Berkat Jaya
Mengedar produk makanan
Semoga dipermudahkan & diberkati Allah taala. Aamiin
24/08/2025
*MADU LEBAH : WARISAN ILMU DAN PENAWAR DAYA INGATAN*
Ramai ibu bapa mengimpikan anak-anak mereka menjadi insan yang cerdas, cergas dan kuat hafalan. Namun seringkali mereka terlepas pandang akan salah satu warisan makanan sunnah yang agung, iaitu *madu lebah asli* — yang sejak zaman para ulama salaf telah dikenali sebagai pemangkin kecerdasan dan daya ingatan.
Diriwayatkan bahawa,
_Al-Laits berkata, “Az-Zuhri pernah berkata: Tidaklah sesuatu yang telah melekat di hatiku, lalu aku lupa selepas itu.” Beliau amat menjaga pemakanan dan menjauhi epal, namun gemar meminum madu, kerana katanya, “Madu itu dapat mempertajam ingatan.”_
Siapakah Imam Az-Zuhri ini?
Imam adz-Dzahabi, seorang ulama besar dalam bidang sejarah dan biografi, menyebut:
_“Di antara tanda kekuatan hafalan Imam Az-Zuhri ialah beliau mampu menghafal keseluruhan al-Quran hanya dalam tempoh lapan hari.”_
(Siyar A‘lām al-Nubalā’)
Ini bukan sekadar cerita silam.
Berdasarkan penyelidikan moden, satu kajian klinikal yang diterbitkan dalam jurnal ilmiah (Zahiruddin Othman, “Potential Role of Honey in Learning and Memory”, 2015) telah membuktikan kesan luar biasa madu Tualang terhadap memori ma**sia.
Kajian ini melibatkan 102 wanita sihat pasca-menopaus yang dibahagikan kepada tiga kumpulan rawatan selama 16 minggu:
1. Kumpulan kontrol (tanpa sebarang rawatan),
2. Kumpulan yang menerima terapi hormon sintetik (estrogen dan progestin)
*3. Kumpulan yang diberikan 20g madu Tualang (lebih kurang satu sudu besar sehari).*
Keputusan kajian menunjukkan bahawa kumpulan yang mengambil madu Tualang mengalami peningkatan daya ingatan yang signifikan, setanding dengan mereka yang menerima terapi hormon.
⸻
Kesimpulan: Kembali kepada Sunnah, Menuju Kecerdasan
Jika kita yang telah berusia mula merasakan gejala pelupa, atau jika anak-anak kita sedang menuntut ilmu dan menghafaz al-Quran, maka janganlah kita abaikan amalan sunnah yang terbukti manfaatnya — iaitu pengambilan madu lebah asli, khususnya madu Tualang.
Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Nahl (16:69):
_“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, padanya terdapat penawar bagi ma**sia…”_
*Minumlah dengan niat lillāh, ajarkan anak-anak untuk menyebut Bismillah, dan sematkan dalam hati bahawa makanan ini bukan sekadar minuman — tetapi warisan kenabian yang menyembuhkan dan mencerdaskan.*
08/05/2025
_Setiap rezeki sudah ditetapkan. Yang penting, usaha kita untuk mendapatkannya dengan cara yang baik dan berkah."_
Kadang-kadang, nikmat itu Allah beri sekejap sahaja. Siapa yang cepat bersyukur dan bertindak, dia dapat. Siapa yang bertangguh, mungkin terlepas.
Macam rezeki madu asli ini. Hari ini masih ada stok, esok mungkin dah habis.
🌿 Madu ini bukan sekadar pemanis, ia adalah penawar.
*✅ Sunnah Rasulullah ﷺ – Baginda amalkan minum madu di pagi hari dibantu air (Kitab: Zaadul Ma'ad)*
*✅ Tenaga & imuniti lebih kuat – tubuh terasa segar*
*✅ Khasiat dari lebah hutan liar – 100% asli, tanpa campuran*
*_Berapa ramai yang mahu jaga kesihatan, tapi selalu bertangguh? Sampai satu hari, bila tubuh dah bagi ‘peringatan’, baru mahu cari ikhtiar._*
Kalau kita ada peluang untuk ikhtiar lebih awal, kenapa perlu tunggu?
