Rendam Kaki Garam Bukit Kota Setar
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rendam Kaki Garam Bukit Kota Setar, Health/Beauty, Alor Setar.
27/01/2022
Kasih sayang Allah datang dari macam macam cara.
Ada datang dalam bentuk ujian. Ada dalam dalam bentuk rezeki. Rezeki yang makin buat kita dekat dengan Allah itu rahmat. Ujian yang buat kita makin dekat dengan Allah tu pon nikmat.
Bila Allah bagi kita kerja elok rezeki melimpah banyak duit banyak kita makin rasa bersyukur. Kita makin rasa seronok nak beribadah.
Kita guna setiap sen dari duit kita ke jalan kebaikan. Kita makin kerap ke masjid. Makin seronok buat kebaikan. Makin s**a bersedekah. Kita jadi makin beriman kepada Allah. Kita usaha buat apa yang Allah s**a.
Namun sebaliknya jika rezeki dan kekayaan tu buat kita makin jauh dari Allah itu adalah musibah. Kerana dengan duit banyak, kita makin sombong kita jadi kufur nikmat. Kita tak rasa bersyukur.
Kita belanja duit tu ke jalan haram. Kita berjudi, berzina. Kita jadi orang yang kedekut. Masjid dah tak pergi. Solat tak cukup. Kita abaikan keluarga, sedekah jarang sekali. Nauzubillahminzalik.
Begitu jugak dengan ujian. Boleh jadi ujian tu satu nikmat Allah bila ujian tu buat kita makin dekat dengan Allah.
Bila Allah uji kita hidup susah, perniagaan jatuh, hutang banyak keliling pinggang. Kita tak merungut kita tak salahkan Allah.
Bila Allah uji ditimpa kemalangan, kematian, rumahtangga musnah kita masih berterima kasih dengan Allah.
Kita makin rajin bangun solat tahajjud. Kita makin kerap sedekah walaupon duit cukup makan je. Walau hidup susah ditimpa ujian kita solat awal waktu, rajin mengaji Quran. Ujian itu buat kita kembali ke jalan Allah itu nikmat.
Ada orang Allah uji dia hidup susah tapi dia masih tak kembali pada Allah. Solat masih jarang sekali. Anak isteri diabaikan.
Hidupnya susah tapi tetap liat nak bangun solat malam. Nak bangun solat taubat, nak mengadu dekat Allah pon malas. Tetap seharian buat apa yang Allah tak s**a.
Allahuakbar. Nauzubillahminzalik. Moga kita semua di jauhkan dari ujian dan rezeki yang membawa musibah buat kita semua.
Diberi rezeki oleh Allah bersyukur.
Diberi ujian oleh Allah bersyukur.
Share Kerana SAYANG.
02/12/2021
Jom amalkan surah ni...
Assalamualaikum.
'Baru aku tau rupanya AURA tu penting ye. Sebelum ni ingat retis-retis femes je yang ada aura - aura bagai ni"
Rupanyaaa kita-kita ni pun ada aura. Semua makhluk yang Allah bagi nyawa ni ada Aura masing2. Atau dalam Islam kita panggil 'Nur'.
Cuma beza aura kecil dengan besar je.
.continue next post
02/12/2021
Jom amalkan surah ni...
Pagi.
Assalamualaikum.
Menyalahkan orang lain memang mudah.
Nak mengaku salah xsemua boleh.
Setuju?
Saya doakan yang baca posting ni dimurahkan rezeki nya
28/05/2021
“Ok Nana, meh aku nak sambung cite sikit.
Kau tu kerja kat ofis banyak jumpa orang kan.
Kalau kau nak tau, aura kita ni macam span tau.
Kau tau kan sifat span tu macamana? Dia sifat mudah sangat menyerap kan?
Macam tu jugak la aura kita. Lagi lah kalau jenis jumpa macam-macam orang tiap hari tau” Cerita si Jemah
“Hah biar betul Jemah. Aku punya la ramai jumpa orang kat ofis tu. Kadang kena pi site sana sini. Penat habis badan aku ni bila balik kerja” Jawab Nana.
