CendanaLoka.

CendanaLoka.

Share

Menyediakan servis dan info berkaitan perubatan komplementari dan tradisi yang bersifat professional

12/03/2024

➖Kursus Tauhid Mudah ➖

Pelbagai reaksi positif peserta yang mengikuti kursus ini, antaranya:

“Sejujurnya saya rasa kusut selama beberapa minggu ini atas bebanan ujian yang dihadapi. Tanpa disedari air mata mengalir apabila menyedari betapa indahnya apabila kita mengenal Allah lebih mendalam dan hati terasa lapang dan ringan selepas menghadiri Kursus Tauhid Mudah. Saya benar-benar tidak sabar untuk mengikuti modul ke-2 selepas ini”

“Di saat saya mendengar penerangan Ayah Prof menceritakan tentang keagungan Allah hati saya berasa gementar dan bergetar”

“Alhamdulillah, selepas saya mengikuti KTM ini saya lebih jazam dengan tauhid berbanding beriman secara taklid. Saya juga lebih tahu akan kemukjizatan Al-Quran, isi kandungan yang tersirat disebalik perkataan dan pentingnya untuk berguru agar ada yang membimbing kita”

“Apabila kita belajar semula mengenal Tuhan dengan jazam, perasaan mengucap kalimah Syahadah itu jauh berbeza dan saya sarankan orang di luar sana untuk mengikuti kursus ini.”

Peserta bukan sahaja diterangkan secara teori semata-mata namun diberikan latihan simulasi secara berkump**an bagaimana menerapkan IMS dalam kehidupan seharian.

Kursus yang istimewa kali ini, khusus buat warga selangor dan Kuala Lumpur pada:

17 Mac 2024

👆🏻👆🏻👆🏻Bulatkan tarikh ini.
Jom daftar sekarang! 🤗🤗🤗

➖Pendaftaran secara online boleh klik link google form 👇
https://forms.gle/x2FaXAMiLkzt35ai9

Tempat kursus:

MPM, KL https://maps.app.goo.gl/F7Lw4tQX2RQfHHgp6?g_st=ic

➖Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Ainur
wasap.my/601126583503/kursustauhidmudah
Kak Cik Ta
wasap.my/60199994010/kursustauhidmudah

12/03/2024

KURSUS TAUHID MUDAH (JAZAM TAUHID)

Istimewanya kem kali ini :
✅Kem mesra kekeluargaan, khas untuk dewasa
✅Sesuai mendaftar bersama rakan-rakan dan ahli keluarga tersayang.
🗓️ Tarikh : 17 March 2024 (Ahad)
⏰ Masa : 8.30 Pagi - 5.00 Petang.
🏠 Tempat : Dewan Majlis Perundingan Melayu (MPM) 👇
Lokasi MPM : https://maps.app.goo.gl/F7Lw4tQX2RQfHHgp6?g_st=ic

Hibah : RM100 (Yuran adalah termasuk Modul)

Pengisian program >>
❤️Menjentik Kesedaran Bertuhan
❤️Jazam @ 100% yakin wujud Allah menerusi logik aqal.
❤️Memupuk Cinta Allah & Rasul

TEMPAT ADALAH TERHAD!!

➖Pendaftaran secara online boleh klik link google form 👇
https://forms.gle/x2FaXAMiLkzt35ai9

➖Pembayaran boleh dimasukkan ke akaun :

Maybank
Cendanaloka Solutions
562508539290

➖Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Ainur
wasap.my/601126583503/kursustauhidmudah
Kak Cik Ta
wasap.my/60199994010/kursustauhidmudah

Tempat adalah terhad!
Jom penuhi Ramadan dengan pengisian ilmiah!
Sama2 kita daftar dan sebarkan 🌹

03/09/2023

🌟 Kursus Online Eksklusif! Membongkar Rahsia Numerologi dan Tarikh Lahir 🌟

Tingkatkan pemahaman Anda tentang dunia yang menarik di sebalik angka dan tarikh lahir dalam kursus kami yang inovatif, “Membongkar Ilmu Kelaziman Nombor dan Rahsia di Sebalik Tarikh Lahir”. Jadikan 10 September 2023 sebagai hari yang bersejarah, pukul 10 pagi, dengan menghadiri kursus ini melalui platform Zoom.

📚 Skop Kursus 📚

1. Pelajari Asas Numerologi: Mengenal angka-angka dalam kehidupan dan bagaimana ia mempengaruhi Anda.

2. Energi di Sebalik Tarikh Lahir: Teroka daya tarikh lahir Anda dan kesan dalam kehidupan.
3. Pengiraan Bacaan Tarikh Lahir: Pelajari teknik menghitung yang akan membuka wawasan baru.

