Aztec Secret Indian Healing Clay Mask

Aztec Secret Indian Healing Clay Mask

Share

Set Aafiyah: RM 45
Set Arshila: RM 52

Whatsapp/ Message:
019 257 2658

28/05/2018

JOM DAPATKAN KULIT GLOWING DENGAN BASIC STEP YANG SIMPLE NI...

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua... Hari ni kak mun nak bagi tips tentang basic skincare routine yang betul dan selamat k. Routine yang betul ni penting untuk mendapatkan kulit yang bersih, glowing dan nampak tak tua sebelum usia. Semua ni penting untuk imej diri kita dan kita pon lebih berkeyakinan bila berdepan dengan orang ramai.

Tak perlu la nak dapatkan kulit yang putih melepak or tak de parut setitik atau kedut segaris langsung sampai guna bahan-bahan yang belum tentu selamat or yang mahal-mahal. Kita punya aim adalah kulit yang bersih dan yang penting bersederhana dan gunakan bahan-bahan yang selamat. Less is more ingat tu ye semua.

So step number 1, ialah cleansing. Fungsi dia of course lah nak keluarkan semua kotoran, make up, peluh, sebum etc. Cleansing ni kita buat 2 kali sehari je k, jangan lebih-lebih walaupon kulit kita berminyak giler jerawat merata-rata.

Step number 2 ialah toning. Toning ni macam menyuburkan balik kulit muka kita lepas cleansing tadi, so bila kita letak pelembab ke serum apa ke lepas ni dia boleh meresap dengan lebih baik.

Step 3 ialah serum. Serum ni berupaya menyerap jauh ke dalam kulit kita untuk memulihkan kulit. Serum ni kita pilih based on kita punya skin concern. Bukan skin type tau. Skin concern ni contohnya acne prone skin, jeragat, kulit kusam dan untuk kurangkan kedut.

Step 4 pulak ialah moisturizer. Yang ni semua mesti tau kan untuk melembapkan kulit. Kulit kita perlukan hydration yang bagus untuk prevent proses penuaan lebih cepat. Sebab tu kalau kita tengok kebanyakan anti aging product selalunya akan fokus pada hydration, hydration and hydration.

Step 5 dan yang last sekali ialah sunscreen. Ni penting untuk prevent jeragat, fine lines dan proses penuaan sebelum usia sebab cahaya matahari. Sunscreen ni wajib tau. Kalau tak pakai ni bila kita apply serum ke essence apa-apa ke macam tak ada guna sebab kita tak cover kulit kita dengan sunscreen.

Dan jugak ada satu lagi step tambahan iaitu exfoliating yang kita buat sekali ke tiga kali seminggu. Ada dua jenis mechanical and chemical exfoliating. Mechanical exfoliation ni ialah scrub yang bijik-bijik contoh st ives tu. Kalau chemical pulak bila kita guna produk yang ada aha atau bha.

Rasanya cukup dulu kot nanti pening pulak kan. Hari lain kak mun akan buat posting pasal setiap satu step tu, kak mun akan elaborate dengan lebih detail k.

26/05/2018

SAPA NAK KULIT CANTIK BERSERI BEBAS JERAWAT & TAK KUSAM RAYA NI ?????
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

Sapa kat sini tiap-tiap hari dok tengok cermin belek-belek jerawat, bijik-bijik kat dahi, blackhead, comedones apa bagai kat muka sendiri... lepas tu terpikir macam mana nak hilangkan semua ni.

First of all kita kena paham macam mana benda-benda ni boleh terjadi. Generally, masalah-masalah ni terjadi disebabkan liang pori kita tersumbat dgn minyak, kotoran dan kuman.

So untuk elakkan lebih banyak jerawat baru tumbuh, kita kena make sure pori-pori kita sentiasa bersih untuk elakkan penyumbatan ni. Prevention is always better than cure betul tak.

Kita kena la ikut skincare routine yang betul, cuci muka 2 kali sehari, jangan lebih-lebih nanti over dry lagi kulit kita akan hasilkan lebih banyak minyak or sebum.

