Nur Assyifa Thibbunabwi
Pengobatan thibbunabwi berlandaskan Al-Qur'an dan Sunnah,ALAMIAH,ILMIAH dan ILAHIAH
22/03/2026
Khazanah Muslimah
19/03/2026
*PALM HONEY*
Palm Honey atau Cuka Nipah mengandungi madu lebah asli dan cuka nipah yang dicampurkan untuk mendapat sinergi yang lebih berkesan. Cuka nipah ini mempunyai kesan enzim yang dapat menghilangkan lebihan lemak didalam badan serta membakar plak di jantung. Kalium, bahan mineral yang terdapat dalam cuka serta madu dapat meredakan gejala pesakit arthritis. Madu dapat mencegah penyakit ulser yang disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori. Madu dapat mengurangkan kadar serotonin didalam otak yang mengurangi aktiviti otak.
*KELEBIHAN :*
• Campuran madu & cuka nipah asli.
• Mempunyai enzim yang dapat menghilangkan lemak berlebihan.
• Membakar plak pada jantung.
• Meredakan penyakit arthritis & ulser.
• Meningkatkan kecerdasan minda.
19/03/2026
*BAHAYA ASID TINGGI DALAM TUBUH*
Keadaan asidosis iaitu kepekatan asid yang terlalu tinggi dalam badan sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera. Keadaan ini berlaku apabila seseorang individu mengalami tekanan emosi(stress), kurang bersenam, merokok dan mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang.
Kajian WHO menyatakan bahawa individu yang menghidapi asidosis berisiko tinggi mengalami pereputan tulang pada usia yang muda. Pakar-pakar perubatan juga percaya kebanyakan kes individu yang mengalami asidosis mengalami tindakan metabolisma yang lambat kerana mempunyai gaya hidup yang tidak sihat terutamanya dalam pemakanan.
Bahagian badan yang paling berasid ialah perut. Perut menghasilkan banyak asid hidroklorik untuk mencerna makanan. Amalan pemakanan makanan yang berasid seperti ayam, daging, produk dalam tin dan sebagainya boleh menjejaskan aktiviti pencernaan lalu meningkatkan kadar penyerapan asid dalam badan.
Lebihan asid yang banyak tidak dapat dirembes oleh ginjal dan bertangkung di dalam salur pencernaan(Salur kencing). Keadaan ini menyebabkan kegagalan ginjal untuk berfungsi dan menyebabkan pembentukan kristal di dalam salur pencernaan.
Kristal yang terbentuk dikenali sebagai batu karang dan menyebabkan individu mengalami penyakit batu karang. Keadaan ini akan berterusan dan akan menyebabkan tahap keasidan dalam badan semakin meningkat lalu mengakibatkan pelbagai penyakit dan membawa kepada kematian.
Satu kajian telah menemukan cara yang terbaik untuk membuang lebihan asid dalam badan dengan mudah dan melancarkan perjalanan metabolisma badan. Penyelesaiannya adalah mengamalkan pemakanan produk yang beralkali. Makanan beralkali terbukti berkesan meneutralkan asid dalam badan. Penggunaan yang berterusan mampu mengawal kestabilan nilai PH cecair dalam badan.
Terdapat beberapa produk HPA yang dapat membantu menurunkan asid dalam tubuh iaitu CAS Spray,Alkali Spray,Shark Cartilage Spray,HGH T Merah serta Rawako.
Dengan pengambilan berterusan salah satu produk di atas akan membantu mengurangkan asid dalam tubuh dalam kadar yang cepat.
19/03/2026
*KHASIAT TANAH TERBANG DALAM PENGUBATAN*
Oleh :
*Puan Norashikin Hassan*
*( Herbalis HPA ASEAN)*
Dalam pengubatan herba, ada jenis jenis tanah yang boleh dijadikan ubat penawar.
Pernah lihat sarang angkut-angkut?
Allah tidak menciptakan sesuatu itu sia-sia. Pasti ada sebabnya ia berada di rumah-rumah kita.
Kerana kita pasti memerlukannya apabila sakit.
Antara manfaat sarang angkut-angkut ialah ia digunakan untuk meredakan bengkak, menyurutkan beguk, sawan tangis, rawatan kayap, bisul, kudis, nanah pada kulit.
