak mata yang disebabkan oleh bahan kimia. Kajian ini mendapati bahawa penggunaan madu dapat menyekat aktiviti sodium selenite yang menyebabkan katarak mata pada haiwan berkenaan.
6. Bersifat antiobesiti
Satu kajian terhadap haiwan telah dijalankan untuk mengkaji kesan pemberian madu kelulut ke atas perubahan berat haiwan tersebut. Kajian ini mendapati bahawa pemberian madu kelulut menunjukkan penurunan di dalam j***m indeks tubuh, peratus kenaikkan berat dan indeks adipositi.
7. Mengawal paras kolesterol
Tahukah anda bahawa kolesterol di dalam badan kita terbahagi kepada dua iaitu kolesterol baik dan kolesterol tidak baik. Kajian yang dijalankan ke atas haiwan telah mendapati bahawa pemberian madu kelulut dapat menurunkan paras trigliserida dan LDL iaitu sejenis kolesterol yang tidak baik dan meningkatkan paras HDL iaitu kolesterol baik.
8. Meningkatkan ingatan dan mengurangkan kegelisahan
Kajian telah dijalankan ke atas haiwan untuk mengkaji kesan madu kelulut keatas kesihatan neurologi, haiwan tersebut. Kajian menemukan bahawa haiwan yang diberi madu kelulut menunjukkan penurunan dari segi kegelisahan dan peningkatan dari segi memori dan ingatan.
9. Mencegah kerosakkan sperma
Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji kesan oksidatif madu kelulut yang dihasilkan oleh lebah Trigona spp. Kajian ini dijalankan ke atas haiwan dan hasil kajian menunjukkan bahawa pemberian madu kelulut dapat meningkatkan kualiti sperma yang dihasilkan oleh haiwan diabetik dan mencegah kerosakkan sperma dan te**is haiwan tersebut.
10. Bersifat anti kanser
Selain bersifat anti oksida dan anti inflamasi, madu kelulut juga ditemui mempunyai sifat anti kanser. Kajian telah dijalankan untuk mengkaji potensi madu kelulut yang dihasilkan oleh lebah Heterotrigona itama sp di dalam perawatan kanser. Kajian ini mendapati bahawa madu kelulut dapat mencegah pengecutan nuklaer, kondensasi kromatin dan pemecahan nucleus.
Terdapat banyak kebaikan yang ditawarkan oleh madu kelulut terhadap kesihatan. Walaupun begitu, bagi anda yang mempunyai masalah kesihatan, anda haruslah mendapatkan nasihat dari pegawai perubatan terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa makanan tambahan untuk mengelakkan masalah dikemudian hari.
Berminat untuk dapatkan madu kelulut tulin?
Sila klik di bawah;
https://app.sayajual.io/public/catalogue/iqra-plt/63B50646BD2788.40145431
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Shah Alam
40150
