Dr Munzier Mahamud
Dekat di Hati, Teguh Berkhidmat
LEADERSHIP without fear, SERVICE without pause, LOYALTY without compromise
12/07/2026
Hari ini mewakili PAPISMA Sabah bersama Jabatan Amal Malaysia Tawau dalam program kursus Basic Life Support (BLS) dan kawalan penyakit berjangkit. Fokus penyertaan kali ini daripada guru-guru PASTI dan SRI Al-Fateh.
Dimulakan dengan slot kawalan penyakit berjangkit yang dikendali oleh Tuan Rozaimi, manakala slot first aid diisi oleh saya sendiri dan slot BLS dan demonstrasi diisi oleh Tuan Haiqal, Komandan JAM Tawau.
Besar harapan supaya ilmu dan praktikal yang ditunjuk menjadi ilmu yang bermanfaat bagi guru-guru kita terutama dalam penjagaan kesihatan dan keselamatan murid-murid di premis pendidikan masing-masing.
"Beramal kerana Allah"
Dr Munzier Mahamud
12 Julai 2026
SRI Al-Fateh BSI.
Tahniah buat kontinjen BSBJ PASTI TAWAU atas usaha dan komitment, juara bola sepak dan tempat kelima (saguhati) bagi bola jaring.
Barakallah fiikum.
28/06/2026
Alhamdulillah selesai ziarah asnaf dan kesihatan bersama rombongan lajnah kebajikan DMPKT dan DPPKT. Beberapa rumah sempat diziarahi dan bertanya khabar di sekitar Taman Sawit dan Kg. Balung Kokos.
Menyampaikan sumbangan berupa bakul makanan di samping bertanya tentang status kesihatan tuan rumah yang kebanyakannya merupakan warga emas. Dapatlah memberi sedikit nasihat kesihatan sambil mendoakan kesejahteraan mereka.
Terima kasih buat para penyumbang yang istiqamah berinfaq bagi menjayakan sumbangan berkala bakul makanan ini. Terima kasih juga kepada para muslimat yang membantu mencari penama asnaf yang memerlukan.
Insya-Allah kita akan teruskan kerja-kerja kebajikan untuk orang Balung. Biiznillah.
Dr Munzier Mahamud
28 June 2026
3.30 petang
17/06/2026
SALAM TAKZIAH
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Dengan penuh rasa dukacita, saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham ACP Jasmin bin Hussin, serta warga Polis Diraja Malaysia atas pemergian beliau.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosanya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Sesungguhnya pemergian insan yang berjasa merupakan satu kehilangan besar buat keluarga, sahabat dan masyarakat.
Al-Fatihah.
Dr Munzier Mahamud
Ketua Pemuda PAS Kawasan Tawau
17/06/2026
SALAM MAAL HIJRAH 1448H
Sempena kedatangan Tahun Baru Islam 1448 Hijrah, marilah kita sama-sama menghayati makna hijrah yang sebenar berpindah daripada kelalaian kepada ketaatan, daripada kelemahan kepada kekuatan iman, serta daripada perpecahan kepada penyatuan ummah.
Semoga tahun baharu ini membawa keberkatan, ketenangan dan kejayaan dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat.
“Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah, nescaya dia akan mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.”
(Surah An-Nisa’: 100)
Salam Maal Hijrah 1448H
“Berhijrah kerana Allah SWT”
Ikhlas daripada,
Dr Munzier Mahamud
Ketua Pemuda PAS Kawasan Tawau
16/06/2026
SALAM MAAL HIJRAH 1448H: SATU PERJALANAN, SEBUAH PENGORBANAN
Masa terus berputar tanpa henti, dan tanpa sedar kita kini melangkah setapak lagi ke dalam lembaran baharu kalendar Islam, 1 Muharram 1448H.
Hijrah bukan sekadar sebuah nota sejarah tentang perpindahan fizikal Rasulullah SAW dan para sahabat dari Makkah ke Madinah. Ia adalah lambang transformasi jiwa, pengorbanan yang tidak bertepi, dan manifestasi keimanan secara keseluruhan kepada perintah Allah SWT. Ia mengajarkan kita bahawa untuk mencapai sesuatu yang lebih besar dan diredhai, harus ada kesediaan untuk meninggalkan zon selesa.
Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran :
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk membela agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." — (Surah Al-Baqarah: 218)
Malah, dalam konteks kehidupan kita hari ini, Rasulullah SAW memberikan takrifan hijrah yang sangat dekat dengan hati kita melalui sabda Baginda:
"Dan orang yang berhijrah itu adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah." — (HR Al-Bukhari)
Semoga tahun 1448H ini menjadi saksi kepada peningkatan kualiti diri kita, baik sebagai hamba Allah, ahli keluarga, mahupun sebagai khalifah yang memberi manfaat kepada masyarakat di sekeliling kita.
Ampunkanlah segala dosa-dosa kami yang lalu, sama ada yang kami lakukan secara terang-terangan mahupun yang tersembunyi.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
91000