Sarang angkut-angkut atau tanah terbang sifatnya sejuk kerana tanah sifatnya sejuk, meredakan radang. Daripada tanah kita diciptakan, kepada tanah kita kembali mencari penawar.
Ambil sarang angkut-angkut yang telah kosong. Jangan ambil yang masih ada anak atau telur serangga itu. Nanti kita menzalimi p**a. Tunggu sehingga anak itu besar dan meninggalkan sarangnya.
Campurkan sedikit air.
Sapukan pada kulit atau pada tempat yang sakit.
Sapu pada belakang badan untuk turunkan panas badan.
Minum airnya jika bengkak, bisul, ketumbuhan dan nanah berada dalam tubuh.
Minum airnya juga untuk menurunkan panas perut dan sakit perut.
Biarkan tanah sarang ini mendap ke dasara gelas, kemudian baru diminum, biiznillah, insyaAllah.
*Produk HPA dari sarang angkut-angkut ialah Antirac*
23/01/2025
*BATUK*
Bersama :
*Tuan Hj Ismail Hj Ahmad*
*( Pengarah Urusan HPA )*
1.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tn Haji, ada ibu hamil 5 bulan sedang mengeluhkan batuk berdahak yang keras, sampai sakit kepala.
Apa spray yang cocok untuk ibu tersebut?
Spray yang ready sekarang
IMS, rawako, HGHT ungu, SC, HB Spray, dan antirax tn haji.
Terimakasih banyak atas jawabannya. 🙏🏻
Jawapan ;
*Ims spray*
2.Jiran saya batuk teruk, dah guna rawako sejak selasa, buat 3M, spray di leher dan dada juga tapi masih belum kurang, mohon bantuan nasihat
*Jawapan*
*Spray di dada sahaja*
3.Pak Hj,
anak batuk berkahak,
tapi kahak susah nak terkeluar
nak guna spray apa Tn Hj.
Jawapan :
*Guna IM-S.*
*IM-S ini Ekspektoran ( bila di spray di muka dan mulut,kahak pecah )*
4.Saudara saya munta2 darah segar, terkadang darahnya seperti jelly.
Ini kadang2 terjadi bbrapa bulan sekali.
Orangnya memang sering batuk, sehingga sisa bernapas, terkadang mengunakan alat bantu pernapasan .menurut beliau paruh2 bermasala.
Obat herbal apa buat penyakitnya?
Jawapan :
*Rawako*
5.Assalamualaikum pak haji.anak usia 7 tahun batuk ada reaknya kadang hijau atau kuning udah 7 hari.herbalnya apa
Jawapan
*Anxiety*
6.Assalamualaikum pak haji, ada saudara tenggorokan gatal, batuk dan demam apa yg baik utk obatnya🙏..terima kasih tuan guru
Jawapan :
*Ims dalam mulut, Rawako di dadanya*
7.Batuk muntah darah,apakah herba yang terbaik untuk atasinya ?
Jawapan :
*Boleh beri Shark Spray.Selain dari itu boleh juga herba Zam-Zam 4 dan Antirac*
8.Untk ibu hamil batuk sudah bbrp bulan batuk kering tapi ni kadang berdahak dan sering keluar darah ketika batuk.
Berat badan jg tidak naik sedang hamil.
Mhn info pak haji untk herbal yg tepat dengan dosisnya?
Jawapan ;
*Ims*
9.Bismillah...
Mohon arahan herba nya tuan haji.
Jenis kelamin :laki laki
Usia usia : 7 th
Keluhan :
batuk dahak gak bisa keluar, dan agak sesak..nafas..
Herba yg udah diberikan: dulu pake morin A udah membaik.
Ini kambuh lagi..
Mohon arahan nya tuan haji...🙏
Jawapan :
*Sc dispray di dadanya*
10.Assalamualaikum Tuan Haji, asam lambung tinggi disertai batuk kering, perut keras buat nafas sesak bila ambil nafas panjang batuk ,badan terasa panas dingin . Hasil Scan jantung bengkak. Mohon saran herbanya Tuan Haji?
Jawapan :
*Spray pada dada sebelah sebelah kiri dengan sc spray*
11.AsSalam Pak Aji...
Jiran saya telah batuk lebih dari 7bln. Kebelakangan ini batuk berkahak.
Sudah jumpa DR di HUKM & buat Xray. TIADA covid atau Batuk Kering(TB). Masih Xsembuh walaupun dah diberi bermacam2 ubat Dr & makan madu.
