Anik Home Beauty Spa
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Anik Home Beauty Spa, Spa, Tegal Gentan RT 04/RW 18 Margo Agung Seyegan Sleman, Yogyakarta City.
15/12/2018
11 Rahsia Kecantikan Yang Pakar Dan Industri Kecantikan Tidak Mahu Anda Tahu
Ketahui 11 tip asas dan rahsia penjagaan kecantikan yang mudah lagi berkesan ini supaya kulit anda sentiasa kekal muda, sihat dan hebat!
Pernahkah anda melihat gambar-gambar selebriti yang sentiasa nampak hebat dan mulalah anda rasa iri hati dengan kecantikan mereka?
Tapi mereka pasti ada sekumpulan pakar kecantikan peribadi yang selalu sedia membantu.
Walaubagaimanapun, asas penjagaan yang berkesan sebenarnya sangat mudah. Anda hanya perlu bersedia untuk mengamalkannya dengan rajin.
Mari kita lihat sama-sama apakah 11 rahsia kecantikan yang dirahsiakan dari anda ini bersama!
1. Jangan lupa kebaikan menggunakan krim pelindung matahari
Kulit yang cantik dan sihat tidak boleh diperolehi tanpa penggunaan krim pelindungan matahari.
Mamie McDonald, seorang pakar alat solek yang pernah berkerja untuk Madonna berkata semua usaha kecantikan yang lain akan sia-sia sahaja jika anda mengabaikan amalan ini.
Seorang lagi pakar kecantikan selebriti, Dr. Lancer, menasihatkan wanita untuk menggunakan krim SPF yang tidak kurang daripada 30 sepanjang hari!
2. Jangan terlalu keringkan kulit anda jika terdapat keradangan
Kebanyakkan krim jerawat mengandungi benzoyl peroksida yang mengeringkan kulit.
Tapi bahan ini sebenarnya boleh memburukkan keradangan dan meningkatkan pengeluaran sebum.
Produk yang mengandungi alkohol juga bertindak dengan cara yang sama, jadi anda tidak akan merawat jerawat dengan cara ini.
Dr. Harold Lancer mengesyorkan wanita menggunakan produk yang mengandungi asid salisilik atau asid laktik untuk wajah mengelupas dan mask jenis clay.
3. Jangan lupa untuk jaga kulit leher
Bahagian leher anda boleh menunjukkan umur seseorang wanita. Sebab itu sangat penting untuk menjaga kulit di bahagian leher.
Kulit di leher sangat nipis dan juga perlu penjagaan teliti sama seperti kulit pada muka.
4. Gunakan ais pada kulit anda
Pakar dermatologi Santa Monica Dr. Ava Shamban menyarankan anda menggosok wajah dengan kiub ais untuk beberapa saat. Amalan ini akan merangsang peredaran, dan menyebabkan kulit nampak cerah dan berseri.
Amalan ini akan merangsang peredaran darah dan menyebabkan kulit nampak cerah dan berseri.
5. Simpan semua produk kecantikan anda dengan betul
Dr. Debra Jaliman berkata, wanita tidak harus menyimpan produk kecantikan mereka di dalam bilik mandi.
Ini kerana udara panas dan lembap dalam bilik mandi akan memendekkan hayat simpanan produk-produk ini. Krim muka dan produk lain yang jarang digunakan haruslah disimpan di dalam peti sejuk.
6. Pastikan semua barang yang menyentuh bahagian muka anda bersih
src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/09/15007560 27535660 325799 6 0 1497607084 1497607108 650 1 1497607108 650 f68cd469cd 1499750296.jpg 11 Rahsia Kecantikan Yang Pakar Dan Industri Kecantikan Tidak Mahu Anda Tahu
© DEPOSITPHOTOS
Dr. Lancer berkata wanita tidak harus menyentuh muka mereka dengan tangan yang kotor.
Tukar sarung bantal anda seminggu sekali jika anda mempunyai kulit normal atau kering. Tukar sarung bantal anda 3 hari sekali jika kulit anda jenis yang berminyak.
Jangan lupa untuk lap cermin telefon bimbit anda dari masa ke semasa.
7. Jangan guna scrub dan span muka, jika muka anda senang berjerawat
Christie Kidd, seorang pakar penjagaan kulit dari Beverly Hills, mengesyorkan wanita mengelak dari menggunakan produk penjagaan kulit yang mampu mengikis (scrub, span, berus) apabila mempunyai jerawat kerana ini hanya akan memburukkan keradangan.
Semua jenis kulit memerlukan produk pembersih yang lembut dan bebas sabun. Untuk mengurangkan keradangan pada muka, sapukan campuran air dan aspirin atas jerawat pada muka.
8. Urut muka anda jika mahu menghilangkan kesan lingkaran di bawah mata
Ole Henriksen mengesyorkan wanita mengurut saliran limfa berdekatan bahagian lingkaran di bawah mata.