Yang dah lama niat nak cuba madu Tualang asli, ini masanya.
*🌟 Tinggal beberapa botol terakhir sahaja.*
*🌟 Siapa cepat, dia dapat.*
30/04/2025
* BATUK BERKAHAK, GASTRIK & GATAL² MENGGUNAKAN MADU QUAD*
__Dipetik dari buku ENSIKLOPEDIA RAWATAN PENYAKIT DENGAN MADU LEBAH_ Abdullah Al Qari
22/09/2024
*Buasir dan manfaat dari Madu Tualang?*
__________
Masalah sembelit dan buasir saling berkaitan erat. Jika tidak dilakukan rawatan yang tepat maka gangguan itu akan semakin berat.
Buasir atau istilah medik nya hemorrhoid ialah pelebaran saluran darah di bagaian a**s hingga menyebabkan aliran darah terhalang dan terjadi pembengkakan.
Jika buasir kecil kadang tidak ada gejala hingga pesakit ambil mudah dan akhirnya berkembang jadi besar dengan pelbagai gejala timbul antaranya rasa sakit di dubur dan berdarah saat buang air besar.
Buasir dapat disebabkan oleh beberapa hal:
1. Kurang gerak/terlalu b*k duduk
2. Kehamilan
3. Hubungan seks songsang (sodomi)
4. Sembelit yang berpanjangan
Penyakit buasir ini sebenarnya dapat dicegah dengan perubahan gaya hidup antaranya,
1. Pastikan bila anda keluar membeli belah, jangan lupa sayur, buah-buahan, sereal atau bijirin.
2. Lakukan senam mudah seperti Kegel atau senaman Melayu dengan memusatkan latihan pada bahagian a**s.
3. Minum air yang cukup (jangan biarkan bibir kering, kulit kering, atau air kencing terlalu keruh).
4. Elakkan dari angkat benda berat.
5. Amalkan minum Madu Tualang yang dijamin ketulenan nya kerana Madu dapat mengatur fungsi gastrointestinal (usus) dan menormalkan rembesan asid gastrik.
Kajian eksperimen mengesahkan bahawa Madu mempunyai kesan meningkatkan gerakan peristalsis usus dan dapat memendekkan masa buang air besar dengan ketara. Bagi orang yang mengalami masalah pencernaan dan sembelit biasa, penggunaan Madu setiap hari dapat memberi kesan penyembuhan.
----------------
Terapi tambahan:
----------------
1. Lakukan bekam di bahagian pinggang untuk membantu proses penyembuhan.
2. Sebaiknya amalkan juga herba yang bersifat antiradang bertujuan mengurangi bengkak dan rasa sakit seperti Habbatussauda Habasyi/Suriy dan Zaitun Dara Tursina untuk melancarkan peredaran darah.
3. Selalu senyum dan berpuasa sunnah Isnin Khamis.
Ubat merupakan pilihan terakhir jika cara–cara alami belum mampu mengatasi hal tersebut. Segera konsultasi ke doktor jika sembelit belum dapat di atasi dengan cara diatas. Dikhawatiri berlakunya perubahan anatomi seperti sumbatan di bahagian usus tertentu. Bagus dilakukan pemeriksaan endoscopy untuk menegakkan diagnos yang tepat.
Wallahua'lam
Sumber: Jabatan Penyelidikan Quadmeds
10/08/2024
*SENGAT LEBAH MADU TUALANG PALING PANJANG DI DUNIA!*
=========
5 mm.
Baju 3 lapis pun tembus.
Inilah sebab paling utama mengapa Team Pemburu Madu Quad nekad meredah hutan belantara menjejaki koloni lebah madu Tualang.
