HEADS Haircare & Beauty
Pakar Menyelesaikan Masalah Rambut Anda Heads Syampoo
20/02/2022
Rugi tau tak share… Lia nak share tips perjagaan rambut nak nampak cantik dan sihat. Ambil masa seminit je korang boleh amalkan sampai bila2.. best kan? Ok baca kat bawah ni😜
✅ Yg pertama, korang kena pastikan yg korang cuci rambut selang sehari atau boleh terus basuh rambut bila kulit kepala rasa berminyak .
✅ Yg kedua, setiap kali sebelum korang cuci rambut pastikan korang sikat rambut dulu supaya rambut mudah dicuci dan tak kusut . Selepas cuci rambut , korang boleh keringkan rambut dan sikat rambut guna jari .
✅ Yg ketiga, pastikan korang guna shampoo dan conditioner yg sesuai dgn jenis rambut korang . Okay ?
✅ Yg keempat, tolong elakkan cuci rambut dgn air panas 🔥
Bila korang cuci rambut dgn air panas, ia akan menyebabkan tekstur rambut jadi lebih kasar , kering & menggerbang .
✅ Yg kelima, manjakan lah rambut korang dgn serum atau tonik . Bila kita pakai tudung and rambut & kulit kepala akan terperap di dalam tudung & jadi tidak bermaya . Jadi , sebelum korang tidur boleh lah manjakan rambut korang sekejap dgn serum atau tonik . Cara ni akan membantu rambut & kulit kepala menyerap nutrien supaya rambut tetap sihat & kuat walaupun bertudung .
✅ Yg last sekali, Jangan sanggul rambut ketika basah . Satu kesilapan yg selalu kita buat ialah sanggul rambut ketika masih basah . Kenapa tak boleh sanggul rambut ketika basah ? Sbb rambut yg tertutup dalam keadaan basah akan menyebabkan masalah kelemumur selain tu akan menyebabkan rambut jadi kusut dan hujung rambut berbuah atau bercabang . Sebaiknya pastikan rambut korang betul-betul kering dulu baru sanggul rambut dan pakai tudung 🧕
Semoga bermanfaat .
Selamat mencuba ✨
20/02/2022
NAK COLOR RAMBUT TAPI TAKUT ROSAK ‼️
Ya betul, rambut bercolor ni memang senang rosak, senang kering dan rapuh so pastikan anda tahu cara yang betul untuk jaga supaya rambut berwarna bertahan lama.
Apa yang anda harus buat?
Pastikan buat:
✅ Buat Hair care routine dgn konsisten.
✅ Buat treatment setiap minggu Guna hair mask untuk kembalikan kelembapan rambut. (Dirumah atau saloon)
✅ Elakkan guna curly tool dan straightener dgn kerap
✅ Gunakan Hair Dryer dengan suhu yang rendah
Jom kongsi dengan orang terdekat siapa tahu mereka memerlukan.
Semoga bermanfaat 🥰
Wahhhhh sedap nya 😱
Like page yeee yunk dapatkan resepi menu sedap kat sini.
Ouh putih je isi kelapa laut ni, tapi kenapa air kelapa laut yang orang jual warna gelap?
Jangan lupa like dan share
14/06/2017
14/06/2017
Bila jalan-jalan kat Kampar, kena makan aiskrim ni.
Paris Mini Baker
Alamat: 2208, Jalan Batu Hijau 1, Taman Bandar Baru 31900 Kampar, Perak
Open: Mon to Sat, 1pm to 8pm
“Chef Hazama in da House yaww ! ”
08/06/2017
KEK COKLAT MOIST LAYER CHEESE
BAHAN A
1 CWN GULA PASIR
1 CWN SERBUK KOKO
1 TIN SUSU CAIR
1 CWN MINYAK JAGUNG
1 CWN SUSU PEKAT
4 BIJI TELUR GRED A(PUKUL HINGGA BERBUIH)
11/2 CWN TPG GANDUM
1 ST BAKING POWDER
1 ST BAKING SODA
BAHAN B
BAHAN CHEESE
250G CREAM CHEESE
60G @ 5 SUDU BESAR GULA KASTOR
25ML AIR
25G TPG GANDUM @ 3 SUDU BESAR+1 SUDU TEH LG KLU S**A
1 BIJI TELUR GRED A(PUKUL KEMBANG/GEBU)
-MASUKKAN SEMUA BAHAN KECUALI TELUR,PUKUL SEBATI
-KEMUDIAN MASUKKAN TELUR & PUKUL LG SEKEJAP JA..
KEK COKLAT
-CAMPUR BAHAN A MASAK ATS API PERLAHAN HINGGA GULA HANCUR & KETEPIKAN
-AYAK TPG GANDUM,B.POWDER,B.SODA
-MASUKKAN BAHAN AYAK BERSELANG SELI DGN TELUR KE DLM ADUNAN COKLAT HINGGA HABIS & KACAU SEBATI
-PANASKN PENGUKUS 10 MINIT DAHULU,KEMUDIAN KUKUS ADUNAN COKLAT 15-20 MINIT
-KELUARKN DR KUKUSAN,MASUKKAN ADUNAN B (CHEESE) & KUKUS 15-20 MINIT.
-LAST SEKALI MASUKKN BALANCE ADUNAN COKLAT & KUKUS 4O MINIT@ HINGGA KEK MASAK
-SEJUKKAN & BOLEH LA MKN
P/S-KALAU NK WAT CORAK ATS KEK,SIMPAN SEDIKIT ADUNAN CHEESE..
