Noreen Jais

Noreen Jais

Share

NOREEN JAIS has always loved beauty, fashion and fragrance. Here we aim to provide a one stop experiential shopping venue for our lovely customers.

Showcasing products that can help in uplifting beauty, achieving good skin/health and home essentials.

27/09/2020

Apa yang paling dekat dengan kita?
Orang yang kita sayang? Bukan.

Yang paling dekat dengan kita adalah kematian. Bila-bila kita boleh mati. Kerana itu jangan berhenti doakan akhir hidup yang baik iaitu husnul khotimah.

25/09/2020

Assalamua'laikum & Salam Jumaat Penuh Keberkatan😍
Selalulah bersangka baik & berfikiran positif untuk mendapatkan hati tenang dan damai.

Photos from Noreen Jais's post 22/09/2020

Tutup aurat tak perlu drastik. Cuba buat dulu 40 hari pakai stokin tanpa gagal..
In Shaa Allah... hari ke-41 awak akan rasa janggal bila keluar rumah tak pakai stokin.

"Kesian kaki kita dekat akhirat nanti menangis sebab kita tak tutup dia bila keluar..."

Moga bermanfaat untuk semua! ❤️

19/09/2020

Sibukkan diri kita dengan bersangka baik, perbaiki diri & sebarkan kebaikan. Sehingga tiada waktu untuk bersangka buruk, mencari keburukan orang dan sebarkan kebencian.

17/09/2020

Bila kita menulis di Facebook ini, meski pun tidak 'menyentuh' orang lain, hanya berkisah tentang kehidupan kita, tetap ada yang tidak s**a.

"Tulis pasal suami dia tu nak tunjuk kat orang dia isteri yang baik la tu".

"Post pasal pergi travel dan bercuti tu saja nak menunjuk la tu".

"Asyik cerita pasal anak dia saja, macam orang lain tak ada anak".

"Asyik post makanan sedap-sedap, makan dengan kawan-kawan yang ada-ada tu nak menunjuk dia femes sangat dan kaya la tu".

Macam-macam tafsiran orang bila mereka tidak s**a dan iri ni. Bila kena sindir gitu, usah la ambil hati kawan-kawan.

Tenang-tenang je. Teruskan menulis dan berkongsi apa yang kalian s**a di Facebook ini. Terutama tentang kehidupan kita.

Kita sebenarnya sedang merakam memori perjalanan hidup kita sendiri di Facebook peribadi kita. Rakaman memori ini pada aku sangat-sangat penting untuk kita imbas kembali di masa akan datang.

Facebook akan selalu ingatkan kita apa yang kita tulis pada tarikh yang sama tahun-tahun sudah. Aku s**a lihat dan baca kembali memori yang Facebook tayangkan semula.

Siapa aku pada 1-7 tahun dulu. Apa aku buat. Dengan siapa aku merapat. Bagaimana perjalanan hidup. Gambar-gambar memori bersama kawan-kawan, anak-anak, keluarga dan tempat yang kita tuju.

Kadang-kadang, gambar dan momen itu aku akan save semula dan share dengan keluarga atau kawan-kawan melalui wasap. Bercerita semula kami tentang memori lama.

Ia detik yang indah untuk mengenang semula susah senang kita suatu ketika dahulu. Ia penting bagi aku untuk lihat perjalanan kehidupan yang dirakam di muka buku ini.

Telefon kita boleh rosak. Memori indah, memori pahit, memori manis akan hilang bersama jika telefon tidak lagi boleh diguna.

Namun bila dikongsi di laman ini, ia kekal di situ. Boleh dicari bila-bila masa. Genap ulangtahun peristiwa itu, Facebook akan ingatkan semula kepada kita setiap momen yang kita rakam ini.

Tulislah perjalanan hidup kita. Terutama bersama keluarga dan kawan-kawan. Ia suatu memori yang seronok untuk kita kenang kembali di masa akan datang.

Orang nak mengata, orang nak menyindir, orang nak dengki, kita tak boleh kawal mereka. Buat tak tahu sudahlah. Paling tidak, block saja orang sebegitu.

Ramai saja orang s**a dengan perkongsian kita.

Kita tenang-tenang cipta kenangan kita sendiri. Kerana setiap detik yang berlalu itu tidak boleh diulangi lagi.

Muka buku ini selain berkongsi tulis baca, ia tempat yang bagus untuk kita merakam memori.

Tulislah. Usah gentar dengan cakap-cakap orang. Ini hidup kita, biar kita yang tentukan.

Gitchewww!

16/09/2020

Jangan tinggal 3 perkara ini..

Bantu keluarga walau sedang susah, sedekah walau sedang sempit dan bersangka baik dengan Allah apabila diuji.

Buat ini sentiasa... In Shaa Allah..
Hati lapang, jiwa tenang dan penuh dengan rezeki tak disangka-sangka.

15/09/2020

Dakwahlah manusia kepada Allah sekalipun ketika kita diam. Bagaimana hendak berdakwah ketika diam?
Dengan akhlak kita.

11/09/2020

Salam Jumaah Mubarak..

May Allah elevates your good deed each day and shower you with HIS light of Hidayah, Rahmat and Barakah always.

Aamiiin3x Ya Allah Ya Mujib..

Good Morning Beautiful Souls 🥰

10/09/2020

Satu tips untuk berjaya. Jangan ada sifat iri hati atau dengki dengan kejayaan orang lain.

Sebab?
Itu rezeki dia❤️

10/09/2020

Semoga kita semua terlindung daripada tertip dek kesenangan di dunia 😢

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Singapore?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address

Singapore