"Boleh dapat banyak ke madu ni?"
Inshaallah, sangat memungkinkan.
Tahukah anda bahawa 50% tumbuhan hutan tropika khatulistiwa didebunga oleh lebah gergasi ini?
"Selagi ada hutan, selagi itu ada lebah Tualang. Selagi ada lebah Tualang, selagi itu ada MADU TUALANG."
Kelebihan sengat ini,
(1) lebah Tualang dapat melindungi dirinya dari makhluk perosak seperti beruang, kumbang, anai-anai, black soldier fly, helang, dan cicak.
(2) berfungsi sebagai antibakteria, antivirus dan antikulat semulajadi sehingga ia tak perlu diberi antibiotik sebagaimana lebah ternak.
(3) sukar diternak oleh mana-mana teknologi ma**sia menyebabkan madu yang terhasil 100% dari alam tanpa campurtangan penternak.
(4) bau sengat yang khas sukar ditiru oleh pemalsu madu.
Giant honeybee ini adalah nikmat Allah swt yang cukup besar kepada kita kerana hanya terdapat di hutan alam Melayu saja.
Dapatkan Madu Tualang jenama Quad kerana ia direct dituai oleh pemburu madu.
10/01/2024
*Promosi Madu Tualang Quad tahun baru 2024 kembali lagi!*
Harga promo kaw-kaw setiap 8 Pakej Pembelian Combo Madu Quad Tualang.
[ Bermula dari 9 Januari 2023 sehingga 31 Januari 2024 ]
Stok fresh madu baru sahaja di turunkan dari pokok Tualang.
Stok kalendar adalah terhad kepada 1000 pembeli terawal sahaja.
25/09/2023
Nota Quad #
Maashallah 😍😍😍
Doktor perubatan senior ini borong Madu Tualang sampai 795 hengget!
Luar biasa. Memang berbeza antara orang yang ada ilmu kesihatan dan yang tidak peduli langsung tentang kesihatan.
Manfaat madu lebah diceritakan dalam semua kitab suci agama samawi.
Menunjukkan ia nya penting, penting, dan penting!
Kemampuan Madu Lebah membunuh kuman penyakit, bunuh virus, dan tinggi antioksidan membuatkan pengamal nya terhindar dari pelbagai jangkitan, sakit kronik dan degeneratif seperti jantung.
09/07/2023
Hal ini adalah normal ya Tuan Puan.
Pengalaman kami menuai Madu Tualang hutan yang berwarna terang, dia akan menggelap dengan sendiri nya.
Kebiasannya, madu Tualang berwarna kuning keemasan akan menggelap menjadi coklat keemasan. Sementara madu berwarna coklat/merah keemasan akan menjadi hitam keemasan (atau semakin gelap).
Fenomena ini disebut self pigmentation. Ia tidak mengurangi khasiat Madu lebah sama sekali. Analoginya sama seperti produk yang berasal dari alam lainnya seperti minyak sawit, minyak zaitun, minyak Habbatussauda, wine, dan sebagainya yang juga menggelap dengan sendirinya.
Malah ditemukan Madu di kuburan Firaun, yang warna nya sudah kehitaman tetapi masih bagus walaupun sudah disimpan selama 5000 tahun.
Bermaksud, madu tiada tarikh luput nya.
Justeru sekiranya warna madu tidak berubah sejalan dengan waktu bermakna ia adalah Madu campuran pewarna industri.
Wallahua'lam
-catatan pemburu Madu Tualang-
MENGAPA 80% MADU DIPASARAYA ADALAH PALSU?
TERNYATA MALAYSIA DAN VIETNAM TEMPAT TRANSIT MADU DARI CHINA! 😱
Faktanya, tahun 2012 sahaja Malaysia masih mengimport 80% daripada keperluan madu lebah dari luar negara (terutama daripada negara China, Vietnam dan Australia) dengan jumlah import sebanyak 2,912 metrik tan (Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia).
