CoffeeTea Mug

CoffeeTea Mug

Partager

To be the customer's first choice for mugs in Malaysia.

12/07/2021

Sale 😍 Sale 😍 Sale 😍

• 50% Off To 10 Early Birds.
• Free Gifts Up To 200 Ringgits.
• Free Postage.

Why You Need To Get It Now ❓

Because it was Limited Offer 🤩

Get It Or You Will Cry Later 🥲

Whatsapp Now 📲: 017-9736798 😍😍

28/06/2021

Faedah Makanan Tenusu

Produk tenusu adalah salah satu makanan yang mempunyai reputasi terbaik. Manfaat yang paling terkenal adalah manfaat kalsium yang tinggi, yang sangat menguntungkan bagi semua peringkat umur. Tetapi, sebagai tambahan, produk tenusu mempunyai lebih banyak faedah kerana ia merupakan sumber protein penting.

Jadi apakah faedah produk tenusu?

1. Mengurangkan tekanan darah
Pada tahun 1999, satu kajian dijalankan di mana hubungan antara penggunaan produk tenusu dan tekanan darah telah ditubuhkan. Oleh itu, dengan kesimpulan ditubuhkan yang memakan tiga hidangan setiap hari bagi produk susu keseluruhan, digabungkan dengan penggunaan buah-buahan dan sayur-sayuran, mengurangkan tekanan darah dalam kedua-dua hipertensi dan kumpulan normotif.

2. Kawalan tahap kolesterol
Telah ditunjukkan bahawa pengambilan harian produk tenusu mengurangkan sebanyak 40% peluang menderita sindrom metabolik, iaitu, dari tahap kolesterol tinggi dan glukosa terutamanya.

3. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
Secara umumnya, produk tenusu mempunyai kesan antibakteria yang hebat. Dengan cara ini, mereka adalah insentif yang hebat untuk meningkatkan pertahanan semula jadi badan.

4. Kegelisahan
Fakta menjelaskan bahawa segelas susu dapat mengurangkan tekanan.

S**a dengan tips saya?

Follow, Like dan Share (https://m.facebook.com/mugbyshaa)

28/06/2021

Kesan Pengambilan Makanan Segera Secara Berlebihan.

Kesibukan mengejar matlamat atau cita-cita hidup membuatkan kita alpa untuk mengambil serius dalam pemakanan kita dengan mengambil makanan segera sebagai rutin demi menjimatkan masa. Makanan segera seperti burger dan mee segera adalah makanan yang telah diproses dan mengandungi pelbagai bahan kimia yang mampu memudahkan pemakanan. Kandungan dalam makanan tersebut yang menjadi punca utama keburukan mengambil makanan tersebut. Antara kesan-kesan makanan segera adalah seperti berikut:

1. Menyebabkan penyakit kronik.
Kesan paling buruk dalam pengambilan makanan segera adalah menyebabkan seseorang itu mengalami penyakit-penyakit kronik. Antara penyakit kronik yang dikaitkan dengan pengambilan makanan segera adalah penyakit darah tinggi dan kencing manis. Kandungan kolesterol dan kadar gula yang amat tinggi pada makanan segera akan mengganggu fungsi badan kita bagi merembes bahan-bahan yang tidak diperlukan dalam badan.

2. Masalah obesiti.
Terdapat fakta yang menunjukkan bahawa Malaysia merupakan negara pertama dalam kedudukan rakyat yang mempunyai masalah kegemukan. Faktor harga yang murah dan akses yang mudah bagi mendapatkan makanan segera menjadi punca rakyat di negara ini s**a membeli makanan segera berbanding memasak makanan yang lebih berkhasiat. Lambakan snek-snek makanan ringan yang tidak berkhasiat juga menjadi punca kepada masalah obesiti ini.

S**a dengan tips saya?

Follow, Like dan Share (https://m.facebook.com/mugbyshaa)

27/06/2021

Kenapa Hasrat Nak Diet Selalu Gagal? Anda Mungkin Belum Tahu Beberapa Tip Penting Ini!