Make sure jugak kulit tak kering, pakai moisturizer yang sesuai dengan jenis kulit. Rambut, tudung, sarung bantal, tuala kena selalu cuci.

Maybe ada jugak produk yang tak sesuai yang kita pakai kat muka yang boleh sumbatkan liang pori kita tu, so kena stop la pakai produk tu.

Dan lagi satu... boleh cuba aztec clay mask ni. Memang sesuai sangat-sangat untuk membersihkan liang pori yang tersumbat, mengelakkan jerawat, pori pon tak nampak obvious sangat, kulit tak terlalu berminyak n berseri. Lagi satu jerawat pon cepat je kering.

Tak susah nak bancuh, ambik 1 sudu powder aztec clay ni dan campur dengan 1 sudu apple vinegar, kacau-kacau dan ratakan kat muka. Lepas 10 ke 15 minit basuh dengan air. Boleh buat sekali ke 2 kali seminggu ok.

So sapa-sapa berminat nak dapatkan set aztec clay mask ni atau ada sebarang pertanyaan boleh pm or whatsapp 019 257 2658 kak mun terus k.

Photos from Aztec Secret Indian Healing Clay Mask's post 26/05/2018

HATI-HATI DENGAN FAKE AZTEC !!!

ORIGINAL AZTEC CLAY

🌷Warnanya sedikit kehijauan.

🌷Texture lebih halus dan soft bila di sentuh dengan jari.

🌷Apabila dicampur dengan apple cider vinegar/cuka apple, campuran akan sedikit berbuih dan seperti bergas. Ia merupakan tindak balas clay terhadap cuka.

🌷Clay akan terasa begitu halus dan mudah disebatikan dan berwarna kehijauan.

🌷Apabila disapukan pada wajah, terasa effect seperti diurut tanpa rasa pedih pada sekitar wajah atau mata.

••••••••••••••••••••••••••••••
FAKE AZTEC CLAY MASK
😤Warna kekuningan.

😤Texture yang sedikit kasar jika dibandingkan dgn original.

😤Apabila dicamput dengan apple cider/ cuka apple, tiada sebarang tindak balas.

😤Clay akan nampak seperti kenyal sedikit dan berwarna kekuningan / cream color selepas disebatikan.

😤Setelah disapukan clay, wajah dan mata akan terasa pedih. Tetapi masih terasa effect seperti di urut.

😤Setelah mask kering pd wajah, dia akn bertukar berwarna putih.

Photos from Aztec Secret Indian Healing Clay Mask's post 25/05/2018
24/05/2018
Photos from Aztec Secret Indian Healing Clay Mask's post 24/05/2018

Set Siti Aafiyah (RM 45):
1 x Clay Mask 100g
1 x Bragg Apple Cider Vinegar 100g
1 x Free 6 pieces masker tools

Set Arshila (RM 52):
1 x Clay Mask 100g
2 x Bragg Apple Cider Vinegar 100g
1 x Free 6 pieces masker tools
1 x mini gift

Postage:
Semenanjung RM 8/ SS RM 12

WhatsApp/ message 019 257 2658

23/05/2018

Hi semua... mula-mula sekali kak mun nak story sikit lah apa dia Aztec Secret Clay Mask ni, apa yang secret sangat tu kan... First of all, Aztec Clay Mask ni diperbuat daripada 100% natural tanah liat calcium bentonite. Calcium bentonite ni banyak diperolehi di US, Perancis, India, Mesir etc. Yang Aztec Clay Mask ni pulak didatangkan khas dari Death Valley, California. Walaupon namanya Death Valley, tapi produk ni selamat dipakai. Boleh buat face mask dan jugak hair mask pon boleh. Aztec Clay Mask ni sangat sesuai utk kita2 yang ada kulit berminyak dan jugak masalah acne. Kalau anda semua nak tahu, produk ni memang dah lama popular kat US, laku keras kat Amazon.com. Tapi sekarang dah boleh terus order kat kak mun je tau, tak payah tunggu sampai dari US sana nun...

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Alor Setar