Koleksi Resepi Sedap
unk dpt lebih banyak lagi resepi2 sedap boleh join telegram ��
Koleksi Resepi Sedap
https://t.me/koleksiResepiSedap
20/11/2022
RESEPI MEE UDANG
Bahan-bahan :
1kg udang galah saiz sederhana
5sb bawang merah bawang putih kisar (post KD sebelum ni)
3 batang serai dititik *
Halia 3 ruas jari ditumbuk lumat *
1sk udang kering ditumbuk kasar *
1sk halba *
Kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga *
2sb cili kering kisar *
5 - 6 sb rempab Kari Udang Baba's (plastik kuning)
1/2 sk asam jawa
1 kotak santan
Air secukupnya
Bahan-bahan :
1.Tumis bahan bertanda
2.Bila naik bau, masukkan rempah kari dan asam jawa
3.Masukkan air dan biarkan mendidih lama
4.Tambah santan dan udang akhir
5.Perasakan dan siap ..!
6.Aksesori bersesuaian untuk dipadan bersama seperti telur, cili api, bawang goreng, daun sup, taugeh, pak choi celur, fiahcake, tauhu goreng dan bahan lain bergantung selera sendiri.
Credit : Mohd Aripin
https://t.me/koleksimasakansedap
20/11/2022
https://t.me/koleksimasakansedap
💐💐koleksi masakan sedap😊😊 💋Hai Semua.. 💋 👍Yang minat MEMASAK. 🙊Jom join group ni. 😱Kita share resepi memasak! 😞Mesti pening kan hari ni nak masak apa? 👇Apa kata tengok dalam group ni je. 👩🏻🍳Mesti idea datang mencurah nak masak
20/11/2022
Resepi Kerang Masak Kam Heong
500 gram kerang (rebus sekejap je, kopek sebelah)
5 ulang bawang putih-tumbuk
5 ulas bawang merah-tumbuk
2 tangkai daun kari
8 biji cili padi, ketuk sikit (ikut s**a b*k mana, nk pedas, letak lebih sikit)
2 sudu besar udang kering (rendam sekejap dan tumbuk)
Minyak sedikit untuk menumis
Bahan kuah (bancuh semua bahan)
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat (blh ganti kicap biasa)
1 sudu besar kicap cair
Garam, air
Cara masak
Panaskan minyak, tumis daun kari, cili padi, bwg merah dan bawang putih sampai naik bau.
Kemudian masukkan udang kering yang ditumbuk halus. Kacau sebati.
Masukkan bahan kuah (rempah kari, sos tiram dan kicap). Kacau rata. Dah sebati, masukkan kerang, masukkan air (jgn b*k sgt air, cair sangat tak sedap). Perasakan dgn garam & gula. Siap.
Kredit : Yan akif
https://t.me/koleksimasakansedap
20/11/2022
Hujung minggu ni,buat popia carbonara,sedap jugak😋😋
Bahan-bahan Popia Carbonara 🧀
* 2 biji bawang Holland
* 8 cili api hijau
* 12 ulas bawang putih
* Sepeket sosej yang dihiris serong2
* Ayam cincang (sy pakai RAMLY @ SAUDI) 1 peket
* Kiub pati ayam (1 kiub)
* 2 tin sos carbonara prego (tin biru cair)
* 1 tin sos cheesy prego (tin kuning)
* Susu full cream 1/2 kotak kecik (100ml) -optional
* Sedikit butter untuk menumis
* Serbuk lada hitam (agak2)
* Mixed herbs (wajib) 2 sudu kecik
* Sedikit bancuhan tepung jagung (pekatkan inti)
* Kulit popia (jenama KG pakai yang 40 pcs punya) inti ni boleh dapat banyak popia. Ikot berapa banyak inti anda letak la, anggaran 2 - 3 peket kulit popia
* Garam (kne rasa dlu, sbb sos carbonara dlm tin dah masin)
* Sedikit tepung + air (gam kulit popia)
Cara-cara:
1. Blend bawang, b.putih, cili api (guna air agak2 jgn banyak sgt)
2. Goreng sosej dgn sedikit minyak sehingga agak garing & ketepikan (ini menambahkan tekstur dlm popia)
3. Masakkan ayam cincang dgn sedikit minyak & ketepikan (proses ni cepatkan kita buat inti; air & minyak lebihan proses ni nnt masukkan dlm inti)
4. Panaskan minyak. Tumiskan bahan2 blend.
5. Masukkan mixed herbs + lada hitam sedikit
6. Bila bahan tumis dah agak kering dan bau wangi semerbak, masukkan isi ayam. Masukkan dgn semua air & lebihan minyak. Jgn dibuang.
7. Masukkan kiub ayam. Gaul sebati.
8. Masukkan sos prego (semua). Gunakan sedikit air utk goncang tin tadi. Syg kalau dibiarkan lebihan dia. Kita kena berjimat. 🤣. Gaulkan sehingga rata.
