Segar & Sihat dengan Jardinne

Segar & Sihat dengan Jardinne

Share

Heal with Nature
Enjoy every moment with Jardinne

23/09/2023

Terapi rendaman kaki dengan garam adalah salah satu cara terapi yg dapat melegakan kepenatan setelah seharian melakukan pelbagai pekerjaan.
Merendam kaki dengan garam ke dalam air dapat membantu mengeluarkan toksin dan kekotoran dari kulit anda.
Terdapat beberapa jenis garam bermanfaat kepada kesihatan kaki seperti Australian Sea Salt, Pink Himalayan Salt dan German Epsom Salt yang merupakan bahan utama dalam Jardinne Soak Therapy ini.
Australian Sea Salt adalah sejenis garam yang dituai dari perairan lautan sekitar Australia. Ia sering dianggap berkualiti tinggi kerana kualiti air bersih dari mana ia diperolehi.
Garam laut Australia adalah garam semulajadi yang kaya dengan pelbagai mineral seperti magnesium, kalium dan kalsium.
Ia dapat membantu membuang sel kulit mati, melembutkan kulit dan membantu melegakan ketegangan otot kaki. Ia juga bagus terutamanya untuk orang yang mengalami kulit kering atau pecah-pecah pada kaki mereka. Juga dapat membantu mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan pada kaki. Selain itu ia juga dapat membantu menyahtoksin dan kekotoran di bahagian yang di rendam.
Pink Himalayan Salt adalah sejenis garam batu yang dilombong dari kawasan Himalaya. Ia dipercayai sebagai salah satu bentuk garam paling tulen yang ada dan telah menjadi semakin popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana manfaat kesihatannya yang pelbagai.
Penggunaannya dalam rendaman kaki dapat membantu membersihkan dan menyahtoksik kulit pada kaki anda.
Mengandungi mineral seperti magnesium, kalium dan kalsium, yang boleh membantu meningkatkan peredaran, mengurangkan keradangan dan melegakan otot yang sakit.
German Epsom Salt juga dikenali sebagai magnesium sulfat, adalah sejenis garam yang telah digunakan selama berabad-abad lamanya untuk merawat pelbagai penyakit.
Salah satu manfaat utama adalah keupayaannya untuk mengurangkan keradangan dan bengkak pada kaki. Ia juga boleh membantu meningkatkan peredaran darah di kaki yang mampu mengurangkan risiko pembekuan darah.
Dengan meningkatkan peredaran darah, ia juga boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan untuk kecederaan atau luka pada kaki.
Secara keseluruhan, penggunaan 3 jenis garam ini dalam terapi rendaman kaki boleh menjadi cara yang sangat berkesan untuk penjagaan kesihatan anda.

16/09/2023

๐‰๐š๐ซ๐๐ข๐ง๐ง๐ž menyediakan 10 jenis Soak Theraphy untuk anda:

1. ๐๐ฅ๐š๐œ๐ค ๐’๐š๐ฅ๐ญ โ€“ Detox & Rejuvenate
Segarkan tubuhmu dengan Jardinne Black Salt. Membantu mengeluarkan kotoran dari dalam badan dan menjadikan tubuh berasa lebih segar dan bertenaga.

2. ๐Œ๐ข๐ฅ๐ค ๐’๐š๐ฅ๐ญ โ€“ Moisturizing
Manjakan kulitmu dengan Jardinne Milk Salt. Diperkayakan dengan susu kambing dan santan. Menjadikan kulit terasa lembut, gebu dan lembap.

3. ๐๐ข๐๐š๐ซ๐š ๐’๐š๐ฅ๐ญ โ€“ Relaxing & wellbeing
Sejahterakan dirimu dengan Jardinne Bidara Salt. Formulasi khas berasaskan daun bidara dan limau purut yang membantu menyegarkan badan, emosi dan minda.

4. ๐‚๐ซ๐š๐ฆ๐ฉ ๐’๐š๐ฅ๐ญ โ€“ Reduce Sore Muscles
Redakan cramp dan ketegangan otot dengan Jardinne Cramp Salt. Membantu meredakan cramp dan membenarkan otot berehat.

5. ๐…๐ฅ๐จ๐ฐ ๐’๐š๐ฅ๐ญ โ€“ Improve Blood Circulation
Lancarkan peredaran darahmu dengan Jardinne Flow Salt. Formulasi ini membantu melancarkan peredaran darah dan menjadikan dirimu berasa lebih segar dan bertenaga.

6. ๐’๐ฅ๐ž๐ž๐ฉ ๐’๐š๐ฅ๐ญ โ€“ Better Sleep
Nikmati tidurmu yang lebih lena dengan Jardinne Sleep Salt. Formulasi ini meningkatkan kualiti tidur, membuatkan dirimu tenang dan bangun tidur dengan segar serta bersedia menghadapi hari baru yang lebih indah.

7. ๐‚๐š๐ฅ๐ฆ ๐’๐š๐ฅ๐ญ โ€“ Alleviate Anxiety & Stress
Tenangkan dirimu dengan Jardinne Calm Salt. Diformulasikan untuk meredakan tekanan dan kegelisahan. Rasai pengalaman yang menenangkan dan membantumu reda dari tekanan harian.

8. ๐„๐ง๐ž๐ซ๐ ๐ฒ ๐’๐š๐ฅ๐ญ โ€“ Boost Mood & Energy
Hilangkan kelesuanmu dengan Jardinne Energy Salt. Membantu meningkatkan tenaga dan semangat. Menghasilkan mood positif untuk harimu yang lebih indah.

9. ๐…๐ฅ๐š๐ฎ๐ซ๐š ๐’๐š๐ฅ๐ญ โ€“ Refreshing & Healing
Tingkatkan aura dirimu dengan Jardinne Flaura Salt. Diformulasikan daripada 7 jenis bunga istimewa. Serlahkan keindahan aura dirimu yang mempersonakan insan-insan di sekelilingmu.

10. ๐’๐ž๐ง๐๐ข ๐’๐š๐ฅ๐ญ - Relieving Joint Pains
Segarkan tubuhmu dengan Jardinne Black Salt. Membantu mengeluarkan kotoran dari dalam badan dan menjadikan tubuh berasa lebih segar dan bertenaga.

16/09/2023

Memperkenalkan Jardinne Soak Therapy yang membuatkan hidupmu lebih tenang, segar dan bahagia.

SEJARAH

Sejak zaman dahulukala, budaya rendaman kaki dan badan telah merentasi pelbagai negara dan bangsa, khususnya negara Jepun, Rusia dan Turki .
Bermula dari tamadun Diraja Mesir sehingga tradisi rumah mandi Rom purba, budaya rendaman kaki dan badan terus diamalkan sehingga kini. Ia membantu memberikan ketenangan, meredakan tekanan dan โ€˜self-careโ€™ untuk diri sendiri.
Tradisi ini masih dihargai sehingga kini untuk jiwa moden yang sentiasa mencari ketenangan dan kesegaran.
MANFAAT
โœ…Membantu meredakan sakit sendi dan otot.
โœ…Meredakan keletihan dan meningkatkan tenaga.
โœ…Meredakan tekanan dan menenangkan fikiran.
โœ…Meningkatkan kualiti tidur dan kesegaran.
โœ…Meningkatkan kesihatan dan kecantikan kulit.
โœ…Membantu melancarkan peredaran darah.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Skudai?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address

Skudai
Skudai
81110