L2YB Health Care
HEALTH CARE
sedapkan
21/07/2022
Lapan Tips Untuk Hidup Yang Tenang.
1. Berdamai dengan masa silam.
Usah biarkan dendam dan kesilapan lama menghantui kehidupan sekarang. Maafkan sesiapa sahaja yang pernah kita dendam, lupakan kesilapan lama dan betulkan kehidupan sekarang.
2. Usah pedulikan apa orang kata.
Terlalu ambil peduli setiap kata-kata orang hanya membuat kita tersekat. Selagi kita rasa betul, benar, dan itulah yang terbaik, jalan terus. Kita tak mampu nak puaskan hati semua orang.
3. Masa ‘menyembuhkan’ hampir semua perkara.
Terluka,kecewa,sakit,dendam,marah, dan apa jua rintangan akan hilang bersama masa. Beri masa kepada diri sendiri untuk biarkan semuanya sembuh sendiri.
4. Tiada orang layak menentukan cara kita untuk bahagia.
Kita tentukan kebahagiaan kita. Kita nikmati kehidupan dengan cara kita sendiri. Jangan biarkan orang lain tentukan bagaimana kita hendak hidup dengan gembira dan bahagia.
5. Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain.
Setiap kita berbeza. Ada yang merasa bahagia dengan ada keluarga disisi, ada yang bahagia dengan punya timbunan harta, ada yang merasa bahagia hanya dengan secawan kopi ditemani sahabat yang dikasihi.
6. Jangan menghakimi orang lain.
Kita tidak layak nak ‘judge’ kehidupan orang lain. Kita tidak berada dalam situasi mereka dan kita tidak tahu pun bagaimana perjalanan hidup mereka. Berhenti menghakimi kehidupan orang lain.
7. Jangan terlalu fikirkan sesuatu dengan mendalam.
Adakalanya, baik kita tidak tahu apa jawapannya. Tidak semua benda kita perlu ambil tahu. Overthinking juga menyekat diri kita untuk terus mencuba sesuatu yang baru dan menyebabkan kita tidak berani mengambil risiko untuk sesuatu yang mungkin memberi kejayaan pada kita.
8. Senyumlah selalu.
Kita tidak memikul semua masalah yang ada di dunia ini, maka senyum saja. Apa yang kita rasa sukar, mungkin cebisan masalah kecil pada orang lain.
Kredit : Al Amin
Hati hati guyz ! Niat nak sihat tapi tak ada ilmu boleh ke laut !
20/10/2021
Kebaikan Rendam Dalam Air Panas
Korang tahu tak kalau korang amalkan mandian air panas sangat bagus sebenarnya? Wanita jepun merasakan mandian air panas akan memberikan mereka awet muda. Cara mandian air panas ini jika di negara Jepun ia dipanggil Onsen ataupun mandian secara semulajadi yang mengandungi natrium klorida serta kalsium yang mempunyai sifat terapeutik yang turut memberikan manfaat pada tubuh badan dan mengekalkan kulit agar nampak bersinar dan segar.
Rutin mandian air panas ini juga boleh membantu menghilangkan segala kekotoran serta toksin dalam badan pada waktu yang sama bagi memberikan kulit anda kelihatan bersinar. Selain itu, dapat memberikan ketenangan dan mengurangkan tekanan kepada pengguna.
Antara kelebihan mandi air panas adalah:
Image result for tidur lebih lena
Tidur lebih lena.
Pada waktu malam suhu badan kita secara semula jadi jatuh, yang menandakan penghasilan melatonin atau hormon tidur. Berendam dalam mandian hangat akan meningkatkan suhu badan normal dengan membantu menghasilkan melatonin atau hormon tidur.
Melawan kulit kerengsaan
Gabungan air mandian panas dengan aroma pati wangian yang tertentu seperti minyak zaitun, minyak kelapa, lavender ataupun oatmeal boleh menghidrat serta merawat kulit kering dan yang mengalami kerengsaan. Haruman aromaterapi juga memberikan manfaat yang baik dan mengawal mood anda untuk mengurangkan stress anda.
Image result for sakit otot
Melegakan otot yang sakit
Haba bukan sahaja membantu mengalirkan darah dengan baik malah dapat membantu otot yang sakit atau ketat untuk berehat. Penambahan garam epsom dalam mandian hangat telah terbukti membantu mengurangkan keradangan sendi yang disebabkan oleh arthritis atau penyakit otot lain.
Melegakan selesema
Haba dari mandian air panas juga boleh mengubati hidung yang tersumbat serta batuk. Punca hidung tersumbat adalah disebabkan oleh radangan pada kawasan hidung dan haba dari mandian telah memberi tindak balas pada saluran darah agar memberikan kelonggaran pada penyumbatan mukus. Mandi air panas secara berendam juga boleh membantu sistem imun bagi melawan virus jahat kepada lebih baik.
Jadi korang kalau tak pernah amalkan mandian air panas ni bolehla amalkan lepas ni. Haaa, mana tau muka lepas ni lebih bersinar-sinar and muda.
20/10/2021
Salur darah yang tersumbat boleh menyebabkan penyakot sakit jantung , darah tinggi , stroke , koleatrol tinggi , kencing manis dan stress.
Dapatkan tips bagaimana nak elak dan lancarkan salur darah menggunakan terapi L2YB ( listen 2 Your Body )
Kembali kepada fitrah semulajadi
14/09/2020
peluang kepada sesiapa sahaja yang nak tingkatkan diri.
SEMINAR DAN PENGIJAZAHAN TENDAI
TARIKH : 20 hb September 2020
Hari : Ahad
Masa : 9 am - 12 pm
Lokasi : Pejabat L2YB Sfera Seri Kembangan ( Belakang Giant ) Selangor
✅Kelebihan Selepas Anda Belajar Ilmu Tendai
✅Dapat Merawat Diri sendiri dan keluarga dengan penyembuhan Ilahi��
✅Dapat Melindungi Diri dari unsur negatif ��
✅Boleh Meraih impian dengan mudah dan pantas��
✅Boleh tambah skill dan naik taraf ekonomi��
✅Dapat meningkatkan keyakinan diri dan wibawa
PENDAFTARAN KLIK LINK DI BAWAH :
=> bit.ly/2DWZvoq
=> bit.ly/2DWZvoq
=> bit.ly/2DWZvoq
Kenapa nak pakai penutup muka ?
Tengok kajian tentang penutup muka ni ya
07/04/2020
Selesai PKP ada program istimewa
Knowledge about Covid 19
Contact the business
Website
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