“Kau nak tau kenapa kau penat sangat lepas balik kerja?
Sebab, banyak aura-aura negatif kau dah serap kat ofis tu. Dengan radiasi komputer, handphone lagi. Mana tak penat. Lagi pulak kalau kena marah dengan bos ke, gaduh dengan office mate ke. Lagi bertambah kepenatan kau tu tau”, Terang Jemah.
“Perghh!!
Gitu rupanya Jemah. Tak sangka pulak aku sampai gitu sekali kesan aura ni ye. Memang kita semua kena jaga aura la ye kalau macam tu” Tanya Nana.
“Ye Nana, aku pun baru sedar benda ni tau. Kakak aku la banyak cerita kat aku pasal aura ni sebab dia nampak aku penat sangat duk rumah jaga anak dengan bisnes lagi. Dia suruh aku baca pasal aura dan mandi garam. Tu yang aku duk excited baca pastu cerita kat kau ni.
Kita kan ber jiran, kena la ambik berat. So ada ilmu baik yang aku tahu, aku share dengan kau. Eh kejap ye Nana. Kau masuk la rumah dulu. Aku nak masak kejap. Nanti aku sambung lagi ye.” Jawab Jemah.
” Ha Ok2 Jemah, Nanti sambung cerita lagi tau. Aku pun nak masuk rumah dulu. Penat badan ni”
27/05/2021
“Nana, oh Nana!
Ya Jemah. Kenapa panggil aku ni?
Takde, saja nak sembang dengan kau pasal aura semalam tu. Aku tak habis cerita lagi kan.
Excited pulak rasa bila aku mula faham pasal aura ni wehh.
Ohhoiii Nana!
Penting rupanya Aura ni dalam diri kita tau. Banyak aku baca nak faham pasal ni.
Aura ni kan Nur atau cahaya pada diri, so kalau cahaya tak ada so jadi “GELITALAH” hidup kita.
Giteww. Betui dak?
Aku tak mintak pun kau caye Nana, tapi kan kalau memang ikut logik kalau gelap gelita semua urusan kita pun akan jadi susah, meraba dalam kegelapan hidup lagilah susah. Adudududu.
Habistu macamana nak tau aku ni aura ok ke tak ni Jemah? Aku pulak excited nak tau. Hahaha.
Hahaha kau pun dah excited macam aku ye.
J*p eh japgi aku sambung”
26/05/2021
Siapa di sini badan rasa lesu, moody,
rasa fed up sangat dah dengan keadaan sekarang?
Nak saya bantu bagaimana nak
urus emosi bahaya begini dengan
teknik mandi garam?
Reply 'Nak' untuk saya bantu
25/05/2021
"Wehhh aku baru tau rupanya AURA tu penting ye!
Sebelum ni ingat retis-retis femes je yang ada aura – aura bagai ni.
Rupanyaaa kita-kita ni pun ada aura. Semua makhluk yang Allah bagi nyawa ni ada Aura. Atau dalam Islam kita panggil ‘Nur’.
Cuma beza aura kecil dengan besar, cantik tak cantik, bocor tak bocor je.
Patutlah ada orang, kita senang ja hati tengok dia. Rasa tenang ja.
Ada orang pulak, rasa serabut semacam ja tengok dia. Bila dia datang dekat terus rasa tak selesa.
Sebelum ni aku tak tau kenapa bila jadi gitu. Tapi ni aku baru tau yang aura tu sebenarnya memang tak nampak tapi kita boleh rasa, weh!”
Cerita si Jemah tetiba dengan excitednya kepada si Nana
Ibarat daya penarik atau pelaris.
Sebab tu la lepas mandi garam ni ramai yang rasa senang dengan kita sebab dengan mandi garam ni boleh membesarkan aura diri.
Bila aura diri kita besar dan cantik, tu yang orang mula nampak kita cantik, duduk dengan kita orang akan rasa selesa sangat
21/05/2021
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Alor Setar
05400