4. Kenali Sifat Utama No Karakter Diri: Temukan sisi tersembunyi diri Anda melalui angka.

5. Mengatasi Gangguan Karakter: Amalkan strategi untuk menghadapi tantangan melalui numerologi.

6. Rahsia Hubungan dengan Ibu Bapa: Ketahui rahsia keberkatan hidup dan rezeki melalui hubungan ini.

7. Menerokai Potensi Penyakit dan Kematian: Kenali isyarat dan langkah-langkah untuk kehidupan yang lebih sihat.

8. Peluang Jodoh: Teroka kemungkinan hubungan melalui analisis tarikh lahir.

9. Keserasian dengan Juz Al Quran: Temukan keselarasan Anda dengan ayat suci Al Quran.

10. Rahsia Dalam Rahsia: Menyingkap lapisan terdalam tentang dunia numerologi.

Jangan lepaskan peluang unik ini untuk mendapatkan pandangan mendalam ke dalam diri Anda dan dunia di sekeliling Anda. Tempah tempat anda sekarang dan jadi sebahagian daripada pengalaman ilmu yang mengujakan! 🌈🔍📜

*PERLABURAN ILMU RM100*
*BANK IN KE AKAUN:*
*CENDANALOKA SOLUTIONS*
*MAYBANK : 5625-0853-9290*

Pendaftaran dan pertanyaan sila hubungi:

📱En. Azman ( +60 13 350 1008 )
📱En. Azmi ( +60 13 520 8300 )

10/02/2022

MEMAHAMI HADIS MELALUI PARA GURU

Sahabat saya, Al Fadhil Ustaz Muhaizad mengatakan "Jika Rasulullah berjalan ke kanan, jika Guru berjalan sebelah kiri, hamba ikut Guru "dan ianya kini menjadi isu besar

Ustaz hanya berkongsi perkataan yang diungkap Guru beliau yang memberi kiasan akan pentingnya ilmu al Quran dan Hadis dipelajari dari para ulama yang haq, mempunyai sanad ilmu jelas dari kalangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah, bukannya langsung membaca hadis kemudian faham dan tafsir secara sendiri sebagaimana berlaku segelintir golongan zaman ini.

Bayangkan golongan yang tiada miliki kefahaman akidah dan usul fiqh serta ilmu alat bahasa Arab lalu mentafsir Al Quran dan Hadis secara sendiri tanpa merujuk pada para Ulama' akan banyak kesalahan fahaman mereka dalam tafsiran tersebut malah menjadi sesat. Tentu mereka ambil faham dari zahir Hadis tanpa fahami displin ilmu hadis (golongan literal). Ulama' berpesan barangsiapa yang mentafsirkan hadis tanpa mengaji atau merujuk syarah Hadis adalah bimbang berlakunya salah faham.

Adakala dilihat pendapat ulama bercanggah dengan satu Hadis secara zahir, padahal mereka fahami mendalam akan sebuah hadis akan riwayatnya dan kedudukan hadis tersebut dan bagaimana berinteraksi hadis-hadis yang zahirnya kelihatan bercanggah maksud (mukhtalaf al Hadith), bagaimana hendak diketahui pemansuhan hukum dalam hadis, perbezaan situasi dalam hadis, soal aspek 'Amm (umum) dan Khass (khusus), soal penentuan suatu suruhan Nabi itu wajib atau sunat dan lain-lain lagi.

Begitu juga dengan tindakan atau perbuatan Rasulullah s.a.w, tiada boleh diikuti semua kerana ada yang khusus hanya pada Baginda seperti tidur Baginda tidak membatalkan wudhu' atau kahwin lebih dari empat wanita. Adap**a perbuatan itu harus bagi Nabi tetapi haram bagi ummat seperti puasa wisal (puasa berpanjangan yang bersambung-sambung), dan ada perbuatan yang wajib bagi Nabi tapi harus sahaja bagi ummat seperti bersugi. Semuanya perlu penelitian mendalam oleh para Ulama' untuk mentafsirkan apakah yang dimaksudkan Rasulullah s.a.w dalam hadis tersebut.

Justeru itu, kiasan "Jika Rasulullah berjalan ke kanan, Tuan Guru berjalan ke kiri " adalah tidak salah jika difahami konteks penutur. Ini kerana mengikut ulama' akan membawa kepada kebenaran jalan Rasulullah s.a.w lantaran mereka fahami apakah yang dimaksud oleh Rasulullah.

