Eskayvie 2u
100% Bahan semulajadi, bebas steroid, halal & ada kelulusan KKM
28/02/2026
CERITA AKU YANG HILANG (PART 2)
Setiap hari sama.
Aku berfikir, dan akhirnya tertidur… lelah fizikal dan mental.
Dengan harapan, esok aku bangun semua akan baik-baik saja.
Pagi datang lagi.
Aku bangun dengan jiwa yang separuh, berharap hari ini lebih tenang.
Tapi… sangkaanku meleset.
Belum pun menginjak waktu dhuha, semuanya kembali berantakan.
Anak-anak bergaduh sana-sini.
Yang bayi menangis, menuntut perhatian.
Yang seorang lagi sibuk sepahkan rumah.
Huru-hara ini terasa sampai ke tulang.
Aku menjerit
Tapi suara jeritan aku sendiri tenggelam dalam tangisan dan gelak anak-anak yang bercampur-campur.
Aku cuba tarik nafas, cuba kawal diri… tapi segalanya semakin menekan.
Satu mainan terjatuh, air tumpah di lantai, buku berselerak…
Dan sesuatu dalam diriku pecah.
Aku menjerit lagi.
Aku menterbalikkan perabot.
Aku membaling apa saja yang ada di tangan.
Aku marah… hilang kawalan.
Segala penat, kecewa, dan luka hati tercurah tanpa rasa simpati pada dunia sekeliling.
Anak-anak menjerit lebih kuat, berlari ke sana sini, semakin mencampakkan aku ke dalam kegelapan emosi sendiri.
Aku hampir tidak mengenal diri sendiri.
Tiba-tiba… pintu rumah terbuka.
Suami pulang lebih awal.
Aku tidak sedar tanganku memegang sesuatu.
Sesuatu yang boleh saja mengenai dia.
Aku baling dan hampir kene padanya.
Segera, aku terhenti, dada berdebar kencang…
Realiti kembali menghantui aku.
Aku tersentak… tersedar dari kengerian yang aku ciptakan sendiri.
Aku tahu… aku tidak boleh terus macam ini.
Aku perlu cari jalan… sebelum semuanya menjadi lebih parah.
27/02/2026
“Doa Untuk Esok Yang Tenang”
Ya Allah…
Malam ini aku penat,
bukan pada tubuh,
tapi pada hati yang kadang tak mampu lagi menahan rasa.
Esok bila aku bangun,
aku tak mahu marah-marah,
tak mahu suara tinggi mengalahkan sabar,
tak mahu emosi menguasai akal.
Ya Allah…
bangunkan aku dengan jiwa yang lembut,
dengan hati yang lapang seluas langit pagi,
dengan senyum yang lahir bukan dibuat-buat,
tapi dari tenang yang Kau titipkan.
Jika ada kata yang menyakitkan,
jadikan aku kuat untuk diam.
Jika ada ujian yang datang,
jadikan aku matang untuk menghadapi, bukan melarikan diri.
Aku tak mahu hidup dalam stress yang tak berpenghujung,
aku tak mahu hari-hari berlalu tanpa rasa syukur.
Aku cuma mahu bahagia…
bahagia yang sederhana,
yang cukup dengan redha-Mu.
Ya Allah…
ajar aku kawal marah sebelum ia membakar,
ajar aku peluk sabar sebelum ia hilang,
ajar aku percaya bahawa setiap yang berlaku
adalah cara-Mu mendidik aku jadi lebih kuat.
Esok…
biarlah aku bangun sebagai versi diriku yang lebih tenang,
lebih matang,
lebih bersyukur.
Dan jika aku lupa,
ingatkan aku bahawa bahagia itu
datangnya dari hati yang dekat dengan-Mu.
Aamiin. 🤍
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
08600
