Jom Sembang Buku

Jom Sembang Buku

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jom Sembang Buku, Johor Bahru.

15/12/2025

PENANGGAL

By : Eqbal Mohaydeen
Brand : Buku prima
SKU : PNGL
Weight : 0.5 kg
Measurement : 18.5cm x 11.4cm x 2.9cm
Available Qty : 214
Price : RM 28.00

SINOPSIS :

" Bila kepala telah putus maka terputuslah perjanjian itu.”

Tahun 1920 menjadi detik segalanya bermula. Satu jiwa mengabdikan diri kepada seekor makhluk kufur sehingga segala-galanya bertukar petaka.

Kampung Chahaya yang aman damai menjadi huru hara. Satu persatu wanita hamil di kampung itu mati dalam keadaan mengerikan.

Malam menjadi satu ancaman dan igauan maut. Syaitan berkeliaran mencari mangsa dalam kalangan wanita hamil!

Tahun 2017, keluarga Ilyas dihambat kejadian demi kejadian menakutkan lagi menggerunkan sehingga hampir-hampir meragut nyawa.

Dalam masa yang sama, negara digemparkan dengan kematian demi kematian wanita hamil.

Setiap mangsa ditemui dengan darah disedut sehingga kering dan uri dimakan.

Inspektor Shahid yang mengetuai siasatan menemui jalan buntu dalam menyelesaikan kes.

Elemen paranormal dan misteri melatari setiap kes yang berlaku.

Setiap mangsa dikatakan dibunuh oleh penanggal!

Tanpa sedar, kejadian yang menggemparkan negara itu berkaitan dengan gangguan yang menimpa keluarga Ilyas.

Pertemuan Inspektor Shahid dengan Ilyas perlahan-lahan membuka satu persatu rahsia dan misteri yang mengejutkan sehingga pada akhirnya mereka terikat dalam satu perkaitan yang mengelirukan.

Kegerunan semakin menyelubungi. Jumlah kematian semakin bertambah.

Siapa dalang yang sebenar?

🥶

14/12/2025

PENANGGAL

" Bila kepala telah putus maka terputuslah perjanjian itu.”

Tahun 1920 menjadi detik segalanya bermula. Satu jiwa mengabdikan diri kepada seekor makhluk kufur sehingga segala-galanya bertukar petaka.

Kampung Chahaya yang aman damai menjadi huru hara. Satu persatu wanita hamil di kampung itu mati dalam keadaan mengerikan.

Malam menjadi satu ancaman dan igauan maut. Syaitan berkeliaran mencari mangsa dalam kalangan wanita hamil!

Tahun 2017, keluarga Ilyas dihambat kejadian demi kejadian menakutkan lagi menggerunkan sehingga hampir-hampir meragut nyawa.

Dalam masa yang sama, negara digemparkan dengan kematian demi kematian wanita hamil.

Setiap mangsa ditemui dengan darah disedut sehingga kering dan uri dimakan.

Inspektor Shahid yang mengetuai siasatan menemui jalan buntu dalam menyelesaikan kes.

Elemen paranormal dan misteri melatari setiap kes yang berlaku.

Setiap mangsa dikatakan dibunuh oleh penanggal!

Tanpa sedar, kejadian yang menggemparkan negara itu berkaitan dengan gangguan yang menimpa keluarga Ilyas.

Pertemuan Inspektor Shahid dengan Ilyas perlahan-lahan membuka satu persatu rahsia dan misteri yang mengejutkan sehingga pada akhirnya mereka terikat dalam satu perkaitan yang mengelirukan.

Kegerunan semakin menyelubungi. Jumlah kematian semakin bertambah.

Siapa dalang yang sebenar?

🥶

14/12/2025

PROJEK SERAM HOSTEL

By: Hasrudi Jawawi, Eqbal Mohaydeen, Noorfadzillah, Illya Abdullah
Brand: Buku prima
SKU: HOST
Weight: 0.3 kg
Measurement: 18.5cm x 11.5cm x 2.5cm
Available Qty: 289
Price : RM 26.00

SINOPSIS :

Percutian Naurah, Puteri, Nora, Masni dan Musliha ke Air Papan Mersing dilanda malapetaka selepas mereka menginap di sebuah tempat penginapan jenis hostel yang tidak berpengunjung. Sejak mereka menjejakkan kaki di tempat penginapan itu, Naurah sudah merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Ternyata tebakan dia mengena apabila malam menjelma, mereka hilang seorang demi seorang. Makhluk apa yang telah menculik mereka?

Apabila yang berada di hadapan mata, bukanlah yang sebenarnya... / HILANG

Hari pertama Aida melangkah di hostel jururawat Cempaka Sari, dia dibelenggu misteri. Sebuah hostel lama yang terletak bertentangan meninggalkan tanda tanya di fikiran. Bangunan hostel itu terpasak pagar papan di sekelilingnya yang tertulis kata-kata amaran. Cerita-cerita menakutkan daripada senior tentang hari 10 Oktober membuatkan Aida kian tidak betah. Hari demi hari yang dilalui kian menggerunkan sehinggalah pada suatu hari papan yang mengelilingi hostel lama itu patah. Sesuatu yang terkurung lama di situ telah terbebas! Kematian demi kematian berlaku. Siapa dalang yang membebaskan ‘ia’? Dan apakah kaitan tarikh puaka 10 Oktober dengan bangunan hostel lama itu?