9. MasukkAn susu full cream.
10. Setelah mendidih. Masukkan sosej y digoreng tadi
11. Masukkan sedikit air + tepung jagung. Ini utk pastikan inti kita agak pekat. Kalau tak nnt goreng dia meleleh keluar. (Agak2 ye yang ni)
12. Sejukkan inti. Boleh masukkan dlm peti sekejap (inti akan pekat dan mudahkan proses nak menggulung)
13. Isi inti ke atas kulit popia (pakai y 40pcs- besar sikit) . Boleh tambahkan shredded cheddar cheese sejemput / cheese slices (cheese slices 1 keping - dipotong 5) dan gulungkan seperti biasa
14. letakkan bancuhan air + tepung gandum dihujungnya sebagai gam supaya inti tak meleleh semasa digoreng. (INI TIPS!!!)
15. Setelah selesai boleh masukkan sekejap dlm peti & sedia untuk digoreng.
TIPS:
-Gunakan juga sos cheesy PREGO (tin kuning) wajib cuba sbb inti jadi lagi sedap
-Kulit popia guna jenama KG
-Pakai y 40pcs sbb besar dan gulungan akan jadi kemas, inti takkan meleleh
-Guna gam (air + tepung gandum) utk tutup gulungan
-Goreng dlm minyak y mmg panas, tapi api nye slow ye.
-Inti kalau buat banyak @ terlebih boleh simpan dlm freezer. Tahan lama takde masalah. Nnt tinggal beli kulit popia dan gulung aje. Senang & mudah.
-adik manis 🤣🤣
Kredit : Almie Amira
14/07/2022
Resepi Singgang Daging KELANTAN yang sangat SEDAP & MUDAH nak buat.
Bahan-bahan:
1/2 kg daging - hiris/potong kecik *
1½ inci lengkuas - ketuk *
1 inci halia- hiris memanjang, kecil-kecil*
2 sudu besar ketumbar - tumbuk kasar *
3 ulas bawang putih - mayang *
4 ulas bawang merah-mayang*
3 tangkai lada kering -tumbuk bersama ketumbar(tidak lumat) *
3 keping asam keping
Garam dan gula
Serbuk perasa dan budu ( jika s**a)
Air
Cara:
1. Semua bahan bertanda * tu masukkan dalam periuk dan gaul bersama daging tanpa air.
2. Rebus bersama daging tanpa air sekejap (mati awas). -rahsia kesedapan singgang sebab rasa bahan2 masuk ke dalam daging.
3. Masukkan air.
4. Biarkan sehingga daging empuk.
5.Masukkan garam dan asam keping.Masak lagi sehingga betul-betul empuk.
6. Boleh letak serbuk perasa dan budu.
7. Lepas tu tutuplah api.Boleh dihidangkan.
-garam dan asam tidak dimasukkan awal untuk elak daging jadi liat.
21/06/2022
Resepi Begedil Roti Bunga Ros 🌹
Bahan-bahan:
3 biji kentang (digoreng dan lenyek)
1 keping dada ayam (digoreng dan cincang halus)
1 biji cili merah (dicincang)
Bawang merah
Bawang putih goreng
Daun sup
Daun bawang
1 sdb lada sulah
Roti Gardenia
1 biji telur
Garam secukup rasa
Cara Penyediaan:
1. Gaulkan kentang, ayam, cili merah, bawang merah, bawang putih, daun sup, daun bawang, dan lada sulah sehingga sebati.
2. Bentukkan inti tersebut menjadi bulat-bulat kecil.
3. Untuk kulit, potong roti menjadi bentuk bulat-bulat. (Boleh ditekap menggunakan tutup balang atau mulut cawan).
4. Gelek roti supaya l***r.
5. Potong kepada 8 bahagian, pastikan roti tidak putus.
6. Sapu permukaan roti dengan tepung yang dibancuh dengan air.
7. Letakkan inti di tengah roti.
8. Tutup inti tersebut dengan roti secara berselang-seli untuk mendapatkan bentuk bunga ros.
9. Celupkan separuh begedil kedalam telur yang telah dipukul.
10. Goreng sehingga begedil berwarna perang keemasan.
11. Sedia untuk dihidang.
Kredit : Sharifah Nor Hj Abdullah
21/05/2022
AYAM MASAK PALEMBANG
Bahan2 untuk 1 ekor ayam
A: Bahan2 dikisar
Bwg besar - 2 biji (sederhana)
Bwg putih - 5 - 6 ulas
Halia - besar ibu jari
Bahan2 B:
serbuk kunyit
Daun kari - 2 - 3 tangkai
Kicap manis - 1/2 cawan
Cili blend - ikut pedas ( 2 senduk nasi)
Asam keping - 2 keping besar
Santan - 100ml
Minyak untuk tumis
garam dan gula secukup rasa
Cara2
1. gaul ayam dengan kunit dan garam.. goreng setengah masak dan ketepikan
2. Panaskan minyak
3. Tumis bwg besar , bwg putih , halia sampai naik bau
4. Masukkan cili blend.
5. Tumis sampai pecah minyak.
6. Mas**an kicap. Kalau nak lebih hitam tambah kicap pekat.
7. Masukkan daun kari
8. Tumis sekejap, masukkan garam dan gula secukup rasa.
9. Masukkan asam keping
10. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk.
