Cuci TILAM worldwide
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Cuci TILAM worldwide, Kuala Lumpur.
Service cuci Tilam yang PERTAMA DIMALAYSIA dengan 7 step membunuh segala bakteria dan kuman hingga sekecil kecil kuman
Huungi AIDA BAKAR 0182920906 Untuk book SLOT ANDAοΏ½
www.wasap.my/60182920906/MattressCare
10/02/2020
02/02/2020
Apa itu DUST MITE?
Apa itu Dust Mites ( Hama Debu )
DUST MITE ialah Hama debu rumah iaitu sejenis serangga yang sangat kecil dan tergolong dalam famili labah-labah.
KENAPA orang kampung dahulu kerap menjemur tilam, tikar dan bantal di bawah terik mentari?
Kehidupan masa kini yang banyak 'bertutup' memungkinkan longgokan pelbagai punca alahan persekitaran.
Menurut Pakar Imunologi Hospital Pantai, Dr. M. Yadav, antara punca alahan yang menjadi dalang kepada lelah, ekzema dan rhinitis adalah hama debu rumah.
"Ia penyebab penting yang mencetuskan lelah kalangan kanak-kanak dan membabitkan dua pertiga kalangan orang dewasa,'' jelasnya.
Beliau memberitahu, analisis tindak balas kepada alahan di kalangan kanak-kanak yang menghidap lelah menunjukkan hama debu rumah menyumbang 80 peratus kepada masalah itu.
"Ia ada pelbagai jenis dan hidup di merata tempat,'' terangnya.
Menurut kajian yang dijalankan di Malaysia, terdapat 35 spesies hama yang ditemui pada habuk di rumah-rumah di mana 25 daripadanya dikenal pasti sebagai spesies hama debu rumah.
Daripada angka ini ada tujuh jenis yang boleh menimbulkan masalah alahan. Antaranya; dermatophagoides pteronyssinus, dermatophagoides farinae dan Blomia tropicalis.
Hama debu rumah hidup dan cepat membiak dalam suhu bilik dan persekitaran yang mempunyai darjah kelembapan yang tinggi.
Pada masa yang sama, tilam dan bantal adalah tempat utama yang selalu dipenuhi hama debu rumah.
Ini kerana bahan-bahan yang dikeluarkan melalui proses perpeluhan dan sisik kulit, (juga dipanggil sel-sel mati atau dender) semasa tidur adalah makanan bagi hama ini.
"Ramai yang tidak sedar bahawa tahi hama debu rumah mengandungi bakteria dan enzim,'' katanya.
Until-until tahi hama ini perlahan-lahan menjadi habuk halus yang bertaburan di tilam dan berterbangan dalam rumah.
"Setiap hari kita menghirup udara rumah yang dicemari kumuhan hama ini,'' jelasnya.
Kajian menunjukkan, tiga hingga empat peratus penduduk dunia dan 80 peratus pesakit lelah alah kepada kumuhan hama debu rumah.
Menurut Dr. Yadav, tanda-tanda alahan ini seperti mengah, batuk, bersin, pening kepala, sesak nafas, serangan lelah, mata merah dan berair, kulit berasa gatal serta masalah ruam.
Beliau memberitahu, sel-sel kulit yang mati akan tertanggal dengan sendiri setiap hari.
"Oleh kerana lumrah kita kerap melepak di tilam, bantal, permaidani dan sofa, tempat-tempat ini paling banyak terlekat sel-sel mati,'' jelasnya.
Secara kasar, sehari seseorang membuang sebanyak 1/3 gram sel-sel mati.
Dalam masa tiga hari jika dilonggokkan sel-sel mati ini, ia akan berjumlah seberat satu gram.
"Jumlah ini cukup untuk membekalkan makanan kepada 100,000 hama debu rumah bagi tempoh enam bulan,'' katanya.
Menurut beliau, ramai beranggapan bahawa dengan menyedut kotoran menggunakan penyedut hampagas, hama debu rumah dapat dihapuskan.
Sebaliknya, ramai tidak menyedari bahawa tindakan itu hanya sia-sia sahaja.
"Pertama kerana hama debu rumah mempunyai kuku yang tajam bagi membolehkan ia mencengkam kuat untuk bertaut.
"Kedua, ia berukuran 20 micron dan berada kira-kira satu hingga lima sentimeter dalam tilam, bantal atau sofa,'' jelas beliau.
Keadaan itu, katanya, membuatkan penyedut hampagas hanya mampu menyedut telurnya sahaja.
Bagaimanapun tidak semua penyedut hampagas boleh menyedut telur-telur hama debu rumah dengan berkesan, kecuali yang ada penuras khas.
Ditanya mengenai amalan orang dulu-dulu yang gemar menjemur bantal dan tilam, katanya, tindakan itu sebenarnya dapat membantu membuang hama-hama yang telah mati.
"Apabila mereka tepuk tilam atau bantal berkenaan, akan kelihatan debu-debu putih berterbangan dan itu adalah hama yang mati dan tahi hama,'' ujarnya.
Namun kata Dr. Yadav, perbuatan itu tidak dapat mengusir sama sekali hama debu rumah yang telah membiak di dalam tilam.
Sementara itu, Dr. Yadav memberitahu, hama debu rumah tidak s**a pada cahaya dan lazimnya pada waktu siang, spesies itu akan menyorok jauh di dalam tilam.
"Ia hanya akan keluar merayap pada permukaan tilam pada waktu malam untuk mencari makanan,'' katanya.
Inilah DUST MITE yang berjaya kami tangkap menerusi 7 - STEP MATTRESS CARE SERVICES BY COWAY
NAK LIHAT TAHAP KEBERSIHAN TILAM ANDA? JOM WASAP BOOK SLOT ANDAππΌππΌ
www.wasap.my/60182920906/NakBookSlotServiseTilam
πππ ππππππππ πππ ππ πππππ πππππππ ππππ πππππ π@πππ€ππ’ππππ¨π°ππ² π²0182920906
Click here to claim your Sponsored Listing.