Setiap kali ia menjelang, kematian penamatnya. / 10 OKTOBER

Herlina bukan tiada pendidikan tinggi tetapi desakan hidup membuatnya terima sahaja pekerjaan maid di Borneo Amazon Homestay, Tawau. Sebuah pusat penginapan tidak jauh dari Lost World, Maliau Basin Sabah sangat pelik tempatnya. Setiap malam di bilik hostelnya, ada sahaja gangguan yang dialaminya. Peliknya hanya dirinya sahaja mengalaminya. Kenapa yang lain santai dan tiada? Blok ‘Rawalingga’ itu mempunyai struktur bangunan lain dari yang lain. Lalu, perlahan-lahan semakin terbongkar rahsia gelap kejahatan bersemadi di tapak hostel itu. Semuanya bermula dari ratusan tahun dahulu.

Jaga-jaga! Jangan terpedaya apa yang kau lihat. / PETAKA DI RAWALINGGA

Lima gadis, dengan agenda tersendiri menyertai satu penggambaraan telemovie realiti seram yang dikelolakan oleh seorang pemuda bernama Syahsyamusa. Daliana, Rosmuna, Widelia, Amani, Faeza dan Cahaya berjaya dalam uji bakat yang diadakan. Mereka ditawarkan dengan wang sebanyak RM 50,000 sebagai bayaran. Sebuah Hostel yang baru dibina tidak diduduki menjadi sasaran lokasi penggambaraan. Pelakon-pelakon hantu bersedia untuk memainkan peranan.Dan kisah seram lima gadis itu pun bermula…

Jangan celopar, bila jumpa di depan mata baru kau diam! / SYY...

14/12/2025

HIMPUNAN MASAKAN JAWA

Brand: alaf 21
SKU: 9789831247617
Weight: 1 kg
Available Qty: 56
Bahasa : Bahasa Melayu
Format : Kulit Nipis
Saiz : 28cm x 3cm x 19cm
Halaman : 187m/s
Jenis Kertas : Putih
Kondisi : Baharu (Berwarna)
Price : RM 22.00

SINOPSIS :

Masyarakat Jawa amat sinonim dengan tempe, pecal, mi Jawa, ayam penyet dan sambal goreng Jawa. Resipi popular ini tidak lagi janggal bagi orang Malaysia walaupun bukanlah datang dari keturunan Jawa.

Istimewanya, ia mempunyai cara tersendiri dalam penyediaannya. Masakan Jawa terdapat dalam pelbagai versi mengikut daerah atau negeri. Justeru, melalui buku ini anda akan memperolehi variasi resipi yang pelbagai. Ada yang direbus, dikukus, dipanggang dan dijemur.

14/12/2025

LETTERS TO MY SISTER'S

By: Sharifah Nadirah
Brand: alaf 21
SKU: LTMS
Pages: 168
Publication Date: 2025-06-04
Weight: 0.4 kg
Measurement: 22 cm x 14 cm x 1.5 cm
Available Qty: 186
Genre : Healing, Self help
Isbn : 978-629-7772-15-8
Halaman : 168
Keluaran : Keluaran MEI 2025 (PBAKL)
Saiz : 21.5 X 14 X 1.5 cm
Price : RM 27.00

SINOPSIS :

To the sister who feels not enough, unloved, unseen, or broken, this is for you.

Letters to My Sisters is a collection of letters for the moments when everything feels too heavy. In these pages, Sharifah Nadirah speaks directly to the hearts of women who are learning to heal, rest, forgive, and begin again.

With kindness and honesty, she writes to those who've been told they’re too emotional, too sensitive, too much. To those carrying silent battles and unspoken grief. These letters don’t offer advice, but presence, a reminder that your pain is valid, your feelings are not weakness, and your story still matters.

Whether you’re struggling to love yourself, trying to move on from disappointment, frustration, or heartbreak, or simply learning how to breathe again, this book is a safe space for your feelings. It’s like sitting with someone who truly gets it. A loyal companion in a loud, chaotic world.

You are not alone in what you feel.

And you never have been.

14/12/2025

KERANA TUHAN AKU SEMBUH

By: Balqis Shahidi
Brand: Whitecoat
SKU: 9789672705550
Weight: 0.4 kg
Measurement: 17.7 cm x 12.5 cm x 1 cm
Available Qty: 10
RM 35.00

SINOPSIS :

Saat dunia membuatkan dirimu lelah, percayalah dengan janji Tuhan bahawa hanya akhirat tempatmu berehat. Saat manusia membuatkan dirimu kecewa, yakinlah bahawa Tuhan tidak akan pernah mengecewakan.

Saat satu dunia pergi meninggalkanmu, sedarlah bahawa Allah akan tetap ada dekat denganmu.

Saat kamu putus harapan dengan kehidupan, ketahuilah bahawa kehidupanmu akan lebih indah dengan adanya Tuhan dalam hatimu.

Sudahlah.

Dirimu sudah terlalu terluka kerana dunia. Dirimu berhak untuk bahagia. Hidup ini terlalu singkat untuk berlama-lama kecewa. Beri peluang pada dirimu untuk sembuh, dan kerana hadirnya Tuhan dalam hidupmu, kami pasti sembuh!

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Culinary Team

Attire

Telephone

Address


Johor Bahru
83000