Prosedur ini merangsang aliran limfa, kulit akan menjadi licin, dan menyebabkan “eye bag” bawah mata hilang. Cara urut ini sangat senang dan boleh dilakukan di rumah.
9. Jaga kulit pada tangan anda
Kulit pada tangan juga memerlukan penjagaan yang teliti seperti kulit pada bahagian leher, kerana kulit pada tangan juga sangat nipis
Kalau boleh, lakukan kerja rumah sambil memakai sarung tangan. Pastikan anda menjaga kelembapan kulit tangan dengan menggunakan krim yang sesuai.
Anda juga boleh menggunakan krim anti-aging yang sama pada tangan dan muka anda. Jangan lupa juga krim pelindung matahari!
10. Cuci keseluruhan muka anda
Pakar dermatologi Debra Jaliman berkata wanita jangan tidur dengan bahan solek yang masih ada pada muka.
Apabila wanita melakukan ini, liang kulit akan tersekat dan menyebabkan keradangan. Walaupun ini tip yang senang, ramai yang masih mengabaikan nasihat ini!
11. Tanggalkan bra sebelum tidur.
Anda mungkin tidur dengan memakai bra kerana takut payudara anda kendur.
Tetapi doktor ini berkata adalah lebih baik untuk menanggalkan bra sebelum tidur. Bra, terutamanya yang ketat atau berwayar akan menghalang peredaran darah dan menyebabkan masalah kesihatan.
Di samping itu, ia juga boleh menyebabkan kerengsaan kulit, ketidakselesaan, dan kegelapan kulit di bawah tali dan dawai bra itu.
Jom sama-sama kita amalkan semua rahsia kecantikan ini untuk kebaikan diri sendiri.
15/12/2018
MINUM AKAR KAYU ATAU JAMU
Semasa tempoh berpantang ibu-ibu digalakkan minum air akar kayu dan jamu yang boleh dibeli terus dari penjual-penjual ubatan tradisional.
Minum air akar kayu dan jamu menyihatkan badan disamping mengembalikan kesegaran ibu di sepanjang tempoh berpantang. Minum air akar kayu turut membantu mengecutkan rahim secara rawatan dari dalam kerana khasiat dari campuran herba akar kayu yang digunakan.
Cara minum air akar kayu dan jamu turut mempunyai petua dan cara yang tersendiri dan diminum sebelum makan.
Tekan ibu jari kaki kanan ke atas ibu jari kaki kiri supaya rahim dan punggung tidak kembang. Tangan kiri digunakan untuk ampu payudara agar tegang sentiasa. Selawat tiga kali, tarik nafas dan kempiskan perut supaya tidak buncit. Minum senafas agar tidak terasa mual.
15/12/2018
4 PETUA UNTUK KESIHATAN DALAMAN WANITA
1. Rebusan Serai dan Halia
- Ambik 3 batang serai
- 4cm halia atau 2 ketul
Diketuk kedua bahan di atas.
Direbus dgn 3 gelas air dijadikan sehingga 1gelas air . Tunggu suam diminum.
** Rebusan ini seeloknya dibuat seminggu 2 / 3 kali.
Sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih dan lenguh2 badan. kolestrol tinggi dan sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan di siang hari.
2. Rebusan Sireh
- Ambik daun sireh 3 ke 5 helai.
Di rebuskan dengan 3 gelas air dan jadikan 1 gelas. Tunggu suam dan di minum.
**Tambahan : boleh dicampurkan dengan bunga cengkih 3 kuntum.
Untuk menghilangkan bau badan dan pulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal badan.
**Rebusan ini seeloknya di amalkan setiap seminggu ke 10 hari sekali.
3 . Rebusan sireh dan daun Inai
- 3 ke 5 helai daun sireh.
- segenggam daun Inai.
Direbus dgn 3 gelas air dan jadikan sehingga 1 gelas air. Minum bila sudah suam.
**Rebusan ini sesuai paling sesuai digunakan bagi perempuan yang mengalami keputihan dan lendiran yang banyak. Juga berbau.Elok di amalkan selepas haid.
4. Rebusan Halia Serai cengkih dan kunyit
- 2 / 3 batang serai di ketuk
- 3cm halia (tua/muda).di ketuk
- 2cm kunyit di ketuk
- sedikit kulit kayu manis / bunga
cengkih /bunga lawang
- daun pandan sehelai
- sedikit gula batu.
*** gula batu boleh di ganti dgn
madu jika s**a.
****Rebusan ini seeloknya di ambil setiap kali sebelum atau selepas haid.
Cukup sebulan sekali sahaja,Bagi mewangikan kewanitaan anda dan menyegarkan badan.