Apa yg harus saya rekomen/beri pada Jiran ini...(Wanita 48thn)
Jawapan :
*1.Batuk itu panas,ambil herba yang sejuk iaitu SC Spray.*
*2.Anxiety Spray akan membuat orang batuk tidur.Bila tidur suhu badan ( panas ) akan turun.*
*3.HGH T Merah ( mencuci paru-paru )*
12.Anak 8 tahun, batuk hampir 1 tahun, sudah bagi ubat kimia, tetapi masih belum sembuh.
Jawapan:
*Kena tahu batuk panas atau batuk dingin.*
*Rawatan*
*1.Sarang burung walit, di masak ( Sup) di masukkan gula batu, di didih dan di minum*
*2.Teh daun delima, di rebus buat seduhan dan di minum*
*3.Al-Bumin di masukkan ke dalam bubur dan di beri makan.*
*▪️Jika batuk panas ( Cara mendinginkan)*
*1.Buah timun di potong-potong di buat infush.*
*2.Buah labu ( ambil di bahagian tangkai) di asah dan di beri minum*
*3.Alove vera*
*4.Moringga juga boleh*
*▪️Batuk Dingin ( Herba panas)*
*1.Propolis*
*2.Kapsul Gamat.*
13.Assalamualaikum Tuan Haji, asam lambung tinggi disertai batuk kering, perut keras buat nafas sesak bila ambil nafas panjang batuk ,badan terasa panas dingin . Hasil Scan jantung bengkak. Mohon saran herbanya Tuan Haji?
Jawapan :
*Spray pada dada sebelah sebelah kiri dengan sc spray*
14.Salam..ank saya kerap demam.batuk dn selsema.lendir dia kuar wrna kekuningn cair2 hijau gitu
Jawapan :
*Sc spray*
15.Assalamualaikum...
Tuan Haji, mohon saranan herba untuk masalah
Batuk kering dan Asma
Jawapan:
*Shark Cartilage + ( Sinergy) Al- Bumin dan VCO*
16.Anak sakit tulang dada tengah, Sakit seluruh badan, batuk dan nafas sesak.
Jawapan:
*Kemungkinan masalah tulang belakang.*
*1.Pijitan*
*2.Bekam*
Rawatan herba:
*Tuju angin ( 3x3x3)*
Kaedah lain:
*1.Garam kasar/garam himalaya di goreng kemudian di bungkus kain dan di ikat di perut.*
*2.Telur di panaskan, kemudian di golek2kan di kawasan perut*
*3.Bertungku ( ambil batu sungai di panaskan dan di geleng bahagian perut.*
17.Mohon solusi untuk masalah demam dan batuk.
Terima kasih.
Jawapan ;
*Pegaga + Madu di perap*
Susunan :
*Pujangga Maya*
23/01/2025
*KANSER KOLOREKTAL / KANSER USUS*
Kanser kolorektal atau kanser usus besar berkembang apabila j***m sel yang tidak normal berkembang di kolon atau rektum. Kanser ini juga dikenali sebagai kanser kolon.
Kanser kolorektal adalah kanser yang paling biasa di kalangan lelaki Malaysia, menghidapi kira-kira 15 dalam 100,000 lelaki dan kanser kedua paling biasa di kalangan wanita Malaysia, menyebabkan kira-kira 11 dalam 100,000 wanita. Malah merupakan penyebab kematian ketiga utama akibat kanser di Malaysia.
*Apakah punca kanser usus besar?*
Dalam kebanyakan kes, kanser kolorektal berkembang disebabkan oleh perubahan dalam komposisi asid deoksiribonukleik (DNA) daripada pertumbuhan kecil (polip) dalam usus besar. Mutasi DNA ini, digabungkan dengan kegagalan gen untuk membuang sel bermutasi, akan mengakibatkan pembahagian dan percambahan yang tidak terkawal dan membawa kepada pembentukan tumor.
*Apakah faktor-faktor risiko?*
Perkembangan kanser kolorektal dipengaruhi oleh interaksi kompleks antara faktor risiko genetik dan persekitaran seseorang. Antara faktor-faktor risiko biasa adalah:
*1.Umur melebihi 50 tahun*
Risiko mendapat kanser ini meningkat dengan ketara selepas berumur 50 tahun. Namun, selain daripada genetik, kemunculan kanser kolorektal di bawah umur lima puluh telah menjadi lebih biasa sepanjang dekad.