Setiap individu pasti mahu tubuh badan yang langsing dan sihat bukan? Disebabkan itu, mereka yang mempunyai berat badan berlebihan sangat bersungguh untuk berdiet. Sila ikuti tip-tip berikut supaya diet tidak lagi gagal.

1. Jangan terlepas sarapan pagi
Seperti mana yang kita tahu sarapan pada pagi hari adalah waktu makan yang paling penting. Pun begitu, ada individu yang dengan sengaja meninggalkannya, hanya kerana ingin tubuh badan yang kurus. Salah! Anda tidak boleh terlepas sarapan pagi kerana ia adalah waktu mendapatkan nutrien untuk tubuh badan berfungsi. Tanpanya, anda hanya akan mengambil lebih banyak snek pada hari itu kerana lapar.

2. Minum air kosong lebih banyak
Mesti ramai yang berfikir bahawa perbuatan ini hanya akan mengakibatkan kalian gemuk air bukan?Tidak, jangan risau tentangnya kerana ia mungkin tidak akan terjadi jika anda kenal diri sendiri. Ramai yang keliru antara rasa dahaga dan lapar. Itulah punca individu makan lebih banyak. Padahal, apa yang diperlukan mereka ketika itu hanyalah segelas air kosong.

S**a dengan tips saya?

Follow, Like dan Share CoffeeTea Mug (https://m.facebook.com/mugbyshaa)

27/06/2021

Kebaikan Air Masak Kepada Badan Kita.

Kita biasanya disarankan agar minum sekurang-kurangnya 8 gelas air masak setiap hari. Namun bergantung kepada keadaan dan situasi juga. Terdapat beberapa kebaikan air masak kepada badan dan kesihatan secara umum.

1. Air Masak Boleh Meningkatkan Prestasi Fizikal.

2. Kekal Hidrat Dengan Air Masak Memberikan Kesan Positif Kepada Pemikiran & Otak

S**a dengan tips saya?

Follow, Like dan Share CoffeeTea Mug (https://m.facebook.com/mugbyshaa)

27/06/2021

KHASIAT BUAH BETIK MENURUT KAJIAN.

Buah betik atau nama saintifiknya, Carica Papaya merupakan buah yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita. Buah ini berasal daripada negara Mexico Selatan. Terdapat beberapa khasiat buah betik yang perlu kita ketahui,

1. Kaya dengan Kesan Anti-Oksidan
Vitamin C sememangnya tidak asing lagi dalam memainkan peranan sebagai anti-oksidan. Vitamin ini akan bertindak sebagai scavenger terhadap radikal bebas yang terdapat di dalam plasma tubuh. Seterusnya, ia akan melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan akibat spesis oksigen reaktif (reactive oxygen species).

2. Menyokong Sistem Pencernaan
Papain adalah merupakan sejenis enzim yang dihasilkan oleh getah (latex) buah betik. Papain merupakan sejenis enzim yang terlibat di dalam aktiviti pencernaan protein (proteolytic) yang terdapat di dalam makanan. Kajian mendapati bahawa aktiviti enzim papain ini aktif pada setiap tahap kematangan buahnya, namun, aktiviti ini sangat tinggi ditemukan pada buah yang lebih masak dan menunjukkan tahap pencernaan protein yang tinggi. Disamping itu, aktiviti enzim ini juga tidak terjejas terhadap pesekitaran berasid di dalam perut manusia. Ini menguatkan lagi fungsinya di dalam pencernaan protein.

3. Meningkatkan Tahap Imunisasi Tubuh.
Peranan vitamin C dalam proses penghasilan kolagen membantu menguatkan lagi sistem pertahanan terbesar di tubuh manusia iaitu kulit. Disamping itu, sel darah putih juga merupakan salah satu komponen penting di dalam sistem imunisasi tubuh. Kajian mendapati bahawa vitamin C akan terkumpul di dalam sel darah putih dan memainkan fungsi dengan bertindak sebagai scavenger terhadap spesis oksigen reaktif (reactive oxygen species) yang akan merosakkan sel darah putih.

