MOBs
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MOBs, Health/Beauty, Alor Setar.
20/03/2026
Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dengan penuh rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT, dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam..
Aidilfitri adalah lambang kemenangan selepas kita menunaikan ibadah sepanjang Ramadan..Malah, ia juga merupakan detik yang amat bermakna untuk kita memperkukuh silaturahim serta menyemai nilai kasih sayang dan insani..
Dalam kita meraikan Syawal yang mulia ini, marilah kita bersama-sama menghayati nilai kesederhanaan, keinsafan dan kesyukuran..Semoga kemeriahan Aidilfitri ini membawa sinar kebahagiaan, kesejahteraan dan keberkatan yang berpanjangan kepada kita semua..
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin..
تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ تَقَبَّلْ يَا كَرِيْم
07/03/2026
✨Ucapan Nuzul Al-Quran 1447H✨
Salam Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam. Semoga kita semua sentiasa mendampingi Al-Quran dengan membaca, memahami dan mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian..
Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam yang penuh keberkatan."
(Surah Ad-Dukhan: 3)
Semoga kita tergolong dalam kalangan Ahlul Quran yang dimuliakan oleh Allah SWT..
16/01/2026
𝙎𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩 𝙈𝙚𝙢𝙥𝙚𝙧𝙞𝙣𝙜𝙖𝙩𝙞 𝙋𝙚𝙧𝙞𝙨𝙩𝙞𝙬𝙖 𝙄𝙨𝙧𝙖𝙠 & 𝙈𝙞𝙠𝙧𝙖𝙟 2026/1447𝙃
“𝘔𝘢𝘩𝘢 𝘚𝘶𝘤𝘪 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘭𝘢𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘩𝘢𝘮𝘣𝘢𝘕𝘺𝘢 (𝘔𝘶𝘩𝘢𝘮𝘮𝘢𝘥) 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘔𝘢𝘴𝘫𝘪𝘥 𝘈𝘭-𝘏𝘢𝘳𝘢𝘢𝘮 (𝘥𝘪 𝘔𝘢𝘬𝘬𝘢𝘩) 𝘬𝘦 𝘔𝘢𝘴𝘫𝘪𝘥 𝘈𝘭-𝘈𝘲𝘴𝘢 (𝘥𝘪 𝘗𝘢𝘭𝘦𝘴𝘵𝘪𝘯), 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘒𝘢𝘮𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘬𝘢𝘵𝘪 𝘴𝘦𝘬𝘦𝘭𝘪𝘭𝘪𝘯𝘨𝘯𝘺𝘢, 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘮𝘱𝘦𝘳𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘵𝘢𝘯𝘥𝘢-𝘵𝘢𝘯𝘥𝘢 (𝘬𝘦𝘬𝘶𝘢𝘴𝘢𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘣𝘦𝘴𝘢𝘳𝘢𝘯) 𝘒𝘢𝘮𝘪. 𝘚𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘫𝘶𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘔𝘢𝘩𝘢 𝘔𝘦𝘯𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘳, 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘔𝘢𝘩𝘢 𝘔𝘦𝘯𝘨𝘦𝘵𝘢𝘩𝘶𝘪.” – (𝘚𝘶𝘳𝘢𝘩 𝘈𝘭-𝘐𝘴𝘳𝘢’ : 1)
05/09/2025
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
“Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku” – Hadis Riwayat Tarmizi..
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1447H/2025..Ucapan salam Maulidur Rasul buat semua umat islam..Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi kita, Muhammad SAW..
18/03/2025
Malam Nuzul Al-Quran 17 Ramadan,
17 Ramadan malam diturunkan Al-Quran,
Al-Quran bukan hanya sekadar bacaan,
Al-Quran adalah pedoman hidup bagi orang-orang yang beriman..
Salam Nuzul Al-Quran buat semua..
Nuzul Al-Quran adalah hari yang penuh berkat bagi umat Islam.. Ia mengingatkan kita tentang kepentingan kitab suci ini dalam kehidupan seharian..Oleh itu, marilah kita sama-sama memperbanyakkan ibadah dan menyebarkan ucapan yang baik untuk menyemarakkan lagi sambutan ini..
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan memudahkan anda dalam menyampaikan ucapan Nuzul Quran kepada orang tersayang..
Selamat menyambut Nuzul Al-Quran 2025 / 1446H
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐋-𝐌𝐔𝐁𝐀𝐑𝐀𝐊 🌙
𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa..
Semoga puasaku, puasamu, setiap ibadah dan amal kebaikan kita semua diterima oleh Allah SWT 🤲
Semoga setiap doa dikabulkan, setiap usaha diberkati, dan setiap langkah menuju kebaikan di rahmati..Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan, semoga Allah angkat segala hajat dan doa kita 🤲
Dengan rendah hati, saya mohon maaf atas segala kekhilafan..Atas kata-kata yang tajam, ucapan yang menyakitkan hati, janji yang terabai, serta sikap yang pernah melukai..Mungkin dalam senda gurau ada yang terasa, dalam bicara ada yang terguris dan dalam perbuatan ada yang tersakiti..Mohon Maaf Zahir Batin 🙏
Marhaban Ya Ramadan 🌙
26/01/2025
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐈𝐒𝐑𝐀𝐊 𝐌𝐈𝐊𝐑𝐀𝐉 𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇
Marilah kita bersama-sama menghayati peristiwa yang penuh agung Israk dan Mikraj yang menjadi bukti keagungan dan kekuasaan Allah SWT..
Semoga dengan penghayatan peristiwa penuh hikmah ini akan menjadi titik permulaan buat semua umat Islam memperkukuh iman serta memperbaiki amal ibadah dengan sempurna..
Selamat Memperingati Peristiwa Israk dan Mikraj..
15/09/2024
Hari Malaysia yang diraikan setiap tahun tanggal 16 September merupakan lambang perpaduan seluruh rakyat Malaysia..Walau di mana kita berapa, ucapan Selamat Hari Malaysia adalah tanda ingatan buat negara yang kita cintai..
Selamat Hari Malaysia 2024..
15/09/2024
✨✨Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1446H/2024✨✨
"Sesungguhnya pada diri Rasullah SAW adalah sebaik-baik teladan dan ikutan bagi insan yang mengharapkan keredhaan Allah SWT dan kebahagian di akhirat" - Surah al-Ahzab, ayat 21..
Bersempena dengan hari Maulidur Rasul yang penuh barakah ini, jom kita semua bersama-sama memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW..
Semoga kita dapat bersama-sama memantapkan keyakinan, meningkatkan kecintaan, mencontohi perlakuan dan menghayati al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW..
31/08/2024
Selamat Hari Kemerdekaan ke-67 kepada semua rakyat Malaysia..
Marilah kita bersama-sama terus berdoa agar Malaysia terus maju dan berjaya..Hidup aman dan makmur..
Merdeka! 🇲🇾
Merdeka! 🇲🇾
Merdeka! 🇲🇾
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Alor Setar

06/07/2024