Mungkin kita boleh takdirkan perkataan itu dengan kefahaman begini,

"Jika Rasulullah (Nas Hadis Secara Zohir) berjalan ke Kanan ( membawa kepada suatu kefahaman tertentu ) , sedangkan Guru ( kefahaman guru ) berjalan kekiri ( membawa kepada suatu maksud yang berbeza dari kefahaman zohir dengan alasan tertentu ), maka hamba akan ikut guru ( kefahaman yang di bawa oleh guru yang lebih kehendak nas Hadis tersebut).

Ada hadis Rasulullah s.a.w melarang terus balik ke rumah apabila p**ang musafir (permusafiran yang lama) tika waktu tengah malam.

عن جَابِرٍ رضي الله عنهما قال : نهى رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنْ يَطْرُقَ الرَّجُلُ أَهْلَهُ لَيْلًا يَتَخَوَّنُهُمْ أو يَلْتَمِسُ عَثَرَاتِهِمْ.

Dari Jabir, Rasulullah telah melarang lelaki (suami) yang (bermusafir lama) mendatangi (p**ang ke rumah) ahli keluarga (isterinya) di waktu tengah malam supaya dia tidak mendatangkan kecurigaan kepada mereka (curiga terhadap lelaki asing yang cuba masuk ke rumah mereka) dan supaya tidak dia tidak mendapatkan kecacatan mereka (isteri belum bersiap menyambut kep**angan suami)”. (HR Bukhari dan Muslim).

Rasulullah s.a.w telah melarang seorang lelaki p**ang ke pangkuan ahli keluarganya di waktu malam, yakni dengan maksud jika p**ang dari permusafiran, tidak boleh mendatangi ahli keluarganya di tengah malam. Oleh itu, dia wajib melewatkan kep**angannya supaya sampai di waktu siang. Nabi menegah p**ang secara tiba-tiba (surprise) kerana p**ang secara bergesa-gesa begitu menunjukkan seolah-olah si suami menuduh isterinya berlaku curang dan dia p**ang tergesa-gesa untuk melakukan penyiasatan. Tambahan p**a, si isterinya sepatutnya bersiap dan berhias menyambut suami dan isteri tidak dapat berbuat demikian jika kep**angan itu tiada makluman.

Ulama kontemporari seperti Syaikh Yusuf Al Qaradhawi dalam kitabnya Mujibaat Taghayur al Fatwa Fi Asrina, berpandangan di zaman itu belum ada kemampuan alat komunikasi untuk memaklumkan kep**angannya kepada ahli keluarga. Namun, di zaman sekarang yang punyai pelbagai alat komunikasi, seseorang lelaki boleh maklumkan kepada ahli keluarganya jangkaan waktu tiba (meskipun di tengah malam). Oleh itu, tidak lagi berlaku kedatangan secara tiba-tiba yang mencurigai. Alasan kepada tegahan itu sudah terangkat. Adakah Syaikh Yusuf al Qaradhawi mengajak kita berbeza dengan Sabda Rasulullah s.a.w?

Dalam Kaedah Fiqh -

‎الحُكْمُ يَدُورُ مَعَ عِلَّتِهِ وُجُودًا وَعَدَمًا

Maksudnya: Sesuatu hukum berlegar bersama-sama illahnya ketika ia ada dan tiada.

Apabila hilang illahnya maka hukum menjadi berubah. Demikian juga berkenaan hadis larangan Isbal (melabuhkan pakaian melebihi paras buku lali ke bawah) yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Sebahagian ulama' mengharuskan Isbal jika seseorang dan masyarakatnya melakukan Isbal tanpa bertujuan sombong dan kemegahan. Ini kerana para Ulama' memahami bahawa larangan dikaitkan dengan sifat menyombong (خيلاء).

Semoga dapat difahami penerangan ini. Semoga sangka baik atas kalam orang yang siqhah itu terlebih patut didahulukan.

Walid Ibrahim al Malik🌹

14/01/2022

Keluarga Komuniti KL dengan kerjasama Cendanaloka akan melaksanakan majlis :

Pusat Transit Berselawat di Pusat Transit Gelandangan KL

Tujuan untuk memberikan kegembiraan dan kerehatan minda kepada rakan2 jalanan di sini.

Bertarikh : 15 Januari 2022
Masa : 8.30 malam

Jika pihak tuan/puan ingin menyalurkan sumbangan ,
boleh disalurkan ke
Akaun bank Cendanaloka Solutions
Maybank : 562508539290
Ref:InfaqJumaat

Sebarang Pertanyaan, boleh hubungi : 0165299089(Ashila)

Program pada minggu lepas :

https://www.facebook.com/100160369228492/posts/105984371979425/

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Rawang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address

Rawang