Segala resepi dan ramuan di atas , anda boleh amalkan mengikut kepada keperluan dan kesesuaian badan anda.
Saya tidak syorkan untuk diambil setiap hari. Sila aturkan mengikut keperluan badan sendiri.
Ini adalah amalan untuk penjagaan kesihatan terutama bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan urat saraf. Membuang toksik dan lemak . Dan tersangat banyak khasiat.
15/12/2018
Buah Manjakani boleh dijadikan sebagai air rebusan. Air rebusan buah Manjakani merupakan salah satu bentuk pencuci keintiman wanita yang sangat hebat bukan sahaja membantu mencuci bahagian sulit wanita tetapi juga boleh merawat masalah bau yang kurang enak di bahagian sulit serta membantu merawat keputihan. Sangat mudah untuk membuat air rebusan dari buah Manjakani anda hanya perlu mengambil 5-10 biji buah Manjakani dan rebus bersama 2 gelas air dan biarkan hingga mendidih dan apabila air rebusan telah sejuk atau suam boleh disimpan di dalam bekas seperti botol dan digunakan untuk mencuci va**na. Namun begitu, anda digalakkan untuk menyimpan air rebusan ini hanya untuk 3 hari sahaja. Selain di simpan di dalam botol anda juga boleh menyimpan air rebusan buah manjakani ini di dalam periuk rebusan terutama yang periuk tanah.
Air rebusan buah Manjakani ini juga boleh dijadikan sebagai air minuman untuk membantu menjaga kesihatan dan kecantikan dari dalam dan membantu untuk kekal awet muda. Minum air rebusan setiap pagi akan membantu tubuh lebih cergas bertenaga sepanjang hari. Di samping itu, anda akan mendapat bonus badan yang lebih langsing hanya amalkan minum ½ cawan air rebusan Manjakani Methenolone suam setiap pagi.
Selain itu, buah Manjakani juga boleh dijadikan ulam untuk di makan dengan nasi panas. Namun begitu rasanya sedikit pahit. Cara mengamalkannya amat mudah, ambil sebiji buah Manjakani dan masukkan ke dalam nasi yang sedang mendidih apabila nasi telah masak ambil buah tersebut dan potong nipis-nipis ketika buah masih lembut dan makan bersama nasi panas. Sangat-sangat digalakkan kepada mereka yang masih dalam tempoh berpantang.
15/12/2018
6 Manfaat Hebat Aloe Vera untuk Penjagaan Kecantikan dan Kesihatan
*Penjagaan Kulit Muka dan sebagai Ubat Jerawat
*Melegakan kesan sunburn dan masalah-masalah kulit
*Penjagaan Rambut
*Mengurangkan kesan ‘stretch marks’ dan parut
*Penjagaan gusi, gigi dan mulut
*Sebagai minuman kesihatan dalaman
Pengambilan aloe vera adalah amat baik untuk kesihatan dalaman kerana ia mampu memberi kesan detoks dan membuang toksin-toksin dari dalam badan, serta membersihkan usus dan saluran penghadaman. Secara tak langsung, berat badan juga mudah turun disebabkan oleh peningkatan metabolisme kesan dari sistem penghadaman yang lebih lancar dan sihat. Mereka yang kerap menghadapi masalah buasir atau sembelit turut digalakkan mengambil aloe vera untuk melegakan simptom- simptom tersebut.
Selain itu, terdapat banyak lagi khasiat dalaman dan manfaat kesihatan yang dapat dinikmati dengan pengambilan jus aloe vera. Antaranya, ia dapat mengurangkan paras gula dalam badan bagi pesakit-pesakit diabetes serta dapat mengurangkan sakit sendi bagi mereka yang mengalami penyakit arthritis.
Cara buat Jus Lidah Buaya Homemade
Jus aloe vera untuk diminum memang ada dijual tetapi boleh juga kalau nak buat sendiri di rumah. Cara nak buat jus aloe vera homemade tidaklah susah. Ambil beberapa helai daun aloe vera yang tebal dan bilas dengan air. Kemudian potong sisi tepi kiri dan kanan daun. Kupas keseluruhan bahagian kulit yang hijau dan ambil bahagian dalam daun yang tak berwarna dan bertekstur seperti jeli. Ambil sekali bendalir di sekeliling bahagian dalam daun. Kumpulkan dan kemudian kisarkan dengan campuran sedikit air mineral. Tapis dan simpan jusnya di dalam bekas kedap udara. Jus aloe vera yang penuh khasiat ini boleh tahan sekurang-kurangnya selama dua minggu apabila disimpan dalam peti sejuk. Boleh diminum begitu sahaja atau tambahkan dengan perahan air lemon dan sedikit gula.
15/12/2018
Khasiat Jus Pengaga
+Membantu menyembuhkan luka dengan menegangkan kulit dan meningkatkan antioksidan di bahagian yang luka.