11. Masukkan santan
12. Biarkan mendidih dan boleh dihidangkan 😊
13. Kalau kering sangat masukkan air sedikit
Kredit Resepi : Junainna Hussin
05/04/2022
💐💐koleksi masakan sedap😊😊
💋Hai Semua.. 💋
👍Yang minat MEMASAK.
🙊Jom join group ni.
😱Kita share resepi memasak!
😞Mesti pening kan hari ni nak masak apa?
👇Apa kata tengok dalam group ni je.
👩🏻🍳Mesti idea datang mencurah nak masak
💐💐koleksi masakan sedap😊😊 💋Hai Semua.. 💋 👍Yang minat MEMASAK. 🙊Jom join group ni. 😱Kita share resepi memasak! 😞Mesti pening kan hari ni nak masak apa? 👇Apa kata tengok dalam group ni je. 👩🏻🍳Mesti idea datang mencurah nak masak
05/04/2022
💐💐koleksi masakan sedap😊😊
💋Hai Semua.. 💋
👍Yang minat MEMASAK.
🙊Jom join group ni.
😱Kita share resepi memasak!
😞Mesti pening kan hari ni nak masak apa?
👇Apa kata tengok dalam group ni je.
👩🏻🍳Mesti idea datang mencurah nak masak
https://t.me/koleksimasakansedap
05/04/2022
15/03/2022
Bukan perempuan jer..
Lelaki pun boleh consume PRODUK
☑️Produk BERKESAN
☑️Harga Mampu Milik
📲http://www.wassap.my/60134197247/ProdukNQ
⌨️ https://t.me/JomKurusDanSihatBersamaCMS3SLSL
10/03/2022
RESEPI SOTONG PHAT PHET(THAI)
Masakan 2 Dalam 1 ( Lauk Dan Sayur ) Apa yang penting dalam masakan ini adalah AROMA, KEPEDASAN & KESEDAPAN yang membuatkan rasa mahu memakan lagi pada setiap suapan .
500gram sotong (dicuci bersih)
4 batang kacang panjang (dipotong serong)
5 batang cili padi merah (dipotong)
1 labu bawang merah (dipotong)
1 batang serai (dihiris)
4 helai daun limau purut
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil belacan@fine shrimps sauce
2 sudu besar sos ikan
½ sudu kecil serbuk perasa
Garam (jika perlu)
Serbuk kunyit (hujung sudu kecil)
BAHAN KISAR
4 batang cili merah
4 batang cili hijau
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit air
CARA MEMASAK
1) Panaskan minyak , tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga kering dan sedikit pecah minyak .
2) Apabila sudah kering , masukkan sotong yang telah dicuci bersih.
3) Masak sehingga sotong masak dan biarkan sedikit kering .
4) Kemudian , masukkan lada hitam , serbuk kunyit , belacan , serbuk perasa dan sos ikan . Gaul rata .
5) Akhir sekali , masukkan cili padi , serai , daun limau purut , bawang dan kacang panjang . Masakan seketika dan tutup api .
Kredit : Nurul Ateekah
https://t.me/JomKurusDanSihatBersamaCMS3SLSLASSALAMUALAIKUM..
HAII SY HIDAYAH
💁🏻MONSTER AGENT KEDAH
☕CHOCO MILK SHAKE 3s
🧋CREAMYLATTE
💊SECRETSUPERSLIMMING
👰🏼LETSSHANTEQLOTION
🆔NQ0722170088
🛵C.O.D AREA ALOR SETAR /LANGGAR / PENDANG / POKOK SENA / JITRA
🚛POSTAGE SELURUH MALAYSIA
http://www.wassap.my/60134197247/CHOCOMILKSHAKE3S
http://www.wassap.my/60134197247/CREAMYLATTE
http://www.wassap.my/60134197247/SECRETSUPERSLIMMING
https://t.me/JomKurusDanSihatBersamaCMS3SLSL
jom follow & like fb👇🏻
https://www.facebook.com/Iedafaizs/
https://www.facebook.com/chocoMilkShake3s/
follow IG 👇🏻
https://www.instagram.com/chocomilkshakebyhidayah
𝗘𝗝𝗘𝗡 𝗔𝗣𝗖𝗘𝗟 𝗗𝗜𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨𝗞𝗔𝗡
Kami mencari Ejen seluruh Malaysia yang ingin menjana pendapatan sampingan. Pro_duk viral laku keras.
Klik link ni untuk daftar terus dgn HQ https://apcel.my/daftar/019674
www.wasap.my/60134197247
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Alor Setar
06500