S**a dengan tips saya?

Follow, Like dan Share CoffeeTea Mug (https://m.facebook.com/mugbyshaa)

26/06/2021

Selamat Petang. Terdapat beberapa kata2 motivasi untuk renungan kita bersama.

1. Hidup adalah gunung. Tujuanmu adalah untuk menemukan jalanmu, bukan untuk mencapai puncak.

2. Hidup ini sebenarnya sederhana, tapi kita berkeras untuk membuatnya rumit.

3. Jangan hanya berterima kasih kepada Allah ketika semuanya berjalan baik, terima kasih kepada-Nya bahkan ketika segala sesuatunya terasa sulit.

4. Ubah pikiranmu dan kamu mengubah dunia.

5. Yakin dengan diri-sendiri dan kamu dah berada di separuh jalan.

6. Jika kamu ingin hidup bahagia, ikatlah pada tujuan, bukan pada orang atau benda.

S**a dengan tips saya?

Follow, Like dan Share CoffeeTea Mug ( https://m.facebook.com/mugbyshaa )

26/06/2021

Say no to SELEKEH.

Bak kata orang, “first impression” penting. Ini kerana, sebelum seseorang mengenali hati budi kita, orang akan lekas membuat tanggapan ringkas menerusi penampilan luaran kita dan adalah amat mustahak untuk kita sentiasa bersedia dalam keadaan apa pun iaitu menjaga penampilan diri supaya aura positif diri itu sentiasa terpancar buat semua yang melihat.

Tidak susah mana pun hendak menjaga penampilan diri, biar pakai pakaian yang tidak berjenama asalkan kelihatan rapi dan kemas. Untuk pengetahuan semua, CoffeeTea Mug kongsikan panduan bagaimana hendak kelihatan sempurna dengan mengelak empat gaya ini jika tidak mahu dilabel sebagai selekeh.

1. Elak Pakai Pakaian Lusuh.
Helaian fesyen warna hitam memang bisa buat penampilan sesiapa sahaja kelihatan anggun dan bersesuaian. Namun, jangan cari pasal dengan mengenakan pakaian hitam yang warnanya boleh dikategorikan sebagai lusuh. Jika mahu pakai hitam, cari warna pakaian yang betul-betul ‘hitam legam’ dan bukannya tona hitam yang samar-samar kerana warna ini kelihatan lusuh.

2. Elak Pakai Pakaian “Tidak Putih”.
Sama seperti pakaian hitam di atas, jika hendak pakai pakaian putih, cari warna putih yang benar-benar putih. Bukannya putih kekuningan atau warna putih yang nampak lebam.

3. Jangan Senseng Lengan Tanpa Berlipat
Kalau ye pun anda sedang moody dan malas, jangan sesekali menolak lengan baju ke atas tanpa melipatnya terlebih dahulu. Jika benar mahu senseng lengan, lipat ia dengan rapi agar tampak sempurna dan kemas. Dengan cara itu, anda tidak akan kelihatan selekeh.

4. Janggut Tidak Terurus
Lelaki selalu fikir yang mereka akan jadi lebih maskulin apabila membela janggut dan jambang yang tebal walhal, itu sebenarnya menampakkan seolah mereka seorang yang malas menjaga keterampilan diri. Untuk itu, setiap hujung minggu sila rajinkan diri untuk trim jambang dan janggut supaya kemas senantiasa. Jangan tunggu hujung bulan, bila dah nampak berserabut baru hendak buang

S**a dengan tips saya?

Follow, Like and Share CoffeeTea Mug (https://m.facebook.com/mugbyshaa)

22/06/2021

SOLAT SUNAT TAHAJJUD.

Solat yang paling utama selepas solat fardu adalah solat malam (solat tahajjud) - H.R Muslim

Kelebihan apabila kita melakukan solat sunat TAHAJJUD.
• Doa dimakbulkan
• Tenang hati serta fikiran
• Murah rezeki
• Mendapat perlindungan daripada pengkhianatan manusia.
• Pintu taubat terbuka luas.