+Jus pegaga membantu mencegah kanser kulit yang disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran ultra unggu.
+Ia boleh meningkatkan kecerdasan minda dengan melindungi sel otak dari pendedahan toksik.
+Digunakan untuk merawat parut pembedahan dan kesan penegangan kulit sewaktu mengandung.
+Baik untuk para ibu yang baru melahirkan bayi dengan membantu mengekalkan kembali bentuk badan.
+Jus pegaga juga boleh digunakan untuk merawat ulser mulut.
Daun pegaga yang dikisar dan kemudiannya dijadikan jus boleh digunakan untuk merawat demam panas.
+Membantu meredakan masalah penghadaman dan mengatasi masalah buasir.
+Jus pegaga juga dipercayai dapat membantu mencerdaskan mental dan emosi. Ia dipercayai boleh meningkatkan kebaikan prestasi kanak-kanak yang mengalami kecacatan akal.
+Membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kulit dan tekanan darah tinggi.
+Mengurangkan tahap kolestrol dalam tubuh badan.
+Jus pegaga juga dapat menyejukkan badan dan menyegarkan tubuh.
+Dapat membersihkan darah, merawat ulser, sifilis, dan kelenjar limfa.
15/12/2018
PETUA HILANGKAN BINTIK-BINTIK HITAM ATAU JERAGAT
15/12/2018
PETUA MENEGANGKAN KULIT MUKA
Tumbuk halus sedikit beras pulut bersama sedikit kulit kayu manis dan seketul kunyit hidup. Lumur ke seluruh muka dan leher sebelum tidur. Keesokan hari cuci muka dengan air suam dan bilas dengan air sejuk. Lap muka dengan tuala bersih. Amalkan dua kali seminggu.
15/12/2018
TANDA-TANDA GEJALA RESDUNG
• Hidung selalu tersumbat
• Lender dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
• Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya
KEMUDRATAN RESDUNG
• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat
15/12/2018
kebaikan foot bath pada kaki:-
* Menyegarkan kaki kita
* Melancarkan Peredaran Darah.
* Menghilangkan Jerawat Dan Penyakit Kulit
* Mengurangkan Kolesterol
* Merawat Dan Mencegah Radang Sendi Dan Otot
* Mencengah rematik disebabkan Adam urat yang tinggi
jom berfoot bath:
💠Kami Meyediakan Pelbagai Jenis Pakej Rawatan Spa ⬇
15/12/2018
Terdapat begitu banyak manfaat spa yang baik untuk kita. Sebenarnya, bukan sahaja wanita yang boleh melakukan spa, malah termasuklah juga golongan kanak-kanak. Spa adalah trend hidup bagi sesetengah orang yang sudah mengetahui kelebihan spa.
Kebaikan Spa Untuk Kecantikan Wanita Yang Perlu Anda Tahu
Berikut adalah kelebihan atau kebaikan spa untuk kecantikan wanita yang perlu anda ketahui.
1. Mengekalkan Kecantikan
Kelebihan spa adalah untuk kecantikan seorang wanita. Sekarang, banyak spa moden menggunakan pelbagai rawatan yang boleh menjadi pilihan untuk korang. Terdapat rawatan yang menggunakan buah-buahan semulajadi, coklat, susu dan beberapa bahan semulajadi lain yang akan menjadikan korang kelihatan lebih cantik.
2. Mengekalkan Kesihatan
Di samping mengekalkan kecantikan, spa juga bermanfaat untuk mengekalkan kesihatan yang baik, kerana di spa ada bahagian-bahagian seperti scrub, urutan, dan mandian yang sangat bermanfaat untuk mengekalkan kesihatan kulit korang. Bukan hanya kulit yang sihat di luar, tetapi juga boleh memberi nutrien untuk tisu kulit kita tau.
3. Menjadikan Kulit Lebih Bersih
Dengan melakukan spa terutama pada scrub, ini menjadikan kulit kita lebih bersih dan putih. Jus buah atau bahan semulajadi yang terdapat di scrub boleh membersihkan kulit kita dari kulit kusam, mengeluarkan sel kulit mati, dan sebagainya.
4. Menyegarkan Tubuh Badan
Dengan urutan dan pantulan setiap bahagian badan, menjadikan tubuh kita lebih segar, lebih sihat dan lebih santai. Biasanya, selepas rawatan spa, kami akan berasa lebih ringan dan tidak lagi berasa letih kerana aktiviti harian.
Jadi, adakah korang akan mula membuat spa untuk kesihatan kulit? Jom ke spa setiap hujung minggu, sekurang-kurangnya dua minggu untuk menjadikan korang lebih cantik dan sihat.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Tegal Gentan RT 04/RW 18 Margo Agung Seyegan Sleman
Yogyakarta City