Hantar sample ke makmal semua lulus.
Di China, banyak kes penternak memberikan air gula dan antibiotik untuk meningkatkan hasil produksi.
Kita bersyukur kerana Allah swt hanya mengurniakan lebah madu terbesar dunia Tualang (baca: Apis dorsata) kepada hutan alam Melayu yang kaya.
Kerja kita sebagai pemburu madu Tualang (team Quad), hanya menuainya ditengah hutan belantara.
30/12/2022
*PROMOSI SIHAT DIAMBANG 2023*
📣📣📣
*8 Combo Madu Tualang Asli Quadmeds untuk di miliki.*
Pastikan makanan natural ini ada di kediaman anda untuk manfaat kesihatan yang terbaik. Sesuai untuk seisi keluarga dan semua peringkat umur
Dengan setiap pembelian kombo, anda akan di hadiahkan dengan kalender Edisi 2023 untuk merancang aktiviti di tahun mendatang.
*Promosi ini berlangsung bermula Jumaat 30 Disember sehingga 5 Januari 2023 sahaja!
Dapatkan dari Ejen berdekatan. Madu Berlabel dari Malaysia dengan kelulusan MesTi KKM . Bukan madu campuran, bukan madu dari China. Tapi asli dari HUTAN. Minum tanpa WAS – WAS
Pastilkan Maduquad baru beli.
"Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi ma**sia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.” [Surah An-Nahl : 69]
09/10/2022
Berselawat kepada junjungan Nabi Muhammad SAW merupakan sebuah lafaz cinta kepada beliau yang kedua tertinggi selepas syahadah.
Sabda Rasulullah ﷺ:
وصلُوا علي فإِن صلاتكُم تبلغني حيثُ كُنتُم
“Dan berselawatlah ke atasku. Sesungguhnya selawatmu itu akan sampai kepadaku di mana jua kamu berada,” (Sunan Abu Daud – dinilai sanad yang Sahih oleh Ibn Hajar)
Sabda Rasulullah ﷺ:
أولى الناس بي يوم القيامة أكثرُهم علي صلاة
“Ma**sia yang paling utama disisiku di hari akhirat kelak adalah yang paling banyak berselawat ke atas ku,” (HR al-Tirmizi – dinilai Hasan)
Namun penting untuk difahami, memperbanyakkan selawat sahaja tidak mencukupi sebagai seorang pencinta baginda, kerana selawat merupakan sebuah usaha dalaman untuk mengukuhkan cinta kepada Rasulullah ﷺ.
Kita perlu menghidupkan semula sunnah Nabi Muhammad yang telah baginda tinggalkan dari sekecil-kecil sunnah Jabaliyah (seperti amalan minum Madu lebah) hingga sebesar-besar sunnah Qauliyah (seperti mengajak ma**sia sentiasa menuju ke arah kemajuan aqidah, akhlak, budaya, sosial, ekonomi, politik dan perjuangan baginda yang memberi kefahaman bahawa umat Islam haram untuk bersifat mundur dan pemalas!).
Hal ini disebut berdasarkan sebuah hadith yang sahih daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Muhammad ﷺ bersabda,
إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ
“Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.” [Riwayat Ahmad (8952)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai sahih dan sanadnya kuat]
Sudah berselawat hari ini?
* *
31/08/2022
*Merdeka! Merdeka! Merdeka!* 🎉🎉🎉
*Promosi 8 Set Combo Madu Quad Tualang sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-65.*
Super Jimat! Super Jimat!
HANYA BERLAKU BERMULA 31 OGOS 2022 sehingga 16 September 2022 (Hari Malaysia)
Jangan lepaskan peluang.
_"Bebaskan diri kita dari menuhankan siapa pun, cukup jadi hamba Allah ﷻ itulah kebahagiaan, kemuliaan dan keselamatan yang sesungguhnya, MERDEKA!"_
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Address
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |
