Qurban Bersama Yayasan Ade Azhar
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Qurban Bersama Yayasan Ade Azhar, Health/Beauty, No 66-A, Jalan Pelabur 23/A, Seksyen 23, Shah Alam.
Ustazah, masa arwah ibu saya masih hidup dia teringin untuk buat ibadah qurban namun dek kerana masalah kewangan, dia tak dapat buat.
Jadi boleh ke sekarang ini saya buat ibadah qurban dan niatkan pada arwah ???
Alhamdulillah,..
ini adalah salah satu program qurban yang telah dilakukan pada tahun 2022 bersama dengan pertubuhan worlwide.
Program ini dilakukan secara global namun masih tidak lupa pada mereka yang memerlukan di negara sendiri.
Jadikan ibadah qurban ini ibadah yang diwajibkan kepada diri sendiri walaupun dalam agama ianya adalah ibadah sunat muakad kepada seluruh muslim namun melakukan amal kebajikan dan menyebarkan kebajikan adalah perkara yang wajib.
Bersama kami, Yayasan Ade Azhar dengan kerjasama pertubuhan worldwide singapore untuk ibadah qurban, akikah dan juga wakaf pada tahun ini.
13/05/2024
SEJARAH ASAL USUL HAJAR ASWAD YANG RAMAI KURANG JELAS
Hajar Aswad ialah batu berwarna hitam kemerahan terletak di sudut selatan, sebelah kiri pintu Kaabah.
Awalnya ia berbentuk satu bongkah, tetapi sekarang berkeping-keping menjadi lapan gugusan batu kecil kerana pernah pecah.
Hal ini berlaku pada zaman pemerintahan Qaramitah, iaitu pengikut Abu Tahir daripada kumpulan Syiah, mencabut Hajar Aswad
Dan membawanya ke Ihsa (di timur semenanjung Arab) pada tahun 319 Hijrah (ada mengatakan pada 317 Hijrah) sebelum dikembalikan semula pada 339 Hijrah.
Asal usul dan warna Hajar Aswad, Rasulullah SAW bersabda, "Hajar Aswad itu di turunkan dari Syurga, warnanya lebih putih daripada susu dan dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam".
Hajar Aswad ialah batu yang sangat mulia. Ia diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s. agar diletakkan di salah satu penjuru Kaabah.
Pada zaman Nabi Muhammad SAW, ia diletakkan semula oleh baginda. Hajar Aswad menjadi tempat bertemunya bibir dikalangan nabi, orang soleh, jemaah haji dan umrah sepanjang zaman.
Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah s.w.t..
Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah s.w.t., sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.
Kepada yang menunaikan Ibadah Haji pada tahun ini, saya doakan semoga Tuan/Puan dikurniakan Haji Mabrur dan dipermudahkan segala urusan.
Kepada yang belum dapat menunaikan Ibadah Haji, saya doakan semoga Tuan/Puan termasuk saya sendiri dapat melaksanakan Ibadah Haji pada suatu hari nanti, InsyaAllah dengan izin Allah🤲🏻
10/05/2024
Alhamdulillah,...
Yayasan Ade Azhar akan berkerjasama dengan pihak Worlwide Selangor untuk menjalankan program Qurban secara global.
Program ini bertujuan membantu mereka yang memerlukan diluar negara dari segi bantuan makanan khususnya.
Mudah-mudahan program ini dapat menarik minat mereka yang ingin membantu saudara seagama yang sangat memerlukan perhatian.
Program ini juga akan dapat membantu pada mereka yang ingin menjalankan ibadah qurban dengan harga yang lebih murah berbanding dengan harga binatang qurban di peringkat malaysia.
Insya'ALLAH, ibadah dan juga bantuan ini akan mendapat menjadi penyaksian di akhirat kelak insya'ALLAH.
Ustazah Asni Mansur akan menjadi Duta atau sukarelawan kepada program ini.
Setiap pembayaran, haruslah melalui akaun bank Yayasan Ade Azhar sahaja, dan sekiranya tuan/puan menerima akaun bank yang selain daripada ini, itu adalah individu yang berniat untuk melakukan penipuan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Culinary Team
Attire
Contact the business
Telephone
Address
Shah Alam
40300