SYARAT SOLAT TAHAJJUD
• Dilakukan pada 2/3 malam (selepas jam 12 malam)
• Syarat solat tahajjud adalah tidur dan tidurlah seketika walaupun sekadar tidur-tidur ayam.

JUMLAH RAKAAT
Bilangan rakaat solat tahajjud tidak terbatas, tetapi dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat.

NIAT SOLAT TAHAJJUD

أصلي شئة التهجد ركعتين لله تعالي
Sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala.

‏Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada TuhanMu , juga sebagai penebus segala amalan buruk , pencegah dari amalan dosa dan dapat menghalangi penyakit Riwayat Tirmizi dan Ahmad RA

S**a dengan tips saya?

Follow, Like dan Share CoffeeTea Mug (https://m.facebook.com/mugbyshaa)

21/06/2021

Tips untuk mendapatkan Kulit CANTIK dan Tiada JERAWAT.

Bila jerawat mula timbul di muka, risau bukan. Kalau boleh kita nak picit dan hilangkannya. Ada masa kita juga cemburu bila lihat kulit muka kawan lebih bersih dan nampak berseri tanpa ada cacat cela.

Kalau korang nak kulit cantik, bersih, tak nampak kusam dan cantik tanpa jerawat senang je sebenarnya. Ini ada beberapa tips bagaimana untuk mendapatkan kulit bersih

1. Minum air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Air adalah agen kulit terbaik!

2. Kurangkan makanan manis seperti dessert, minuman soda, minuman instant 3in1 dan dairy-rich food. Kandungan gula yang tinggi dalam darah adalah antara punca pencetus hormonal acne. Jangan hairan kenapa dah tua pun masih naik jerawat.

3. Apabila ingin membeli kosmetik, pilih yang tertera noncomedogenic atau nonacnegenic.

4. Kerap tukar sarung bantal. Cuba fikir berapa kerap kita tukar sarung bantal kita. Sebulan sekali? Seminggu sekali? Kulit wajah kita melekap pada sarung bantal pada waktu yang lama semasa tidur dan ia adalah antara tempat yang banyak bakteria membiak.

5. Rajin dan disiplin diri buat rutin asas skincare 1-2-3 : 1-cuci, 2-toner, 3-pelembap/sunblock

S**a dengan tips saya?

Follow, Like dan Share Mug (https://m.facebook.com/mugbyshaa)

21/06/2021

Em boleh lah kan pagi nie..?? Makan buah star sahaja. Untuk shaa seorang.

Dah 3 hari pening kepala. Banyak fikir mungkin. Pening yang teramat sangat, tak boleh berjalan kalau tak rasa nak pitam. Letih dan lemah terus telan Pil Panadol dan tidur. Itu je solusi yang ada.

Semalam hanya makan 2 keping roti dan 1 Mug Halia Panas.

Ini cara Shaa bila pening kepala datang.. Anda bagaimana?

Jom kongsi cerita..🥰

Whatsapp:
📲: 017-9736798

18/06/2021

Limited offer for you. Wow!

Nak mug baru? Teringin sangat? Mug pelbagai warna?

Jom guys! Kami mampu memberi kepuasan sebagai pembeli untuk anda! MUNCHIES MUG! Munchies Mug ni hanya berharga RM30 je satu jenis. Tpi tu laa stok pulak terhad. Selalu kena preorder.

So beli sekarang. Nanti menyesal. Selagi stok masih ada ni! Tunggu habis menangis lagi. Ada berita baik jugak untuk korang tau. Dengan setiap pembelian 3 mug keatas, auto percuma postage dan free COD Area KUALA KRAI.


Sebarang pertanyaan,
📲: 017-9736798

Vous voulez que votre entreprise soit Salon De Beauté la plus cotée à Abidjan ?
Cliquez ici pour réclamer votre Listage Commercial.

Site Web

Adresse


LOT 585 GUCHIL 7
Abidjan
18000