Petua Tok Mad
Harini TokMad nak kongsi Petua.....
14/04/2024
Sesiapa pun kita di masa lalu bukan bererti kita tak layak untuk jadi yang terbaik hari ini. Begitu juga orang di sekeliling kita.
Siapa pun mereka dahulu bukan bermakna mereka tak layak untuk jadi soleh dan solehah hari ini dan akan datang.
Maka, eloklah kita berbaik sangka. Boleh sahaja mereka bertaubat dan akhirnya menjadi hamba yang bertaqwa.
Salam 5 Syawal buat semua kesayangan Allah ❤️
26/03/2024
Kekurangan bukan satu penghinaan. Andai hari ini kita miskin, jangan pernah kita anggap kemiskinan itu satu kehinaan buat kita.
Sangka baik dengan Allah.
Maka jangan rasa diri teruk atau rendah diri yang tidak sepatutnya. Mungkin di sebalik kekurangan itu, ada kelebihan lain yang Allah berikan lebih daripada yang ada pada orang lain.
Ingat kawan-kawan,
Sesuatu yang hilang akan Allah ganti dengan yang lebih baik.
Yakinlah.
Salam 15 Ramadan buat semua kesayangan Allah ❤️
Apakah gejala penyakit diabetes mellitus?
Gejala yang ditunjukkan oleh pesakit diabetes mellitus jenis 1 bermula 1 minggu atau lebih sebelum kanak-kanak tersebut betul-betul sakit. Anak anda mungkin mengadu:
Kerap kali kencing dan air kencing banyak (siang dan malam).
Rasa haus yang amat sangat.
Berat badan menurun.
Rasa letih lesu dan kurang tenaga.
Perhatian: (Kencing malam) pada kanak-kanak yang telah terlatih mengawal pundi kencingnya dikenali sebagai “secondary enuresis”. Sekiranya anak anda mengalami masalah ini, diabetes mellitus haruslah disyaki.
Gejala tambahan yang sering berlaku pada kanak-kanak:
Sakit perut dengan atau tiada muntah.
Sakit kepala.
Masalah tingkah laku.
Mudah mendapat jangkitan terutama di kulit.
Sekiranya gejala ini tidak dikenal pasti awal, kemungkinan besar anak anda akan mengalami “diabetic ketoacidosis” (DKA).
17/03/2024
Daun Bismillah Ni Banyak Khasiat
- buat ubat kencing manis & darah tinggi
Caranya:
Rendam dalam air panas. Tutup. Dah sejuk minum. Dan jadikan amalan harian.
Assalamualaikum, selamat pagi salam ramadan hari ke-3
11/03/2024
Assalamualaikum, selamat pagi semua.
Semoga bulan ini kita semua diberikan kesihatan yang baik untuk gandakan segala amalan.
Kejar betul² untuk bulan ni. InsyaAllah kita semua dipermudahkan 😊
11/03/2024
🤲🏻
10/03/2024
Sekarang tengah musim bunga cica, apa yang seronok bila dah musim bunga ni dapat lah kita buat lepat bunga cica, rasa kelainan dia buat teringat-ingat...setahun sekali ja boleh rasa ni. Sapa kat sini pernah rasa?
Assalamualaikum, tujuan tok mad buat page ni untuk berkongsi dengan tuan/puan khasiat dan rahsia alam semulajadi yang kadang kita tak sedari cukup berguna untuk kita.
Semoga tuan/puan sudi lah ikuti tok mad 😊
Banyak yang Tokmad nak kongsikan selagi masih ada kekuatan untuk menulis..
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Sungai Petani
