asba_wahed

asba_wahed

Share

Kedai online yang memasarkan produk2 homemade dan 100% organic. Tujuan utama adalah untuk mengangkat produk2 IKS tempatan ke persada dunia.

Kita anak Malaysia maju seiring dengan globalisasi tanpa pinggirkan jatidiri kita.

14/09/2020

🌿Aura Aisy Secret Beauty Face Mist🌿

Photos from asba_wahed's post 13/09/2020

Bedak sejuk SERI RAJA SEHARI

02/09/2020

Alhamdulillah...

Iktiar guna Sabun Mandian Pokok Bulu Perindu Bidara Syifa..

GATAL BADAN HILANG
KUDIS CEPAT KERING

Dapat feed back begini semalam dari seorang kawan rapat time sekolah menengah sampailah kami sama-sama selesai Diploma Perakaunan di UiTM Menggatal Sabah tahun 2000.

Tidak ku sangka rupanya dia juga pengguna tegar sabun hijau Aura Aisy. Psssttt..! Dia tak beli dari aku. Cuma bila nampak aku malar sharing manfaat sabun ni dia terus wasap..heheee

Terimakasih Tuhan kerana mengelilingi ku dan menghantar orang yang baik- baik ke dalam hidup ku. Semoga aku kekal baik dan bertambah baik sehingga aku kembali kepadaMu.

"Inni tawalkaltu àlallah wa laa hawla wa laa quwwata illah billahil àliyyil àzieemm.."

01/09/2020

BIONIME - Alat pengesan gula dalam darah.

Beli masa mengandung 2018. Tiba2 dikesan kandungan gula dalam darah tinggi. Daripada sengsara ulang alik hospital 4 kali sehari, 2 kali sebulan..akhirnya aku beli sendiri alat ni. Senang hidup aku..hehee..
Mudah sahaja cara gunanya. User's
Manual pun masih ada lagi.

Kapas beralkohol pun masih ada tu.

Aku bagi pakej sekali dengan NovoPen4 dua batang brand novo nordisk. Pen ni aku dah beli siap jarum dia (Pen Needles-clickfine) yang paling halus iaitu 4mm. Cucuk pada kulit tak rasa apa2 sebab ini jarum yang paling halus. Pen ni masih utuh tempatnya. Kaler biru..kelassss. Ala ala beg pensil budak sekolah p**a.

Semua ni boleh beli dekat mana2 farmasi. Tapi yang ni aku beli dekat kedai farmasi Hospital Queen Elizabeth 1 di lobby hospital tu. Kedai farmasi milik hospital sendiri dah tentulah mereka lebih tau item mana yang sesuai. Aku tak payah beriya menerangkan. Just bagi tau apa penyakit aku dan doktor syorkan apa..staff tu dah tau apa benda yang kita perlukan... mudahkan..

Semoga bendalah ini bermanfaat kepada yang membelinya dan menambah pahala ku di sisinya...aamiinnn

Aku jual pada harga rm130 sahaja (termasuk postage semenanjung/Sabah/Sarawak)

Photos 28/08/2020

Jangan lupa esok...
Amalan atau perkara yang dianjurkan untuk dilakukan pada 10 Muharram.

1. Berpuasa

Diampunkan dosa setahun yang lalu.

2. Memotong kuku

Insya Allah gugur segala penyakit pada dirinya.

3. Mandi

Insya Allah, selamat dari penyakit pada tahun itu.

4. Bersedekah

5. Bersilatur rahim pada kaum kerabat

6. Mengusap kepala anak yatim dan beri hadiah padanya.

Mendapat pahala sebanyak rambut yang berada pada kepala anak yatim tersebut.

7. Memakai celak

Insya Allah selamat dari penyakit mata pada tahun itu.

8. Menziarahi orang alim atau orang soleh

Insya Allah Barokah hidupnya.

9. Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali

10. Membaca ayat kursi 360 kali

Insya Allah Selamat dari bencana.

11 Solat sunat

12. Meluaskan nafkah kepada Ahli keluarga

Sabda Nabi ﷺ:

مَنْ وَسَّعَ عَلَیٰ عِيَالِهِ فِيْ يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ ۞ وَسَّعَ اللّٰهُ عَلَيْهِ فِی السَّنَةِ كُلِّهَا (رواه الطبراني)

Barangsiapa yang meluaskan nafkah kepada ahli keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan meluaskan rezki padanya setahun penuh. (HR At-Thabrani)

Photos 27/08/2020

Kawan,
Banyak hal dalam kehidupan seharian kita yang buat kita marah, sedih, serba salah..bla..bla..blaa..

Tarik nafas dalam dalam dan ucaplah ASTAGHFIRULLAH..
Lupakan sejenak hal yang merenggut ketenangan itu. Ingatlah Allah yang Maha Berkuasa.

Semua itu hanya sementara.
Ingat firman Allah SWT dalam Surah Al-Insyirah?
Setiap ujian datang bersama penyelesaian.

Ujian dan penyelesaiannya datang bersama dalam satu pakej. Bukan asing-asing. Allah saja nak uji sejauh mana kesabaran kita dalam menghadapi ujianNya.

Saya ingat ustazah Asma' pernah berkata 'bukan semua ujian itu untuk diselesaikan. Ada ujian hanya untuk dijalani kerana Allah nak menguji kesabaran kita'.

Kenapa?
Sebab ada satu syurga telah Allah sediakan khusus untuk hamba hamba Nya yang sabar. Sehinggakan para malaikat beratur mengalu-alukan kehadiran hamba Allah yang sabar itu masuk ke dalam syurga tersebut dengan salam 'Selamat datang wahai hamba Allah yang SABAR'.

Sehingga macam tu sekali. Punyalah nak bagi tau betapa istimewanya taraf manusia yang sabar ini.

Kawan,
Sucikan hati kita dengan istighfar. Cuci dosa dosa kita dengan istighfar. Istighfar ubat tenang. Istighfar juga magnet rezeki..amalkanlah.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Tuaran?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address

Lorong University Utama 5/7 Jalan Kayu Madang
Tuaran
89200