*2.Mengalami kolitis ulseratif atau penyakit Crohn (keradangan kolon)*
Mempunyai penyakit radang usus (IBD) yang sedia ada meningkatkan kemungkinan untuk mengembangkan kanser ini. Keradangan kronik yang terdapat dalam IBD sering menghasilkan pertumbuhan sel yang tidak normal yang dikenali sebagai displasia.
Meskipun belum lagi menjadi malignan, sel displasia lebih berkemungkinan untuk berkembang menjadi tumor. Risiko ini akan meningkatkan tempoh pembawaan penyakit oleh pesakit serta tahap keparahan radangnya.
*3.Sejarah keluarga yang menghidap kanser kolorektal*
Risiko kanser kolorektal meningkat jika seseorang mempunyai saudara darah dengan penyakit ini. Mereka yang mempunyai dua atau lebih saudara rapat yang dijangkiti kanser (ibu bapa atau adik-beradik) mempunyai risiko yang lebih besar (dua hingga tiga kali ganda) penyakit itu, iaitu kump**an yang menyumbang kira-kira 20% daripada semua kes.
Sejarah kanser kolorektal dalam keluarga, khususnya dalam kalangan ahli keluarga di bawah umur 50 tahun semasa didiagnosis, akan meningkatkan risiko melalui mutasi yang diwarisi dan/atau persekitaran.
*4.Penyakit yang diwarisi*
Kira-kira 5 dalam 100 orang yang menghidap kanser kolorektal mempunyai keadaan genetik yang menyebabkan mereka terdedah kepada penyakit ini, sama ada dalam bentuk poliposis adenomatous keluarga (FAP) atau kanser kolorektal bukan poliposis keturunan (HNPCC atau sindrom Lynch). Kedua-duanya diketahui sebagai penyebab kanser pada usia muda. Bagi individu dengan sindrom ini, kanser hampir selalunya akan berlaku dan membentuk 1% daripada semua kes.
5.Faktor risiko lain
*Jantina lelaki*: Data global dan tempatan menunjukkan insiden yang lebih tinggi pada lelaki berbanding wanita
*Diet tinggi lemak, daging merah dan makanan yang diproses; rendah buah-buahan dan sayur-sayuran (serat):* Penggunaan serat yang rendah meningkatkan risiko daripada kanser kolon.
*Merokok:* Berhenti merokok boleh mengurangkan risiko kanser kolon.
*Pengambilan alkohol berlebihan:* Lebih daripada satu minuman sehari meningkatkan risiko daripada kanser kolon.
*Kurang bersenam dan obesiti:* Kira-kira 10% kes dikaitkan dengan aktiviti fizikal yang tidak mencukupi.
23/01/2025
*HEMPEDU BUMI*
*Pengenalan*
Tahukah anda akan tumbuhan yang digelar hempedu bumi? Hempedu bumi atau nama saintifiknya Andrographis paniculata merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari keluarga Acanthaceae. Ianya adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai jangka hayat yang hanya lebih kurang satu tahun.
Antara ciri-ciri tumbuhan ini adalah mampu untuk tumbuh sehingga 60 ke 70 cm, batangnya p**a tidak seperti tumbuhan lain kerana berbentuk segi empat dan berdaun hijau yang licin. Tumbuhan ini telah digunakan sekian lamanya untuk tujuan perubatan tradisional seperti merawat kencing manis, masalah penghadaman, demam dan pelbagai lagi tujuan perubatan yang lain. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan dengan lebih lanjut akan kebaikan hempedu bumi kepada kesihatan.
*10 KHASIAT HEMPEDU BUMI*
Berikut merupakan khasiat hempedu bumi kepada kesihatan:
*1. BERSIFAT ANTIMIKROB*
Pokok hempedu bumi mempunyai sifat antimikrob iaitu mempunyai rintangan terhadap aktiviti mikrob yang dapat mengakibatkan penyakit. Ektrak pokok hempedu bumi yang ditemui mempunyai sifat ini adalah ekstrak andrographolides dan arabinogalactan di mana ekstrak ini mampu mencegah aktiviti bakteria B. subtilis dan E. coli.