08/06/2017
RESEPI KUIH LAPIS PANDAN COKLAT
Bhn2:
2 cwn tpg beras
1 cwn tpg gandum
2 sdb tpg jagung
2 cwn santan pekat
2 sdb serbuk koko
3 cwn santan cair
3/4 cwn gula pasir
1 sk garam
1helai daun pandan
Cara:
1)Cairkan atas api gula pasir dgn 3 cwn santan cair + daun pandan.
2)pnaskan periuk kukus
3)campurkan semua bhan dlm 1 bekas...sebatikan..
4)bahagikan kpd 2 bhgian... Satu bhgian warna hijau n satu lg letak sebuk koko
5)masuk kan lapisan pertama tggu dlm 4 minit masuk lapisan kedua... Ulang sampai hbis...
6)dah hbis lapisan terakhir tunggu 20 minit siap
07/06/2017
Resepi Nasi Tomato
Nasi
2 cawan beras basmathi
2 1/2 cawan air
sedikit halia
1 1/2 biji bawang besar sederhana saiz potong dadu
2 ulas bawang putih potong dadu
bahan penumis,( kayu manis, cengkih dan bunga lawang)
3 sudu besar tomato paste
1 kiub pati ayam
sebatang serai diketuk
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar minyak sapi
dan sedikit minyak tuk menumis
garam
hiasan daun pudina dan bawang goreng
caranya
1. Bersihkan beras basmathi dan rendam sekejap
2. Dalam Kuali ..panaskan minyak dan minyak sapi, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia serta bahan penumis
3. Tumis sehingga naik bau...masukkan tomato paste, serai, kacau sebati..
4. Kemudian toskan beras dan masukkan dlm rice cooker dan masukkan bahan tumis tadi serta air...dan garam.. tanak seperti tanak nasi..dah masak baru kacau perlahan2 supaya nasi tak patah2 ye...
# # sukatan air bergantung pada beras yg digunakan... Jika basmathi biasa 1 cawan beras airnya 1 1/2 cawan ...
Ayam Masak Merah
1/2 ekor ayam dpotong kecil
2 biji bawang besar saiz sederhana*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
2 sudu besar cili kering yang telah direbus dan di kisar
2 sudu besar tomato paste
2 sudu besar sos cili/sos tomato
garam
gula
minyak utk menumis
dan bawang besar dipotong bulat tuk hiasan
caranya
1. ayam dipotong kecil dan dibersihkan serta ditoskan dan digoreng garam kunyit.
2. kisar bawang besar, bawang putih dan halia
3. Tumis bahan kisar dan lada sehingga pecah minyak..tumis biar agak lama dgn
api perlahan
4. masukkan tomato paste, sos cili/sos tomato
5. dah agak2 kering masukkan gula dulu dan masukkan air sedikit dan perasakan
dgn garam
6. masukkan bawang besar yang dipotong bulat nipis.
Resepi Dalca daging, hati dan paru lembu dan sayur
300 gm daging lembu dipotong kecil
hati lembu dipotong kecil
paru lembu (diptong dan direbus terlebih dahulu biar empuk)
2 biji bawang besar sederhana saiz
3 ulas bawang putih
3 sudu rempah dalca
1 mangkuk santan
sedikit halia
sedikit air asam jawa
bahan penumis
minyak masak
garam dan sedikit gula
sayur
kacang panjang
terung
bendi
ubi kentang
lada hijau
carrot
caranya
1. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang dikisar halus serta bahan penumis sehingga naik bau, kemudian masukkan rempah dalca..biarkan ia sebati dan pecah minyak
2. masukkan sedikit air dan masukkan daging lembu biarkan ia empuk..kemudian masukkan hati lembu dan paru lembu
3. Kemudian baru masukkan santan dan perasakan dengan garam dan gula
4. Jika agak pekat masukkan sedikit air dan masukkan air asam jawa
5. Setelah mendidih masukkan sayur yang telah dipotong... biarkan ia masak...
Resepi Acar Timun
timun dipotong memanjang dibuang empulurnya
Carrot dipotong memanjang
nenas di potong
bawang di mayang halus
sedikit cuka
garam dan gula
air kapur
timun,bawang dan carrot setelah dipotong di rendam kejap ngan air kapur utk merangupkan . setelah itu bersihkan kembali timun tadi
kemudian masukkan cuka sedikit, garam dan gula..dan nenas..kacau sebati dan boleh masuk dlm peti ais
Kredit to : Fb Tahrunnisah Jali's
LIKE PAGE: Tukar Tukar Menu n SHARE
07/06/2017
Asam pedas pheewit Hazama & Izreen Azminda🎬 jgn lupa like page tukar tukar menu yeee..
Banyak resepi2 terboikkk kami sajikan.
07/06/2017
RESEPI AYAM HALIA VERSI CINA
Sedap sgt ni, makan dengan nasi panas2, mau bertambah!!! Try la.. Share cpt!!!
BAHAN2:
500 gram ayam, potong kecil
4 ulas bawang putih, hiris nipis
2 cm halia, dihiris halus memanjang
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
1 biji cili merah, hiris nipis
1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
minyak masak, untuk goreng ayam
sedikit lada sulah atau lada hitam
sedikit garam dan kunyit
garam dan gula, secukup rasa
Silakan komen "share" jika mau Share. Terima kasih
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kuala Lumpur