*2. ANTI KANSER*
Kanser merupakan penyakit yang terjadi disebabkan oleh pembahagian sel yang tidak terkawal lalu membentuk sekump**an sel yang tidak normal. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji kesan ekstrak hempedu bumi terhadap sel imun dan sel kanser manusia (3). Kajian ini mendapati bahawa ekstrak metanolik (dichloromethane) bersifat anti kanser di mana ianya menghalang pembahagian sel kanser kolon.
*3. MELINDUNGI HATI ( Liver )*
Satu kajian terhadap haiwan telah dijalankan untuk mengkaji kesan ekstrak etanolik hempedu bumi terhadap perlindungan hati (4). Kajian ini mendapati bahawa pemberian ekstrak hempedu bumi sebanyak 500 mg/kg dapat melindungi daripada kerosakkan hati haiwan di dalam kajian ini. Ini menunjukkan tumbuhan herba ini berpotensi untuk melindungi hati daripada mekanisma hepatotoksisiti.
*4. ANTI KERADANGAN*
Keradangan ataupun inflamasi adalah satu proses di mana badan cuba untuk melindungi kita dari bahaya luar. Sekiranya ini terjadi dalam tempoh masa yang lama, keradangan juga dapat meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit kronik yang lain.
Kajian yang dijalankan terhadap haiwan mendapati bahawa pemberian ekstrak metanol selama 5 hari dapat mengurangkan reaksi keradangan di kalangan haiwan terbabit (5).
*5.MENINGKATKAN FUNGSI SISTEM KETAHANAN BADAN ( IMUNITI )*
Sistem pertahanan badan merupakan antara sistem yang penting untuk tubuh badan manusia kerana ianya melindungi kita dari sebarang bahaya dari luar. Antara sel-sel yang terlibat di dala sistem ini aalah sel darah putih, antibodi dan lain-lain.
Kajian mendapati bahawa ekstrak hempedu bumi dapat meningkatkan pembahagian dan penghasilan sel darah putih yang bertindak untuk melawan jangkitan dan serangan patogen luar.
*6.ANTI DIABETES*
Diabetes merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh paras gula yang tinggi di dalam darah melebihi paras normal. Antaranya penyebab kepada paras gula yang tinggi ini adalah kekurangan insulin dan insulin yang tidak sensitive.
Satu kajian terhadap haiwan telah dijalankan untuk mengkaji kesan pemberian ekstrak etanolik hempedu bumi terhadap haiwan yang mempunyai dan tidak mempunyai diabetes (6). Kajian mendapati bahawa hempedu bumi dapat mengurangkan paras gula di dalam darah ketika berpuasa bagi haiwan yang menghidap diabetes.
*7.BERSIFAT ANTIHIPERLIPID*
Hiperlipidemia adalah keadaan di mana paras kolesterol yang tidak baik di dalam darah melebihi paras normal. Hal ini dapat mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan di mana ianya dapat meningkatkan risiko untuk mendapatkan masalah jantung. Kajian telah dijalankan untuk mengkaji kesan pemberian ekstrak hempedu terhadap haiwan . Kajian ini mendapati bahawa pemberian ekstrak ini dapat menurunkan paras TG dan LDL iaitu sejenis kolesterol tidak baik.
*8.BERSIFAT ANTIMALARIA*
Penyakit malaria adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh gigitan nyamuk yang telah dijangkiti parasit sporozoites. Parasit ini mampu memasuki sistem darah manusia dan membiak menghasilkan lebih banyak parasit. Kajian mendapati bahawa pokok hempedu bumi mempunyai kesan antimalaria kerana kandungan dan komponen aktif yang terdapat di dalamnya
*9.MERAWAT DEMAM*
Selain daripada rawatan moden, hempedu bumi turut digunakan untuk tujuan perubatan tradisional . Di China, pokok hempedu bumi ini digunakan secara tradisional untuk merawat demam dan panas badan. Mereka menganggap tumbuhan ini ‘pahit dan sejuk’ dan mampu untuk mengeluarkan panas badan.
*10.MERAWAT CIRIT BIRIT*
Cirit birit merupakan masalah kesihatan yang sering dialami oleh kita. Selain dari perubatan moden, terdapat pelbagai perubatan tradisional dan petua yang boleh diamalkan untuk merawat cirit-birit (9). Pokok hempedu bumi ini merupakan antara salah satu alternatif yang digunakan untuk masalah sistem penghadaman ini.
Konklusinya, terdapat pelbagai kebaikan pokok hempedu bumi kepada kesihatan badan. Namun begitu, sebelum mengambil apa-apa suplemen dan herba, anda hendaklah merujuk kepada doktor terlebih dahulu untuk memastikan anda bebas dari sebarang kontraindikasi bagi herba terbabit. Ini penting untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan yang tidak diingini.
*IM-S SPRAY HPA*
IM-S Spray HPA adalah produk Spraylogi yang di hasilkan dari bahan utamanya ialah daun hempedu bumi.
Ia bertindak cepat untuk memberi perawatan kesihatan seperti masalah demam,tonsil,ulser dan sebagainya.
Cara gunanya sangat mudah dengan hanya spray di bahagian bawah lidah untuk mendapat kesan yang maksimum dan boleh juga di spray di bahagian ubun-ubun untuk kanak2.
Ia juga membantu merawat bagi sesiapa yang mempunyai masalah Jerawat di wajah dengan cara spray di bahagian muka.
InsyaAllah,anda akan dapat melihat kesannya yang amat ketara setelah mengamalkannya..
*INFO*
IMS adalah gabungan dari ramuan yang ada pada 3 produk HPA iaitu :
1.Minyak But-But
2.Zam-Zam 4
3.Air IMT
12/04/2023
Harta yang paling berharga adalah keluarga
Dengan keluarga aku menjadi bahagia. Bagi yang sudah punya pasangan hidup maka pegang erat-erat dan jaga baik-baik. Bahagiakanlah karena itu sumber kebahagiaan....
Bagi yang masih bujang persiapkan dan pantaskan diri untuk menerima siapa yang akan menjadi pendamping hidup anda...
😊
Salah satu nikmat yang luput untuk disyukuri adalah keberadaan keluarga. Sesibuk apapun, sejauh apapun kita pergi. Keluarga merupakan tempat p**ang. Kebahagaian mereka adalah kebahagian kita.
Semangat pagi 🤩🤩
27/02/2023
Sahabat Herbal,
*VIRAAL...!!! TEMUAN BARU DARI PARA HERBALIS DAN TERAPIS*
*MINYAK KAYU PUTIH PLUS PENDOBRAK GEL DI PARU-PARU*
Komposisi:
-Bidara
-Qusthul Hindi
-Habbatus sauda'
-Mint
-Kayu putih
-Zaitun
-Buah Tin
Insya ALLAH cepat membuat PLOONG Pernafasan (COVID Therapy), Berfungsi juga untuk Bahan ruqyah
Persediaan Terbatas!!!
Kegunaan minyak kayu putih plus, insyaallah membantu:
1. mencairkan gel di paru paru
2. membunuh virus di tenggorokan
3. melancarkan peredaran darah
4.mengaktifkan saraf 2 yang ada dikepala( paranasal)
5.sbg aroma terapi, meremajakan sel sel
6.Menetralkan lambung
7. menghasilkan hormon indorfin dalam jumlah besar
8. Anti alergi , misal gatal kulit dan urusan kulit lainnya.
Dan lain lain
Testimoni dari seorang Terapis:
Alhamdulillah kemarin ada satu keluarga positif covid datang di klinik menggigil dan demam tinggi sedikit sesak ada 4 orang dilakukan emergency titik paru paru dan lambung (20 menit) bekam ( 15 menit) dikasih herbal madu murni dicampur kayuputih racikan satu sendoknya ditetesi 3 - 5 tetes, paginya demam tinggi langsung enteng dan demam hilang. setiap pasien yang datang dengan kondisi demam badan sakit semua , batuk, flu cukup emergency lambung jantung, penutupan pada tengkuk bahu dan ginjal dan herbal yang sederhana madu di ditetesi kayu putih racikan alhamdulillah lebih dari 50 pasien gejala sama rata rata 1 - 3 hari udah kembali normal, biiznillah
Sahabat Herbal yg minat jadi reseller MKPP boleh wa.me/6281374992756
Konsultasi Gratis 🤩
Sehat Nur Asyyifa Thibbunabwi
.Y,C.Herb
27/02/2023
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Kelurahan Perhentian Marpoyan Kecamatan Marpoyan Damai Kota Pekanbaru
Pekanbaru
